Tuesday 3 November 2015

VITAMIN C PENTING UNTUK KURUSKAN BADAN


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.

Hari ni Kakma nak share kenapa vitamin C penting bagi mereka yang nak turunkam berat badan.
Vitamin C yang mencukupi adalah penting untuk metabolisme lemak yang betul, jika kita tidak mendapat bekalan Vitamin C yang mencukupi ia akan menyebabkan berat badan meningkat dan ukuran pinggang semakin membesar. Mereka yang tidak mendapat vitamin C yang rmencukupi cenderung untuk mempunyai lebih banyak lemak di perut walaupun penurunan berat badan secara keseluruhan,sebab tu ada orang kurus, tapi perut buncit.
Vitamin C diperlukan untuk penghasilan molekul yang digunakan dalam pengoksidaan, atau metabolisme, tisu lemak. Tanpa vitamin C yang mencukupi, badan anda tidak dapat menggunakan lemak yang tersimpan. Badan kita sentiasa menghasilkan tisu lemak untuk tenaga, tetapi tidak dapat menggunakannya. Ini menyebabkan pengumpulan lemak, terutamanya di kawasan perut akan berlaku dan inilah yang menyebabkan perut buncit.

Kekurangan vitamin C membawa kepada penurunan dalam penggunaan lemak semasa latihan, menurut "Metabolisme Pemakanan." Malah semasa menjalani aktiviti yang berat, badan tidak mampu untuk memetabolismekan lemak tanpa vitamin C. Ini dapat menjelaskan mengapa sesetengah orang tidak mengurangkan berat badan walaupun senaman yang kerap: mereka itu mungkin kekurangan vitamin C. Dengan vitamin C yang mencukupi, anda mungkin meningkatkan potensi pembakaran lemak anda semasa latihan sebanyak 400 peratus.

Menurut kajian Vitamin C meningkatkan kehilangan lemak sebanyak kira-kira 30 peratus, menurut "Jurnal American College of Nutrition." Dua puluh peratus daripada orang dewasa Amerika tidak mendapat cukup vitamin C, dan oleh itu terdedah kepada ketidakupayaan untuk membakar lemak. Walau bagaimanapun, dengan mendapatkan tahap yang mencukupi vitamin C, anda boleh secara drastik meningkatkan peluang anda untuk kehilangan lemak perut.

Seperti yang kita tahu setiap hari badan kita akan kehilangan vitamin C dan badan kita tidak menghasilkan vitamin C sendiri,kita boleh mendapakan vitamin c melalui makanan yang kita ambil seharian contohnya buah buahan.Tetapi ramai antara kita tak suka makan buah dan ada yang tak sempat nak makan padahal badan kita perlukan vitamin setiap hari.
Kakma sangat syorkan ambillah supplement vitamin C bagi membekal vitamin C yang mencukupi kepada badan kita.

Berita baik bulan ni shaklee buat promosi Buy 6 free 1 vitamin C.



 Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana saya adalah Pengedar Sah Shaklee Gombak dan Sentul serta kawasan sekitar.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji 
Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Friday 30 October 2015

SEMBUH DARI PENYAKIT PENAPIS BUAH PINGGANG BOCOR (NEPHROTIC SYNDROM)


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH. Kakma ingin berkongsi Testimoni daripada Downline Shaklee Kakma sendiri yang mana suaminya sembuh dari penyakit penapis buah pinggang bocor juga dikenali Nephrotic Syndrom dan tidak perlu melakukan biopsi selepas mengamalkan Vivix Shaklee secara konsisten.Baca kisah lanjut mengenai penyakit penapis buah pinggang bocor di sini

Jom baca kisah beliau 

 **********************************************
Assalamualaikum, ini kisah bagaimana kami telah jatuh cinta cinta dengan Vivix Shaklee. Nama saya Muhamad Rosdi Ismail,38 tahun. Pada bulan September 2015, saya telah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom iaitu penapis buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing. Sesuatu yang agak mengejutkan dan merisaukan saya sebenarnya. Siapa tak sayang buah pinggang kan??

