Showing posts with label Set kulit bermasalah. Show all posts
Showing posts with label Set kulit bermasalah. Show all posts

Sunday, 21 May 2017

SET KULIT TERBAIK UNTUK MASALAH JERAWAT


KULIT MUKA JADI LEBIH SIHAT, JERAWAT HILANG DAN MASALAH USUS HILANG SELEPAS AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE
Assalamualaikum W.B.T. Saya Siti Suhaida Binti Ismail, berusia 27 tahun dan berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Saya bekerja sebagai Retail Executive di sebuah syarikat swasta.
Boleh tengok video di sini
Masa belajar dulu kulit saya tiada masalah tetapi berkulit gelap, cemburu melihat model iklan di televisyen yang memakai produk kulit putih seawal 3 hari, saya terus teruja. Saya tekad membeli dan mencubanya. Memang benar kesannya sangat cepat. Muka menjadi licin dan menipis, kulit saya tidak tahan panas. Tetapi apabila saya berhenti memakai produk tersebut akibat kekurangan wang, muka saya menjadi semakin teruk, jerawat besar-besar tumbuh silih berganti menyebabkan saya menjadi semakin stress. Saya juga mempunyai masalah dengan sistem penghadaman yang kurang baik. Mungkin kerana tidak menjaga pemakanan seharian saya yang kebanyakan nya memang tidak sihat. Jadual makan saya memang tidak teratur, dan saya suka minuman berkafein sebagai usaha untuk stay up belajar pada waktu malam. Saya penggemar tegar Nescafe dan kadang2 satu sachet tidak cukup kuat bagi saya. Kehidupan sebagai pelajar saya anggap normal jika makan Maggi dan Nescafe, akibat terlalu sibuk dengan belajar saya biarkan saja masalah itu sampai lah satu ketika saya disyaki mengalami masalah dalam usus kerana berlaku pendarahan ketika membuang tetapi tidak sakit. Perut saya menjadi sangat sensitive dengan makanan yang saya makan, saya tidak boleh makan pedas walaupun sedikit dan sembelit yang teruk. Mungkin terlalu stress dengan keadaan diri, hormone saya menjadi tak stabil, jerawat semakin naik penuh dimuka dan period saya menjadi tidak stabil. Saya mula ikhtiar ingin mencuba Shaklee dengan mengambil ESP, dan Vitamin C secara konsisten namun jerawat masih tidak berhenti naik dan mula menambah B-Complex, Gla dan Alfalfa untuk menstabilkan hormone dan merawat masalah jerawat saya.. Alhamdulillah masalah jerawat saya dah berkurang, period dah okay dan sekarang saya langsung tiada masalah usus lagi. Bagi adik-adik di luar sana, saya sarankan tidak mudah terpengaruh dengan iklan-iklan di televisyen kerana tiada produk yang mampu member kesan seawal 3 hari melainkan produk tersebuk mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi. Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat yang serius, rawat lah dari dalaman dahulu dan cari skincare yang berasaskan dari bahan semujadi. Inilah Shaklee Effect saya.

Tuesday, 17 January 2017

TERPEDAYA DENGAN IKLAN PRODUK KECANTIKKAN, APA YANG DAPAT MUKA BERJERAWAT TERUK DAN ROSAK


Sejak beberapa tahun ni kakma baru ada kesedaran dalam pilih produk kecantikan dan penjagaan muka.Ini kerana kakma sendiri telah terjebak dengan bermacam produk kecantikan yang berlambak di pasaran yang menjanjikan kulit akan cantik tapi apa yang kakma dapat sebaliknya.

Macam ni lah jerawat kakma dahulu (gambar sumber google)
Kakma tak ada gambar masa dulu.

Kalau ingat zaman2 dulu menyesal sangat...kakma mula naik jerawat masa form 4..masa tu kakma gatal cuba satu produk ni masa tu lepas perkhemahan muka sunburn konon guna lah produk ni nk boleh cerahkan balik muka...hasilnya kakma naik jerawat teruk, masa tu sangat,sebelum tak ada pun jerawat...

