Showing posts with label B COMPLEX. Show all posts
Showing posts with label B COMPLEX. Show all posts

Tuesday, 12 September 2017

RISIKO HB LOW SEMASA HAMIL KEGUGURAN, JANIM MATI DALAM KANDUNGAN DAN TUMPAH DARAH SEMASA BERSALIN


Kakma masih ingat semasa kakma hamil anak pertama setiap kali check up HB mesti low dan memang di tulis dgn pen merah. Seingat kakma memang merah lah sokmo.
Masih terngiang-giang kata-kata nurse setiap kali bacaan Hb low mesti nurse cakap bahaya kalau awak tak usaha naikkan Hb ni nanti awak boleh tumpah darah semasa bersalin, boleh bersalin awal, keguguran atau lagi risau janim boleh mati dalam kandungan. Bila dengar macam ni hati ibu mana tak risau kan lagi-lagi kakma hamil anak pertama tak ada pengalaman lagi lah seriau kan.


Tak cukup dengan vitamin yang klinik bagi, doktor syorkan beli lagi vitamin kat farmasi kakma memang ikut je asalkan Hb kakma naik. Doktor juga suruh kakma makan sayur bayam, kerang dan juga hati ayam. Bab hati ayam ni doktor pesan juga tak elok ambil selalu, mujurlah kakma pun tak berapa gemar hati ayam ni. boleh di katakan setiap hari lah kakma masak sayur bayam sampa naik bosan jugak lah.. bab kerang lak memang sedap lah kan tapi sedihnya kakma ni kulit alergik sikit jadi gatal2 kalau makan kerang.

Selepas kakma cuba macam2 yang sedihnya HB kakma tetap Low kalau naik pun sikit sangat dan ada juga makin turun. Sehinggakan kakma mesti buat pemeriksaan setiap 2 minggu. Alhamdulillah kakma selamat bersalin anak pertama. Masa bersalin tu hanya ALLAh yang tahu betapa risaunya bila kakma ingat balik risiko2 yang di katakan oleh nurse dan doktor. Mereka tak salah ini kerana tugas mereka untuk bagitahu agar kita berjaga-jaga.



Lepas anak sulung kakma beruur setahun 2 bln kakma di sahkan hamil anak ke 2 dan sedihnya Hb masih Low. Kakma ikhtiar lagi untuk naikkan HB tapi sedihnya bacaan Hb makin menurun sehingga bacaan 8. Di akhir kehamilan doktor minta kakma buat pemeriksaan thalesimia dan akhirnya kakma di sahkan Thalesimia thread (pembawa thalesimia). Doktor bagitahu normal bagi pembawa thalesimia HB Low. Namun risiko seperti tumbah darah dan bayi mati dalam kandungan tetap ada.

Selepas 5 tahun kakma di sahkan hamil anak ke 3 dan kali ni kakma dah memang amalkan vitamin sejak sebelum hamil.Syukur masa pemeriksaan hamil kali pertama bacaan HB kakma cantik tak ada lagi tulisan merah dalam buku pink kakma. Dan paling seronok bacaan last sebelum bersalin ialah 14.2 kakma tak pernah dapat bacaan macam tu walau masa anak dara. Ini membuktikan walau kakma "pembawa Thalesimia" bacaan Hb tetap boleh naik jika amalkan vitamin yang sesuai dan betul.

risiko HB low semasa hamil


Vitamin apa yang kakma amalkan? ini lah dia 3 serangkai yang memang kakma amalkan dari sebelum hamil hingga sekarang iaitu kakma masih menyusukan sepenuhnya anak ke 3 kakma yang dah berusia 2 tahun 3 bulan.

cara atasi Hb ;ow semasa hamil



Vitalea with iron Formula - Multivitamin yang kaya dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA. Jadi kepada ibu- ibu yang mengalami tekanan darah atau hb rendah boleh mengambil 2 biji vitalea sehari.

Sustained Release Vitamin C - Fungsi utama pengambilan vitamin c adalah untuk membantu penyerapan zat iron yang terdapat dalam vitalea. Jadi ia digalakkan telan sekaligus dengan vitalea demi untuk naikkan bacaan Hb. Selain itu ia melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.

B Complex -  lengkap dengan folic asid yang mana sangat penting dalam penghasilan Hormon & sel- sel Darah merah dan penting untuk pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.