Sebenarnya sebelum tu lagi saya perasan air kencing berbuih tetapi saya tak fikir ia sesuatu yang pelik dan tanda penyakit ini. Tetapi bila tangan dan kaki membengkak, barulah saya menyedari ada yang tidak normal. Saya membuat pemeriksaan di Hospital. Dan semasa di hospital doktor menahan saya di wad kecemasan dan membuat pemeriksaan air kencing 24jam, juga pemeriksaan darah. Setelah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom doktor memberi "sebeban" ubat yang pada saya sangat banyak untuk ditelan. Dengan ubat surut bengkak, ubat kolesterol, ubat darah tinggi. Ya, penyakit ini turut memberi saya pakej penyakit yang lain yang sebelum ini saya memang tidak pernah menghidapinya.

Doktor turut memberi steroid tetapi menyatakan jika saya bersetuju untuk membuat Biopsi iaitu prosedur mengambil sampel buah pinggang maka saya tak perlu mengambil steroid.

Saya berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk memulangkan sebungkus besar Steroid dan memberitahu Doktor kami ingin membuat Biopsi. Hakikat yang sebenarnya kami ingin berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. Kalau sebelum ini saya antara yang culas memakan vitamin tapi dengan Vivix saya sangat konsisten. Maka saya meneruskan suplemen dan juga ubat doktor kecuali steroid. Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar benar rosak maka perlu menjalani dialisis di usia 30an ini. Di saat anak-anak masih kecil ini. Nauzubillah.

Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah sebotol Vivix bacaan protein di dalam urin menampakkan penurunan. Dan setelah 3botol Vivix iaitu lebih kurang 3bulan saya ada temujanji dengan Doktor pakar di Selayang. Dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila Doktor mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan darah normal dan ujian darah semua menunjukkan result yang cantik. Doktor juga stopkan semua ubat dan yang paling best Doktor sendiri yang beritahu TAK PERLU BUAT BIOPSI.
Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan Vivix mahal tetapi bila dalam situasi ini barulah kami menyedari duit boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, tiada gantinya.
Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.
Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. Ikhtiarlah dengan VIVIX. Saya percaya Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah.
Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.
Muhamad Rosdi Ismail



Alhamdulillah semuanya dengan izin ALLAH, yang penting mesti konsisten ambil suplemen dan ubat ubatan jangan stop terus pastikan stop setelah mendapat nasihat Doktor, Anda boleh baca sendiri Testimoni ini di Link ini lepas baca boleh Like testimoni tersebut.
Jika anda mempunyai penyakit seperti beliau iaitu penapis buah pinggang bocor dan ingin berikhtiar dengan suplemen shaklee iaitu Vivix anda boleh hubungi Kakma dan jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana saya adalah Pengedar Sah Shaklee Gombak dan Sentul serta kawasan sekitar.


untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134 http://kakmashaklee.wasap.my/
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Wednesday 23 September 2015

RAWAT RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU DENGAN KRIM SEMULAJADI


Selalu kita dengar masalah yang sering terjadi pada bayi baru lahir ialah ruam susu dan ruam lampin.Ruam adalah masalah kulit yang menjadi kemerah- merahan atau kasar pada bahagian pipi, leher, dagu atau bahagian anggota badan yang lain.Bagi bayi selalu terjadi ruam lampin salah satu sebab mungkin penggunaan pampers yang tidak sesuai or memang kulit baby sangat sensitif.

Selalunya untuk atasi masalah ruam ini kita akan sapukan krim di tempat ruam tersebut.Ramai ibu2 tidak sedar banyak krim yang dijual di farmasi dan klinik mengandungi Steroid. Pembelian krim tersebut tidak memerlukan prescription dan antara steroid yg selalu digunakan adalah hydrocortisone, betamethasone, clobetasol, triamcinolone, momethasone, clobetasone etc. Contohnya, krim gatal jenama Daktacort yg dijual mengandungi hydrocortisone.
Tahukan kita pengambilan Steroid secara berterusan akan menyebabkan kulit akan menjadi semakin nipis dan boleh menyerap masuk dalam badan yang mana akhirnya mendatangkan masalah kesihatan yang lebih teruk.Jadi sebagai ibu buatlah pilihan yang terbaik untuk anak2 kita.

