Showing posts with label KEHAMILAN. Show all posts
Showing posts with label KEHAMILAN. Show all posts

Wednesday, 13 September 2017

AMALAN PEMAKANAN YANG TIDAK SIHAT PUNCA KECACATAN JANIM DALAM KANDUNGAN


Setiap ibu bapa mengharapkan bayi yang bakal dilahirkan sihat, selalu kita bertanya atau di tanya bayi dalam kandungan lelaki ke perempuan mesti kita jawap tak kisah lelaki ke perempuan yang penting selamat dan dipermudahkan bersalin dan bayi sihat serta sempurna. Memang kita akui dan sentiasa percaya cacat atau tidak janin yang dikandung sememangnya ketentuan Tuhan.


Walaubagaimana pun sebagai ibu bapa kita haruslah berusaha untuk mengelakkannya.Tahu kah kita amalan pemakanan yang tidak sihat boleh menyebabkan janin cacat. Amalan pemakanan yang sihat sebaiknya diambil sebelum atau semasa kita sedang merancang untuk hamil lagi.

Apa yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan dari kecacatan janim adalah:

Makan Makanan Sihat
Kita perlu makan makanan yan sihat ini kerana kita adalah apa yang kita makan.Makanlah menu makanan yang mengandungi lima jenis makanan utama yang amat diperlukan oleh tubuh. Setiap hari kita perlu mengambil makanan berupa karbohidrat, sayuran, susu, protin.

Ambil Asid Folik
Ia penting diambil oleh wanita yang merancang untuk hamil dan teruskan sehingga bersalin. Kajian yang dilakukan menunjukkan pengambilan asid folik sebelum kehamilan dan semasa kehamilan mampu menurunkan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan otak dan sum-sum tulang belakang hingga 80 peratus.Info lanjut tentang risiko kekurangan asid folik boleh baca di sini

Berhenti Merokok
Ramai wanita sekarang yang merokok. Sekiranya kita berhasrat untuk mendapat bayi yang sihat dan sempurna sebaiknya hentikan amalan ini. Merokok ketika hamil akan mengakibatkan bayi yang kita kandung lahir dengan berat badan yang kurang dan berisiko besar untuk cacat.




Elakkan Alkohol
Alkohol dan kafein adalah dua perkara yang perlu dijaga oleh wanita yang hamil. Tidak ada kadar alkohol  yang selamat untuk diambil oleh wanita ketika hamil. Kafein yang terdapat dalam minuman seperti teh, kopi, soda dan coklat juga harus dikurangkan.Lagipun sebagai Islam agama kita sangat melarang kita mengambil alkohol dan hukumnya haram.

Ikut Nasihat Doktor
Jika kita perlu mengambil apa-apa ubatan kita harus mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jangan mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa cadangan doktor. Mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor dengan dos yang tidak tepat akan membahayakan bayi dalam kandungan.

Apapun sebagai muslim kita perlu sentiasa bersangka baik dan berdoa kepada ALLAH agar semuanya dipemudahkan dan bayi yang kita kandung sihat dan sempurna.Jika anda mencari makanan tambahan semasa hamil bagi melengkapkan nutrisi harian anda bleh baca.

Tuesday, 12 September 2017

RISIKO HB LOW SEMASA HAMIL KEGUGURAN, JANIM MATI DALAM KANDUNGAN DAN TUMPAH DARAH SEMASA BERSALIN


Kakma masih ingat semasa kakma hamil anak pertama setiap kali check up HB mesti low dan memang di tulis dgn pen merah. Seingat kakma memang merah lah sokmo.
Masih terngiang-giang kata-kata nurse setiap kali bacaan Hb low mesti nurse cakap bahaya kalau awak tak usaha naikkan Hb ni nanti awak boleh tumpah darah semasa bersalin, boleh bersalin awal, keguguran atau lagi risau janim boleh mati dalam kandungan. Bila dengar macam ni hati ibu mana tak risau kan lagi-lagi kakma hamil anak pertama tak ada pengalaman lagi lah seriau kan.


Tak cukup dengan vitamin yang klinik bagi, doktor syorkan beli lagi vitamin kat farmasi kakma memang ikut je asalkan Hb kakma naik. Doktor juga suruh kakma makan sayur bayam, kerang dan juga hati ayam. Bab hati ayam ni doktor pesan juga tak elok ambil selalu, mujurlah kakma pun tak berapa gemar hati ayam ni. boleh di katakan setiap hari lah kakma masak sayur bayam sampa naik bosan jugak lah.. bab kerang lak memang sedap lah kan tapi sedihnya kakma ni kulit alergik sikit jadi gatal2 kalau makan kerang.

