Showing posts with label ECZEMA. Show all posts
Showing posts with label ECZEMA. Show all posts

Sunday, 11 September 2016

10 CARA MENJAGA DAN MERAWAT KULIT ECZEMA


Kakma nak kongsikan 10 cara bagi menjaga dan merawat kulit eczema terutamanya baby.Memang tak di nafikan memang rumit untuk menjaga baby atau anak2 yang kena eczema ni, banyak pantang larang yang perlu kita ikut.Kalau kita tak jaga memang boleh jadi teruk...memang sedih tengok lagi2 kalau baby..



10 cara menjaga dan merawat kulit eczema

1) Jangan menggaru, menggosok dan mengopek kulit. Kulit akan semakin teruk dan lambat sembuh.

2) Elakkan penggunaan sabun mandi, bahan kimia atau sabun pencuci pakaian yang terlalu kuat atau boleh menghakis kulit. seperti " bubble bath" , garam mandian ( bathing salts ) atau minyak wangi boleh menyebabkan inflamasi lebih teruk.
3) Rajin-rajinlah menyapu krim dan pelembap.

4) Pakaian-pakaian yang diperbuat daripada bulu (wool) dan linen boleh menyebabkan kulit lebih gatal. pakaian yang diperbuat daripada kapas adalah terbaik.

5) Ketika berada di persekitaran yang kering atau sejuk, adalah amat penting untuk menggunakan pelembab untuk mencegah inflamasi kulit dari menjadi lebih teruk.

6) Jangan simpan mainan - mainan yang berbulu (soft toys).

7) Elakkan penggunaan penyapu atau feather duster. Penyapu sebegini akan menyebabkan habuk berterbangan. Gunakan kain lap yang lembab untuk membersihkan permukaan yang berdebu.

8) Elakkan daripada menggunakan karpet di rumah.

9) Elakkan daripada memelihara binatang.

10) upkan atau kuatkan sistem imun badan, kalau baby usahakan bagi hanya susu ibu dan jika kanak2 boleh lah bagi vitamin untuk upkan imun badan mereka.


Friday, 8 January 2016

KEPALA DAN TANGAN ANAK DIBELAH,IBU MERAUNG TAK SANGGUP TENGOK ANAK ADA MASALAH KULIT YANG SERIUS


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki.
Kakma nak kongsikan pengalaman sedih Kepala dan tangan anak dibelah ibu meraung tak sanggup tengok.Hati ibu mana yang sanggup melihat anak yang masih kecil baby lagi mengalami masalah kulit yang serius.Kisah ini kakma ambil dari kisah yang dikongsi dari FB Supermom shaklee story.




Assalamualaikum,
Meskipun sudah terlambat mengikuti peraduan ini, sempena hari lahir anak saya Nuha Amanda (21.12), sungguh menggamit memori suka dan duka lantas terpanggil untuk berkongsikan cerita.
Semoga bermanfaat pada pembaca.
Sejak lepas umur anak saya 40 hari, bermula episode yang mampu membuat hati ibu dan abah tak terkeruan. Nuha alami masalah kulit yang serius. Jika di kampong Terengganu di panggilnya kenan. Semakin hari masalah Nuha semakin teruk. Klinik pakar, hospital, klinik biasa sudah tidak terkira kami bawa, demi nak sembuhkannya.
Tibalah umur Nuha 7 bulan, di kepala Nuha ada ketulan seperti bisul, Ya Allah besar sangat bernanah sedikit. Ya Allah masa tu, hati ibu dah tak senang dan bimbang. Air mata ibu dah tak tertahan nak.. Nuha lagilah asyik menangis. Pasti sakit ye anak kusayang, tika itu Nuha juga demam suhu mencecah hampir 40.
Kami bawa ke klinik berdekatan, doktor tersebut kata, ini tidak boleh dibiarkan kerana nanti kuman lagi merebak. Kami terpaksa belah sedikit untuk keluarkan kuman-kuman ini puan encik. Ya Allah, kepala anak ku dibelah macam tu je tanpa dibius sepenuhnya. Masih ku ingat raungan Nuha.. sama dengan ibu yang dah tahan tengok.
Selepas dibelah di kepala, dalam beberapa bulan selepas itu jadi pula ditangan. Ya Allah, sakit sangat ibu tengok, bengkak teruk tangan Nuha, sudah keluar darah juga. Allah sahaja yang tahu hati ini. Kami bergegas bawa Nuha ke hospital Serdang.
Sehinggalah saya mencari ubat apa terbaik untuk eczema, saya terjumpa testimoni Herbal Blend ramai sangat pakai dan kata ok. Saya cuba beli Herbal Blend dan sapu. Alhamdulillah beransur ok. Bila anak saya berumur 1 tahun, saya sudah mula bagi Meal Shakes, risau takut sejarah lama berulang, dibelah-belah.
Selepas itu saya berikan Vitamin C Chewable. Alhamdulillah syukur , Nuha semakin pulih dari eczema kroniknya. sekarang Nuha sudah 3 tahun. Masih ambil Meal Shake, Vitamin Chewable dan Herbal Blend untuk sapu di buat seperti losyen.
Alhamdulillah Allah menemukan saya dengan Shaklee, kita ikhtiar untuk sembuh, Allah menentukan setiap penyembuhan itu.In Shaa Allah.