Kakma ingin berkongsi pengalaman kakma bersama anak ke 3.Alhamdulillah untuk anak ke 3 kakma hanya menggunakan krim semulajadi Herba blend sahaja sejak lahir hingga sekarang berumur 3 bulan.Alhamdulillah baby tiada masalah ruam lampin kalau ada pun ruam susu tetapi lepas sapu krim herba blend sekejap je dah hilang ruam susu tu.Selepas mandi baby Mujahid ( nama baby kakma) kakma akan sapu celah paha, ketiak, leher dan belakang telinga dengan krim Herba blend ini.Bau krim herba blend ni pun wangi.Kakma juga perhatikan kalau sapukan krim herba blend ni nyamuk pun tak nak datang dekat baby Mujahid setakat ni mmg jarang sgt lah Mujahid kena gigit nyamuk.Kakma memang tak pakaikan Mujahid bedak lagipun bedak tak elok sangat untuk baby, boleh menyebabkan baby kena penyakit asthma.


Krim untuk ruam susu

Krim semulajadi herba blend ni memang krim pelbagai guna kakma mmg sekali guna 3 tiub tapi tak de lah habis semua..1 letak dlm bakul baby kat rumah 1 dalam beg baby 1 lagi dalam kereta lagipun si kakak suka sangat krim herba blend ni pantang gatal sikit mesti cari krim ni sapu.Selain dari ruam susu dan ruam lampin krim semulajadi herba blend ni juga bagus untuk kulit sensitif, gigitan nyamuk, gatal dan masalah lain yang berkaitan kulit. Kakma ada kongsikan pengalaman anak ke 2 naik chiken pox tetapi Alhamdulillah tak ada parut yang tinggal lepas sapukan krim herba blend.Nak tahu lanjut kisah ni boleh baca Di Sini




Krim ini juga boleh halau nyamuk 


Di sini kakma kongsikan pengalaman ibu2 yang sangat berpuas hati dengan krim semulajadi herba blend ini.



Krim hilangkan ruam susu


Shaklee memang sentiasa memberi jaminan setiap produk ada SEMULAJADI SELAMAT dan BERKESAN.

Kalau anda berada sekitar kampung padang balang sentul atau gombak anda boleh dapatkan krim hilangka  ruam lampin dan ruam susu ini secara COD dan kakma akan konsult anda secara direct.

Kakma adalah pengedar shaklee kawasan kampung padang balang sentul dan bagi yang jauh kakma boleh pos..kakma menggunakan perkhidmatan poslaju selalu pos pagi ni esok dah sampai.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Tuesday 22 September 2015

KEPENTINGAN KALSIUM DAN TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM


Kakma ingin berkongsi info mengenai kalsium yang mana kalsium adalah mineral yang sangat penting dan sangat diperlukan oleh tubuh kita,90% bahan keras yang terkandung di dalam tulang dan gigi adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk pembentukan dan mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot dan kalsium sangat penting untuk mencegah penyakit osteoporasis.



Kajian yang dibuat oleh Institut kesihatan Kebangsaan mendapati setiap wanita memerlukan 1000mg sehari bagi wanita dan 1500mg bagi wanita pasca putus haid. Walaupun anda seorang "kaki susu" dan menjaga pemakanan adalah sukar untuk memperolehi jumlah kalsium sebanyak ini menerusi diet seharian. Rsmai wanita menghadkan pengambilan susu dan keju kerana kalorinya.Mengikuti kajian purata pengambilan kalsium oleh wanita hari ini ialah kurang dari 600mg kalsium sehari, inilah sebab utama kita wanita ramai mendapat osteoporosis selepas umur 45 tahun.

Tanda -tanda dan masalah di bawah ini menunjukkan badan anda kekurangan Kalsium:-
-kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
-Kejang otot-Wheezing(pernafasan berdehit)
-Susah menelan dan berasa sakit semasa menelan-Suara berubah akibat laryngospasm
-Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti-cepat letih dan penat-Selalu Sawan-Sesak nafas
-Rambut kasar
-Kuku dan gigi rapuh
-Psoriasis (sakit kulit)
-Kulit kering
-Kekejangan atau kram otot-sukar/susah nak tidur
-Perasaan berdebar2
-Eczema-penyakit kulit
-Sakit Sendi
-Tekanan darah tinggi
-Paras Kolestrol tinggi
-Rheumatiod arthritis

Jika anda mengalami masalah-masalah di atas ini menunjukkan badan anda kekurangan kalsium dan anda perlu mengambil kalsium untuk menampung kekurangannya dalam badan.Mengikut kajian pengambilan kalsium perlulah diambil bersama dengan magnesium dan vitamin D bagi memastikan penyerapan kalsoum yang optimun dan baik.Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.Vitamin D pula untuk memastikan penyerapan kalsium dalan darah lebih efektif.