Buat anda yang ada masalah HB low semasa hamil seperti kakma cuba lah ikhtiar dengan set hamil shaklee ni, In sya ALLAH anda pun akan dapat result seperti kakma. Kakma akan kongsikan cara makan yang betul dan tips2 yang kakma amalkan.

Jika anda ingin dapatkan produk ini boleh hubungi kakma , klik sini utk whatsapp http://kakmashaklee.wasap.my/  

SHAKLEE Independent Distributor
Maisarah (ID 887111)
No Tel: 019-3624134
Email: kmshop143@gmail.com
COD area: kg padang balang, sentul , bandar baru sentul ,dato senu , jalan gombak , setapak ,gombak setia.

Monday, 29 May 2017

MENDERITA GASTRIK DAN CARA RAWAT GASTRIK DI BULAN PUASA


Sempena bulan puasa ni kakma nak kongsikan pengalaman kakma sendiri yang menderita gastrik selama lebih 16 tahun dan cara kakma rawat gastrik yang dihadapi di bulan puasa. Bagi anda yang pernah diserang gastrik mesti tahu macam mana seksanya kan.


Syukur sangat kesihatan kakma sejak 5 tahun nj banyak beza kesihatan kakma berbamding sebelum ini.
Sejak form 2 kakma di sahkan ada gastrik kronik. Masalah bila mkn lambat sakit, makan pedas tk boleh, makan banyak pun sakit.Memang kena jaga betul silap sikit je mesti kena serang gastrik lagi2 kalau bulan puasa.



Masa bulan puasa memang seksa sangat. teman kakma masa ni ubat gastrik air yg warna putih tu ada sokmo dlm peti sejuk..
1 lg ubat putih yg kunyah tu dan 1 lagi ubat biji bulat2 kecik boscapan kot namanya lupa dah nama apa coz dah 5 thn tk jumpa ubat tu.

Dulu masa sahur kakma akan mkn ubat2 tu utk elak sakit siangnya..
Lepas berbuka kakma mkn lg utk elak sakit mlm nya..coz perut terkejut bila berbuka mkn lebih sikit maklum lah seharian kosong..

Mcm tu lah kakma setiap bulan puasa dan selalunya mesti ada je yang tak cukup dgn ubat tu kakma akan pergi melawat klinik coz tak tahan sangat sakit terpaksa lah cucuk ubat bontot..huhu sedih bila ingat balik...
Masa tu fikir sampai bila lah kakma nk bergantung ngan ubat..masa bujang ok lah jgk sakit perut blh tido selimut bagai merengkok mcm udang kena goreng...lepas cucuk pun bukan boleg hilang terus sakit.

Tapi bila ada anak mmg tak boleh nak layan sakit macam zaman bujang, nak  menyusu anakmana nak urus anak2 terpaksa tahan sakit tu sambil buat tugas seorang emak. Lagi2 kalau kena serang gastrik time mengandung, Allah saja yng tahu seksanya.

Syukur Allah temukan kakma dgn vitamin semulajadi..awal2 kakma just abik utk tenaga n bantu proses menyusu ..tapi bonusnya gastrik kakma terkawal..bila baca2 balik tgk pengalaman org lain mmg bgs utk gastrik rupanya..

Sejak tu kakma cuba elak ubat, cuba tengok dulu mcm mana serasi tak dan akhirnya sekarang kakma bebas ubat gastrik...

Sahur..kakma akan bancuh dulu ESP 2 sudu dgn 1 cawan air
Makan nasi 2-3 senduk
Lepas tu mkn peppermint ginger , b complek dan oste (sedih toste kakma dah habis)
Berbuka..kakma akan makan kurma dan  minum ESP dulu ( esp ni best blander dgn buah apa2 jdkan jus) dan peppermint ginger 4bj baru makan berat.

Vitamin yang kakma amalkan

Syukur ya Allah dah berapa tahun kakma dapat puasa tanpa sakit gastrik..
Kawan2 yang pernah kena gastrik tahu lah macam man sakitnya kan...
Yang tak  pernah kena bersyukur lah..

