Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Saturday, 15 April 2017

SIJIL HALAL SHAKLEE 2017


Buat pengetahuan semua setiap tahun shaklee akan memperbaharui sijil Halal setiap produk shaklee.
Dengan ini terbukti produk shaklee bukan sahaja diperbuat daripada bahan semulajadi selamat dan berkesan tetapi di kukuhkan lagi dengan perikhtirafan halal oleh JAKIM.

Ini sijil halal Shaklee untuk tahun 2017 yang berkuat kuasa pada Jan 2017 sehingga Dec 2017.

sijil halal shaklee
untuk pengetahuan semua sijil halal shaklee tidak dikeluarkan oleh JAKIM tetapi dikeluarkan oeh ISA iaitu satu badan yang di iktiraf oleh JAKIM. Kalau kita fikir logik pun takkan lah JAKIM nak pergi check semua produk kat dunia ni kan, jadi setiap negara ada badan Halal nya sendiri. Bukan negara kita je kan ada orang islam.


Kita boleh buat semakan di web JAKIM untuk pastikan kesahihan dan ketulenan pengikhtirafan Halal ini.

Dengan ini semua customer kakma jangan was was lagi yer, gunalah shaklee dengan yakin.
Jika anda ingin dapatkan shaklee boleh lah hubungi kakma , klik sini utk whatsapp http://kakmashaklee.wasap.my/ 

SHAKLEE Independent Distributor
Maisarah (ID 887111)
No Tel: 019-3624134
Email: kmshop143@gmail.com
COD area: kg padang balang, sentul , bandar baru sentul ,dato senu , jalan gombak , setapak ,gombak setia.

Monday, 27 March 2017

CIRI-CIRI PRODUK YG MENGANDUNGI MERKURI?


Sebagai seorang pengguna yang bijak anda haruslah membaca & memeriksa label terlebih dahulu setiap bahan yg terkandung di dalam setiap produk kosmetik anda. Anda perlu memastikan bahawa tiada sebarang bahan yg melibatkan alkohol, merkuri serta bahan kimia lain yg terkandung di dalam kosmetik anda. Sebaiknya, pilihlah produk yg benar-benar berasaskan bahan semulajadi. Walaupun sedikit mahal, namun ia takkan mendatangkan risiko buruk kepada anda di kemudian hari.

Selain dari membaca & mengkaji bahan-bahan yg disenaraikan, anda juga boleh memeriksa sendiri 9 perkara ini ke atas produk anda gunakan:

》Melekit-lekit. Krim/produk tersebut sukar untuk diratakan pada kulit.
》Tidak homogen. Bila ia dibiarkan lama sedikit, terdapat lapisan minyak terpisah daripada lapisan yg padat.
》Kulit anda menjadi putih/cerah segera selepas menggunakannya. Putih/cerah yg lain macam - seakan pucat.
》Tiada langsung jerawat tumbuh walaupun kecil. Ini petanda menunjukkan bahawa lapisan epidermis anda telah rosak. Bakteria/kuman pun tak sudi nak hidup di kawasan yg telah rosak!
》Bau logam yg kuat. Ataupun terlalu wangi akibat penambahan pewangi berlebihan bagi melindungi bau logam.
》Biasanya krim/produk berwarna putih kekuningan.
》Berkilau/'bling-bling' bila disapukan pada kulit. Sebab ia adalah logam!
》Bila berhenti menggunakan produk tersebut, kulit menjadi gatal, bintik-bintik atau menjadi kusam kehitaman seperti lebam.
》Kulit menjadi sensitif dengan cahaya matahari. Akan menjadi kemerahan & pedih seperti rasa terbakar/melecur.

Kesimpulannya, berhati-hatilah dalam memilih produk kecantikan. Jangan terpengaruh dengan 'janji-janji manis' yg diberikan oleh para peniaga semata-mata. Kaji betul-betul bahan yg ada di dalam setiap produk yg ingin dibeli. Kecantikan itu penting. Tapi muka kita lebih berharga. Sebab kita hanya ada 1 MUKA SAHAJA sampai bila-bila dan setiap apa yang ada di badan kita adalah amanah yang perlu di jaga dan akan dipersoalkan kelak.

