Showing posts with label KESUBURAN. Show all posts
Showing posts with label KESUBURAN. Show all posts

Saturday, 22 October 2016

VITAMIN UNTUK MENINGKATKAN KESUBURAN DAN MEMBERI TENAGA KEPADA SUAMI


Assalamualaikum
Kakma nak kongsikam vitamin untuk meningkatkan kesuburan untuk pihak suami.Vitamin ini juga sangat bagus untuk membantu suami sentiasa sihat dan memberi daya rangsangan untuk bersama isteri.Ia juga membantu memberi tenaga dan menghasilkan sperma yang berkualiti.

Vitamin tersebut adalah:

Vita C
Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Hanya sperma yang sihat sahaja yang akan berjaya sampai ke ovum dan hanya sperma yang kuat sahaja dapat bersenyawa dengan ovum.

Coq
Meningkatkan bilangan sperma dan pergerakan sperma semasa proses pensenyawaan dan juga mengurangkan peratusan penghasilan bentuk sperma yang abnormal.Meningkatkan ketahanan batin dan seksual terutamanya bagi lelaki yang merokok.
Meningkatkan bilangan dan pergerakan sperma serya mengurangkan peratusan penghasilan sperma yang abnormal.

Vitamin E

Meningkatkan kesuburan dengan mengurangkan kemusnahan radikal bebas yang boleh mengurangkan kualiti sperma.
Selenium di dalam vitamin E sangat berkuasa mengurangkan pembengkakan prostat dan mengekalkan kesihatan salur darah.
Suami dan isteri yang mengambil vitamin E mempunya lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri
Selenium di dalam vitamin berkusa mengurangkan pembengkakan prostat

Vitamin E mmebantu meningkatkan kualiti sperma


Zinc
Zinc pula penting untuk lelaki menghasilkan sperma yang sihat dan kuat yang secara tak langsung meningkatkan peluang persenyawaan terjadi. Selain itu, Zinc juga membantu meningkatkan keinginan seksual.
Zinc membantu membaiki sperma dari segi bilangan, bentuk dan pergerakan sperma.Zinc juga bantu mengurangkan mati pucuk di kalangan lelaki.


Ingin dapatkan vitamin  ini secara COD jika anda berada di area gombak atau sentul.Ini kerana kakma adalah pengedar shaklee area gombak dan sentul.
untuk matlumat lanjut hubungi mai di talian 0193624134

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Friday, 21 October 2016

KETAHUI PUNCA JEJAS RANGSANGAN SEKS LELAKI DAN CARA MENGATASINYA


Kaum lelaki suka ambil mudah soal kesihatan diri.Hingga satu tahap mereka bertindak melulu dengan mengambil pelbagai ubat kuat bagi meningkatkan tahap kejantanan saat menjalinkan hubungan intim dengan pasangan mereka.



Ramai tidak sedar bahawa ubat kuat yang berlambak di pasaran telah terbukti secara saintifik akan memberi kesan terhadap tubuh badan mereka.Sepatutnya mereka cuba dan cari punca dan selesaikan dengan rawatan yang sepatutnya..tapi ramai antara mereka malu untuk mendapatkan rawatan.

Jom ketahui punca yang boleh menjejaskan rangsangan seksual lelaki.

OBESITI
KKM memaklumkan, hampir setiap dari 3 orang rakyat malaysia terutamanya golongan muda dikesan sama ada mengalami berat badan berlebihan atau obes, ini menyebabkan mereka berisiko tinggi mendapat penyakit diabetis.
Pada tahun 2014 KKM melaporkan 2.6juta rakyat malaysia terutamanya golongan muda disahkan mengidap diabetes.Ini berpunca kerana peningkatan kadar obesiti yang berkait rapat dengan tabiat pemakanan yang tidak seimbang.