Selepas kakma cuba macam2 yang sedihnya HB kakma tetap Low kalau naik pun sikit sangat dan ada juga makin turun. Sehinggakan kakma mesti buat pemeriksaan setiap 2 minggu. Alhamdulillah kakma selamat bersalin anak pertama. Masa bersalin tu hanya ALLAh yang tahu betapa risaunya bila kakma ingat balik risiko2 yang di katakan oleh nurse dan doktor. Mereka tak salah ini kerana tugas mereka untuk bagitahu agar kita berjaga-jaga.



Lepas anak sulung kakma beruur setahun 2 bln kakma di sahkan hamil anak ke 2 dan sedihnya Hb masih Low. Kakma ikhtiar lagi untuk naikkan HB tapi sedihnya bacaan Hb makin menurun sehingga bacaan 8. Di akhir kehamilan doktor minta kakma buat pemeriksaan thalesimia dan akhirnya kakma di sahkan Thalesimia thread (pembawa thalesimia). Doktor bagitahu normal bagi pembawa thalesimia HB Low. Namun risiko seperti tumbah darah dan bayi mati dalam kandungan tetap ada.

Selepas 5 tahun kakma di sahkan hamil anak ke 3 dan kali ni kakma dah memang amalkan vitamin sejak sebelum hamil.Syukur masa pemeriksaan hamil kali pertama bacaan HB kakma cantik tak ada lagi tulisan merah dalam buku pink kakma. Dan paling seronok bacaan last sebelum bersalin ialah 14.2 kakma tak pernah dapat bacaan macam tu walau masa anak dara. Ini membuktikan walau kakma "pembawa Thalesimia" bacaan Hb tetap boleh naik jika amalkan vitamin yang sesuai dan betul.

risiko HB low semasa hamil


Vitamin apa yang kakma amalkan? ini lah dia 3 serangkai yang memang kakma amalkan dari sebelum hamil hingga sekarang iaitu kakma masih menyusukan sepenuhnya anak ke 3 kakma yang dah berusia 2 tahun 3 bulan.

cara atasi Hb ;ow semasa hamil



Vitalea with iron Formula - Multivitamin yang kaya dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA. Jadi kepada ibu- ibu yang mengalami tekanan darah atau hb rendah boleh mengambil 2 biji vitalea sehari.

Sustained Release Vitamin C - Fungsi utama pengambilan vitamin c adalah untuk membantu penyerapan zat iron yang terdapat dalam vitalea. Jadi ia digalakkan telan sekaligus dengan vitalea demi untuk naikkan bacaan Hb. Selain itu ia melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.

B Complex -  lengkap dengan folic asid yang mana sangat penting dalam penghasilan Hormon & sel- sel Darah merah dan penting untuk pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.



Buat anda yang ada masalah HB low semasa hamil seperti kakma cuba lah ikhtiar dengan set hamil shaklee ni, In sya ALLAH anda pun akan dapat result seperti kakma. Kakma akan kongsikan cara makan yang betul dan tips2 yang kakma amalkan.

Jika anda ingin dapatkan produk ini boleh hubungi kakma , klik sini utk whatsapp http://kakmashaklee.wasap.my/  

SHAKLEE Independent Distributor
Maisarah (ID 887111)
No Tel: 019-3624134
Email: kmshop143@gmail.com
COD area: kg padang balang, sentul , bandar baru sentul ,dato senu , jalan gombak , setapak ,gombak setia.

Wednesday, 21 September 2016

TIPS UNTUK TINGKATKAN PERATUSAN UNTUK DAPATKAN ANAK KEMBAR


Ramai ibu bapa yang teringin nak anak kembar kan..kakma pun teringin sangat keluarga belah kakma memang ada keturunan kembar paling best makcik kakma pernah bersalin kembar 3 dan semuanya perempuan Alhamdulillah semuanya selamat sekarang dah berusia 10 tahun.Hari ni kakma nk share ilmu yang kakma baru dapat iaitu tips macam mana nak tingkatkan peratusan untuk dapatkan anak kembar.Jom lah kita cuba, tak salah mencubakan mana tahu rezeki kita untuk dapat anak kembar.


bayi kembar


Selama ni kakma hanya ambil tahu kembar seiras dan tak seiras tak tahu cerita selebihnya..Baru kakma tahu ada 2 jenis kehamilan kembar iaitu jenis Dichorionic / non identical dan identical / mono zygotic. 
Kembar jenis dichorionic/ dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telor/ovum yg telah disenyawakan olih benih suami secara berasingan.
Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing2 janin punya uri sendiri.

Kembar jenis  identical atau mono zygotic berasal dari satu telor dan selepas bercantum dgn benih lelaki , embryo yg dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, satu janin mati dan lain2 masalah.


1. Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan  ialah antara 1 hingga 4 %.
Orang afrika  punya kadar kembar tertinggi 4 %
Orang putih amerika dan eropah kadarnya 3 %.
Orang asia termasuk orang malaysia terendah 1 - 2 % sahaja.
2. Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar menungkat 4 kali ganda.
3. Mereka yg telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umor 40 tahun keatas.
4. Mereka yg tahap kesihatan terbaik dan makan yg berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplement vitamin dan folic asid lebih berpeluang hamil kembar.
5. Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Munkin 'insulin like growth factor' (IGF) yg dikeluarkan olih hati lembu jadi penyebab hamil kembar.
6. Orang2 asli africa yg makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.
7. Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar.
Wanita yg makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 - 10 %.
Manakala mereka yg disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam linkungan 30%. Malangnya kadang2 berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.
8. Mereka yg menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yg menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.

Sumber: http://www.jabalnur.net/376648671

VITAMIN B BANTU IBU HAMIL,BERPANTANG DAN MENYUSU ATASI STRESS DAN ELAK MEROYAN


Kakma nak kongsikan kenapa B complek penting..lagi-lagi bagi ibu hamil, berpantang dan menyusu.Vitamin B complek ni sangat popular sebagai vitamin anti stress..dan sebagai ibu kita mmg senang stress sebenarnya..lagi2 kalau ibu yang sedang berpantang mmg kena jaga kalau tak boleh jadi meroyan..ibu menyusu pun sama kalau kita stress susu ibu pun drop tau.Kakma pernah baca ada kes bayi dalam kandungan meninggal di sebabkan ibunya sentiasa stress..kesian baby kan.Jadi vitamin B ni sangat2 penting bagi mengawal ibu2 daripada stress dan berfungsi sebagai ubat penenang yang semulajadi dan selamat.


Anda perlu tahu vitamin B tidak boleb dihasilkan sendiri oleh badan kita, jadi kita perlu dptkan vitamin B dari makanan seharian atau melalui supplement..
Dan kakma sendiri ambil b complek shaklee kerana kakma pun tak jamin apa yg kakma makan cukup utk bekalkan vitamin B utk keperluan badan..

Istimewanya vitamin b complek shaklee ni kerana di lengkapkan demgan folic asid dan biotin..Folic asid sangat penting untuk ibu hamil.

Kakma nak share jgk sebelum kenal shaklee kakma mmg dah kenal vitamin ..doktor yang bagi kat kakma katanya vita B sangat bagus utk masalah saraf..yer sebelum ni kakma ada masalah saraf..Tapi kakma cuba bandingkan vitamin B yg doc bg ngan vitamin B complek shaklee...b complek lagi lengkap vitamin b nya semua ada dan plg best ada b complek sekali..

Sejak kakma amalkan vitamin B complek shaklee alhamdulillah sakit saraf kakma makin sihat sampai skang...lagi2 kakma jgk ambil vivix..
Kalau boleh kakma nk elak dari ambil vitamin sintetik coz kakma tahu kesan jangka masa panjang sebab tu kakma pilih shaklee yang di jamin SEMULAJADI, SELAMAT dan BERKESAN.

Jika anda sedang hamil , berpantang atau menyusu kakma memang syorkan sangat vitamin b complek ni..lagi2 jika anda cepat stress jangan di biarkan nanti anda boleh dapar migrain dan lagi teruk kesan lain yang buruk.
Vitamin B complek juga bagus untuk perkembangan otak dan sensor bayi..membantu proses penyembuhan bagi ibu lepas bersalin dan mengurangkan kemurungan.


Kalau anda berasa sekitar kampung padang balang sentul atau gombak anda boleh dapatkan vitamin B complek ni secara COD dan kakma akan konsult anda secara direct.

Kakma adalah pengedar shaklee kawasan sentul dan gombak manakala bagi yang jauh kakma boleh pos..kakma menggunakan perkhidmatan poslaju selalu pos pagi ni esok dah sampai.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*





Thursday, 6 August 2015

ATASI MASALAH KURANG DARAH


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.

Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang berbanding biasa dan yang sepatutnya. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin.

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya kekurangan darah. Antaranya ialah :-
* Kurang makan makanan mengandungi zat besi
* Ibu yang kerap bersalin
* Jangkitan cacing
* Pendarahan dari faraj atau buasir
*Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.

Tanda - tanda yang biasa dirasa/dialami bila berlakunya kurang darah ialah:
*Kelihatan pucat
*Sentiasa rasa letih lesu
*Rasa mahu pitam bila bangun
*Sentiasa rasa pening
*Bengkak kaki dan muka
*Kebas kaki dan tangan
*Rasa mengah dan hati berdebar-debar


Kita dapat mengetahui kita mengalami kekurangan darah dengan membuat ujian darah bg kaum wanita keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri kita mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah kita kurang dari 9 gm peratus , kita dianggap mengalami kurang darah. 