Sudah 4 tahun Mai memilih pil kalsium ostematrik bagi membekalkan kalsium yang mencukupi dalam badan mai, ini kerana Ostematrix ni lengkap dgn unsur Kalsium, Magnesium, dan Vitamin D.Makan 4biji sebelum tidur, tidur lebih lena dan berkualiti dan esoknya bangun pagi cergas ceria, membuang air besar memang mudah.

Alhamdulillah.Mai memang memastikan seriap hari ambil 4 biji ostematrik kerana Mai menyusukan anak.Kita di syorkan mengambil 4bj ostematrix sebelum tidur kerana, penyerapan kalsium lebih baik semasa badan kita rehat iaitu baring dan penyerapan kalsium juga bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. Pada waktu malam, kita kurang ke toilet, so tubuh lebih mudah menyerap lebih banyak kalsium dan sebagai bonusnya, kita akan bangun pagi keesokannya dengan lebih mudah, tiada cramp/sengal2 dan badan rasa lebih ringan.







 Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana saya adalah Pengedar Sah Shaklee Gombak dan Sentul serta kawasan sekitar.


untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji

Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit *

Monday 21 September 2015

BAHAYA KRIM STEROID YANG BANYAK DIPASARAN


Bila kakma baca status #Drzubaidi takut pulak dulu sebelum kakma kenal krim semulajadi herba blend memang mcm2 krim kakma guna..masa tu tkde ilmu pasal bahayanya steroid or paraben ni...
Tapi sejak kenal shaklee baru kakma mula cari ilmu....rupanya hampir semua krim di pasaran ada steroid..apapun walau lambat kakma bersyukur sangat kakma dah jumpa krim yang selamat iaitu Herbal Blend Multi-Purpose Cream.


Ini tulisan #Drzubaidi kakma share kan dari wall Fb beliau..
Kream Synalar merawat ruam alahan

“Assalammu a’laikum, Dr Zubaidi. 
Saya ingin bertanyakan soalan. Ibu saya telah menggunakan krim ointment synalar sejak saya kecil lagi. Krim tersebut sentiasa berada dalam simpanannya.

Saya ingin bertanya keberkesanan krim tersebut, dan adakah krim tersebut selamat digunakan.

Baru-baru ini anak saya yang baru mencecah 8 bulan menghidap selsema dalam masa yang agak lama. Pengasuh membersihkan hidung hingga melecet.

Ibu saya menyarankan saya untuk menggunakan krim tersebut pada luka anak saya. Tetapi saya was-was dan ragu-ragu. Takut tidak sesuai untuk bayi.

Tetapi saya sendiri akui, setiap kali ada luka-luka, ibu pasti menyuruh saya gunakan krim tersebut. Dan luka memang cepat sembuh.

Oleh yang demikian, saya ingin mendengar pendapat dari doktor sendiri.
Terima kasih, sekian”.

Wa alaikum mus salam… semoga ALLAH merahmati kita 
Kream ointment Synalar adalah ubat sapuan yang mengandungi steroid fluocinolone. Ia digunakan untuk merawat ruam dan kegatalan  akibat alahan seperti tindak balas alergi, eczema, seborrhea, dan psoriasis.

Dalam kebanyakan kream, Synalar digabungkan dengan antibiotic, sebagai contoh Synalar-N iaitu kream steroid yang dicampurkan dengan antibiotic Neomycin. Ia bertujuan untuk mempercepatkan proses penyembuhan kulit yang mengalami alahan luka, akibat digaru kerana kegatalan.

Oleh kerana kream Synalar boleh dibeli secara ‘over-the-counter’ dan tidak memerlukan preskripsi, maka penggunaannya harus digunakan mengikut arahan seperti mana pada label, atau seperti mana yang diarahkan oleh doctor.

Jangan gunakan kream ini dalam jumlah kuantiti yang banyak atau terlalu lama kerana kream sapuan steroid seperti ini mungkin boleh menyerap ke dalam kulit, terutama pada bayi dan kanak-kanak.