Kawan2 baik kakma jadi saksi mcm mn kakma sakit dulu masa belajar..diaorg lah tlg sapukan minyak panas tlg sapu kat belakang kat labu betis....
terima kasih sahabat dunia akhirat kakma Siti Fatmawati Engku Noraini Engku Abdullah Azura Rahman Norasiah Mahmood Norasikin Mamat Cla Alyas Azmah Mohd Nor.

Jika anda ada masalah gastrik macam kakma cuba lah ikhtiar dengan set gastrik shaklee ni kerana kakma sendiri dan mencubanya dan sangat berkesan.
Jika anda ingin dapatkanubungi kakma , klik sini utk whatsapp http://kakmashaklee.wasap.my/ 

SHAKLEE Independent Distributor
Maisarah (ID 887111)
No Tel: 019-3624134
Email: kmshop143@gmail.com
COD area: kg padang balang, sentul , bandar baru sentul ,dato senu , jalan gombak , setapak ,gombak setia.

Thursday, 10 November 2016

UJIAN HEBAT PESAKIT ANXIETY DISORDER KEMBALI SEMBUH DENGAN VITAMIN SHAKLEE


Hari ni kakma nak kongsikan kisah cicit shaklee kakma En sofian nama beliau.Kisah bagaimana beliau di beri ujian oleh Allah hingga beliau jatuh sakit, Beliau telah di serang penyakit Gerd dan Anxiety disorder, dari kisah beliau kakma dapat rasa dan memang benar lah ujian hebat memang untuk insan hebat.

Jemput baca kisah beliau.


KENAPA SAYA PILIH SHAKLEE? GERD & ANXIETY.

As salam dan selamat pagi semua. Semalam dah intro pasal mengapa kesan vitamin antara lelaki dan wanita berbeza. Nak tunai kan janji semalam kenapa saya pilih Shaklee? Cerita agak panjang dan kalau ada cekodok ke cucur ke boleh standby. Sambil baca sambil makan 😂😂😂

Saya dah lama amalkan makan supplement ni sejak umur 20 an. Lebih kurang 18 tahun mcm tu. Dulu saya ambil spirulina, minyak ikan dan vitamin C setiap hari. Sebulan sekali saya detox badan untuk 3 hari. Kalau first time buat detox buat 7 hari ye...Masa tu tak kenal Shaklee so saya detox guna brand Y. Maybe tu muka dan badan awet muda kot. Kalau travelling gi mana2 memang org akan ingat budak baru nak masuk U walapun dah jadi bapak budak.

Maaflah bukan nak riak atau apa tapi nak bagitau kalau kita istiqamah buat sesuatu...end result die memang akan nampak. Istiqamah ye bukan makan hari ni esok dah nampak result. Saya kena amalkan makan supplement ni 18 tahun nak dapat result sekarang ni. 

Ok..yg ni mukadimah je...tak masuk lagi isi cerita 😀😀😀

Di awal 20 an saya dah dapat kerja yg baik (swasta) coz takde rezeki ngan gomen. Setiap tahun saya dapat kenaikan pangkat sehingga tahun 2008 saya mula dapat portfolio utk jaga 37 ofis di 12 negara. Saya handle Sales & Marketing Communications. Semua press release, launching new products and set new office saya kena handle tak kira kat mana pun benua nya. Bebanan kerja semakin berat. Yes...saya masih amalkan supplemen tapi dalam masa yang sama saya dah create new bad habits dalam kamus hidup saya. Saya menjadi perokok tegar dan selalu skip makan. Coz masa saya banyak terluang dalam kapal terbang traveling dan jumpa clients...saya always skip my meals. Hidup saya hanya bergantung kepada air putih. Nescafe jadi makanan harian saya. Dlm 1 hari saya boleh minum 12 gelas nescafe to keep me awake sebab masa kerja saya tak sama dgn org kat ofis. Org kat ofis cuma kerja jam 8 hingga 5. Saya kerja 24 jam dan tidur 2 jam sehari sebab saya terpaksa respond to colleagues and clients mengikut time zone mereka. I love and enjoy my works to the limits tapi dalam masa yg sama saya rosakkan sistem kekebalan tubuh badan saya secara perlahan2. 