Nak dapatakan produk penjagaan wajah yang di jamin selamat dan semulajadi Klik sini

Thursday, 3 November 2016

KETAHUI 4 TANDA ANDA SEDANG TERTEKAN


Tertekan?Tak di nafikan memang ramai yang kadang2 tak sedarpun mereka sedang tertekan.Banyak sebab yang membuatkan seseorang itu tertekan.Ada yang tertekan kerana sebuah perhubungan, tertekan dengan keadaan hidup, kerja, penat dan juga masalah seharian.

Stress


Kakma ingin kongsikan 4 tanda anda sedang tertekan.Jika tanda tanda ini ada pada diri anda segeralah atasinya ini kerana jika dibiarkan ia boleh membahayakan.Ia boleh membuatkan tekanan darah anda tinggi dan tidak stabil dan boleh menyebabkan tekanan perasaan yang teruk.

4 Tanda anda sedang tertekan adalah.

1. Rambut Gugur
Keadaan rambut gugur ini biasa terjadi dalam tempoh 3 hingga 6 bulan selepas melalui satu keadaan tekanan.Namun kehilangan 100 helai rambut dalam sehari masih lagi normal.Setiap kali anda tertekan hormon seksual yang dipanggil androgens akan merosakkan folikel rambut dan ini lah punca rambut anda semakin berkurang.

2. Kelopak Mata Bergerak-gerak
Pernah tak dengar orang cakap kalau kelopak mata bergerak2 itu tanda nak jumpa orang jauh..tahu tak anda spam otot mata ini selalu terjadi pada sebelah mata dan berlaku beberapa minit. Tekanan adalah salah satu puncanya, walaupum para doktor sendiri masih tidak dapat memastikannya.

3. Sakit Perut
Sistem saraf otak sebenarnya bersambung dengan usus, oleh itu tekanan mental yang berlaku dalam otak turut mewujudkan 'kacau bilau' pada saluran usus.

4. Sakit Belakang
Hormon dalam badan anda akan dipam keluar semasa tekanan.Ini kerana tekanan menghasilkan ti dak balas yang akan menaikkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung.Keadaan ini menyebabkan otot mengalami kesakitan.

Jika anda ada 4 tanda di atas cubalah atasi dengan menjaga diet, dan sebagai orang islam perbanyakkan amalan yang boleh mendekatkam diri kita kepada Allah.

Sunday, 23 October 2016

TANDA TANDA KELAHIRAN SUDAH DEKAT


Kelahiran bayi ada lah satu saat yang sangat ditunggu oleh ibu dan juga ayah.Namun bagi seorang ibu selain perasaan gembira, tak sabar ada 1 perasaan risau dan takut juga sebenarnya lagi2 jika ianya kelahiran kali pertama.Tiada pengalaman sendiri ia membuatkan ibu berdebar dan tertanya-tanya.


Kakma ingin kongsikan 11 tanda kelahiran sudah dekat agar ibu2 lebih bersedia dan tidak cemas.Sakit kontraksi yang akan di alami sebelum melahirkan bayi selalu dimulai dengam adanya rasa sakit yang ringan pada punggung dan kemudian menjalar ke seluruh tubuh.Berikut adalah 11 tanda kelahiran bayi semakin dekat yang ibu harus tahu agar memudahkan menjangka masa kelahiran.

1.Perubahan Bentuk Badan
Perubahan pada hormon ibu akan merubah bentuk tubuh, yang mana bahagian punggung akan melebar dan mempermudahkan jalan untuk bayi lahir.Payudara juga nampak semakin membesar ini kerana proses penghasilan susu sudah bersedia dan ada kalanya susu mmg sudah ada.

2.Sakit Pinggang dan Punggung
Sakit ini merupakan gejala paling umum akan dirasai sebelum melahirkan atau semasa proses bersalin.Kita harus tahu bezakan samaada sakit pada bahagian pinggang dan punggung yang normal atau merupakan salah satu tanda sudah sampai waktu melahirkan.

