Sunday 23 October 2016

TANDA TANDA KELAHIRAN SUDAH DEKAT


Kelahiran bayi ada lah satu saat yang sangat ditunggu oleh ibu dan juga ayah.Namun bagi seorang ibu selain perasaan gembira, tak sabar ada 1 perasaan risau dan takut juga sebenarnya lagi2 jika ianya kelahiran kali pertama.Tiada pengalaman sendiri ia membuatkan ibu berdebar dan tertanya-tanya.


Kakma ingin kongsikan 11 tanda kelahiran sudah dekat agar ibu2 lebih bersedia dan tidak cemas.Sakit kontraksi yang akan di alami sebelum melahirkan bayi selalu dimulai dengam adanya rasa sakit yang ringan pada punggung dan kemudian menjalar ke seluruh tubuh.Berikut adalah 11 tanda kelahiran bayi semakin dekat yang ibu harus tahu agar memudahkan menjangka masa kelahiran.

1.Perubahan Bentuk Badan
Perubahan pada hormon ibu akan merubah bentuk tubuh, yang mana bahagian punggung akan melebar dan mempermudahkan jalan untuk bayi lahir.Payudara juga nampak semakin membesar ini kerana proses penghasilan susu sudah bersedia dan ada kalanya susu mmg sudah ada.

2.Sakit Pinggang dan Punggung
Sakit ini merupakan gejala paling umum akan dirasai sebelum melahirkan atau semasa proses bersalin.Kita harus tahu bezakan samaada sakit pada bahagian pinggang dan punggung yang normal atau merupakan salah satu tanda sudah sampai waktu melahirkan.

Sakit pinggang dan punggung

3.Perut Rasa Mengeras
Perut akan terasa kerap mengeras ini kerana bayi mulai turun ke bawah rahim.Perut juga akan terasa memulas seperti ingin membuang air besar dan ia membuatkan perut terasa semakin mengeras.

Emosi tidak stabil

4. Kondisi Psikologi Tidak Stabil
Ibu yang dah hampir saat melahirkan kadang kadang berubah emosinya sehinggakan sukar diramal.Ada ibu yang gelojak energinya berlebihan atau ada yang suka menyendiri.Ini wajar terjadi kerana fasa untuk melahirkan adalah satu proses yang luar biasa yang mana perlukan persiapan fizikal dan mental.

5. Kontraksi
Dinding rahim akan merasa mengeras sebelum proses bersalin berlaku.Ada juga ibu yang tidak menyedari akan proses kontraksi ini kerana kadang ia tidak terasa menyakitkan.Pernah ada kawan kakma sendiri masih boleh buat kerja macam biasa tapi tiba2 air ketuban dah pecah dan jalan dah terbuka 6cm.

6. Tidak Tahan Buang Air Kecil
Keadaan ini memang biasa bila sudah sampai trimester ke 3 tapi jika memang sudah hampir waktu keadaan akan sangat berbeza ini kerana kita seakan tidak dapat menahan langsung.Kakma sendiri memang sampai satu tahap masuk je bilik air tak sempat duduk dan buka seluar.Ini terjadi kerana kepala bayi sudah semakin ke bawah dan menuju ke jalan keluar.

7. Keluar Lendir dari Vagina
Jika ini terjadi maka proses kelahiran semakin dekat.Jika keadaan ini berpanjangan ia menunjukkan memang semakin dekat proses bersalin dan lendir ini kemudiannya bertukar menjadi air, akan mengalir keluar sebaik tibanya saat melahirkan.
Keluar lendir dari vagina

8. Ada Cecair Darah
Kakma sendiri 3 kali bersalin memang ini lah tanda semakin dekat nak bersalin.Selalunya bila keluar tanda ini maka bersiaplah untuk pergi ke hospital ini kerana prosesnya sudah tiba.
Teringat masa kakma menunggu hari anak pertama, masa tu kakma baru siap solat magrib tiba-tiba kakma rasa macam ada sesuatu keluar bila tengok ada kesan darah pada telekung solat memang mendebarkan maklumlah anak sulung.

9. Gerakan Bayi Perlahan
Sebelum merasa kesakitan untuk bersalin ibu dapat rasa pergerakan bayi terasa lambat bergerak.Ini terjadi kerana bayi sedang mengatur posisi kelahirannya.

10. Pecah Air Ketuban
Setelah merasa sakit kontraksi, Vagina akan mengelurkan air atau di panggil pecah ketuban.Jika keadaan ini berlaku ibu memang perlu ke hospital segera dan jika memang berapa di hospital nurse atau doktor memang akan bawa ibu terus ke bilik bersalin.
Segera hantar ke bilik bersalin
11. Pembukaan Jalan
Tanda kelahiran yang terakhir adalah bila kepala bayi sudah berada di bahagian pintu rahim, pembukaan jalan berlaku secara perlahan-lahan.Selalunya jika kelahiran pertama setiap 1 jam jalan akan terbuka sebanyak 1cm.Tapi ada jgk kes ia sangat lama dan ada rezeki ia berlaku sangat pantas.Masa ini sakit bersalin akan benar benar terasa dan menguji ibu.

Jika ada semua tanda tanda di atas kecuali yang ke 11 ibu harus bersiap sedia dari segi mental dab fikizal, ibu perlu banyak rehat dan makan makanan berkhasiat agar bertenaga untuk menghadapi proses kelahiran.Semasa sakit kontraksi dan semasa proses pembukaan jalan kita sebagai muslim harus banyak bersabar dan perbanyakkan mengingati Allah dengan zikir2 ringkas dan membaca selawat ke atas Rasulullah.Memang setiap ibu tidak sama proses namun tanda2 ini mungkin boleh di jadikan kayu ukur.Kakma doakan buat semua ibu yang sedang menunggu hari semoga dipermudahkan proses melahirkan.

No comments:

Post a Comment