Further...saya takde masa langsung utk spend masa with my family kat umah sampai 1 masa my eldest daughter tanya kat ofis tu Abi sorang je ke yg kerja? Takde staff lain ke? It knocks my head straight to my brain. Lepas berpikir panjang, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan balik ke kampung halaman. Niat saya 1 je..nak cari kerja yg boleh bagi saya masa spend time utk family dan jaga mak bapak saya. FYI, saya kluar rumah mula umur 12 tahun sampai lah saya buat keputusan balik ke rumah. Jgn pikiaq bukan2 ye...bukan lari dari rumah tapi parents hantar pergi boarding school. Habis belajar kerja pun tempat lain.

Alhamdulillah saya dapat kerja di tempat sendiri. Masih travelling to oversea tapi tak sekerap dulu. Sebulan sekali mcm tu. Kesihatan saya masa ni tengah merosot...supplemen saya makan on and off makan tak konsisten mcm dulu. Sehingga lah saya jatuh sakit pada Dec 2014. 

1st time kena attack tu jantung saya sakit bebenar...nafas tersekat...berpeluh...tangan kaki sejuk...muka pucat...masa tu ingat masa dah tiba...rasa menyesal tak spend banyak masa bersama 2 puteri saya dan org tua...menangis dlm hati minta Allah panjangkan umur agar dapat menebus kekurangan yg saya buat utk diri saya dan keluarga.Terus masuk emergency ward. Lepas masuk drip...baru badan kembali normal. Masa tu doktor syak kena gastrik coz ujian darah dan ecg normal. 

Sejak kejadian tu hidup saya berubah 360 darjah. Hampir setiap hari saya di serang benda yg sama. ER gomen dan swasta dah jadi rumah kedua saya. Nak bawa kreta pun saya tak mampu. Pergi tempat crowded atau solat jumaat memang saya kena serang. Doktor dah habis idea apa penyebab sakit ni. 1 hospital swasta ni terang2 tolak saya refer my case pergi gomen hospital. Mereka cuma cakap kena GERD. Tapi nape sampai nak pengsan atau rasa nak mati setiap kali kena serang? Org lain pun ada GERD tapi tak lah sampai pengsan2 gitu. 

Saya ketandusan petunjuk. Dalam masa yg sama ada juga yg cakap saya kena santau atau gangguan jin. 

Then...saya pun pergi rawatan alternatif...bab mandi dan minum air tu jgn sebut...naik kembung perut minum air....jgn pikir saya tak percaya benda ghaib atau sihir sebab Allah dah bagitau kita ni tak bersendirian...(bunyi OST X-files 😂😂😂). Tapi takde perubahan. 

Saya tahu memang ada penyakit GERD coz cara hidup saya di masa lampau memang berkaitan. PENGSAN DAN TAKUT 24 JAM...ini yg saya ingin cari jawabannya...kenapa???

Saya masih kerja tapi ambil cuti tapi since saya punya masa kerja fleksible dan boleh kerja kat rumah...saya mula menjadi pengikut Mr. GOOGLE secara berjemaah...saya spend berjam2 setiap hari utk cari petunjuk tentang penyakit saya. 

Kerana terlalu letih dgn pencarian yg sia2...saya sedar tiba2 bila puteri sulong cakap kenapa tak minta petunjuk dari Allah....tersentak sekali lagi...kenapa asyik dia yg sedarkan saya...tapi saya bersyukur Allah beri saya petunjuk melalui puteri sulong saya. Saya mula lebihkan masa utk berzikir utk ketenangan dan memperbaiki solat saya utk diberi petunjuk. Hehehe...mesti ada yg cakap selama ni tak solat ke??? Solat memang buat tapi kita sebagai manusia memang khilaf...kadang2 solat tu hanya utk cukupkan fardu kita sebagai Islam...tapi rukunnya...tertibnya...bacaannya...semua kena perbaiki...itulah yg saya tengah usahakan. 

Alhamdulillah Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani...sekali lagi saya diberi petunjuk tentang sakit saya...masa google2 info awal januari 2016 (masa ni saya dah setahun sakit dan berat badan turun dibawah paras underweight sebanyak 16 kg)...saya ditemukan 1 blog member shaklee pasal Anxiety disorder...punyalah syok saya baca mengalah kan ambik exam kat U dulu...semua tanda2 anxiety tu ada pada saya. Setelah baca blog tu saya buat review semua blog kat website pasal anxiety termasuk dari doktor professional spt Dr. Zubaidi. Majority mengesyorkan ambik vit B compleks, minyak ikan omega 3, magnesium...