Selain itu bagi mengelakkan penyerapan kream steroid, kulit yang disapu dengan kream tidak boleh dibalut, kecuali atas nasihat doctor, sebagai contoh doctor akan membalut dengan plastic untuk pesakit yang mengalami eczema.

Kanak-kanak dan bayi lebih mudah menerima kesan sampingan steroids berbanding dengan orang dewasa.

US FDA menyenaraikan kream Synalar sebagai ubat dalam kategori C, iaitu ubat yang dikhuatiri akan memberi kesan mudarat pada bayi, jika digunakan oleh wanita hamil, tanpa menyebabkan kecacatan tubuh bayi. Kesan ini selalunya boleh dipulihkan (reversible).

Jadi ia tidak berbahaya untuk diguinakan kepada wanita hamil atau ibu yang menyusukan anak, namun lebih baik dielakkan. 

Wallahu a’lam..
***************************

Buat anda kakma pesan sangat2 buatlah pilihan bijak demi masa depan kita...lagi2 bila melibatkan anak2 kita...pilih lah produk bebas steroid dan paraben kerana kesannya bukan sekarang tapi akan datang lagi2 jika ambil dalam jangka masa yang lama.


Kakma gunakan Herbal Blend Multi-Purpose Cream untuk keluarga kakma lagi2 untuk baby..sejak lahir kakma memang hanya sapu krim ni sahaja untuk baby kakma.Krim ni hanya diperbuat dari bahan2 semulajadi.


Shaklee memang sentiasa memberi jaminan setiap produk ada SEMULAJADI SELAMAT dan BERKESAN.
Kalau anda berada sekitar kampung padang balang sentul atau gombak anda boleh dapatkan krim hilangkan  ruam lampin dan ruam susu ini secara COD dan kakma akan konsult anda secara direct.

Kakma adalah pengedar shaklee kawasan kampung padang balang sentul dan bagi yang jauh kakma boleh pos..kakma menggunakan perkhidmatan poslaju selalu pos pagi ni esok dah sampai.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

HILANGKAN PARUT CHIKEN POX DENGAN KRIM SEMULAJADI


Kakma nak kongsikan pengalaman sendiri menggunakan krim semulajadi iaitu Herba Blend Multi Purpose Cream dah hampir 4 tahun.Kesan ketara yang kakma nak kongsikan bila anak perempuan kakma naik chiken pox 3 tahun lepas.Lepas dah kering chiken pox kat muka dan badan anak, kakma terus sapukan krim semulajadi ini..krim ni memang bagus dapat kurangkan rasa gatal dan boleh hilangkan parut chiken pox dan Alhamdulillah memang tak ada kesan parut yang tinggal kat badan dan muka anak kakma.


Ni gambar anak kakma semasa naik chiken pox dan lepas seminggu memang takde langsung kesan parut.


1 tiub krim semulajadi HERBAL BLEND ini mengandungi 113g isi kandungan membuatkan ianya antara krim kulit yang sangat murah harganya berbanding dengan fungsi dan kegunaannya. Semua ahli keluarga boleh menggunakan cream ini tambahan cream ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia, selamat dan berkesan.Harganya hanya rm27.50 sangat murah berbanding kegunaannya yang serba guna..

Krim ini juga boleh halau nyamuk

Herbal Blend Multipurpose Cream ini diformulakan daripada ekstrak semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Cream ini bersifat dingin, bermentol dan tidak berminyak dan melekit. Herbal blend juga telah diuji secara klinikal di mana cream ini dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.

Krim semulajadi rawat ruam lampin dan ruam susu

Kakma kongsikan antara testimoni lain dari customer yang berpuas hati selepas menggunakan krim semulajadi herba blend ini.








Kalau anda berada sekitar kampung padang balang sentul atau gombak anda boleh dapatkan krim untik hilangkan parut chiken pox ni secara COD dan kakma akan konsult anda secara direct.

Kakma adalah pengedar shaklee kawasan kampung padang balang sentul dan bagi yang jauh kakma boleh pos..kakma menggunakan perkhidmatan poslaju selalu pos pagi ni esok dah sampai.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134

Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Saturday 19 September 2015

RESEPI DURIAN CREPE YANG SENANG DAN SEDAP


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.