Sakit pinggang dan punggung

3.Perut Rasa Mengeras
Perut akan terasa kerap mengeras ini kerana bayi mulai turun ke bawah rahim.Perut juga akan terasa memulas seperti ingin membuang air besar dan ia membuatkan perut terasa semakin mengeras.

Emosi tidak stabil

4. Kondisi Psikologi Tidak Stabil
Ibu yang dah hampir saat melahirkan kadang kadang berubah emosinya sehinggakan sukar diramal.Ada ibu yang gelojak energinya berlebihan atau ada yang suka menyendiri.Ini wajar terjadi kerana fasa untuk melahirkan adalah satu proses yang luar biasa yang mana perlukan persiapan fizikal dan mental.

5. Kontraksi
Dinding rahim akan merasa mengeras sebelum proses bersalin berlaku.Ada juga ibu yang tidak menyedari akan proses kontraksi ini kerana kadang ia tidak terasa menyakitkan.Pernah ada kawan kakma sendiri masih boleh buat kerja macam biasa tapi tiba2 air ketuban dah pecah dan jalan dah terbuka 6cm.

6. Tidak Tahan Buang Air Kecil
Keadaan ini memang biasa bila sudah sampai trimester ke 3 tapi jika memang sudah hampir waktu keadaan akan sangat berbeza ini kerana kita seakan tidak dapat menahan langsung.Kakma sendiri memang sampai satu tahap masuk je bilik air tak sempat duduk dan buka seluar.Ini terjadi kerana kepala bayi sudah semakin ke bawah dan menuju ke jalan keluar.

7. Keluar Lendir dari Vagina
Jika ini terjadi maka proses kelahiran semakin dekat.Jika keadaan ini berpanjangan ia menunjukkan memang semakin dekat proses bersalin dan lendir ini kemudiannya bertukar menjadi air, akan mengalir keluar sebaik tibanya saat melahirkan.
Keluar lendir dari vagina

8. Ada Cecair Darah
Kakma sendiri 3 kali bersalin memang ini lah tanda semakin dekat nak bersalin.Selalunya bila keluar tanda ini maka bersiaplah untuk pergi ke hospital ini kerana prosesnya sudah tiba.
Teringat masa kakma menunggu hari anak pertama, masa tu kakma baru siap solat magrib tiba-tiba kakma rasa macam ada sesuatu keluar bila tengok ada kesan darah pada telekung solat memang mendebarkan maklumlah anak sulung.

9. Gerakan Bayi Perlahan
Sebelum merasa kesakitan untuk bersalin ibu dapat rasa pergerakan bayi terasa lambat bergerak.Ini terjadi kerana bayi sedang mengatur posisi kelahirannya.

10. Pecah Air Ketuban
Setelah merasa sakit kontraksi, Vagina akan mengelurkan air atau di panggil pecah ketuban.Jika keadaan ini berlaku ibu memang perlu ke hospital segera dan jika memang berapa di hospital nurse atau doktor memang akan bawa ibu terus ke bilik bersalin.
Segera hantar ke bilik bersalin
11. Pembukaan Jalan
Tanda kelahiran yang terakhir adalah bila kepala bayi sudah berada di bahagian pintu rahim, pembukaan jalan berlaku secara perlahan-lahan.Selalunya jika kelahiran pertama setiap 1 jam jalan akan terbuka sebanyak 1cm.Tapi ada jgk kes ia sangat lama dan ada rezeki ia berlaku sangat pantas.Masa ini sakit bersalin akan benar benar terasa dan menguji ibu.

Jika ada semua tanda tanda di atas kecuali yang ke 11 ibu harus bersiap sedia dari segi mental dab fikizal, ibu perlu banyak rehat dan makan makanan berkhasiat agar bertenaga untuk menghadapi proses kelahiran.Semasa sakit kontraksi dan semasa proses pembukaan jalan kita sebagai muslim harus banyak bersabar dan perbanyakkan mengingati Allah dengan zikir2 ringkas dan membaca selawat ke atas Rasulullah.Memang setiap ibu tidak sama proses namun tanda2 ini mungkin boleh di jadikan kayu ukur.Kakma doakan buat semua ibu yang sedang menunggu hari semoga dipermudahkan proses melahirkan.

