Showing posts with label SET MENYUSU. Show all posts
Showing posts with label SET MENYUSU. Show all posts

Saturday, 3 September 2016

BERGANTUNG UBAT TAHAN SAKIT SUSU DROP, SEDIH HANYA ALLAH YANG TAHU


Kakma kenal shaklee melalui set menyusu..masa kakak Marissa umur 1 tahun kakma sakit...hinggakan kakma kena rujuk 3 klinik pakar kat HKL.
Terus bergantung ubat tahan sakit susu drop sangat,sedih Allah je tahu..
Sebelum sakit setakat 10 oz kakma pum 5 minit dah penuh botol dan stok susu kakak sampai terpaksa buang coz expired tak sempat nak guna..tp Allah bg ujian sakit..nk dpt 3oz pun bercinta...

Kenangan sebelum sakit 5min 12oz

Kakma fikir kakma kena buat sesuatu...sampai bila nak bergantung dengan ubat kan..kesian baby..lgpun kakma dah nekad nk fully BF kakak...dulu masa abg dah lah tk berjaya disebabkan kakma tk cukup ilmu silap sendiri beli pum entah apa2 dl...ilmu BF mmg tkde..
Tapi masa kakak kakma mmg.melabur betul2 beli pum semua..so kakma tk nk give up..lgpun mmg perangai kakma "Nak seribu daya"...
Mcm2 kakma cuba air halba ikut kakma jumpa tips kakma akan mkn n buat..

Tapi mungkin sebab sakit n pemakanan seharian yg tk berzat kakma tk dpt hasilkan susu ibu yg secukupnya..
Kakma tgk kat FB kawan lama kakma Lyna Noh...lama tk jumpa lepas form 4..just follow je FB..bila tgk Alom share pasal set BF kakma terus set nk beli....lama tk jumpa dpt juga jejak kasih kat KLCC..

Semua kakma cuba sebelum kenal set menyusu shaklee
Bila kakma mkn set tu rasa lain sikit badan..mmg lah susu tkde lah byk terus tp kakma dpt rasa perbezaan..badan rasa tk letih..lepas seminggu tgk dari 3oz dpt lah 4oz..makin lama makin byk..eh seronok sgt2..dpt lah 6oz sekali pum.
Syukur sgt2..

Suatu hari kakma share lah pasal set menyusu kat FB ramai lak yg nk beli..kebetulan masa tu isteri kawan masa belajar Epul Jaguh iaitu mama Wardah Aina jual jgk shaklee...so kakma pass lah customer kat mama wardah...
Oleh sebab ramai yg berminat mama wardah PM kakma ajak join ahli...kakma pelik jgk ngape kena join ahli shaklee ni syarikat apa?tk blh ke jual mcm tu je..
Lepas pujuk2..kakma pun relakan kan daftar ahli....kikikiki..

Lepas dah daftar kakma pun terus share kebaikkan set menyusu ni coz kakma tk tahu pun masa tu byk lagi vitamin lain..hehe

Dan paling tk sangka tk tahu pun shaklee ni MLM..perhhh.sebab produknya yg best kakma tk fikir pun pasal MLM ni..kakma hanya share kebaikkan produk..bila kakma kaji2 dan kaji wah mmg shaklee ni MLM patuh syariah coz ada produk yg bagus dan bermanfaat..adil kita jual kita dpt bonus..tak kisah kita upline or downline sape usaha dia dpt lebih...

Sampai sekarang lah kakma terus share kebaikkan produk shaklee ni...makin lama kakma makin jatuh cinta dan yakin lagi kakma bersyukur kakma jual produk yg SEMULAJADI SELAMAT dan BERKESAN...dan satu2mya produk yg ada Landmark STUDY...kakma tahu kakma bukan jual produk yg blh mendatangkan bahaya dikemudian hari dan plg penting kakma guna dan amalkan dahulu baru kakma share..kakma bersyukur sgt kenal shaklee dan sekarang kakma fulltime buat shaklee dan dah resign kerja.kakma sekarang bergelar WAHM (WORK AT HOME MOM).



Gambar kenangan kakma struggle pum susu dan kenangan stok susu kakak sebelum kakma sakit.