 Hari ni Mai nak share resepi durian crepe yang senang dan sedap.Mesti semua tahu berapa harga durian crepe selalu Mai beli 4-5 bj rm10 kadang-kadang dapat yang elok ada juga beli yg duriannya dah rasa macam tempoyak so oleh sebab Mai n anak Mai suka sangat durian crepe ni baik Mai belajar n buat sendiri boleh makan puas-puas.
Resepi ni senang tak perlu guna penimbang lagipun tak semua org ada penimbang nk timbang tepung segala bagai tu kan.

Mai belanja gambar durian crepe yang Mai buat



Ini antara bahan-bahan yang diperlukan;

Untuk kulit campur semua dan kacau sebati bahan2 di bawah.
2 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan tepung kastad
1 1/2 sudu makan tepung ubi kayu
1 1/2 sudu makan tepung ubi kentang
2 1/3 makan gula icing
4bj telur ayam
1 sudu makan minyak masak
1 sudu kecil esen Vanila
1 sudu kecil pewarna kuning
2 cawan air masak

Untuk inti
4 biji durian buang biji ambil isi sahaja
2 cawan whipping cream pukul sehingga kembang dan tak jatuh bila kita angkat.
Mai guna whipping cream jenama Value Pride



Bila dah sebati campuran bahan2 untuk buat kulit boleh lah mula masak kulit..seeloknya guna Pan yang tidak melekat bersaiz 12cm.lagi nipis lagi cantik kulitnya dan semasa masak kulit tak perlu balikkan kulit untuk dapatkan 1 bahagian kulit yg licin dan cantik.Selalunya Mai buat untuk sukatan di atas akan dapat dalam 30 keping kulit.

Bila dah siap masak semua adunan kulit bolehlah mula balut inti.Letakkan kulit yang bahagian bawah semasa masak di bahagian atas iaitu bahagian dalam supaya bahagian atas semasa masak akan jadi bahagian luar durian crepe. Letakkan whipping cream dahulu dan kemudian baru letakkan isi durian.Lagi banyak whipping creme n isi durian lagu sedap.Lepas tu boleh lah mula lipat bentuk empat segi dan siap.Sebelum makan letak dulu dalam peti sejuk makan sejuk2 lagi sedap.

Ok selamat mencuba..nanti kalau dah cuba sudi2 share hasil kawan2 kat komen yer.

Mai share gambar masa Mai buat durian crepe sendiri kali pertama bulan lepas.






TIPS PENJAGAAN RAMBUT SIHAT DAN CANTIK


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.
Mai ingin kongsikan tips penjagaan rambut supaya sihat dan cantik.Tips ini sesuai untuk wanita bertudung yang mana walau kita bertudung kita perlu menjaga rambut kita ini kerana rambut adalah mahkota setiap wanita.


Bertudung bukan bermakna boleh biarkan rambut kita begitu sahaja tanpa penjagaan yang rapi dan sempurna, ini kerana adakalanya kita berhadapan dengan mahram tanpa mengenakan tudung terutamanya suami kita.Pasti mahram kita lagu2 suami kita tak selesa jika rambut kita kusut masai dan tak terurus. Jadi, penjagaan rapi perlu walaupun bertudung litup.

1) Basuh Rambut Secara Teratur
Elakkan dari basuh rambut dengan kerap. Memadai dengan membasuh rambut setiap dua hari sekali. Langkah terbaik, pilih syampu yang mempunyai rumusan penjagaan rambut yang semula jadi. Aplikasikan juga pelembap rambut selepas selesai bersyampu.

2) Jangan Pakai Tudung Ketika Rambut Basah!
Ini satu kesalah besar. Elakkan daripada mengenakan tudung ketika rambut kamu masih dalam keadaan basah atau lembap. Ia boleh menyebabkan rambut kamu berbau dan kering. Jika perlu, gunakan sahaja pengering rambut dalam suhu yang rendah untuk mengeringkan rambut dengan lebih cepat.

3) Elak Pakai Tudung Gelap
Sama seperti baju yang kamu pakai, tudung yang berwarna gelap juga berpotensi untuk menyerap haba yang lebih besar. Jadi, elakkan daripada mengenakan tudung yang berwarna gelap kerana haba yang diserap juga boleh memberi efek yang tidak pada terhadap rambut.

4) Pilih Fabrik Tudung
Kalau boleh, gunakan tudung daripada fabrik yang lembut kerana ia boleh menyegarkan rambut kamu. Pada masa sama, rajin-rajinkan diri untuk bertukar tudung bagi mengelakkan pembiakan bakteria dan bau yang kurang menyenangkan pada rambut.