Selepas saya buat percaturan sendiri...saya ambil keputusan ambil supplemen ni utk dicuba tapi which brand? 

Dalam masa setahun saya sakit memang saya dah cuba apa aja produk yg disyorkan termasuk cap ayam...kilang belakang rumah atau yg branded...you name it...memang saya dah cuba...setahun sakit tu saya dah spent almost 50K utk bil hospital dan beli produk2 alternatif. 

Lepas saya buat keputusan nak cuba produk Shaklee...saya google blog cari distributor Shaklee yg ada di kawasan saya dan dengan izin Nya saya jumpalah distributor ni (Nak mention nama juge ye 😂😂😂). 

Saya amik set gastrik dan set anxiety. Lepas 3 bulan pertama amalkan kedua2 set ni, saya dah tak makan ubat hospital lagi dan Alhamdulillah tahap kesihatan saya bertambah baik. Saya teruskan pengambilan produk Shaklee sampai la ni...

Anxiety disorder saya tetap ada coz penyakit ni ambik masa juga nak kasi sembuh tapi sekurang2nya saya bersyukur saya dah boleh nikmati balik kehidupan saya yang lalu dan sujud syukur Allah beri saya peluang untuk jaga kedua puteri saya dan ibubapa saya.

Tanggungjawab menjadi ibu, bapa dan pencari rezeki untuk membesarkan kedua puteri saya memang 1 tanggungjawab yg berat especially bab2 wanita ni.Kadang2 kena tanya org lain mcm mane nak explain bab2 sensitif wanita 😂😂😂

Kan saya dah cakap entry ni panjang lebar...tu lah suruh standby cucur tadi... 😆😆😆

Moral of the story ni

1. Nak dapatkan sesuatu tu kita kena buat istiqmah...nak sel2 dalam badan kita sihat dan awet muda...amalkan makan supplemen hari2.  Ada yg cakap ala...org dulu2 takde makan supplemen pun jarang je sakit...boleh juga awet muda. 

Jgnlah nak samakan dulu dan sekarang. Dulu makanan takde banyak pengawet malah udaranya airnya tanahnya tak tercemar macam sekarang. Kalau masak sayur rebus buat ulam...awak boleh konfirm ke sayur tu takde racun serangga?

2. Jangan abaikan kesihatan dan keluarga bila kita sibuk mengejar cita2 atau kerjaya. Dalam kesibukan kita mengejar duniawi kadang2 kita khilaf menzalimi diri sendiri dan org lain tanpa kita sedar. Kena saya cakap zalim? Ye lah dah dok sibuk memanjang buat kerja sampai perut lapar pun tak di isi. Bila badan kurang nutrien kan dah merosakan badan. Badan kita ni cuma pinjaman utk roh kita menambah amalan sebelum di panggil kembali.

3. Kalau ada kawan2 yg ada simptom mcm saya...buatlah rawatan hospital...kalau hospital cakap takde ape2...boleh cuba set Shaklee...jgn takut mencuba sebab produk Shaklee ni organik, selamat, dan diuji secara klinikal. Bukan diuji in vitro je tau.

3. Paling penting sentiasa minta petunjuk dari Allah. Saya buat keputusan untuk berhenti kerja walaupun ekonomi sekarang ni agak teruk sebab saya percaya rezeki tu milik Allah. Bukan milik manusia. Saya dah decide nak buat Shaklee fulltime. Dalam masa yg sama saya boleh menunaikan tanggungjawab saya sebagai ibu, ayah dan pencari rezeki untuk menggantikan masa lalu saya yg banyak terluang untuk kerjaya dari keluarga.

Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.
Wassalam

Bagi anda yang ada masalah sama seperti En Sofian kakma sangat syorkan anda mencuba produk shaklee iaitu
B Complek
Omega Guard
Ostermatrik

Ingin dapatkan vitamin  ini secara COD jika anda berada di area gombak atau sentul.Ini kerana kakma adalah pengedar shaklee area gombak dan sentul.
untuk matlumat lanjut hubungi mai di talian 0193624134

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Wednesday, 21 September 2016

VITAMIN B BANTU IBU HAMIL,BERPANTANG DAN MENYUSU ATASI STRESS DAN ELAK MEROYAN


Kakma nak kongsikan kenapa B complek penting..lagi-lagi bagi ibu hamil, berpantang dan menyusu.Vitamin B complek ni sangat popular sebagai vitamin anti stress..dan sebagai ibu kita mmg senang stress sebenarnya..lagi2 kalau ibu yang sedang berpantang mmg kena jaga kalau tak boleh jadi meroyan..ibu menyusu pun sama kalau kita stress susu ibu pun drop tau.Kakma pernah baca ada kes bayi dalam kandungan meninggal di sebabkan ibunya sentiasa stress..kesian baby kan.Jadi vitamin B ni sangat2 penting bagi mengawal ibu2 daripada stress dan berfungsi sebagai ubat penenang yang semulajadi dan selamat.