Jika kita tidak mengambil berat dan tidak membuat apa2 untuk mengatasi masalah kurang darah ini kita mungkin akan mengahadapi masalah berikut.
* Kita mungkin mengalami keguguran
* Melahirkan anak tidak cukup bulan
* Anak mati dalam perut
* Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
* Kitamudah mendapat jangkitan penyakit
* Pengeluarn susu badan sedikit dan makin berkurang

* Mudah mendapat penyakit lemah jantung
* Risiko mengalami tumpah darah selepas bersalin
* Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUT

Kita boleh mengatasi masalah tersebut dengan:
*Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu
* Rehat dengan cukup
* Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila mengalami tanda-tanda kurang darah.
* Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan

Dari segi makanan tambahan, Shaklee mengesyorkan pengambilan Vitalea untuk mengatasi mengatasi masalah kurang darah atau Hb low ini.Vitalea adalah vitamin multivitamin yang pertama di dunia dan sudah berusia 100tahun pada tahun ini(2015).


Kelebihan lai Vitalea ialah;
* Vitalea mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal.
* memberi 28 Jenis Vitamin yang penting dalam satu rumusan yg seimbang.
* menguatkan fungsi otak
* membantu proses metabolisme dgn vitamin2 B yg lebih seimbang
ambillah bersama Vitamin C bagi meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh.





Anda boleh baca pengalaman Saya sendiri bacaan HB cantik hamil anak ke 3 di sini Kisah saya
 Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana saya adalah Pengedar Sah Shaklee Gombak dan Sentul serta kawasan sekitar. untuk Pertanyaan,

Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134 
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.*

Monday, 6 July 2015

PENGALAMAN BERBEZA BERSALIN ANAK KE 3


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa..
Alhamdulillah hari ni genap mai berpantang hari ke 34...berbaki 10 hari lagi untuk habis pantang.Mai nak share pengalaman bersalin anak ke 3 yg berbeza dari anak pertama dan kedua...bersalin kali ni seolah2 bersalin di rumah.


BABY SHAKLEE KHALIF MUJAHID

Seperti anak pertama dan kedua Mai memang bersalin di hospital machang kelantan.Mai sangat selesa bersalin di hospital machang kerana dewan bersalinnya sangat selesa besar dan tenang sangat kalau di lihat di dinding dewan bersalin ada doa2 yang di tampal yang boleh di baca saat kita menanti untuk bersalin.Wadnya pun selesa dan tidak crowded memang sangat selesa lagu2 ibu2 hamil yang menunggu saat bersain sangat perlukan keadaan yang tenang bagi memastikan mood dan emosi ibu tenang.

Pengalaman Mai bersalin anak pertama n kedua Mai mmg hanya bersalin di bantu oleh stafnurse dan bidan sahaja tiada doktor dalam bilik bersalin.Semasa sakit kontraksi memang nurse siap2 pasang jarum kat tangan katanya untuk persediaan maybe kena masuk air nanti.Jujur cakap memang tak selesa bila menahan sakit sambil tangan ada berdrip walau sakit cucuk drip tu tak sesakit menahan kontraksi tapi sedikit sebanyak ia sangat menganggu.

Tetapi bersalin anak ke 3 sangat berbeza terlebuh dahulu bersyukur pada Allah kerana di makbulkan doa untuk Mai bersalin di kg dan hospital machang,bagi mai hospital machang sangat selesa dan kakitangan di sana pun baik2 belaka.Walau ada kawan2 yg cerita pengalaman mereka berlainan dengab Mai ada yang tak puas hati dengan layanan nurse kat sana.Tapi apa yg Mai buat semasa hamil Mai hanya berdoa dan RCA yang mana masa Mai bersalin nanti semuanya baik2 belaka dan Alhamdulillah pengalaman kali ke 3 ni pun sama semua nurse dari wad dan dewan bersalin semua baik2.

Mai mula sakit perut pada isnin malam iaitu 1 jun 2015 pada mulanya sakit main2 dan ada kuar lendir coklat jam 4 pagi sakit dah terasa kerap 5min sekali terus Mai minta ayah hantarkan ke hospital.Sampai di hospital terus masuk dewan bersalin dan bila bidan check baru 2cm bukaan jalan dan nurse masukkan ke wad dulu.Pada hari selasa 2 jun siang hari sakit yg rasa pada malamnya makin hilang,sehingga jam 1 pg 3 jun baru mula rasa sakit jam 4pg air ketumban pecah dan nurse periksa bukaan baru 4cm tapi sebab dah pecah ketumban Mai di bawa masuk dewan bersalin..lain kali ni mai tidak di pasang jarum utk drip.Lama juga layan sakit dari 4pg sehingga 8pagi Mai dah rasa sakit sangat2..ada 4 org nurse yang jaga Mai masa tu nurse pun mmg berpengalaman tgk ke usia baik sangat tak putus2 pesan Mai sabar dan berdoa selawat istigfar...memang pada masa tu Allah je tahu sakit sangat2 apa yang di rasa masa tu macam tulang pungguh kita ni orang pijak2 dan patahkan...berkali2 mai mengeluh sakit dan minta suami masuk teman selalunya dah 7 or 8 cm baru suami boleh masuk teman tapi mungkin nurse kesian tengok Mai dah 5cm tu nurse panggil suami teman.Mungkin sebab lama sangat sakit Mai penat sangat dan dahaga sangat minta air dengan nurse..nurse kata boleh minum air kosong je dan nurse bagi minum melalui straw...suami tolong lap2 bibir sebab bibir dah kering.