Buat anda yg ada masalah mcm kakma meh lah cuba set Menyusu shaklee..kakma akan bg konsultansi terbaik agar kawan2 dpt fully BF mcm kakma...Usaha yang terbaik dulu sebelum buat keputusan untuk bagi baby anda susu formula

Nak order mudah saja caranya cepat hubungi kakma 0193624134, kakma sedia membantu anda.
Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee Sentul, Gombak , Batu Caves ,kg padang Balang serta kawasan sekitar Kuala Lumpur.
Kalau anda berada jauh kakma boleh poskan, jangan risau kakma gunakan perkhidmatan posaju yang di jamin selama dan selalunya pos hari ini esok dah sampai.

 untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
 Call/ Whatsapp : 019 3624134
 Email : kmshop143@gmail.com
 FB : Mai Md saupi

Monday, 9 May 2016

CARA UNTUK DAPATKAN SUSU IBU LEBIH PEKAT DAN BANYAK


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.Kakma nak kongsikan pengalaman seorang ibu yang merasai perbezaan selepas amalkan ESp yang mana susu ibu menjadi lebih pekat dan banyak selepas konsisten amalkan ESP setiap hari.


Jom baca info mengenai Energizing Soy Protein (ESP) kenapa ia best sangat.Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting dan paling penting ESP shaklee adalah NON GMO.
Baca lanjut mengenai ESP Di sini

Apa khasiat utk ibu2 menyusu:
- memberi tenaga segera buat ibu menyusu..bila ibu2 ada tenaga baru lah blh hasilkan susu dengan lancar.
- membekalan protin dlm susu ibu... yang mana salah satu nutrisi dlm susu ibu ialah protin bila ibu ambil protin dgn cukup baru blh supply susu yang cukup buat anak2
- Pekat kan susu ..ramai ibu2 yg ambil ESP boleh lihat perbezaan sebelum ambil ESP n selepas ambil ESP yang mana susu ibu lebih pekat dan banyak.
- bonus lain blh menganjalkan payudara dan melicinkan dan melembutkan kulit.
Apa lagi best ESP juga boleh bantu kawal berat badan ibu ini kerana ESP mempunyai Glisemik Indek yang rendah.GI yang rendah membuatkan metobolisme tinggi dan buatkan ibu rasa kenyang lebih lama jadi ia amat membantu ibu2 menjaga diet pemakanan yang sihat.Apa yang best juga ESP sangat membantu mencegah gastrik.

Kakma sendiri memang amalkan ESP ni.Apa yang best susu badan tetap meriah walaupun kakma sekarang tengah struggle ganti puasa maklum lah tahun lepas bersalin seminggu nk berpuasa mmg 30 hari tak dapat puasa.So buat anda yang mencari2 supplemen untuk menyusu kakma sangat2 syorkan.Lagi2 puasa dah dekat memang sesuai sangat.Nak baca lanjut mengenai set menyusu Klik sini .

 Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur. 
untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji 
 Call/ Whatsapp : 019 3624134 
 Email : kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Friday, 6 May 2016

MLM SHAKLEE MENIPU???


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.Kakma nak kongsikan pengalaman sendiri macam mana boleh terjebak dengan bisness shaklee ni.Shaklee MLM???MLM shaklee Menipu???nanti dulu baca apa kakma nak tulis ni.

Pada awalnya kakma berkenalan dengan set menyusu yg mana masa anak kakma Marissa berumur 1thn susu kakma drop kerana kakma jatuh sakit dan kesan ubat yg di ambil sangat memperngaruhi pengeluaran susu badan..sedih sangat bila ingat kembali..kakma cuba cari jalan nak upkan balik susu badan,lalu berjumpa dengan set menyusu shaklee.

Alhamdulillah lepas konsisten makan set menyusu susu kembali meriah dan kakma berjaya fully BF anak ke 2 kakma sehingga 2 tahun dan sebenarnya sampai umur Marissa 4 thn baru stop menyusu,hehe.Apa yang kakma bersyukur selepas kakma teruskan dengan vitamin shaklee kakma juga dah bebas dan tidak bergantung dengan ubat2 hospital lagi.Syukur sangat2 kita pun tahu kan ubat ni kalau kita ambil dalam masa yang lama kesan tidak baik akan terjadi pada badan kita.Kakma pernah terbaca di wall Dr Zubaidi beliau ada tulis ubat2 ni akan beri kesan tidak baik pada badam kita jika kita ambil dlm masa 2 tahun ke atas..ubat bukan merawat tetapi menahan sakit sahaja.



Lepas kakma dah amalkan sendiri produk shaklee kakma join ahli kerana kakma nak sharing produk dengan kawan2 dan saudara mara yang ada masalah seperti kakma..pada mulanya kakma ingatkan shaklee ni ada produk menyusu je rupanya macam2 jenis vitamin/ supplement lagi yang ada set penjagaan kulit,rambut dan rumah pun ada..baru kakma tahu semua produk shaklee semulajadi selamat dan berkesan.