Anda perlu tahu vitamin B tidak boleb dihasilkan sendiri oleh badan kita, jadi kita perlu dptkan vitamin B dari makanan seharian atau melalui supplement..
Dan kakma sendiri ambil b complek shaklee kerana kakma pun tak jamin apa yg kakma makan cukup utk bekalkan vitamin B utk keperluan badan..

Istimewanya vitamin b complek shaklee ni kerana di lengkapkan demgan folic asid dan biotin..Folic asid sangat penting untuk ibu hamil.

Kakma nak share jgk sebelum kenal shaklee kakma mmg dah kenal vitamin ..doktor yang bagi kat kakma katanya vita B sangat bagus utk masalah saraf..yer sebelum ni kakma ada masalah saraf..Tapi kakma cuba bandingkan vitamin B yg doc bg ngan vitamin B complek shaklee...b complek lagi lengkap vitamin b nya semua ada dan plg best ada b complek sekali..

Sejak kakma amalkan vitamin B complek shaklee alhamdulillah sakit saraf kakma makin sihat sampai skang...lagi2 kakma jgk ambil vivix..
Kalau boleh kakma nk elak dari ambil vitamin sintetik coz kakma tahu kesan jangka masa panjang sebab tu kakma pilih shaklee yang di jamin SEMULAJADI, SELAMAT dan BERKESAN.

Jika anda sedang hamil , berpantang atau menyusu kakma memang syorkan sangat vitamin b complek ni..lagi2 jika anda cepat stress jangan di biarkan nanti anda boleh dapar migrain dan lagi teruk kesan lain yang buruk.
Vitamin B complek juga bagus untuk perkembangan otak dan sensor bayi..membantu proses penyembuhan bagi ibu lepas bersalin dan mengurangkan kemurungan.


Kalau anda berasa sekitar kampung padang balang sentul atau gombak anda boleh dapatkan vitamin B complek ni secara COD dan kakma akan konsult anda secara direct.

Kakma adalah pengedar shaklee kawasan sentul dan gombak manakala bagi yang jauh kakma boleh pos..kakma menggunakan perkhidmatan poslaju selalu pos pagi ni esok dah sampai.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*





Thursday, 15 September 2016

VITAMIN UNTUK SET KULIT CANTIK


Lumrah kita wanita memang nak sentiasa cantik tapi ramai antara kita suka ambil produk untuk luaran je.Sebenarnya penjagaan dalaman lagi penting.Bila dalaman kita sihat dan cukup nutrisi luaran kita akan cantik.Kakma nak share ni set kulit cantik yang memang menjadi pilihan ramai dan memang berkesan.Kakma sendiri memang banyak dapat testimoni dari mereka yang dah amalkan set kulit cantik ini.

Kombinasi 4 vitamin ini, mengatasi pelbagai masalah kulit anda....

B complex :-
Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, sebagai anti- stress (bertindak sebagai penenang - stress juga menyebabkan kulit cepat berkedut dan nampak cepat tua), mengelakkan kulit kusam.

Vitamin c :-
Membantu pembentukan kolagen - sejenis protein yg menyusun tubuh manusia. Menghasilkan kulit yang lebih licin. Vitamin antioksida. Kekurangan boleh menyebabkn kulit kering, kasar, lembik dan ...
mudah lebam.

Vitamin E:-
Melambatkan proses penuaan. Membantu mendapatkan tesktur kulit yang csntik, lebih muda, hilangkn parut. Juga membantu dlm aspek kesuburan, membantu percepatkan proses baik luka..