DIABETES
Penyakit diabetes adalah salah satu penyebab alat sulit lelaki tidak berfungsi ini kerana penyakit ini menyerang saraf, terutamanya jika sudah berada sudah peringkat serius hingga perlu mengambil ubat.
Pada peringkat awal memang tidak merisaukan tetapi jika paras gula dalam darah tidak dikawal daya rangsangan dan kekuatan seks akan mulai hilang.
Apabila makan ubat, paras gula memang dapat di kawal namun kesan lain ialah pesakit akan kadang2 berselera dan kadang2 tidak berselera,keadaan ini menyebabkan nutrisi tidak mencukupi,paras oksigen kurang dan membuatkan badan lemah dan lesu.

DARAH TINGGI & JANTUNG
Sewaktu menjalankan hubungan intim,jantung perlu mengepam darah dengan laju dan lancar ke seluruh tubuh badan terutamanya ke organ seks lelaki.
Jika sekiranya jantung bermasalah atau tekanan darah tidak stabil badan akan menjadi lemah dan anda akan menjadi kurang berkeďyakinan kerana bimbang terkena serangan jantung atau tekanan darah tinggi sewaktu menjalankan hubungan intim apatah lagi untuk mencapai klimaks.

Untuk mengatasi masalah di atas anda perlu menjaga pemakanan seharian iaitu diet yang sihat ini kerana diet sihat dan seimbang sangat penting bagi menghasilkan air mani yang sihat.Ia juga dapat memulihkan dan membantu tubuh badan supaya sihat dan kuat.
Anda juga perlu amalkan Vitamin untuk meningkatkan tenaga dan kesihatan lelaki sejati




Pemakanan juga perlu di jaga lagi jika memang ada ahli keluarga yang ada diabetes ini kerana penyakit ini boleh diwarisi.Banyakkan makanan berasaskan hasil tenusu,sayur-sayuran dan buah buahan dalam diet seharian.
Perbanyakkan juga Makanan tinggi antioksida bagi menentang radikal bebas.

Wednesday, 21 September 2016

TIPS UNTUK TINGKATKAN PERATUSAN UNTUK DAPATKAN ANAK KEMBAR


Ramai ibu bapa yang teringin nak anak kembar kan..kakma pun teringin sangat keluarga belah kakma memang ada keturunan kembar paling best makcik kakma pernah bersalin kembar 3 dan semuanya perempuan Alhamdulillah semuanya selamat sekarang dah berusia 10 tahun.Hari ni kakma nk share ilmu yang kakma baru dapat iaitu tips macam mana nak tingkatkan peratusan untuk dapatkan anak kembar.Jom lah kita cuba, tak salah mencubakan mana tahu rezeki kita untuk dapat anak kembar.


bayi kembar


Selama ni kakma hanya ambil tahu kembar seiras dan tak seiras tak tahu cerita selebihnya..Baru kakma tahu ada 2 jenis kehamilan kembar iaitu jenis Dichorionic / non identical dan identical / mono zygotic. 
Kembar jenis dichorionic/ dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telor/ovum yg telah disenyawakan olih benih suami secara berasingan.
Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing2 janin punya uri sendiri.

Kembar jenis  identical atau mono zygotic berasal dari satu telor dan selepas bercantum dgn benih lelaki , embryo yg dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, satu janin mati dan lain2 masalah.


1. Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan  ialah antara 1 hingga 4 %.
Orang afrika  punya kadar kembar tertinggi 4 %
Orang putih amerika dan eropah kadarnya 3 %.
Orang asia termasuk orang malaysia terendah 1 - 2 % sahaja.
2. Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar menungkat 4 kali ganda.
3. Mereka yg telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umor 40 tahun keatas.
4. Mereka yg tahap kesihatan terbaik dan makan yg berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplement vitamin dan folic asid lebih berpeluang hamil kembar.
5. Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Munkin 'insulin like growth factor' (IGF) yg dikeluarkan olih hati lembu jadi penyebab hamil kembar.
6. Orang2 asli africa yg makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.
7. Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar.
Wanita yg makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 - 10 %.
Manakala mereka yg disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam linkungan 30%. Malangnya kadang2 berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.
8. Mereka yg menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yg menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.