Dan lagi buat kakma terkejut rupanya shaklee ni MLM.Aduh rasa mcm tertipu pun ada..coz kakma mmg dah serik dengan MLM..tapi lepas kakma join eh kenapa shaklee ni tak nampak macam MLM lain yang kakma join???Kakma masih ingat MLM last yang kakma join masa kakma bujang masa tu nk kawin oleh kerana kakma nk sangat cari duit lebih untuk belanja kawin kakma terpengaruh dengan janji2 manis seorang kakak tu..huhu.bermodalkan lebih rm1000 guna duit simpanan kawin kakma join..perkara 1st kakak tu suruh kakma buat ialah listkan nama2 org yang kakma target...masa list tu jugak kakma dah down coz kakma bukan org yg suka2 nk ajak2 orang ni..

Tapi bila kakma join shaklee semua tu tak ada...mmg berbeza sangat2..masa mula2 join upline kakma takde janjikan janji2 manis tak ada suruh kakma listkan nama..beliau hanya minta kakma kongsi kebaikkan produk yang kakma dah guna sendiri. produk shaklee sendiri yang menjadi tarikan bila kawan2 kakma dah consume produk mereka juga dapat kesan positif dan kakma ajak mereka join ahli untuk dapat harga ahli. Lagipun produk shaklee bukan calang2 produk ini kerana setiap produk yang dihasilkan telah melalui pelbagai kajian dan ujikaji ini kerana shaklee mempunyai saintis mereka sendiri dan shaklee juga menlantik pihak ketiga untuk memastikan produk shaklee adalah terbaik yang mana falsafah shaklee ialah produknya semulajadi selamat dan berkesan.

Ini lah yang membuatkan kakma terus konsisten sharing kebaikkan produk shaklee sehingga sekarang yang mana dari kakma seorang dan sekarang ahli2 group kakma iaitu OMS Group dah hampir 2 ribu orang.Kakma pun dah buat shaklee secara serius dan berhenti kerja dan menjadikan shaklee sebagai kerjaya dan bergelar WAHM (work at home Mom).sejak 2012 kakma join hingga sekarang shaklee tak pernah lewat masukkan bonus shaklee janji bonus masuk setiap 15 haribulan setakat hampir 4 tahun ni tak pernah lewat dari 15hrbln malah awal adalah selalu 14 haribulan bonus dah masuk.

Ini perkongsian seorang ibu yang turut memilih menjadikan shaklee sebagai jalan untuk menambah pendapatan. 
Bisnes Shaklee Penipu? Isk3. Tak Percaya? Tengok Ni.

Jika anda nak cari pendapatan tambahan melalui shaklee jangan segan2 hubungi kakma..anda tak akan menyesal jika mendaftar dengan kakma kerana kakma akan terus guide anda.Hubungi kakma yer 0193624134

 Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk shaklee secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur. untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji 
Call/ Whatsapp : 019 3624134 
Email : kmshop143@gmail.com 
FB : Mai Md saupi 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Wednesday, 17 September 2014

RAHSIA BANYAKKAN SUSU IBU


Assalamualaikum..
Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.Ada kawan-kawan kakma yang bertanya macam mana kakma masih boleh menyusukan anak yang sudah berumur hampir 4 tahun. Masa kakma masih bekerja anak hanya akan menyusu badan bila bersama kakma dan jika berada di rumah pengasuh anak akan minum susu  formula sejak umur 2 tahun lebih tapi sejak berhenti kerja bulan mac yang lepas anak tak nak minum susu formula dan hanya nak menyusu badan secara direct, oleh kerana kakma pun dah berhenti kerja bergelar WAHM maka kakma pun layankan saja.Rasa rindu pulak saat-saat menyusukan Marissa masa kecil.Alhamdulillah Marissa menyusu susu ibu sepenuhnya sehingga 2 tahun walaupun masih bekerja masa itu dan sampai sekarang masih menyusu badan.Apa yang Kakma nak kongsikan bukanlah rahsia tapi ini adalah amalan yang perlu ibu menyusu tahu.




TIPS 1 #
Jaga makan mesti mengambil makanan seimbang dan lengkap semasa sarapan, makan tengahhari dan makan malam.Makanan yang seimbang dan lengkap tidak semestinya banyak tapi mesti mengikut keperluan badan kita.Apa yang kita makan akan menentukan penghasilkan susu.Ada sesetengah ibu sangat menjaga makan kerana takut gemuk tanpa menghiraukan keperluan zat dan nutrisi badan ini memang akan mengganggu penghasilan susu kerana mana mungkin badan yang tidak cukup nutrisi akan menghasilkan susu yang banyak.