ENERGIZING SOY PROTEIN :-
Untuk mendapatkn kulit yang lebih cantik, protein merupakn makanan asas yang diperlukan utk kecantikan dan kesihatan.. dgn protein yg mencukupi, sel badan akan sihat Dan membantu penyerapan vitamin lain yg diambil akan cepat terserap. Hasilnya kulit akan lebih halus, gebu dan licin.

Tengok lah testimoni dari mereka yang konsisten ambil vitamin set kulit cantik ini.



Berita baik bulan ni, anda lebih jimat jika anda dapatkan vitamin C dan ESp coz bulan ni promo Vitamin C dan ESP..mmg jimat dan berbaloi beli bulan ni.

Kalau anda berasa sekitar kampung padang balang sentul atau gombak anda boleh dapatkan set kulit cantik ni secara COD dan kakma akan konsult anda secara direct.

Kakma adalah pengedar shaklee kawasan kampung padang balang sentul dan bagi yang jauh kakma boleh pos..kakma menggunakan perkhidmatan poslaju selalu pos pagi ni esom dah sampai.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Thursday, 1 September 2016

GASTRIK YANG DIDERITAI SELAMA 10 TAHUN SEMBUH


Gastrik yang di deritai selama 10 tahun sembuh.Sape pernah kena gastrik mesti tahu kan macam mana rasa...kakma sendiri memang bekas pesakit gastrik hampir 16 tahun kakma sakit gastrik lama kakma bergantung pada ubat gastrik paling tak tahan ubat minum warna putih tu..
Penawar gastrik

Kakma faham sangat bila baca testimoni di atas ni...kakma kalau kena gastrik kakma akan tidir merengkok lipatkan perut selimut tutup semua kipas coz kalau kena angin lg teruk sakit dan kakma sanggup lapar..kalau kakma makan lagi teruk sakit myb utk cerna makan tu asid gastrik lagi banyak keluar kot..selalu kalau nak legakan sikit kakma akan jolok agar muntah baru lega sikit.

Kalau tak tahan sangat kakma sangat pergi klinik cucuk tapi tkde lah hilang terus selalu abik masa 4,5 jam jgk baru hilang betul..tapi kalau tak cucu selalu lepas mkn ubat 24 jam baru kakma lega tu pun kalau jaga makan betul2..kalau tak mmg berhari baru betul2 sembuh..

Kakma dah serik sakit gastrik..syukur sangat kakma dah bebas gastrik..lepas kakma amalkan set menyusu yang mana dlm set tu ada set gastrik juga iaitu ESP, b complek dan ostematrik, sekarang ni bila perut rasa sebu dan berangin je kakma terus telan peppermint gingger...mmg tak melarat lepas telan tu mmg angin kus kus keluar je...hehe.

Set menyusu yang kakma ambil

Jika anda ada sakit gastrik mcm kakma jgn dibiarkan takut nanti penyakit kronik lain yang datang..cuba lah set gastrik seperti yang kakma makan ni...kakma berani jamin coz kakma sendiri dah bebas dari gastrik..anda tak akan menyesal beli set gatsrik ni dari kakma.

anda boleh dapatkan Set Gastrik di atas dengan buat belian terus dengan klik ikon di bawah


Kalau anda berasa sekitar kampung padang balang sentul atau gombak anda boleh dapatkan vitamin ni secara COD dan kakma akan konsult anda secara direct.

Kakma adalah pengedar shaklee kawasan kampung padang balang sentul dan bagi yang jauh kakma boleh pos..kakma menggunakan perkhidmatan poslaju selalu pos pagi ni esom dah sampai.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*



Tuesday, 19 July 2016

APA ITU VERTIGO DAN CARA MERAWATINYA


Tanda- tanda vertigo dan cara merawatnya

Ramai antara kita tidak pernah dengar penyakit Vertigo, tetapi tahu tak kita ramai sebenarnya yang mengidap penyakit vertigo ini.Ramai yang salah faham dan samakan vertigo dengan migrain sebenarnya vertigo lagi merbahaya jika dibiarkan ia boleh menjadikan anda pekak.

Apa itu Vertigo?
Vertigo ialah situasi dimana seseorang akan merasa pening kepala atau sekeliling berputar yang boleh menyebabkan seseorang tidak stabil,mual, muntah, jatuh atau pitam dan kadang2 sehingga tidak sedarkan diri.Setelah terkena serangan vertigo, seseorang akan merasa lemah, tidak mampu berdiri, dan pusing selama beberapa jam setelah serangan.Pesakit Vertigo boleh diserang bila2 masa dan boleh jatuh atau pitam..keadaan ini sangat berbahaya jika mereka sedang memandu kereta atau motor ini kerana ia boleh membawa maut.