Sumber: http://www.jabalnur.net/376648671

Thursday, 7 January 2016

KEPENTINGAN ZINC DALAM PROSES KESUBURAN


Hari ni kakma nak share kebaikkan dan kepentingan zinc bagi lelaki dan wanita.
Ada 4 kepentingan zinc yang berkaitan rapat dengan proses pembiakan yang mana Zinc sangat penting dalam proses kesuburan lelaki dan wanita.

1.ENZIM: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang penting dalam pertumbuhan sel,kestabilan dan tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain kepentingam kesihatan yang berkaitan dengan zink.

2. KESUBURAN & PEMBIAKAN: Untuk lelaki, zink  sangat membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam proses ovulasi sistem pembiakan wanita dan semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

3. MASALAH PROSTAT: Ini sangat berkait rapat dengan kepemtingan no 1 di atas yang mana zink sangat penting dalam mengatasi masalah berkaitan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser. Bila mengalami masalah ini dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan.




4.SEIMBANGKAN HORMON : Zinc mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan dan menghasilkan sperma yang sihat.


5. KEHAMILAN: Zinc adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel dan perkembangan fetus semasa kehamilan.




Untuk 5 kepentingan zinc di atas ini dapat dirumuskan zinc sangat penting dan perlu di ambil oleh suami dan isteri yang merancang untuk hamil dan ketika hamil.
Untuk info tingkatkan kesuburan boleh baca di Sini.



Berita baik bulan in Januari 2016 shaklee tawarkan promosi untuk pembeliam 3 botol zinc dapat percuma sebotol.
Zinc berharga hanya rm33 sebotol iaitu mengandungi 120bj.
Beli 3 botol rm99 dapat sebotol free murah kan.

 Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana saya adalah Pengedar Sah Shaklee Gombak dan Sentul serta kawasan sekitar. 
untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji 
Call/ Whatsapp : 019 3624134 
 Email : kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Saturday, 11 October 2014

10 TIPS CEPAT HAMIL


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.Buat anda yang sedang berusaha untuk hamil di sini kakma ingin kongsikan 10 tips untuk cepat hamil.
10 tips cepat hamil

Tips 1

Anda perlu ambil tahu proses kehamilan itu sendiri iaitu bagaimanna ia terjadi. Sekiranya Haid anda teratur dan datang pada awal bulan jadi setiap pertengahan bulan telur (ovum) akan dikeluarkan oleh ovari dan jika berlaku hubungan antara anda dan suami pada masa itu maka sperma dari faraj akan berenang ke dalam rahim dan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan.

Tips 2

Sebagai wanita anda perlu tahu waktu subur ini kerana hari subur cuma 4-5 hari sebulan dan jika anda tahu hari subur ini dengan tepat ia akan meninggikan peluang untuk hamil. Jika haid anda teratur ia akan membolehkan anda mengira hari subur anda dengan tepat. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

Tips 3

Anda perlu memastikan atau mendapatkan berat badan yang ideal. Seandainya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, berat badan boleh memberikan kesan dan faktor kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

Tips 4

Melakukan hubungan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Hubungan Seks disarankan dilakukan setiap hari terutanya waktu dan hari subur.Sesetengah posisi seks juga boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

Tips 5

Pihak suami juga harus memainkan peranan dengan memastikan kesihatan reproduksi suami pada tahap optimal dengan menjalani gaya hidup sihat iaitu makan makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. 

Tips 6

Anda juga disyorkan berjumpa dengan doktor sakit puan untuk memastikan anda bebas dari sebarang masalah cyst, endometriosis atau fibroid ini kerana penyakit ini kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang sepatitnya boleh diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.

Tips 7
Suami dan isteri perlu mengambil multivitamin bagi memastikan badan sihat dan berada di dalam keadaan bersedia untuk hamil. Semua wanita yang merancang untuk hamil sangat disarankan mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma dan memastikan sperma yang dihasilkan adalah dalam keadaan sihat.