5) Tudung Praktikal
Sebagai seorang remaja, pastinya kamu mempunyai jadual harian yang padat. Jadi, pakailah tudung yang praktikal dan usah pakai tudung yang terlalu ketat atau sarat dengan aksesori manik kecuali jika kamu perlu menghadiri majlis makan malam bertema.

6) Rehatkan Rambut
Sama seperti badan, rambut juga perlukan rehat yang secukupnya. Rambut juga perlukan nafas untuk pengaliran darah yang baik pada kepala. Secara tidak langsung, ia juga akan membuatkan rambut kamu kekal sihat.

7) Makanan Sihat
Pilih dan banyakkan pengambilan makanan yang mempunyai rendah lemak dan kaya dengan protein, vitamin B-6, B-12, dan C, serta zat besi kerana khasiat tersebut mampu menutrisi rambut dengan semula jadi. Kacang-kacangan, bayam, pisang, juga dapat menguatkan akar rambut.

8) Rajin Sikat rambut
Pada masa sama, rajinkan diri untuk menyikat rambut kita empat kali sehari. Tetapi ingat, jangan sikat rambut dengan terlalu kasar kerana ia boleh menyebabkan rambut gugur atau putus. Memadai dengan sisir secara lembut. Pakai jari pun boleh!

9) Potong Rambut
Kita yang bertudung digalakkan untuk memotong rambut lebih pendek kerana memudahkan proses penjagaannya. Selain memudahkan penjagaan, cara ini juga boleh mengurangkan masalah rambut gugur. 

Jika kita nak rambut cantik dan tak banyak masalah memang patut bertudung.ini kerana rambut yang bertudung mudah dijaga dan rambut yang sering terdedah dengan sinaran UV, habuk, debu dan pencemaran alam lebih mudah rosak.
Lihatlah bagaimana Islam itu amat prihatin dengan penjagaan kecantikan dan kesihatan manusia kan. Hukum Allah tu banyak hikmahnya cuma kadangkala kita yang tak ketahuinya.

Kalau anda masih mencari-cari produk penjagaan rambut yang semulajadi bebas bahan kimia anda boleh baca Di sini

Friday 18 September 2015

10 CERITA MENARIK MENGENAI BAYI DALAM KANDUNGAN


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.
Hari ini Mai ingin berkongsi apa yang mai baru baca mengenai keadaan bayi ketika di dalam kandungan

10 Cerita Menarik Mengenai Bayi Di Dalam Kandungan


1. Di sekitar usia 3 bulan usia di dalam kandungan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.


2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.


3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang disekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.


4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.


5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.


6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.


7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.


8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.


9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagai reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.


10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.


Bahagianya seorang ibu dapat merasai nikmat mengandung dan melahirkan bayi..Mai doakan semua yang menanti kehadiran cahaya mata diberikan rezeki yang sama.Apapun jangan mengalah teruskan usaha dan berdoa Allah rahsiakan masa depan kita kerana Allah nak kita berusaha dan bersangka baik dan Allah sahaja tahu keadaan kita sudah bersedia ke belum untuk menimang cahaya mata.

Thursday 17 September 2015

VITAMIN UNTUK KULIT BERMASALAH


Ramai antara kita mempunyai masalah kulit muka yang bermasalah seperti kusam,berjerawat, berjeragat dan berminyak.Selalunya kita hanya fokus untuk rawatan luaran sahaja tetapi kita lupa untuk rawat dari dalaman ini kerana masalah kulit selalunya berpuncà dari dalaman lagi2 berkaitrapat dengan apa yang kita makan.Faktor luaran seperti udara yang tidak sihat dan terdedah dengan radikal bebas juga memberi kesan buruk kepada kulit kita.Kakma nak share vitamin yang sesuai untuk kulit bermasalah dan untuk dapatkan kulit yang cantik dari dalaman.


Terlebih dahulu kakma ingin pesan kita mestilah amalkan vitamin ini secara konsisten untuk dapatkan kesan yang terbaik seeloknya konsisten sekurangnya 90 hari.

Vitamin yang di maksudkan ialah..