Lepas pada tu kakma ikut je apa org ckp suruh try semua kakma cuba sebab kakma sedih tengok muka sendiri memang naik jerawat teruk.. Kalau ingat balik takut fikirkan produk2 yg kakma dah cuba..nak cerita pun takut..bertahun muka kakma ni terdedah ngan mcm2 chimical kot...rasa bersalah sangat dengan diri sendiri dan berdosa rasa tk jaga amanah yg Allah berikan..

Tapi skang sejak ada ilmu kakma mmg kebal keluarlah iklan apa pun..putih dlm 3 hari? Sapu2 putih?? Lg lah kakma takut..lg cepat kesan lg kakma takut...kl fikir mcm mn lah blh putih dlm masa sekejap tu..apa lah bahan yg diaorg letak..

Sejak 2015 kakma setia dengan produk nutriwhite ni...tp pada permulaan kakma rawat n detox dulu muka dgn enfulselle. Sekarang konsisten pakai nutriwhite.
Alhamdulillah lepas 2 thn baru nmpk kesan..tkpe lah biar lambat asal selamat...
Mmg ada je yg tegur kakma..."mai tu pakai ke shaklee apasal muka tak ok2" walau org2 tu ckp belakang..kakma tak kisah..yg penting kakma tahu apa kakma buat...
Kakma nk rawat dari dalam n luaran...dan apa kakma fikir biar lambat asal selamat.


Boleh baca Di sini kandungan bahan2 yang ada dalam produk nutriwhite

Kakma jamin produk nutriwhite ni coz mmg semulajadi kakma tgk kandungan semua dari tumbuhan..lgpun kakma yakin dgn shaklee coz motto shaklee SEMULAJADI, SELAMAT,BERKESAN.
Dalam masa sama kakma juga makan vitamin shaklee seperti Vitamin C, carotomax dan Vivix.

Alhamdulillah sekarang muka kakma dah banyak perubahan jerawat2 yang bernanh dah tak ada..kalau ada pun time nak datang bulan dan sekejap je..sekarang hanya tinggal parut..(kakma ni mmg tangan tak suka duduk diam suka sangat picit tu tinggal parut)

Pengedar shaklee sentul

Pengedar shaklee sentul


Buat kawan2 kakma n adik2 yg baru nk Up ni berhati2 lah pilih produk, jangan mudah terpengaruh sebab kesannya kita yg tanggung bukan orang lain.

Nak dapatkan produk kecantikkan nutriwhite ni? Jom hubungi kakma
0193624134

Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur. 
untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji 

 Call/ Whatsapp : 019 3624134 
 Email : kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi 


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Sunday, 16 October 2016

FAKTOR FAKTOR YANG MENYEBABKAN KULIT MUKA CEPAT BERKEDUT



KEDUT!!! mmg ngeri bila difikirkan lagi2 bila kedut mula nampak kat bahagian muka,terutama apabila melihat wajah di cermin. Pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkan kedut yang menandakan usia kita semakin meningkat sama ada melalui pengambilan suplemen, vitamin, melakukan rawatan khusus di spa-spa serta tidak kurang juga yang menggunakan pendekatan mudah dan cepat dengan suntikan antipenuaan seperti suntikan botoks.

Kakma nak kongsikan faktor- faktor yang menyebabkan kedutan muka boleh berlaku dengan cepat dan tips bagaimana nak melambatkan proses kedutan daripasa berlaku.

Faktor yang paling besar adalah terdedah secara langsung dan lama kepada cahaya matahari terutama dari jam 10 pagi hingga 4 petang kerana cahaya ultraungu matahari boleh menyebabkan kerosakan lapisan luar kulit muka dan mengakibatkan kedutan, pecah, kasar dan kering pada kulit muka.

Keadaan sekitar yang terdedah dengan tadikal bebas juga memberi kesan kepada kerosakkan kulit ini kerana radikal bebas akan merosakkan sel2 kulit kita.
Perbanyakkan makanan yang tinggi antioksidan bagi melawan radikal2 bebas.
Dapatkan vitamin ANTIOKSIDAN untuk atasi RADIKAL BEBAS di sini

Tabiat merokok juga boleh mengurangkan pengaliran darah bernutrien dan beroksigen ke muka serta merosakkan fiber kolagen dan elastin yang memberikan kekuatan pada kulit muka.

Di samping itu, penggunaan air panas yang lama semasa mandi boleh menghilangkan sifat berminyak yang semulajadi pada kulit.Bagi memastikan kulit cantik, rawat atau jaga muka anda dengan lembut.

