Wednesday 17 September 2014

RAHSIA BANYAKKAN SUSU IBU


Assalamualaikum..
Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.Ada kawan-kawan kakma yang bertanya macam mana kakma masih boleh menyusukan anak yang sudah berumur hampir 4 tahun. Masa kakma masih bekerja anak hanya akan menyusu badan bila bersama kakma dan jika berada di rumah pengasuh anak akan minum susu  formula sejak umur 2 tahun lebih tapi sejak berhenti kerja bulan mac yang lepas anak tak nak minum susu formula dan hanya nak menyusu badan secara direct, oleh kerana kakma pun dah berhenti kerja bergelar WAHM maka kakma pun layankan saja.Rasa rindu pulak saat-saat menyusukan Marissa masa kecil.Alhamdulillah Marissa menyusu susu ibu sepenuhnya sehingga 2 tahun walaupun masih bekerja masa itu dan sampai sekarang masih menyusu badan.Apa yang Kakma nak kongsikan bukanlah rahsia tapi ini adalah amalan yang perlu ibu menyusu tahu.




TIPS 1 #
Jaga makan mesti mengambil makanan seimbang dan lengkap semasa sarapan, makan tengahhari dan makan malam.Makanan yang seimbang dan lengkap tidak semestinya banyak tapi mesti mengikut keperluan badan kita.Apa yang kita makan akan menentukan penghasilkan susu.Ada sesetengah ibu sangat menjaga makan kerana takut gemuk tanpa menghiraukan keperluan zat dan nutrisi badan ini memang akan mengganggu penghasilan susu kerana mana mungkin badan yang tidak cukup nutrisi akan menghasilkan susu yang banyak.

Tips 2 #
Mesti minum air kosong dengan banyak yang mana air sangat penting untuk badan kita, seperti yang kita tahu seeloknya kita minum air mengikut berat badan kita iaitu setiap 25kg mesti minum 1 liter air kalau berat badan 50kg mesti minun tidak kurang 2 liter air sehari itu bagi orang biasa tapi kalau kita ibu menyusu perlu minum lebih bagi membantu penghasilan susu yang berkualiti.Air juga membantu kita untuk membuang segala toksik dalam badan kita melalui perkumuhan dan peluh kalau badan kita tak cukup air proses perkumuhan pun terganggu.Bila proses pembuangan toksik lancar badan ibu pun sihat dan susu yang dihasilkan pun berkualiti.

Tips 3 #
Mengambil makanan tambahan,Kakma memilih pengambil supplement ini kerana kita tidak jamin makanan seharian kita cukup untuk keperluan badan kita seperti yang kita tahu banyak makanan sekarang yang segera.Contohnya ayam yang kita makan selalunya di suntik untuk mempercepatkan pembesaran melainkan kita makan ayam organic atau ayam kampung.Sayur pun sekarang ini banyak menggunakan racun sebab tu kita tengok sayur cantik elok tiada yang rosak. Kakma teringat Mak selalu pesan kalau nak beli sayur pilih yang ada kesan dimakan ulat kerana sayur itu tidak diracun.Supplement yang kakma ambil adalah B complek bagi kakma ia sangat penting kerana B complek membantu dalam menukarkan makanan kepada tenaga dan mencegah makanan kita bertukar menjadi gula yang boleh membawa kepada kencing manis.B complek juga mengelakkan kita daripada stress,kalau kita stress ia boleh mengganggu pengeluaran susu ibu.Kakma juga mengambil Ostemarik iaitu pil kalsium, kalsium sangat penting  ini kerana salah satu nutrisi penting dalam susu ibu.Ostematrik juga sangat membantu mengelakkan sembelit.Selain itu kakma mengambil Omega bagi membantu meningkatkan kandungan DHA dalam susu ibu yang sangat penting bagi perkembangan otak baby dan dalam masa yang sama membantu memecahkan lemak dalam badan.Alfalfa juga sangat penting bagi meransang pengeluaran susu yang mana dikenali juga sebagai MILKBOSSTER.Baca lanjut Di sini

Buat ibu-ibu yang menyusu jangan risau kerana jika ibu-ibu menjaga makan dan makan makanan seimbang dan memastikan pengambilan air yang secukupnya serta di bantu dengan pengambilan supplement badan ibu-ibu tidak akan gemuk malah akan mendapat berat badan ideal secara semulajadi.

Nak dapatkan matlumat lanjut tentang supplement yang sesuai dengan ibu-ibu boleh hubungi kakma 0193624134.

Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur.
untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji  
 Call/ Whatsapp : 019 3624134 
 Email : kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi 


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

No comments:

Post a Comment