B complex :-Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, sebagai anti- stress ( bertindak sebagai penenang - stress juga menyebabkan kulit cepat berkedut dan nampak cepat tua), mengelakkan kulit kusam.
Vitamin kulit cantik
BCOMPLEK


Vitamin c :-Membantu pembentukan kolagen - sejenis protein yg menyusun tubuh manusia. Menghasilkan kulit yang lebih licin. Vitamin antioksida. Kekurangan boleh menyebabkn kulit kering, kasar, alembik dan mudah lebam.

Vitamin kukit cantik
VITAMIN C


Vitamin E:-Melambatkan proses penuaan. Membantu mendapatkan tesktur kulit yang csntik, lebih muda, hilangkn parut. Juga membantu dlm aspek kesuburan, membantu percepatkan proses baik luka.
Vitamin kulit cantik
VITAMIN E

ENERGIZING SOY PROTEIN :-ESP adalah sumber proten kualiti tinggi yang mengandungi asid amino dan threonine yang membantu keseimbangan protein dalam badan yang mana untuk mendapatkn kulit yang lebih cantik, protein merupakn makanan asas yang diperlukan utk kecantikan dan kesihatan dgn protein yg mencukupi, sel badan akan sihat Dan membantu penyerapan vitamin lain yg diambil akan cepat terserap. Hasilnya kulit akan lebih halus, gebu dan licin.



Vitamin kulit cantik
ESP


Kombinasi 4 jenis vitamin ini sangat membantu dalam mengatasi pelbagai masalah kulit dengan pengambilan secara konsisten ramai yanh mendapat kulit yang yang di impikan dan berseri-seri.

 Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana saya adalah Pengedar Sah Shaklee Gombak dan Sentul serta kawasan sekitar. 

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji Call/ Whatsapp : 019 3624134  

Email : Kmshop143@gmail.com 
FB : Mai Md Saupi.




 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*.

Thursday 6 August 2015

ATASI MASALAH KURANG DARAH


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.

Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang berbanding biasa dan yang sepatutnya. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin.

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya kekurangan darah. Antaranya ialah :-
* Kurang makan makanan mengandungi zat besi
* Ibu yang kerap bersalin
* Jangkitan cacing
* Pendarahan dari faraj atau buasir
*Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.

Tanda - tanda yang biasa dirasa/dialami bila berlakunya kurang darah ialah:
*Kelihatan pucat
*Sentiasa rasa letih lesu
*Rasa mahu pitam bila bangun
*Sentiasa rasa pening
*Bengkak kaki dan muka
*Kebas kaki dan tangan
*Rasa mengah dan hati berdebar-debar


Kita dapat mengetahui kita mengalami kekurangan darah dengan membuat ujian darah bg kaum wanita keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri kita mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah kita kurang dari 9 gm peratus , kita dianggap mengalami kurang darah. 

Jika kita tidak mengambil berat dan tidak membuat apa2 untuk mengatasi masalah kurang darah ini kita mungkin akan mengahadapi masalah berikut.
* Kita mungkin mengalami keguguran
* Melahirkan anak tidak cukup bulan
* Anak mati dalam perut
* Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
* Kitamudah mendapat jangkitan penyakit
* Pengeluarn susu badan sedikit dan makin berkurang

* Mudah mendapat penyakit lemah jantung
* Risiko mengalami tumpah darah selepas bersalin
* Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUT

Kita boleh mengatasi masalah tersebut dengan:
*Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu
* Rehat dengan cukup
* Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila mengalami tanda-tanda kurang darah.
* Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan

Dari segi makanan tambahan, Shaklee mengesyorkan pengambilan Vitalea untuk mengatasi mengatasi masalah kurang darah atau Hb low ini.Vitalea adalah vitamin multivitamin yang pertama di dunia dan sudah berusia 100tahun pada tahun ini(2015).


Kelebihan lai Vitalea ialah;
* Vitalea mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal.
* memberi 28 Jenis Vitamin yang penting dalam satu rumusan yg seimbang.
* menguatkan fungsi otak
* membantu proses metabolisme dgn vitamin2 B yg lebih seimbang
ambillah bersama Vitamin C bagi meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh.





Anda boleh baca pengalaman Saya sendiri bacaan HB cantik hamil anak ke 3 di sini Kisah saya
 Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana saya adalah Pengedar Sah Shaklee Gombak dan Sentul serta kawasan sekitar. untuk Pertanyaan,

Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134 
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.*