Tips 8
Pemakanan yang seimbang harus dijaga kerana mengawal pengambilan makanan amat penting terutamanya semasa anda mengalami masalah ovulasi ini kerana masalah ovulasi berkait rapat dengan PCOS. PCOS adalah salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
-Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
-Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
-Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti sayuran dan whole grains seperti oats.

- Elakkan daripada makan makanan segera dan makanan yang tinggi bahan pengawet
-Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
-Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.


Tips 9
Mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjadikan senaman secara rutin. Bersenam akan memastikan anda sihat secara keseluruhan dan ia akan membuatkan badan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

Tips 10

Memastikan hidup anda cerita dan kurang tekanan.Sememangnya kehidupan banyak dugaan dan masalah tetapi kita harus pandai mengawal keadaan dan bagi yang beragama islam adalah lebih baik kita mendekatkan diri kepada ALLAH.Anda juga boleh mengurangkan tekanan anda dengan melakukan aktiviti-aktiviti di bawah :
* Membaca Al-quran dan berzikir
* Memasak
* Bersenam
* Mendengar muzik
* Membaca dan mendengar audiobooks
* Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
* Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
* Bermesra dan bercuti dengan suami


Semoga Tips yang kakma kongsikan di atas dapat menbantu anda yang sedang cuba untuk hamil dan jika anda ingin mengetahui lebih lanjut vitamin yang sesuai untuk merancang kesuburan anda boleh baca di sini

Friday, 26 September 2014

MASALAH KETIDAKSUBURAN


Assalamualaikum.
Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.
Selalu kita dengar ramai pasangan suami isteri mengalami masalah ketidaksuburan.Seperti yang kita tahu masalah ketidaksuburan sering dikaitkan dengan kemandulan pada salah satu pasangan atau kedua-duanya. Bagi wanita, ketidaksuburan berlaku disebabkan kerana sel telur gagal dikeluarkan atau sel telur matang tidak dapat dihasilkan. Oleh itu tidak berlakunya ovulasi sehingga sel telur tidak masuk ke saluran telur yang menyebabkan tidak dapat terjadi pensenyawaan.Manakala bagi lelaki pula, ketidaksuburan sering disebabkan kerana tiada pengeluaran sperma pada kantung sperma. Selain itu, pengeluaran sperma mungkin berlaku , tetapi jumlahnya sangat sedikit sehingga ketika masuk ke vagina, tidak ada sperma yang berhasil mensenyawakan sel telur.

PUNCA MASALAH KETIDAKSUBURAN WANITA

ENDOMETRIOSIS
Tisu yang menyerupai endometrium yang tumbuh di bahagian lain cntohnya di luar rahim seperti di sekeliling ovari, tiub fallopian, permukaan luar rahim, usus dan pelvic. Endometrium ialah tisu yang membentuk lapisan dalam dinding rahim. Endometrium menyediakan tapak perlekatan janin(kalau berlaku persenyawaan).Sekiranya tisu ini tumbuh di luar rahim seperti di ovari atau usus, ketika haid, ia akan mengeluarkan darah tetapi tidak dialirkan keluar melalui faraj(normal), sebaliknya darah akan berkumpul menjadi gumpalan darah kotor yang boleh mengakibatkan organ peranakan wanita rosak.Endometriosis juga boleh menghasilkan beberapa jenis racun dan bakteria yang boleh membunuh sperma, telur atau janin. Ini menyebabkan kemandulan dan keguguran.


ENDOMETRIOSIS
ENDOMETRIOSIS


SINDROM OVARI POLISISTIK (POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME- PCOS)
Sindrom Ovari Polisistik(PCOS) adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS. PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.Antara ciri utama PCOS adalah pengovulan (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada pengovulan yang tetap pada setiap bulan. Selain itu peningkatan aras hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca.Tanda-tanda PCOS ialah kedatangan haid tidak teratur (oligomenorea) dan kadangkala ketiadaan haid (amenorea), bulu roma berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), jerawat yang teruk dan kronik, obesiti, keguguran berulang, kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan) dan botak menyerupai lelaki (male baldness).