Ibu Nuha.


********************************

Eczema adalah salah satu penyakit kulit yang berkaitan dengan imuniti badan.Selain dari rawatan luaran rawatan dalaman sangat penting yang mana kita perlua kuatkan imuniti badan kita untuk lawan penyakit ini.
Ibu baby Nuha telah buat pilihan yang bijak dengan memberikan Melahshake dan chewabke vitamin C untuk Nuha kerana 2 vitamin ini membantu meningkatan imunisasi dan antibodi badan baby Nuha.Krim Herba blend pula berfungsi sebagai pelembab ini kerana bila kulit kering tempat yang eczema itu akan bertambah gatal kesian kan kalau baby gatal menggaru sampai luka.Krim herba blend ini sangat selamat kerana bebas paraben dan steroid.

Ini adalah vitamin yang boleh di ambil untuk meningkatkan imunisasi badan pesakit eczema.






Jika ibu-Ibu mempuntai masalah yang sama seperti ibu Nuha jangan segan-segan untuk hubungi kakma..Kakma akan bantu ibu-ibu dengan memberi konsultansi yang terbaik dan sesuai mengikut keadaan dan masalah ibu -ibu.

Nak baca lanjut mengenai Eczema boleh klik Di sini .

 Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana kakma adalah Pengedar Sah Shaklee Gombak , Sentul, kampung padang balang ,batu caves ,greenwood dan sekitar kuala lumpur.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji 

Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Friday, 19 September 2014

VITAMIN UNTUK ANAK ECZEMA


Banyak sekarang kita dengar kanak2 yang ada Eczema lagi sejak baby berumur 3bln dah ada Eczema. Kakma nak share Vitamin untuk anak eczema tetapi terlebih dahulu kakma nk ceritakan tentang Eczema.
Eczema adalah istilah umum untuk berbagai jenis keradangan kulit, juga dikenali sebagai dermatitis. Bentuk yang paling umum eczema adalah dermatitis atopik. Namun, ada berbagai bentuk eczema.




Eczema boleh berlaku kepada pelbagai lapisan usia, walaupun keadaan ini paling umum pada bayi, dan sekitar 85% orang memiliki onset sebelum usia 5 tahun. Eczema kekal akan mula hilang ketika usia 3 tahun mengikut purata separuh dari bayi yang terkena kesan. Ada juga yang menghidap eczema seumur hidup.


10 cara menjaga dan merawat kulit eczema

Pesakit eczema sering mempunyai sejarah keluarga atau daripada keluarga yang mempunyai alergi lain, seperti asma atau hay fever. Eczema lebih cenderung berlaku kepada anak perempuan daripada anak laki-laki. Ini terjadi pada orang dari semua bangsa.

Antara cara bagi mengelakkan anak daripada mendapat ekzema dari mula adalah :
  • Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan.
  • Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi. Jika anak kita  mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan kita mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.
  • Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa kita menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika kita menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan doktor  terlebih dahulu.

Antara langkah lain yang kita boleh cuba
  • Bagus kita menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak dan membincang ini dengan doktor.
  • Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi kita secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.
  • Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Kita boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.
  • Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.
  • Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan kita mengubahsuai suhu bayi dengan lebih mudah. Baca lagi tentang bagaimana memastikan bayi anda nyaman dalam cuaca hangat.
  • Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.

Bagaimana Vitamin boleh membantu?

4 vitamin wajib untuk anak yang mengalami eczema iaitu :

Meal Shakes : Berperisa Vanilla yang sangat lazat. Multivitamin dalam bentuk serbuk sangat disukai anak2 kerana senang dibancuh dengan minuman kegemaran anak2.Mealshake ini juga dapat melengkapkan nutrisi dalam badan anak2 lagi2 anak2 yang memilih makan dan tidak suka makan sayur.

Vitamin C : penting untuk tingkatkan imun badan anak2 dan juga penting untuk pertumbuhan gigi.

Omega Guard - minyak ikan terbaik yang Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

Herbal Blend Cream : super-moist cream yang mengikat kelembapan kulit dan diperkaya dengan sari tumbuhan yang sangat bagus untuk kulit.Krim ini sangat semulajadi dan selamat digunakan sejak dari bayi kerana bebas steroid dan juga bebas paraben.

Kisah ibu yang sedih melihat anaknya ada masalah kulit yang serius


Kalau anda berada sekitar kampung padang balang sentul atau gombak anda boleh dapatkan vitamin antipksidan ini secara COD dan kakma akan konsult anda secara direct.

Kakma adalah pengedar shaklee kawasan kampung padang balang sentul dan gombak dan bagi yang jauh kakma boleh pos..kakma menggunakan perkhidmatan poslaju selalu pos pagi ni esok dah sampai.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*