Bila sakit dah makin sakit Mai bagitahu nurse tak tahan sangat nurse minta push...jujur cakap mai macam dah lupa macam mana nk push yer lah dah 5 tahun tak bersalin..masa push kali pertama nurse cakap salah tu...huhu.Banyak kali mai push mmg susah kali ni coz kepala baby masih tinggi tapi sebab nurse yang membantu sangat berpengalaman Alhamdulillah lepas sejam Mai selamat bersalin, tepat jam 9.20pg 3 jun 2015 lahirlah seorang putera ke 2...Alhamdulillah..Ya Allah masa tu Allah je tahu betapa leganya...Nurse terus letak baby kat dada...harum sangat bau baby yg belum di cuci...hilang habis rasa sakit sebelum ni lepas dapat peluk baby..tetapi kaki dan tangan mai rasa lembik longlai macam tak rasa apa penat sangat2..rasa nak terus jatuhkan kaki lenguh sangat tapi Mai tahu mengikut pengalaman anak 1st n 2nd Mai mesti kena jahitan yang banyak tentu kali ni pun sama...tetapi mai dengar perbualan nurse tk perlu jahit ni luka sikit sangat boleh sembuh sendiri...masa mai dengar tu hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya...rasa menitip air mata...syukur sangat walaupun kali ni baby lagi besar dari abg n kakaknya tapi satu jahitan pun mai tak kena...lepas uri dah kuar dan semua selesai nurse bagi semula baby yg masih belum di mandikan tapi nurse dah balut dengan kain untuk menyusu..bila peluk n mai dekatkan baby ke breast terus baby menyusu, perasaan masa tu nikmat sangat rindu sangat nak susukan baby..Mai memang berniat nk susukan baby selama mungkin macam kakak Marissa bila hamilkan baby baru stop sampai 4 tahun kakak Marissa menyusu.

Pengalaman kali ni sangat berbeza walaupun sakit kali ni lebih lama n sakit dari anak 1st n 2nd tapi syukur sangat banyak kelebihan lain yang Allah bagi terutamanya bab tak perlu jahit lepas bersalin syukur sangat2.Nak jaga jahitan n sakit jahitan tu memang serik bila diingatkan lagi2 bab membuang air besar memang seminggu lah takut nak membuang.
Syukur juga baby tak de jaundis (deman kuning) macam abg n kakaknya...abg n kakaknya dulu lama jaundis berminggu2 berulang alik klinik kena ambil darah tapi adik baby kali ni memang takde kuning...berpantang kali ini sangat2 berbeza walaupun hanya 10 hari dapat berpantang kat kampung dan selebihnya terpaksa berpantang sendiri Alhamdulillah diberi kekuatan dan kesihatan oleh Allah.syukur ya Allah...in sya Allah 1 syawal nanti habislah tempoh berpantang 44 hari..memang raya sungguh lah tahun ni...

Set Hamil yang Mai amalkan
Jemput baca pengalaman kakma Naikkan HB semasa Hamil


Sunday, 10 May 2015

TIADA LAGI MASALAH HB LOW SEMASA HAMIL


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.
Mai ingin berkongsi perbezaan hamil kali ke 3 ni sangar berbeza dengan kehamilan sebelum ini.Apa yang paling ketara adalah bacaan Hb sangat berbeza kalau dulu setiap kali check up risau sangat bila dapat result HB selalu merah mesti bawah dari 10 paling rendah mai pernah dapat bacaan 8.8.
Memang nurse akan bising bila dapat bacaan macam tu dan macam2 nurse cakap bahaya HB low risiko baby meninggal dalam kandungan atau nanti masa bersalin akan tumpah darah..mai tak salahkan nurse tu bising memang tugas dia dan mai ikut je apa nurse cakap nurse minta mai beli vitamin kat farmasi mai ikutkan mai makan 2 jenis vitamin untuk naikkan darah beli kat farmasi dan yang klinik bekalkan pun mai makan tapi resultnya tetap sama...sedih sangat belum lagi cerita hari2 mai masak sayur bayam...huhu


Inilah bacaan Hb hamil anak ke 2 sentiasa merah.