Friday, 21 October 2016

KETAHUI PUNCA JEJAS RANGSANGAN SEKS LELAKI DAN CARA MENGATASINYA


Kaum lelaki suka ambil mudah soal kesihatan diri.Hingga satu tahap mereka bertindak melulu dengan mengambil pelbagai ubat kuat bagi meningkatkan tahap kejantanan saat menjalinkan hubungan intim dengan pasangan mereka.



Ramai tidak sedar bahawa ubat kuat yang berlambak di pasaran telah terbukti secara saintifik akan memberi kesan terhadap tubuh badan mereka.Sepatutnya mereka cuba dan cari punca dan selesaikan dengan rawatan yang sepatutnya..tapi ramai antara mereka malu untuk mendapatkan rawatan.

Jom ketahui punca yang boleh menjejaskan rangsangan seksual lelaki.

OBESITI
KKM memaklumkan, hampir setiap dari 3 orang rakyat malaysia terutamanya golongan muda dikesan sama ada mengalami berat badan berlebihan atau obes, ini menyebabkan mereka berisiko tinggi mendapat penyakit diabetis.
Pada tahun 2014 KKM melaporkan 2.6juta rakyat malaysia terutamanya golongan muda disahkan mengidap diabetes.Ini berpunca kerana peningkatan kadar obesiti yang berkait rapat dengan tabiat pemakanan yang tidak seimbang.



DIABETES
Penyakit diabetes adalah salah satu penyebab alat sulit lelaki tidak berfungsi ini kerana penyakit ini menyerang saraf, terutamanya jika sudah berada sudah peringkat serius hingga perlu mengambil ubat.
Pada peringkat awal memang tidak merisaukan tetapi jika paras gula dalam darah tidak dikawal daya rangsangan dan kekuatan seks akan mulai hilang.
Apabila makan ubat, paras gula memang dapat di kawal namun kesan lain ialah pesakit akan kadang2 berselera dan kadang2 tidak berselera,keadaan ini menyebabkan nutrisi tidak mencukupi,paras oksigen kurang dan membuatkan badan lemah dan lesu.

DARAH TINGGI & JANTUNG
Sewaktu menjalankan hubungan intim,jantung perlu mengepam darah dengan laju dan lancar ke seluruh tubuh badan terutamanya ke organ seks lelaki.
Jika sekiranya jantung bermasalah atau tekanan darah tidak stabil badan akan menjadi lemah dan anda akan menjadi kurang berkeďyakinan kerana bimbang terkena serangan jantung atau tekanan darah tinggi sewaktu menjalankan hubungan intim apatah lagi untuk mencapai klimaks.

Untuk mengatasi masalah di atas anda perlu menjaga pemakanan seharian iaitu diet yang sihat ini kerana diet sihat dan seimbang sangat penting bagi menghasilkan air mani yang sihat.Ia juga dapat memulihkan dan membantu tubuh badan supaya sihat dan kuat.
Anda juga perlu amalkan Vitamin untuk meningkatkan tenaga dan kesihatan lelaki sejati




Pemakanan juga perlu di jaga lagi jika memang ada ahli keluarga yang ada diabetes ini kerana penyakit ini boleh diwarisi.Banyakkan makanan berasaskan hasil tenusu,sayur-sayuran dan buah buahan dalam diet seharian.
Perbanyakkan juga Makanan tinggi antioksida bagi menentang radikal bebas.

Wednesday, 12 October 2016

12 TANDA ANAK KENA JANGKITAN CACING



Sebagai ibu kita harus peka tentang perubahan anak2 kita.Kakma nak kongsikan 12 tanda anak kena jangkitan cacing. Seperti yang kita tahu jika dibandingkan dengan orang dewasa, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti cacing kerana mereka lebih aktif dan suka bermain di kawasan luar rumah.

Jangkitan berlaku apabila kanak-kanak makan makanan atau minum air yang tercemar dengan telur cacing. Juga boleh berlaku apabila kanak-kanak masukkan jari ke dalam mulut selepas bermain tanah yang tercemar.Telur-telur cacing tersebut akan menetas di dalam usus besar kanak-kanak.