Tips 2 #
Mesti minum air kosong dengan banyak yang mana air sangat penting untuk badan kita, seperti yang kita tahu seeloknya kita minum air mengikut berat badan kita iaitu setiap 25kg mesti minum 1 liter air kalau berat badan 50kg mesti minun tidak kurang 2 liter air sehari itu bagi orang biasa tapi kalau kita ibu menyusu perlu minum lebih bagi membantu penghasilan susu yang berkualiti.Air juga membantu kita untuk membuang segala toksik dalam badan kita melalui perkumuhan dan peluh kalau badan kita tak cukup air proses perkumuhan pun terganggu.Bila proses pembuangan toksik lancar badan ibu pun sihat dan susu yang dihasilkan pun berkualiti.

Tips 3 #
Mengambil makanan tambahan,Kakma memilih pengambil supplement ini kerana kita tidak jamin makanan seharian kita cukup untuk keperluan badan kita seperti yang kita tahu banyak makanan sekarang yang segera.Contohnya ayam yang kita makan selalunya di suntik untuk mempercepatkan pembesaran melainkan kita makan ayam organic atau ayam kampung.Sayur pun sekarang ini banyak menggunakan racun sebab tu kita tengok sayur cantik elok tiada yang rosak. Kakma teringat Mak selalu pesan kalau nak beli sayur pilih yang ada kesan dimakan ulat kerana sayur itu tidak diracun.Supplement yang kakma ambil adalah B complek bagi kakma ia sangat penting kerana B complek membantu dalam menukarkan makanan kepada tenaga dan mencegah makanan kita bertukar menjadi gula yang boleh membawa kepada kencing manis.B complek juga mengelakkan kita daripada stress,kalau kita stress ia boleh mengganggu pengeluaran susu ibu.Kakma juga mengambil Ostemarik iaitu pil kalsium, kalsium sangat penting  ini kerana salah satu nutrisi penting dalam susu ibu.Ostematrik juga sangat membantu mengelakkan sembelit.Selain itu kakma mengambil Omega bagi membantu meningkatkan kandungan DHA dalam susu ibu yang sangat penting bagi perkembangan otak baby dan dalam masa yang sama membantu memecahkan lemak dalam badan.Alfalfa juga sangat penting bagi meransang pengeluaran susu yang mana dikenali juga sebagai MILKBOSSTER.Baca lanjut Di sini

Buat ibu-ibu yang menyusu jangan risau kerana jika ibu-ibu menjaga makan dan makan makanan seimbang dan memastikan pengambilan air yang secukupnya serta di bantu dengan pengambilan supplement badan ibu-ibu tidak akan gemuk malah akan mendapat berat badan ideal secara semulajadi.

Nak dapatkan matlumat lanjut tentang supplement yang sesuai dengan ibu-ibu boleh hubungi kakma 0193624134.

Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur.
untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji  
 Call/ Whatsapp : 019 3624134 
 Email : kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi 


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Wednesday, 28 November 2012

VITAMIN IBU MENYUSU


Assalamualaikum. Didoakan semua pengunjung blog ini dilimpahi rezeki dan sentiasa berada di dalam rahmat Allah.
Mai ingin kongsikan cadangan set menyusu yang menjadi pilihan ramai ibu-ibu terutamanya ibu-ibu yang bekerja tetapi berusaha untuk fully BF.Set ini juga lah yang Mai amalkan sehingga berjaya fully Bf anak ke 2 Mai sehingga 2 tahun.

Sebelum itu mai nak jemput anda menonton video dari sahabat mai ini yang mana beliau juga mengambil set menyusu sama seperti mai




 

Mai kongsikan kebaikkan dan kelebihan vitamin yang mai ambil ini, ada 6 jenis vitamin yang mai ambil iaitu :

VITALEA

Multivitamin dengan formula zat besi untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

 B COMPLEK

Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

VITAMIN C

Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh
 
ALFALFA
Dikenali sebagai raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU. Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan…secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung. 

OSTEMATRIK
Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

ESP @ Energizing Soy Protein
Kompisis vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. 

Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Jika anda ingin mengatahui dan belajar tips untuk banyakkan susu ibu anda boleh baca di sini



Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur.
untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji  
 Call/ Whatsapp : 019 3624134 
 Email : kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*