Tapi sejak hamil anak ke 3 mai memanh dah amalkan sebelum mengandung vitamin shaklee berbeza sangat masa buat checkup untuk buat buku merah bacaan Hb dah tak.merah ..masa tu mai fikir kandungan masih kecil nurse cakap makin besar kandungan Hb akan turun kalau tak jaga.So mai sangat jaga setiap hari tak miss ambil vitamin dan check 2 minggu lepas semasa kandungan.mai 32 week bacaan HB mai 12.4 seronok sangat kerna mai tak pernah dapat bacaan setinggi itu dan lagi tak percaya minggu ni 6 mei mai checkup dan bacaan Hb semasa kandungan dah 34 minggu adalah 14.2 ya Allah mai seakan tak percaya 2,3 kali mai tanya nurse betul ke bacaan tu?syukur sangat2 hanya Allah yang tahu.


Bacaan Hb naik walau minggu akhir hamil

Jika kawan2 nak tahu apa yang mai makan untuk naikkan Hb mai boleh baca di sini Klik Sini


Moga perkongsian Mai ini dapat membantu ibu2 hamil yang ada masalah macam mai.


Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana saya adalah Pengedar Sah Shaklee Gombak dan Sentul serta kawasan sekitar kuala Lumpur.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134 
Email : kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Friday, 1 May 2015

ATASI MASALAH HB LOW SEMASA HAMIL


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH. 
Mai ingin kongsikan pengalaman Mai semasa hamil anak pertama dan kedua yang mana Mai memang ada masalah Hb Low  sejak hamil kali pertama rasanya dalam buku pink memang merah je  tulisan nurse dekat ruangan bacaan HB. 
Mai masih ingat semasa Mai hamil kali kedua bacaan Hb Mai pernah turun sehingga 8.8, siapa tak risau kan,macam-macam vitamin yang nurse syorkan mai beli dan makan tetapi hasilnya tetap sama, bacaan Hb Mai tetap merah. Pada akhir kehamilan doktor meminta Mai membuat ujian Thalesimia dan hasil ujian Mai disahkan Pembawa thalesimia dan doktor menyatakan normal bagi pembawa thalesimia mempunyai bacaan Hb yang rendah.

Tetapi pengalaman mengadung kali ke 3 ini sangat berbeza Mai sangat bersyukur mengenali vitamin yang mai ambil sekarang ini,Mai memang 100% hanya mengambil vitamin shaklee sejak sebelum hamil sehingga sekarang.Hb mai sejak pertama kali pemeriksaan mendapat bacaan lebih dari 11 dan pada usia kandungan Mai 8 bacaan Hb Mai adalah 12.4 yang mana sebelum ini bacaan HB Mai tak pernah setinggi itu. Doktor ada bertanyakan vitamin apa yang di ambil sekarang dan bila Doktor tahu Mai mengamalkan Shaklee doktor hanya menyuruh Mai teruskan dengan vitamin yang Mai ambil sekarang.



Di sini Mai kongsikan Vitamin apa yang Mai ambil, gambar di bawah adalah 3 vitamin yang mai ambil semasa hamil.
Yang berwarna kuning adalah B complek , warna putih Vitamin C dan warna hijau itu adalah Vitalea.



Kenapa 3 vitamin ini sangat membantu menaikkan Hb mai ialah :
Vitalea with iron Formula - Multivitamin yang kaya dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA. Jadi kepada ibu- ibu yang mengalami tekanan darah atau hb rendah boleh mengambil 2 biji vitalea sehari
Sustained Release Vitamin C - Fungsi utama pengambilan vitamin c adalah untuk membantu penyerapan zat iron yang terdapat dalam vitalea. Jadi ia digalakkan telan sekaligus dengan vitalea demi untuk naikkan bacaan Hb. Selain itu ia melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
B Complex -  lengkap dengan folic asid yang mana sangat penting dalam penghasilan Hormon & sel- sel Darah merah dan penting untuk pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Anda boleh juga tonton video di bawa yang mana ia adalah perkongsian dari sahabat Mai yang juga mempunya masalah sama seperti Mai tetapi hamil kali ke 4 beliau tidak lagi ada masalah Hb Low






Buat yang tidak tahu apa itu Hb, Hb tu singkatan sukatan hemoglobin dalam darah yang akan diambil setiap kali checkup. Dari laman web medicinenet.com, Hemoglobin tu adalah molekul protein dalam sel darah merah yang bawa oksigen dari paru-paru ke sel-sel badan yang lain. Menurut web babycenter.com, semasa hamil, jumlah darah dalam badan akan meningkat sampai lebih 50 peratus. Ibu hamil perlukan ekstra iron untuk menampung lebihan darah itu. Lagipun, iron yang lebih sangat penting untuk bayi dalam kandungan dan plasenta bayi juga. Risiko anemia / Hb rendah akan menjadi lebih teruk apabila ibu hamil ada 'morning sickness' yang menyebabkan kurang selera makan dan muntah yang berlebihan. 