12 TANDA JANGKITAN CACING.

1. Cacing keluar dari dubur atau ada cacing pada najis.

2. Punggung terasa gatal terutama pada waktu malam.

3. Badan menjadi lemah dan hilang selera makan, serta sakit perut atau cirit birit dan kembung. Susut berat badan.

4. Pucat dan berat badan menjadi kurang walaupun selera makan ada.

5. Batuk-batuk yang berpanjangan.

6. Demam, ruam di badan, alahan, kaki gatal dan bengkak.

7. Mengetap gigi ketika tidur malam.

8. Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata.

9. Hiperaktif.

10. Sakit kepala.

11. Sensitif terhadap cahaya.

12. Gusi dan hidung berdarah.

Di Malaysia, jangkitan cacing yang paling kerap ialah jenis cacing cambuk, diikuti oleh cacing gelang, cacing kait, cacing kerawit dan cacing benang. Cacing cambuk merupakan salah satu jangkitan cacing yang sukar dihapuskan.

Gambar di bawah adalah keadaan mata yang telah di jangkiti cacing cambuk.

Cacing Cambuk


BAHAYA JANGKITAN CACING

Bagi kes jangkitan yang teruk, dehidrasi (kekurangan air) dan kekurangan darah dalam badan berlaku akibat cirit-birit berdarah.  Kadang-kala berlaku, hujung usus besar terkeluar.

BAGAIMANA MERAWAT JANGKITAN CACING?

Rawatan cacing berkesan dengan pengambilan ubat jenis Albendazole untuk sehari ataupun Mebendazole untuk 3 hari. Ubat perlu diambil semula jika masih terdapat tanda jangkitan selepas 2 minggu.

Disyorkan untuk mengambil ubat anti-cacing ini setiap 3 - 6 bulan sekali sahaja untuk mengelakkan jangkitan cacing.

Jenama ubat cacing yang boleh didapati dari Farmasi antaranya ZENTEL, Champ D-Worm, Nox Worm dan lain-lain.

Kakma biasa bagi anak2 Zentel jenis tablet. 


**Larangan: Wanita yang disahkan atau disyaki hamil dan bayi berusia 12 bulan ke bawah dilarang mengambil ubat cacing.


6 LANGKAH CEGAH JANGKITAN CACING

1. Elakkan anak anda dari bermain di tanah yang tercemar  dengan telur cacing. (Tanah pertanian, tanah subur)

2. Basuh makanan yang mungkin tercemar dengan telur cacing dengan bersih sebelum di makan.

3. Basuh tangan dengan sempurna sebelum makan atau menyediakan makanan.

4. Perbanyakkan bagi anak2 makan makanan di bawah, ini kerana ia mampu membunuh cacing.

5. Memberikan vitamin kepada anak anda.Vitamin yang kakma cadangkan adalah Nutriferon.Ini kerana Nutriferon mengandungi pumkin dan sunflower seeds yang boleh membantu membunuh cacing.

6. Kurangkan makanan manis dan makanan segera di dalam tin ini kerana cacing sangat suka makanan manis.





Friday, 9 September 2016

DOKTOR JELASKAN BAHAYA GUNA KRIM STEROID DALAM JANGKA MASA PANJANG


Bila kakma baca status #Drzubaidi takut pulak dulu sebelum kakma kenal krim semulajadi herba blend memang mcm2 krim kakma guna..masa tu tkde ilmu pasal bahayanya steroid or paraben ni...
Tapi sejak kenal shaklee baru kakma mula cari ilmu....rupanya hampir semua krim di pasaran ada steroid..apapun walau lambat kakma bersyukur sangat kakma dah jumpa krim yang selamat iaitu Herbal Blend Multi-Purpose Cream.


Ini tulisan #Drzubaidi kakma share kan dari wall Fb beliau..
Kream Synalar merawat ruam alahan

“Assalammu a’laikum, Dr Zubaidi. 
Saya ingin bertanyakan soalan. Ibu saya telah menggunakan krim ointment synalar sejak saya kecil lagi. Krim tersebut sentiasa berada dalam simpanannya.

