Thursday 3 November 2016

KETAHUI 4 TANDA ANDA SEDANG TERTEKAN


Tertekan?Tak di nafikan memang ramai yang kadang2 tak sedarpun mereka sedang tertekan.Banyak sebab yang membuatkan seseorang itu tertekan.Ada yang tertekan kerana sebuah perhubungan, tertekan dengan keadaan hidup, kerja, penat dan juga masalah seharian.

Stress


Kakma ingin kongsikan 4 tanda anda sedang tertekan.Jika tanda tanda ini ada pada diri anda segeralah atasinya ini kerana jika dibiarkan ia boleh membahayakan.Ia boleh membuatkan tekanan darah anda tinggi dan tidak stabil dan boleh menyebabkan tekanan perasaan yang teruk.

4 Tanda anda sedang tertekan adalah.

1. Rambut Gugur
Keadaan rambut gugur ini biasa terjadi dalam tempoh 3 hingga 6 bulan selepas melalui satu keadaan tekanan.Namun kehilangan 100 helai rambut dalam sehari masih lagi normal.Setiap kali anda tertekan hormon seksual yang dipanggil androgens akan merosakkan folikel rambut dan ini lah punca rambut anda semakin berkurang.

2. Kelopak Mata Bergerak-gerak
Pernah tak dengar orang cakap kalau kelopak mata bergerak2 itu tanda nak jumpa orang jauh..tahu tak anda spam otot mata ini selalu terjadi pada sebelah mata dan berlaku beberapa minit. Tekanan adalah salah satu puncanya, walaupum para doktor sendiri masih tidak dapat memastikannya.

3. Sakit Perut
Sistem saraf otak sebenarnya bersambung dengan usus, oleh itu tekanan mental yang berlaku dalam otak turut mewujudkan 'kacau bilau' pada saluran usus.

4. Sakit Belakang
Hormon dalam badan anda akan dipam keluar semasa tekanan.Ini kerana tekanan menghasilkan ti dak balas yang akan menaikkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung.Keadaan ini menyebabkan otot mengalami kesakitan.

Jika anda ada 4 tanda di atas cubalah atasi dengan menjaga diet, dan sebagai orang islam perbanyakkan amalan yang boleh mendekatkam diri kita kepada Allah.

No comments:

Post a Comment