Kesan buruk Hb rendah kepada Ibu Hamil Kebanyakan ibu hamil yang mempunyai Hb rendah tidak perasan simptom seperti lemah, rasa pening, loya dan sebagainya kerana ia adalah simptom biasa untuk semua ibu hamil termasuk yang ada Hb normal. Tetapi, risiko paling besar adalah jika ia bertambah teruk dan menjejaskan kandungan. Antara kesan buruk yang pasti kita tak nak terjadi adalah:

[✗] Kelahiran bayi pra-matang atau tak cukup berat 
[✗] Tumpah darah ketika bersalin 
[✗] Kemurungan selepas bersalin 
[✗] Bayi mengalami anemia 
[✗] Perkembangan bayi yang terjejas / lambat 



Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana saya adalah Pengedar Sah Shaklee Gombak dan Sentul serta kawasan sekitar. u

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji 
Call/ Whatsapp : 019 3624134 
Email : Kmshop143@gmail.com 
FB : Mai Md saupi 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Saturday, 18 October 2014

RISIKO KEKURANGAN FOLIC ASID SEMASA HAMIL BAYI AKAN MENGALAMI KECACATAN TIUB NEURON


Jika anda sedang dalam proses untuk hamil anda wajib mengambil folid asid dari ketika sebelum hamil ini kerana folid asid sangat penting untuk mempersiapkan diri ibu utk hamil dan sangat penting untuk pertumbuhan janin.Jika ibu tidak bekalkan folic asid dengan secukupnya bayi dalam kandungan akan mendapat risiko mengalami kecacatan tiub neuron.Dalam Shaklee tiada produk bernama folic asid tetapi shaklee menawarkan B complex untuk Ibu hamil yang mana dalam sebiji B complex mengandungi 200mcg folic Asic selain itu b complek juga mengandungi 8 jenis vitamin B ,B complek ini mempunyai sistem penyerapan Bioktif (meningkatan penyerapan asid folic).
KESAN KEKURANGAN ASID FOLIC
Kesan kekurangan folic asid keatas baby..-kecacatan tiub neuron


Kenapa bila kita hamil Doktor akan bagi Folic Asid?
KEPENTINGAN FOLIC ASID
- Meningkatkan fungsi saraf
- Penghasilan Hormon & sel- sel Darah merah
- Mengurangkan risiko bagi bayi dilahirkan dengan kecacatan tiub neuron sehingga 70%
- Mengurangkan risiko kelahiran pra matang
- Membantu menghasilkan sel darah merah 
- memastikan bacaan HB sentiasa cantik dan stabil

KELEBIHAN B COMPLEX
- Menukarkan makanan kepada tenaga
- Anti stress
- Mencegah kencing manis




Badan kita tidak boleh menghasilkan sendiri B complek dan ia hanya dibekalkan melalui pemakanan kita dan supplement yang kita ambil.Pilihlah supplement yang di jamin berkesan dan semulajadi dan B complex Shaklee mengandungi kesemua 8 vitamin B iaitu B1,B2,B3, B6, B12, Biotin, Pantothenic asid dan asid folic


- Mengurangkan risiko kemurungan dan anti stress.

- mengurangkan risiko mendapat kencing manis semasa hamil




Jika anda berasa sekitar kampung padang balang sentul atau gombak anda boleh dapatkan vitamin B complek atau folic Asid ni secara COD dan kakma akan konsult anda secara direct.

Kakma adalah pengedar shaklee kawasan kampung padang balang sentul dan bagi yang jauh kakma boleh pos..kakma menggunakan perkhidmatan poslaju selalu pos pagi ni esok dah sampai.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*


Tuesday, 7 October 2014

ATASI KENCING MANIS KETIKA HAMIL


Kakma nak kongsikan bagaimana cara untuk atasi kencing manis semasa hamil.Kerap kali kita dengar ramai ibu-ibu hamil mendapat penyakit kencing manis ketika hamil, kencing manis ketika hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi.Kencing manis ini terjadi kerana badan ibu iaitu pankreas tidak dapat menghasilkan insulin dengan secukupnya bagi keperluan ibu dan bayi.Insulin berfungsi mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. Jika insulin tidak mencukupi, si ibu akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan akan mendapat diabetis gestasi.
Masalah kencing manis semasa hamil