Saya ingin bertanya keberkesanan krim tersebut, dan adakah krim tersebut selamat digunakan.

Baru-baru ini anak saya yang baru mencecah 8 bulan menghidap selsema dalam masa yang agak lama. Pengasuh membersihkan hidung hingga melecet.

Ibu saya menyarankan saya untuk menggunakan krim tersebut pada luka anak saya. Tetapi saya was-was dan ragu-ragu. Takut tidak sesuai untuk bayi.

Tetapi saya sendiri akui, setiap kali ada luka-luka, ibu pasti menyuruh saya gunakan krim tersebut. Dan luka memang cepat sembuh.

Oleh yang demikian, saya ingin mendengar pendapat dari doktor sendiri.
Terima kasih, sekian”.

Wa alaikum mus salam… semoga ALLAH merahmati kita 
Kream ointment Synalar adalah ubat sapuan yang mengandungi steroid fluocinolone. Ia digunakan untuk merawat ruam dan kegatalan  akibat alahan seperti tindak balas alergi, eczema, seborrhea, dan psoriasis.

Dalam kebanyakan kream, Synalar digabungkan dengan antibiotic, sebagai contoh Synalar-N iaitu kream steroid yang dicampurkan dengan antibiotic Neomycin. Ia bertujuan untuk mempercepatkan proses penyembuhan kulit yang mengalami alahan luka, akibat digaru kerana kegatalan.

Oleh kerana kream Synalar boleh dibeli secara ‘over-the-counter’ dan tidak memerlukan preskripsi, maka penggunaannya harus digunakan mengikut arahan seperti mana pada label, atau seperti mana yang diarahkan oleh doctor.

Jangan gunakan kream ini dalam jumlah kuantiti yang banyak atau terlalu lama kerana kream sapuan steroid seperti ini mungkin boleh menyerap ke dalam kulit, terutama pada bayi dan kanak-kanak.

Selain itu bagi mengelakkan penyerapan kream steroid, kulit yang disapu dengan kream tidak boleh dibalut, kecuali atas nasihat doctor, sebagai contoh doctor akan membalut dengan plastic untuk pesakit yang mengalami eczema.

Kanak-kanak dan bayi lebih mudah menerima kesan sampingan steroids berbanding dengan orang dewasa.

US FDA menyenaraikan kream Synalar sebagai ubat dalam kategori C, iaitu ubat yang dikhuatiri akan memberi kesan mudarat pada bayi, jika digunakan oleh wanita hamil, tanpa menyebabkan kecacatan tubuh bayi. Kesan ini selalunya boleh dipulihkan (reversible).

Jadi ia tidak berbahaya untuk diguinakan kepada wanita hamil atau ibu yang menyusukan anak, namun lebih baik dielakkan. 

Wallahu a’lam..
***************************

Buat anda kakma pesan sangat2 buatlah pilihan bijak demi masa depan kita...lagi2 bila melibatkan anak2 kita...pilih lah produk bebas steroid dan paraben kerana kesannya bukan sekarang tapi akan datang lagi2 jika ambil dalam jangka masa yang lama.


Kakma gunakan Herbal Blend Multi-Purpose Cream untuk keluarga kakma lagi2 untuk baby..sejak lahir kakma memang hanya sapu krim ni sahaja untuk baby kakma.Krim ni hanya diperbuat dari bahan2 semulajadi.


Shaklee memang sentiasa memberi jaminan setiap produk ada SEMULAJADI SELAMAT dan BERKESAN.
Kalau anda berada sekitar kampung padang balang sentul atau gombak anda boleh dapatkan krim hilangkan  ruam lampin dan ruam susu ini secara COD dan kakma akan konsult anda secara direct.