Apa Punca Terjadinya Vertigo
Vertigo di kaitkan dengan masalah telinga iaitu radangan, jangkitan atau mendapan serta pembentukan kalsium (otolith) di saluran semisirkular iaitu bahagian dalam telinga yang boleh menyebabkan masalah dalam sistem vestibular. Sistem Vestibular ini meliputi telinga dan sistem saraf yang mengawal keseimbangan. Ada 3 jenis VERTIGO yang disebabkan oleh masalah telinga iaitu 'Benign Paroxysmal Postional Vertigo'aka BPPV, penyakit meniere seperti telinga berdegung, perasaan rasa macam berputar-putar dan radang urat saraf 
1) BPPV  disebabkan oleh pembentukan kalsium dalam telinga yang dipanggil otolith yang termendap dibahagian yang tidak sepatutnya disaluran semisirkular.
2) Penyakit meniere adalah keadaan yang menyebabkan berlaku berulang kali tiga gejala vertigo,kehilangan pendengaran dan bunyi dalam telinga (tinnitus)
3) Radang urat saraf vestibular disebabkan oleh virus yang boleh mengakibatkan kebengkakan atau keradangan sekeliling saraf.

Tanda -tanda anda di serang Vertigo
Anda merasakan ruang atau diri anda berpusing-pusing atau bergoyang.
Anda merasakan hilang keseimbangan badan.Ianya boleh berlaku dalam sesaat, seminit, sejam atau sehari. Perasaan ketidakseimbangan itu boleh datang dan pergi.Dan kadang2 boleh menyebabkan anda jatuh jika anda sedang berdiri.
Telinga rasa berdengung dan kurang perdengaran.
Keadaan bola mata yang abnormal dan pandangan kabur
Anda menjadi seorang yang sensitif pada cahaya, bunyi serta merasa pening kepala.
Anda merasakan penglihatan bertindih
Anda merasakan kesukaran bernafas, berpeluh.
Anda merasakan pergerakan jantung laju.
Anda tetiba mempunyai masalah untuk menelan dan bercakap serta merasa lemah.

Cara mengatasi dan merawati Vertigo 
Anda tidak boleh panik apabila terdapat tanda2 anda di serang vertigo tarik bafas dalam2.
Jika anda berdiri anda perlu duduk atau baring untuk elakkan anda hilang kesimbangan badan lalu jatuh.
Kurangkan pergerakkan pilih posisi yang anda selesa pejam mata dan teruskan bernafas dalam2.
Buka mata anda perlahan2 dan gerakkan kepala perlahan2 
Jika berasa mual atau nak muntah ada biarkan sahaja
Jika keadaan masih tidak berubah setelah anda lakukan perkara di atas minta pertolongan mereka disekeliling anda untuk mendapat rawatan lanjut di klinik.
Bagi mengatasi atau merawati vertigo ini kakma sangat mengesyorkan anda mencuba vitamin shaklee iaitu B complek dan juga vivix.

B complek- Mengekalkan sistem saraf yang sihat.

Vivix shaklee sangat di syorkan bagi mengatasi dan merawat Vertigo ini kerana Vivix merawat hingga peringkat sel bagi memastikan sel yang sihat dan membantu memulihkan sistem saraf supaya berfungsi dengam normal.
Vivix juga tinggi kandungan antioksida sangat penting untuk mengatasi masalah keradangan di bahagian telinga dan kepala supaya kembali normal dan mengembalikan kesimbangan badan.
Nak baca info lanjut mengenai Vivix Klik di sini dan juga Di sini



Kakma kongsikan testimoni dari mereka yang sembuh dari vertigo selepas amalkan vivix



TESTIMONI 1

Vivix shaklee

TESTIMONI 2

Testimoni vertigo

Testimoni sembuh vertigo

Jika anda ada masalah seperti mereka jangan di biarkan hubungi kakma 0193624134, kakma sedia membantu anda.


Nak order mudah saja ini caranya..



Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji

 Call/ Whatsapp : 019 3624134 

 Email : kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*