KEROSAKAN TIUB FALLOPIAN
Saluran Fallopian adalah organ penting dalam sistem reproduktif wanita. Sperma akan berenang ke ovum wanita untuk tujuan persenyawaan.Kerosakan tiub Fallopian berlaku apabila ianya tersumbat akibat jangkitan kuman atau ketumbuhan seperti fibroid dan endometriosis.

HORMON DAN HAID
Ketidakseimbangan hormone adalah berkait rapat dengan kitaran haid wanita. Wanita yang mempunyai masalah hormone tidak seimbang selalunya mempunyai kitaran haid yang tidak normal.Kedakseimbangan hormon menyebabkan gangguan ovulasi wanita dan punca paling biasa ketidaksuburan dalam kalangan wanita.

FIBROID
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundi kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser


FIBROID
FIBROID


PUNCA MASALAH KETIDAKSUBURAN LELAKI

MASALAH SPERMA
Jumlah sperma dianggap lebih rendah daripada biasa jika semasa ejakulasi bilangannya kurang daripada 15 juta setiap mililiter air mani.Keadaan tiada langsung sperma di dalam air mani dipanggil azoospermia. Punca kekurangan atau ketiadaan sperma dalam air mani boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti penyakit kelamin atau bengkak buah zakar disebabkan masalah benguk (mumps).Selain itu, saluran air mani yang mengalir daripada kilang testis boleh rosak atau tersumbat. Ketidakseimbangan hormon juga mampu menyebabkan tiada pengeluaran air mani.
SPERMA BERMASALAH
MASALAH SPERMA


 CARA MENGATASI
1. Tingkatkan imuniti –Tahap imuniti menurun akibat daripada kekurangan nutrisi –nutrisi penting tubuh. Ambil vitamin tambahan untuk membekalkan semua nutrisi yang diperlukan tubuh.
2. Elakkan makanan rapu – Makanan rapu mengandungi banyak bahan pewarna dan perisa yang boleh mengakibatkan kegemukan dan obesity. Ikuti pola pemakanan seperti yang dicadangkan oleh pyramid makanan.
3. Amalkan memakan makanan yang segar - Kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan yang mempunyai bahan pengawet. Amalkan memakan buah-buahan dan sayuran segar.
4. Amalkan senaman untuk memastikan tubuh dalam keadaan sihat dan bertenaga.
5. Elakkan Stress – individu yang stress cenderung untuk mengalami masalah kesuburan.
6. Minum banyak air untuk menyahtoksinkan tubuh.

Semoga info di atas dapat membantu membantu memberi gambaran keadaan jika anda mempunyai masalah ketidaksuburan.
Jikalau anda ingin tahu vitamin yang sesuai bagi masalah ketidaksuburan anda boleh baca disini


Thursday, 25 September 2014

VITAMIN UNTUK MENGATASI MASALAH KETIDAKSUBURAN


Assalamualaikum.
Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.Ramai pasangan suami isteri mengalami masalah ketidaksuburan. Info lanjut mengenai masalah ketidaksuburan boleh baca di Sini.
Di sini mai ingin berkongsi Vitamin untuk mengatasi masalah ketidaksuburan,Alhamdulillah ramai yang telah mencuba Vitamin ini dan telah berjaya hamil

Cadangan Vitamin untuk mengatasi masalah ketidaksuburan ialah :

Untuk isteri:
Vitalea, B Complex, Vita C, Alfalfa dan GLA Complex.
Untuk Suami:
CoQ, Vita E dan Zinc Complex.

Fungsi Vitamin tersebut ialah:

Vitalea
Vitalea ialah Mulitivitamin dan Multimineral Shaklee..ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Ia membekalkan vitamin yang lengkap untuk memastikan kesihatan yang optimum. Bila badan dah sihat barulah ia dapat berfungsi dengan baik.

