Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Thursday, 15 June 2017

RESEPI MASAK LEMAK UDANG GALAH NENAS RINGKAT TETAPI SEDAP


Sejak puasa ni dah 4 kali kakma makan masak lemak udang campur nenas. 2 kali adik ipar kakma masak, 2 kali lagi lagi kakma masak sendiri guna resepi adik ipar kakma. Adik ipar kakma ni memang pandai masak memang sedaplah kalau dia masak. So kakma nak kongsikan resepi Masak lemak Udang Galah nenas rinkas tetapi sedap


Sedapkan? Memang selera kalau dapat berbuka puasa dengan masak lemak udang ni.

Ok kakma kongsikan resepinya.
Bahan2:
1. Udang ( selalu kakma beli udang galah rm15 dapat 13 ekor)
2. Bawang merah 3 *
3. Bawang putih 2 *
4. Lengkuas besar ibu jari tgan *
5. Kunyit hidup *
6. Lada kecik-letak *  4 or 5 biji kalau nk pedas lagi boleh letak lebih
7. Garam secukup rasa
8. Santan- kalu buleh guna santan pekat tak perlu tambah air, sebab air udang akan turun nanti
9. Nise ( gula melaka) 1 inci
10. ASam keping-1
11. Nenas 3 potong
12. Minyak-3 sudu besar

Udang Galah segar

Cara Masak
Tumbuk semua yg bertanda * smpai lumat..pahtu tumis kejap smpai naik bau.. lepas tu letak santan,garam,nise dan nenas, tunggu mendidih kejap..pahtu letak udang last skali.

Ok selamat mencuba..nanti dah masak kongsilah gambar kat komen yer...

Friday, 29 July 2016

RESEPI BROWNIES KEDUT YANG MUDAH TAPI SEDAP


Kakma nk share resepi brownies kedut yang mudah tapi sedap yang kakma selalu buat...mudah sangat resepi yang kakma buat ni...selalu 1 jam dah siap buat sebiji brownies ni.. selalu brg mmg ada je kat umah kalau kawna nak dtg bgth sejam or 2jam awal mmg sempat je kakma buat brwonies ni..


Ni antara brownies yang kakma buat

Bahan2 yang perlu
100g tepung naik sendiri
30g serbuk koko
400g coklat (kakma guna coklat coin jenama Beryl's)
150g butter (guna unsaltbutter lg sedap)
100g gula perang
60g gula kastor
Telur 4bj
1 sudu esen vanila

Cara buat brownies senang sangat taknperlu mixer2 bagai cukup ada spatula

Cairkan coklat dan butter guna double boiler (kakma selalu letak air dlm kuali panaskan air..coklat n butter masukkan dlm periuk kecil masukkan dlm kuali yang ada air tadi masak sampai coklat n butter cair semuanya)

Semasa tunggu coklat n butter cair boleh campurkan bahan2 lain.

Bekas A
Pecahkan telur dan pukul guna spatula..dan sebati masukkan gula kasttor dan gula perang kacau masukkan esen vanila.

Bekas B
Tepung naik sendiri dan serbuk koko ayak terlebij dahulu..

Masukkan coklat n butter yg telah dicairkan dlm bekas A kacau hingga sebati.masukkan tepung yg di ayak sikit demi sedikit kacau hingga sebati

Siapkan bekas utk bakar utk acuan ni elok guna loyang 7x7.
Sapukan loyang dengan sedikit butter dan letakkan kertas minyak.

Boleh tuangkan bahan yang dah sebati tadi dalam loyang yg dah dilapik dengan kertas minyak..
Kalau nak tambah coklat chip ke badan ke boleh lah tabur..

Dah boleh bakar...bakar 30-40min ikut oven masing2
Kakma bakar suhu 90darjah celcius.

Dah masak nanti  tutup suis oven jgn terus bawa keluar brownies buka sikit pintu oven biarkan nanti baru brownies akan kedut cantik...

Kakma suka letak toping coklat...guna je nuttela ke, jem coklat gardenia ke or pernah kakma letak choki choki..hehe..sedap.

Ok selamat mencuba...

Saturday, 19 September 2015

RESEPI DURIAN CREPE YANG SENANG DAN SEDAP


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.

 Hari ni Mai nak share resepi durian crepe yang senang dan sedap.Mesti semua tahu berapa harga durian crepe selalu Mai beli 4-5 bj rm10 kadang-kadang dapat yang elok ada juga beli yg duriannya dah rasa macam tempoyak so oleh sebab Mai n anak Mai suka sangat durian crepe ni baik Mai belajar n buat sendiri boleh makan puas-puas.
Resepi ni senang tak perlu guna penimbang lagipun tak semua org ada penimbang nk timbang tepung segala bagai tu kan.

Mai belanja gambar durian crepe yang Mai buat



Ini antara bahan-bahan yang diperlukan;

Untuk kulit campur semua dan kacau sebati bahan2 di bawah.
2 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan tepung kastad
1 1/2 sudu makan tepung ubi kayu
1 1/2 sudu makan tepung ubi kentang
2 1/3 makan gula icing
4bj telur ayam
1 sudu makan minyak masak
1 sudu kecil esen Vanila
1 sudu kecil pewarna kuning
2 cawan air masak

Untuk inti
4 biji durian buang biji ambil isi sahaja
2 cawan whipping cream pukul sehingga kembang dan tak jatuh bila kita angkat.
Mai guna whipping cream jenama Value Pride



Bila dah sebati campuran bahan2 untuk buat kulit boleh lah mula masak kulit..seeloknya guna Pan yang tidak melekat bersaiz 12cm.lagi nipis lagi cantik kulitnya dan semasa masak kulit tak perlu balikkan kulit untuk dapatkan 1 bahagian kulit yg licin dan cantik.Selalunya Mai buat untuk sukatan di atas akan dapat dalam 30 keping kulit.

Bila dah siap masak semua adunan kulit bolehlah mula balut inti.Letakkan kulit yang bahagian bawah semasa masak di bahagian atas iaitu bahagian dalam supaya bahagian atas semasa masak akan jadi bahagian luar durian crepe. Letakkan whipping cream dahulu dan kemudian baru letakkan isi durian.Lagi banyak whipping creme n isi durian lagu sedap.Lepas tu boleh lah mula lipat bentuk empat segi dan siap.Sebelum makan letak dulu dalam peti sejuk makan sejuk2 lagi sedap.

Ok selamat mencuba..nanti kalau dah cuba sudi2 share hasil kawan2 kat komen yer.

Mai share gambar masa Mai buat durian crepe sendiri kali pertama bulan lepas.