Untuk rekod hampir 2-14% ibu hamil mendapat kencing manis ketika hamil ,tetapi kencing manis ini akan hilang dengan sendiri selepas melahirkan. Ini berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Cara untuk mengetahui Si Ibu mendapat kencing manis semasa hamil

Seperti yang kita tahu ibu hamil perlu melakukan ujian urin setiap kali temujanji pemeriksaan kehamilan. Jika terdapat gula dalam urin, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini tidak tepat.Tetapi ibu hamil yang berisiko perlu membuat ujian toleransi glukosa oral (OGTT) ketika kandungan berumur 24-28 minggu.
Selalunya, diabetis gestasi tidak memberikan sebarang simptom, tetapi jika si ibu mengalami keletihan,dahaga yang terlampau,membuang air kecil dengan banyak,penglihatan kabur, si ibu perlu memberitahu dan berbincang dengan doctor semasa temujanji.

Beberapa faktor yang boleh menjuruskan kepada kencing manis semasa hamil ialah : -
-         - Si ibu  pernah mengalami kencing manis semasa kandungan terdahulu.
-         - Si ibu berlebihan berat badan
-         - Si ibu yang lebih berusia
-         - Si ibu yang pernah melahirkan bayi berat lebih 4kg
-         - Si ibu yang mempunyai ibu dan ayah yang mengidap kencing manis
-         - Si ibu yang mengidap darah tinggi

Risiko yang akan dihidapi oleh bayi jika si ibu mendapat kencing manis gentasi ialah bayi akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. Bayi juga akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.Bayi juga akan berisiko untuk obesity dan mendapat kencing manis dikemudian hari.

Cara mengatasi masalah kencing manis ketika hamil

Si ibu yang mendapat kencing manis boleh merawatnya dengan mengubah diet  dan selalu bersenam. Doktor akan memberitahu mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula,memilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran ,makan makanan yang mengandungi banyak vitamin dan zat galian, seperti sayur-sayuran dan bijirin, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik. Si ibu perlu mengawal tahap gula dalam darah. Sekiranya gula masih tidak dapat dikawal, doktor mingkin menyarankan pengunaan insulin. 97-98%.

Merawat kencing Manis semasa hamil dengan vitamin Shaklee

Ramai ibu-ibu yang memilih untuk merawat kencing manis semasa hamil dengan mengambil vitamin Shaklee.Saya sendiri ada sahabat baik yang mana beliau mendapat kencing manis ketika hamil anak pertama dan kedua tetapi sekarang ni beliau hamil anak ke3 dan bebas dari kencing manis gentasi ini kerana beliau baru mengenali dan mengamalkan Shaklee ketika hamil anak yang ke 3 ini.Vitamin yang saya syorkan untuk ibu hamil yang mendapat kencing manis semasa hamil ialah :


VITAMIN KENCING MANIS SEMASA HAMIL
Set Kencing Manis Semasa Hamil

Vitalea :
-          -Zinc yang terdapat di dalam Vitalea membantu merangsang penghasilan insulin secara semulajadi
-         - Mempunyai 19 vitamin dan mineral lengkap yang sangat diperlukan oleh ibu hamil

B complex :
-         - Berfungsi menukarkan makanan kepada tenaga ,dengan ini makanan yang di makan tidak akan sempat bertukar menjadi gula di dalam darah.
-          -Asid folic di dalam B complek akan mencegah bayi  daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.
-         - B complex juga mengelakkan si ibu dari stress dan penat.

Ostematrik :
-          -Magnesium yang terdapat dalam Ostematrik dapat merawat ini kerana salah satu sebab terjadinya kencing manis kerana kekurangan magnesium.
-          -Membekalkan kalsium bagi pembesaran bayi bagi pembentukan tulang dan gigi bayi.
-          -Membekalkan kalsium yang cukup untuk ibu dan mengelakkan si ibu mendapat kekejangan kaki dan gigi dan gusi berdarah.


     Dapatkan set vitamin kencing manis ini dengan hanya klik di sini anda akan terus membuat belian terus ke sistem shaklee dan shaklee akan pos set vitamin kencing manis ini terus ke alamat anda.

Jika anda berminat ingin mencuba Set vitamin untuk kencing manis semasa hamil di atas anda boleh lah hubungi saya dan saya akan memberikan konsultansi secara pecuma selepas pembelian secara berterusan.Anda boleh dapatkan set ini secara COD jika anda berada di area gombak atau sentul.Ini kerana Mai adalah pengedar shaklee area gombak dan sentul.Anda juga boleh mendapatkan set kurus ini jika berada di luar kawasan gombak dan sentul kerana saya akan menggunakan perkhidmatan poslaju untuk proses penghantaran.

untuk Temujanji dan Tempahan
Call/ Whatsapp : 019 3624134
FB : Mai Md saupi


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.