Showing posts with label PENGASAS SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label PENGASAS SHAKLEE. Show all posts

Sunday, 13 November 2016

DR FORREST C SHAKLEE SEMBUH DARIPADA KANSER SETELAH MENGAMALKAN BUAH DAN SAYUR SEGAR DAN SUPLEMEN DALAM KUANTTI YANG TINGGI


Kata orang bila dapat tahu kita penghidap kanser itu bagaikan memberi bom jangka di tangan kita. Hari ni, kakma nak kongsikan cerita bagaimana pengasas Shaklee iaitu Dr Forrest C Shaklee  menghadapi dan melawan penyakit kanser. Bagi Kakma banyak yang boleh kita ambil iktibar daripada kisah beliau.

Dr. Forrest C Shaklee
Pada tahun 1921, pada usia 27tahun, beliau disahkan oleh seorang pakar kanser di Chicago bahawa sakit di pinggul kanan dan bahu kiri beliau berpunca daripada kanser.
Pakar tersebut percaya sel kanser boleh disekat sekiranya lengan kiri dan kaki beliau dipotong (amputated). Dr Forrest Shaklee mendapatkan pandangan kedua dari Mayo Clinic di Rochester yang juga mengesahkan beliau menghidap kanser.

Sebelum itu, Dr Forest banyak menghabiskan masa untuk mempelajari tentang bidang baru, iaitu X-ray diagnosis. Dalam masa yang sama, bahaya pendedahan terhadap sinaran X masih belum diketahui. 

Dr Forrest C Shaklee
Pada waktu itu juga, kerjaya beliau sebagai seorang doktor muda sedang melonjak naik. Beliau juga mempunyai seorang isteri yang mengandung dan seorang anak.
Beliau tidak dapat menerima keputusan bahawa beliau terpaksa ‘dikudungkan’. Beliau memberitahu isterinya, “Saya akan hidup. Saya akan sembuh. Saya pasti boleh melakukannya.”. (Oh touching bab ni kan. Semangat untuk sembuh dan yakin.)

Beliau percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa penyembuhan secara semulajadi.Beliau mengambil keputusan menjual pusat rawatan dan memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, kerap membuat analisa darah dan juga berpuasa. 
(Nampak tak hikmah berpuasa. )

Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yang tinggi.
Walaupun begitu, kanser beliau tidak juga menunjukkan sebarang tanda-tanda positif. Namun beliau tidak berputus asa, dengan keyakinan bahawa penyembuhan akan berlaku sekiranya beliau terus berfikiran positif dan juga mengambil nutrisi yang lengkap untuk badan beliau. (Lihat apa usaha beliau, nampak tak beliau ambil suplemen megados. Tidak berputus asa, kekal positif dan terus berusaha)

Keajaiban berlaku apabila kanser beliau semakin sembuh pada penghujung tahun 1922. Kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Beliau masih hidup. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat dalam badan beliau telah berjaya mengalahkan sel kanser. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk turut sihat. (Alhamdulillah pentingnya kita memberi makanan yang baik untuk sel-sel kita supaya sel sihat dapat melawan sel-sel yang sakit)

Dan beliau berpegang pada prinsip,  sains dan alam semulajadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik bagi kesihatan manusia.

DR. Forrest C Shaklee

Amazing kan kisah pengasas Shaklee ni. Dah la masa kecil diuji dengan penyakit batuk kering dan diramalkan boleh hidup sampai usia 8tahun je. Diuji pula dengan kanser. Dan beliau Meninggal dunia pada usia 91tahun dengan meninggalkan legasi yang telah mengubah kehidupan dan akan terus membantu mengubah kehidupan ramai orang. 

Kalau rasa kita diuji dengan penyakit yang sukar untuk sembuh, sejarah telah membuktikan. Asalkan ada ikhtiar dan tak putus asa, insyaAllah tiap penyakit ada penawarnya.

Dr Forrest Shaklee telah mengasaskan Shaklee pada tahun 1956.

Saturday, 12 November 2016

KENALI PENGASAS SHAKLEE DR. FORREST C. SHAKLEE


Makin baca kisah pengasas shaklee ni kakma makin jatuh cinta ngan produk shaklee ni..
Kenapa kakma rasa begitu? Coz kakma makin yakin produk shaklee yang dihasilkan memang dihasilkan untuk memberi kesihatan kepada semua orang bukan atas dasar nak dapat keuntungan semata mata.
Pengasas Shaklee Dr. FORREST C SHAKLEE

Dr Forrest ni dilahirkan di kawasan lombong mungkin kesan kehidupan di lombong di Carlisle, Iowa.Keadaan lombong yang tidak sihat membuatkan semasa beliau dilahirkan, beliau disahkan mengidam penyakit tuberculosis (batuk kering). Doktor kemudian meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berumur 8 tahun.

Sebagai ibu bila kita dengar macam ni mesti kita akan berusaha untuk lihat anak kita sihat kan. Oleh kerana ibunya percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar keluarga beliau buat keputusan untuk berpindah ke kawasan tanah pamah yang subur.Ibunya juga berusaha untuk sembuhkan beliau dengan tumbuhan semulajadi dan herba.

Hasil tidak putus asa seorang ibu akhirnya  pada umur 4 tahun Dr. Forrest boleh duduk yang mana selama ini beliau hanya mampu baring.Dan sejak itu beliau terus sihat dari penyakitnya.Akhirnya beliau dapat hidup lebih dari 8 tahun seperti yang dijangka oleh doktor semasa beliau di lahirkan.

Bila remaja Dr Forrest sangat minat terhadap pengubatan, beliau mula mengkaji keperluan & merawat penyakit melalui ilmu nutrisi.Lalu beliau belajar ilmu perubatan dan akhirnya menjadi pakar tulang.Pada tahun 1915 Dr Forrest telah membuka kliniknya sendiri.
Multivitamin pertama di dunia
Pada umur 21 tahun Dr Forrest telah mencipta    satu produk nutrisi berasaskan tumbuh-tumbuhan.Produk tersebut ialah "Vitalizer Mineral" yang mana merupakan multivitamin pertama di dunia.

Dr. Forrest Shaklee mengasaskan Shaklee Corporation pada tahun 1956 dengan kesedaran bahawa sains dan alam semulajadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia. Antara falsafah penting yang beliau pegang ialah Living in Harmony with Nature®.
Dr Forrest C. Shaklee
Berpegang kepada prinsip di atas, Dr. Shaklee telah mengasaskan produk suplemen semulajadi dan pencuci terbaik yang mesra alam sekitar. Produk-produk ini menjadi asas pembentukan syarikat Shaklee dengan konsep “Mencipta Kehidupan Yang Lebih Baik”.
Dr Forrest C. Shaklee