B Complex
Vitamin ni adalah sangat penting untuk wanita yang hamil dan yang merancang untuk hamil. B Complex Shaklee mengandungi asid folik yang sangat diperlukan oleh ibu hamil dan bayi di dalam kandungan.

Vitamin C
Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Hanya sperma yang sihat sahaja yang akan berjaya sampai ke ovum dan hanya sperma yang kuat sahaja dapat bersenyawa dengan ovum.

Alfalfa
Alfalfa sangat penting untuk kesihatan dalaman wanita. Ia telah terbukti dapat mengatasi masalah keputihan, masalah period yang tidak teratur dan PMS..selain itu, alfalfa juga dikatan dapat membantu mengatasi “sakit ketika bersama” dan sangatmembantu dalam hubungan suami isteri.

GLA Complex
Vitamin ni sangat penting untuk kesuburan wanita. Ia membantu wanita untukmenghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Cecair ini pentinguntuk membantu sperma berenang ke tiub fallopio dan hidup lebih lama iaitu sehingga hari ke-5 selepas bersama.

Zinc
Zinc pula penting untuk lelaki menghasilkan sperma yang sihat dan kuat yang secara tak langsung meningkatkan peluang persenyawaan terjadi. Selain itu, Zinc juga membantu meningkatkan keinginan seksual.

Coq
Meningkatkan bilangan sperma dan pergerakan sperma semasa proses pensenyawaan dan juga mengurangkan peratusan penghasilan bentuk sperma yang abnormal.

Vitamin E
Meningkatkan kesuburan dengan mengurangkan kemusnahan radikal bebas yang boleh mengurangkan kualiti sperma. ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

Walaubagaimana pun anda tidak perlu mengambil semua anda boleh memilih mengikut masalah anda.Anda boleh hubungi saya jika ingin mendapatkan matlumat lanjut tentang vitamin yang sesuai dengan anda.
Saya akan membantu anda dan akan terus memberikan konsultansi secara percuma dan berterusan selepas pembelian.

untuk Pertanyaan dan Tempahan

Call/ Whatsapp : 019 3624134

Email : Kmshop143@gmail.com

FB : Mai Md saupi


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Wednesday, 17 September 2014

SET HAMIL SHAKLEE


Assalamualaikum..
Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.
Hari ini mai nak cerita kan mengenai set hamil shaklee, Alhamdulillah setakat ini ramai yang berpuasa hati dengan set hamil shaklee dan ramai yang berjaya hamil dengan set hami shaklee ini.
Set hamil shaklee ini ada 3 produk iaitu GLA Complek, B complek dan COQ Health.


SET KESUBURAN SHAKLEE
SET HAMIL SHAKLEE
Jom kita tengok bagaimana produk ini berfungsi.

 BAGAIMANA GLA COMPLEX SHAKLEE MEMBANTU WANITA YANG INGIN HAMIL CEPAT? 

✔ GLA COMPLEX SHAKLEE membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. 


✔ Di sinilah fungsi GLA COMPLEX SHAKLEE untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada peluang sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.

 BAGAIMANA COQHEALTH SHAKLEE BOLEH MENAMBAH KESUBURAN SUAMI ISTERI?

✔ COQHEALTH dapat membantu meningkatkan pergerakan sperma di kalangan lelaki. Ini sekaligus dapat meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan meningkatkan kebarangkalian isteri untuk hamil.

✔ Kajian menunjukkan bahawa CoQ10 aktif di dalam testis dan merupakan antioksidan yang memainkan peranan penting dalam membentuk membrane dan struktur lain di dalam sel bagi tujuan untuk memerangi kesan oxidative stress. Kandungan antioksidan nya menggalakkan pergerakan sperma menjadi aktif dan meningkatkan kualiti sperma itu sendiri.

✔ Pergerakan sperma yang aktif akan meningkatkan keberangkalian isteri untuk hamil. Oleh itu, pengambilan supplement yang kaya dengan CoQ10 adalah amat digalakkan sebagai salah satu usaha untuk membantu pasangan suami isteri memperoleh zuriat.

 KENAPA B COMPLEX PENTING SEWAKTU MERANCANG KEHAMILAN?

✔ Vitamin B Complex penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida



Jom dapatkan Set hamil Shaklee secara COD jika anda berada di area gombak atau sentul.Ini kerana Mai adalah pengedar shaklee area gombak dan sentul.Untuk anda yang berada diseluruh malaysia kami akanterus hantar kepada anda melalui pos laju
untuk matlumat lanjut hubungi mai di talian 0193624134 

Tuesday, 16 September 2014

GLA COMPLEK MENINGKATKAN KESUBURAN WANITA


Assalamualaikum..
Selamat datang didoakan semua pembaca dan  pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.
Hari ini Mai nak ceritakan bagaimana GLA complek berfungsi bagi membantu meningkatkan kesuburan wanita.
GLA (gamma linolenic acid) membantu menurunkan kadar kolesterol dan ia membantu
melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu
meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga
membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan
kepada prostagdalin E1.

Bagaimana GLA Complex membantu wanita yang ingin hamil cepat?
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti
untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak
sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Maka Disinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang mana membantu sperma untuk berenang keuterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu
saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada peluang sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5. Jadi, kepada puan-puan yang sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan dan kering itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.Jadi Mai sangat syorkan anda mencuba GLA complek Shaklee ini.

GLA COMPLEK

Mai kongsikan terstimoni mereka yang berjaya hamil setalah ambil Gla Complek


TESTIMONI SET KESUBURAN SHAKLEE
TESTIMONI HAMIL DENGAN SHAKLEE


Jom dapatkan GLA complek secara COD jika anda berada di area gombak atau sentul.Ini kerana Mai adalah pengedar shaklee area gombak dan sentul.Untuk anda yang berada diseluruh malaysia kami akanterus hantar kepada anda melalui pos laju
untuk matlumat lanjut hubungi mai di talian 0193624134 

Thursday, 29 November 2012

TESTIMONI SET HAMIL


Alhamdulillah tak ada yang lebih gembira bila dapat tahu customer kita hamil selepas ambil set Hamil Shaklee, sesungguhnya semuanya dengan Izin ALLAH dan produk shaklee ini hanya sebagai  asbab dan alat..dan kita wajib mencari asbab dan alat itu...berkat usaha doa dan tawakal akhirnya kakak ini hamil sekarang dah 5 bulan.Saya kongsikan testimoni customer saya ini.

mai igt lagi dpt Pm dari akak (panggilan mai pada customer ni)
19 june
akak : mai akak nk set utk hamil, VITALEA ,B COMPLEK, VITAMIN C DAN GLA COMPLEX
september
akak : mai akak nak VITALEA,OSTE,B COMPLEK, OMEGA DAN ESP
MAI: akak dah hamil ke?ini set utk ibu dah hamil..masa tu akak ckp tk beani nak check lg takut kecewa..tp naluri ibu mesti dpt rasakan.
dan ini PM semalam 12 Nov 2012


Monday, 26 November 2012

HAMIL DENGAN VITAMIN SHAKLEE (SET CADANGAN KESUBURAN)


Bagaimana vitamin-vitamin Shaklee dapat membantu meningkatkan kesuburan anda dan pasangan....



Vita-Lea

Kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi mema
stikan kesihatan berada di tahap optimum.
Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.
B Complex  
Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vitamin C

Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab >>> akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.


 Vita E & Selenium

Bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.


GLA Complex

Membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari. Juga dapat membantu menormalkan kitaran haid anda.

 Zinc

Meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma

 Alfalfa

Membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan

Dapatkan konsultansi percuma dengan hubungi saya di 0193624134