Penggunakan sabun yang menghakis dan tidak sesuai pada muka, guna bahan pelincir muka semasa bercukur dan mengesat muka dengan kuat selepas mandi juga akan menghilangkan kelembapan kulit muka.Amat penting anda sentiasa mengamalkan penggunaan pelembap muka yang sesuai mengikut jenis kulit muka anda.
Stres turut menyebabkan kulit muka menjadi lebih sensitif dan penyebab kepada berlakunya jangkitan kulit muka atau jerawat.Stress juga akan membuatkan hormon jadi tak stabil dan boleh menyebabkan terjadinya jeragat.

Amalan pemakanan yang tidak seimbang seperti kerap mengambil makanan berlemak dan berkanji juga menyumbang kepada proses penuaan berlaku dengan cepat.perbanyakkan minum air, buah-buahan, sayuran, bijirin, protein ringkas di samping pengambilan diet mengandungi vitamin C.

Jika anda ingin kelihatan sentiasa muda dan mendapat kulit yg sentiasa cantik dan sihat elakkan terdedah dengan faktor2 di atas.Di samping itu anda boleh amalkan supplement sebagai usaha untuk memastikan kulit muka sentiasa sihat dan cantik.

Dapatkan vitamin untuk kulit cantik di sini

Thursday, 17 September 2015

VITAMIN UNTUK KULIT BERMASALAH


Ramai antara kita mempunyai masalah kulit muka yang bermasalah seperti kusam,berjerawat, berjeragat dan berminyak.Selalunya kita hanya fokus untuk rawatan luaran sahaja tetapi kita lupa untuk rawat dari dalaman ini kerana masalah kulit selalunya berpuncĂ  dari dalaman lagi2 berkaitrapat dengan apa yang kita makan.Faktor luaran seperti udara yang tidak sihat dan terdedah dengan radikal bebas juga memberi kesan buruk kepada kulit kita.Kakma nak share vitamin yang sesuai untuk kulit bermasalah dan untuk dapatkan kulit yang cantik dari dalaman.


Terlebih dahulu kakma ingin pesan kita mestilah amalkan vitamin ini secara konsisten untuk dapatkan kesan yang terbaik seeloknya konsisten sekurangnya 90 hari.

Vitamin yang di maksudkan ialah..

B complex :-Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, sebagai anti- stress ( bertindak sebagai penenang - stress juga menyebabkan kulit cepat berkedut dan nampak cepat tua), mengelakkan kulit kusam.
Vitamin kulit cantik
BCOMPLEK


Vitamin c :-Membantu pembentukan kolagen - sejenis protein yg menyusun tubuh manusia. Menghasilkan kulit yang lebih licin. Vitamin antioksida. Kekurangan boleh menyebabkn kulit kering, kasar, alembik dan mudah lebam.

Vitamin kukit cantik
VITAMIN C


Vitamin E:-Melambatkan proses penuaan. Membantu mendapatkan tesktur kulit yang csntik, lebih muda, hilangkn parut. Juga membantu dlm aspek kesuburan, membantu percepatkan proses baik luka.
Vitamin kulit cantik
VITAMIN E

ENERGIZING SOY PROTEIN :-ESP adalah sumber proten kualiti tinggi yang mengandungi asid amino dan threonine yang membantu keseimbangan protein dalam badan yang mana untuk mendapatkn kulit yang lebih cantik, protein merupakn makanan asas yang diperlukan utk kecantikan dan kesihatan dgn protein yg mencukupi, sel badan akan sihat Dan membantu penyerapan vitamin lain yg diambil akan cepat terserap. Hasilnya kulit akan lebih halus, gebu dan licin.



Vitamin kulit cantik
ESP


Kombinasi 4 jenis vitamin ini sangat membantu dalam mengatasi pelbagai masalah kulit dengan pengambilan secara konsisten ramai yanh mendapat kulit yang yang di impikan dan berseri-seri.

 Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana saya adalah Pengedar Sah Shaklee Gombak dan Sentul serta kawasan sekitar. 

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji Call/ Whatsapp : 019 3624134  

Email : Kmshop143@gmail.com 
FB : Mai Md Saupi.




 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*.