Kakma adalah pengedar shaklee kawasan kampung padang balang sentul dan bagi yang jauh kakma boleh pos..kakma menggunakan perkhidmatan poslaju selalu pos pagi ni esok dah sampai.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Monday, 5 September 2016

VIRUS ZIKA TIADA UBAT, KESAN SEUMUR HIDUP KERENCATAN OTAK DAN SARAF KEPADA BAYI


Negara kita dikejutkan tentang Virus Zika yang mana sudah ada 2 kes yang telah di laporkan di negara kita.Setakat ini Virus Zika tiada Ubat jadi kita perlu melakukan pencegahan seboleh mungkin agar kita tidak di jangkiti.Paling menakutkan jika Virus Zika ini menyerang Ibu hamil, ini kerana Virus ini memberi kesan seumur hidup kerencatan otak dan saraf kepada bayi yang dikandung.



 Apa yang lebih menakutkan, jangkitan Zika itu berlaku melalui gigitan nyamuk aedes sebagaimana jangkitan denggi diperolehi. Kita semua tahu betapa mudah dan seriusnya serangan aedes di Malaysia yang membawa kepada demam denggi. Sekarang ini Zika pula.

Pesanan daripada Kementerian Kesihatan mengenai Virus Zika



Setakat ini memang tiada ubat dan vaksin bagi merawat Virus Zika Ini
Apa yang boleh kita lakukan adalah mencegah dari terkena jangkitan virus Zika ini.Selain menjaga kebersihan rumah dan menghalang pembiakan nyamuk aedes kita juga perlu meningkatkan sistem imun badan kita agar dapat melawan Virus Zika.

Kakma kongsikan tips dari seorang Doktor yang di tulis di Wall FB beliau.

Dr. Fyda Noh

Sekarang banyak orang panik sebab virus Zika & sekarang ni dah ada kes kat Malaysia & katanya virus tempatan sebab orang tu tak pernah keluar negara pun.

Zika ni sama la macam denggi, tak ada ubat atau vaksin, jadi bergantung pada sistem imun kita untuk lawan jika dijangkiti.

Nutriferon tak adalah kajian mengatakan dia boleh melindungi daripada virus denggi atau zika, tapi ada 6 sebab kenapa mesti pilih Nutriferon untuk perisai tubuh:

1. Terbukti daripada kajian ke atas manusia - campuran fitonutrien yang berkesan & selamat memberi sokongan imun yang tepat pada peringkat sel. 

2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi. Interferon adalah kumpulan protein yang sangat penting dalam sistem imun tubuh & paling mahal.

Interferon dihasilkan secara semulajadi dalam badan. Sekarang ada ubat interferon digunakan untuk merawat Hepatis B, AIDS dan kanser.

3. Dicipta oleh penemu interferon - Dr Yasuhiko Kojima yang menemui interferon pada tahun 1954. 

4. Rumusan berpaten yang ekslusif. Sebelum dipasarkan Nutriferon telah melalui set2 ujian yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan & prestasi.

5. Dikaji selama 40 tahun. Menggunakan berjuta2 sebatian sebelum Dr Kojima menemui ekstrak 4 tumbuhan yang boleh meningkatkan interferon secara semulajadi.

6. Sejak Nutriferon dibangunkan, beberapa kajian klinikal ke atas manusia telah mendokumenkan keberkesanan suplemen ini. Dimuatkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Complementary Medicine - mengetengahkan pelbagai faedah Nutriferon.


Mengikut tulisan Dr Fyda Noh kita di nasihatkan ambil supplement yang boleh upkan sistem imun badan kita..jadi kakma sangat2 syorkan Nutriferon shaklee ini.Kakma ada byk testimoni dari mereka yang kena demam denggi ambil Nutriferon ini.Memang belum ada testimoni untuk kes zika dan kalau boleh kita mmg minta sangat tak ada lah kes Zika lagi kat negara kita ni.

Dapatkan maklumat tentang Krim halau nyamuk di sini .






Nak dapatkan Nutriferon shaklee yang terbaik ini sekarang whatsapp kakma segera 0193624134. Kakma sedia membantu anda.


