Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts
Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts

Monday, 27 March 2017

CIRI-CIRI PRODUK YG MENGANDUNGI MERKURI?


Sebagai seorang pengguna yang bijak anda haruslah membaca & memeriksa label terlebih dahulu setiap bahan yg terkandung di dalam setiap produk kosmetik anda. Anda perlu memastikan bahawa tiada sebarang bahan yg melibatkan alkohol, merkuri serta bahan kimia lain yg terkandung di dalam kosmetik anda. Sebaiknya, pilihlah produk yg benar-benar berasaskan bahan semulajadi. Walaupun sedikit mahal, namun ia takkan mendatangkan risiko buruk kepada anda di kemudian hari.

Selain dari membaca & mengkaji bahan-bahan yg disenaraikan, anda juga boleh memeriksa sendiri 9 perkara ini ke atas produk anda gunakan:

》Melekit-lekit. Krim/produk tersebut sukar untuk diratakan pada kulit.
》Tidak homogen. Bila ia dibiarkan lama sedikit, terdapat lapisan minyak terpisah daripada lapisan yg padat.
》Kulit anda menjadi putih/cerah segera selepas menggunakannya. Putih/cerah yg lain macam - seakan pucat.
》Tiada langsung jerawat tumbuh walaupun kecil. Ini petanda menunjukkan bahawa lapisan epidermis anda telah rosak. Bakteria/kuman pun tak sudi nak hidup di kawasan yg telah rosak!
》Bau logam yg kuat. Ataupun terlalu wangi akibat penambahan pewangi berlebihan bagi melindungi bau logam.
》Biasanya krim/produk berwarna putih kekuningan.
》Berkilau/'bling-bling' bila disapukan pada kulit. Sebab ia adalah logam!
》Bila berhenti menggunakan produk tersebut, kulit menjadi gatal, bintik-bintik atau menjadi kusam kehitaman seperti lebam.
》Kulit menjadi sensitif dengan cahaya matahari. Akan menjadi kemerahan & pedih seperti rasa terbakar/melecur.

Kesimpulannya, berhati-hatilah dalam memilih produk kecantikan. Jangan terpengaruh dengan 'janji-janji manis' yg diberikan oleh para peniaga semata-mata. Kaji betul-betul bahan yg ada di dalam setiap produk yg ingin dibeli. Kecantikan itu penting. Tapi muka kita lebih berharga. Sebab kita hanya ada 1 MUKA SAHAJA sampai bila-bila dan setiap apa yang ada di badan kita adalah amanah yang perlu di jaga dan akan dipersoalkan kelak.

Nak dapatakan produk penjagaan wajah yang di jamin selamat dan semulajadi Klik sini

Thursday, 20 October 2016

HARGA MINYAK MASAK NAIK MULAI 1 NOVEMBER 2016?


Assalamualaikum.
Masuk dapur tengok minyak masak dah nak habis.Kakma memang selalu beli minyak masak yang 5kg selalu tahan lah 2 bulan.Tapi selalu kakma nak beli minyak masak yang 5kg ni kalau dekat kedai2 runcit memang susah nak dapat,selalu kat pasaranya besar2 baru ada, tu pun kalau ada.

2, 3 hari ni asyik keluar berita harga minyak masak akan naik...opppsss bahasa sopannya bukan naik tapi subsisdi minyak masak akan ditarik.Kadang naik pening dah baru bulan lepas harga petrol naik ni minyak masak pun akan naik..seperti kita tahu kedua - dua minyak ni dah satu keperluan lagi bukan kehendak dah.

Minyak Masak kat kedai runcit Habis

Paling sedih bila ada pihak2 yang tak bertangungjawap cuba menangguk di air keruh.Sorok stok minyak untuk  kaut keuntungan,walau pihak KPDNKK dan bagi warning tapi perkara macam ni tetap terjadi juga.So kita sebagai pengguna kena mainkan peranan buat laporan jika terjadi perkara begini.



Nanti ada lah yang akan dapat kesan paling2 tak harga makanan akan naik.
Sebagai rakyat kita terpaksa lah hadap kan.Dan tak dinafikan memang betul lah sekarang ni memang tak boleh dah nak bertahan dengan 1 punca pendapatan.Seperti kata Pak menteri kita memang kena buat 2 kerja untuk terus bertahan,lagi2 bila hidup kat bandar raya Kuala lumpur ni.

Ramai sekarang ni ambil peluang buat bisness..macam2 boleh jual namun kakma nasihatkan apa2 pun yang kita buat..buatlah dengan jujur,menjuallah sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikkan dan tidak memudaratkan orang lain dan jangan fikir untung semata, ini kerana hasil duit tu kita akan buat untuk makan minum keluarga kita.Kakma sendiri memang menjual produk yang memang dijamin selamat, semulajadi dna berkesan dan satu2 nya produk yang ada #Landmarkstudy .

Kalau boleh bila nak mula buat bisness pilih yang tak perlu modal besar ini kerana kita tak tahu apa risiko yang kita akan hadapi,kita boleh pilih untuk menjadi dropship terlebih dahulu atau pilih yang tak perlukan modal seperti bisness yang kakma pilih ni memang Bisness terbaik.