JIka anda berada di sekitar sentul, kampung padang balang dan gombak anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area sentul, Gombak , Batu Caves , kampung padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur. 
untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji  
Call/ Whatsapp :0193624134 
 Email : kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Monday, 22 August 2016

KEPUTUSAN HASIL LANDMARK STUDY YANG MUNGKIN MENJATUHKAN SHAKLEE


Hari ni kakma nak kongsikan keputusan hasil landmark study yang mungkin boleh menjatuhkan shaklee yang mana telah di buat oleh Dr Galdys Block dan teamnya dari UC-Berkeley.


Terlebih dahulu kakma bgth Dr Block yg buat landmark study ni tak ada kena mengena tau ngan shaklee n tkse kepentingan pun dan dia mmg akan publish what ever result yg dapat baik or buruk.
Ujikaji ni dibuat dlm masa 3 tahun ke atas 1000 org yang terbahagi kepada 3 group iaitu

Group 1 yg tak makan supplement ( graf warna biru)
Group 2 yg mengambil vitamin jenama lain (graf warna merah)
Group 3 yg mengambil vitamin shaklee (ofcos yg warna hijau tu)

Dan ini lah keputusannya risiko yang diperolehi oleh 3 group tersebut.

1) Risiko untuk mendapat diabetes
Plg menakutkan grap berwarna merah lebih tinggi risau pulak kan coz niat nk ambil vitamin utk sihat tp sebaliknya..tapi graf warna hijau yg mengalkan shaklee peratusan rendah.

2) Risiko utk mendapat Heart Attack
Pengguna shaklee menunjukkan peratus yg rendah mendapat heart attack berbanding 2 group lain.

3) Risiko utk mendapat heart failure
Pengguna supplement shaklee mempunyai peratusan yg sangat rendah dalam risiko mendapat kegagalan jantung

4) Risiko mendapat stroke
Pengguna shaklee mempunyai peratus yg rendah mendapat stroke berbanding yg lain

5) Risiko mendapat masalah jantung koronari
Pengguna vitamin shaklee mempunyai risiko yg rendah mendapat penyakit jantung koronari

6) Risiko triglycerides
Pengguna vitamin shaklee mempunyai aras trislycerides yg lebih rendah berbanding yg lain yang mana bacaan ideal iala 150

7) Risiko C-reactive protien
Pengguna vitamim shaklee mempunyai paras c-reactive protien yg rendah yang mana bacaan terbaik ialah 1-3 bagi memastikan jantung kita sihat.

8) Risiko homocysteine
Pengguna shaklee mempunyai menunjukkan peratus yg rendah berbanding yg lain bacaan ideal ialah 10 tetapi lagi rendah lagi bagus kerana jika bacaan homocysteine ni tinggi ia blh membawa risiko strok dan penyakit Alzheimer.

9) Bacaan HDL -kolestrol baik
Pengguna vitamin shaklee menunjukkan kadar HDL yg tinggi yg mana paras ideal utk HDL adalah lebih dari 50.HDL adalah bacaan kolestol baik yg sgt diperlukan oleh jantung.

Anda dapat lihat sendiri pengguna vitamin sentiasa mendapat bacaan plg baik berbanding 2 group lain..
Lupa kakma nk bgth ujikaji bg pengguna shaklee dilakukam ke atas pengguna yg telah menggunakan shaklee selama 20 thn..dan inu sgt membuktikam vitamin shaklee sgt selamat di gunakan dlm jangka masa panjang.

Dan jika anda anggap tak perlu makan apa2 vitamin dan cukup dgn ambil makanan seharian anda silap kerana ujikaji ini menunjukkan sebaliknya..

Malah jika anda makan vitamin jenama lain pun ujikaji ini menunjukkan sesetengah perkara anda akan mendapat risoko yang lagi tinggi..


Jadi."changing brand can change your life"

Buat lah pilihan terbaik utk badan kita kerana bila kita sakit hanya kita yg tangung..jgn mudah percaya kepada iklan2 yang menjanjikan janji manis dan hanya testimoni semata..
Kami pihak shaklee membuktikan dgn landmark study ini..

Jgn ragu2 lagi..hubungi kakma untuk dapatkan vitamin yg terbaik hari ini.
*kakma *
0193624134

Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk shaklee secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur. untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji 

 Call/ Whatsapp : 019 3624134 
 Email : kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit *