Showing posts with label TIPS DAN INFO. Show all posts
Showing posts with label TIPS DAN INFO. Show all posts

Saturday, 6 October 2018

Benarkah Tuala Wanita Penyebab kanser


BENARKAH TUALA WANITA (pakai buang) IALAH PENYEBAB KANSER?

Isu ini ialah salah 1 isu kontroversi sebenarnya, terutamanya lepas keluar pad-pad mengandungi herba yang didakwa boleh mencegah kanser serviks.

Katanya kerana pad ini dibuat daripada kertas kitar semula & menggunakan bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser, iaitu dioxin.

Para doktor perubatan tentulah menentang kenyataan ini kerana tiada bukti yang kukuh & tiada kajian dibuat untuk membuktikan tudunan ini.

Kerana penyebab utama kanser serviks masih lagi virus HPV. Dan virus HPV ni disebarkan melalui hubungan seksual. 

Tapi still.. kanser ni jugak boleh terjadi sebab kerosakan sel akibat bahan2 penyebab kanser. Dalam kes pad ni, bahan yang didakwa ialah dioxin.

Mari kita bincang pasal dioxin ya..

Dioxin tu memang bahan beracun & berbahaya kepada kesihatan manusia. Dioxin dikaitkan dengan peningkatn risiko penyakit kanser, diabetes, endometriosis, tiroid & macam2 lagi. Dioxin ni sejenis pencemaran dari alam sekitar & dikaitkan dengan industri kilang & pembakaran bahan buangan kita. 

Dalam memproses pad yang gunakan kertas yang dikitar semula, ia memerlukan klorin dalam suhu yang tinggi & proses ni akan hasilkan dioxin. Lagi tinggi suhu, lagi banyak dioxin keluar. 

Tapi ni isu dah lama sebenarnya & banyak pembaharuan telah dilakukan untuk mengurangkan dioxin dalam tuala wanita. Dan sekarang banyak manufacturer gunakan elemental chlorine free (ECF) termasuk lah Kotex (sebab aku guna Kotex 😅).

Dan sebenarnya mereka dinilai oleh makmal berkecuali di Amerika sejak 1995 dan tak menemui bahan toksik dioxin dalam produk mereka.

Manusia boleh terdedah kepada dioxin bila makan makanan yang tercemar dengan bahan itu. Dan menurut data, takda kes keracunan dioxin daripada penggunan pad (kalau ya pun ada dioxin dalam pad)

Kalau betul dalam bahan kimia dalam pad tu, tentu dah lama syarikat2 pad tu kena saman.

Kalau nak pilih pad yang kain ka, yang kapas ka, pad semulajadi ke apa, obviously atas pilihan sendiri, tapi untuk katakan pad itu ada bahan kimia & boleh menyebabkan kanssr adalah tidak tepat.

Namun, harus diingat sebab darah haid tu mungkin boleh mengandungi macam2 sel & mungkin juga boleh jadi sumber pembiakan kuman, so macam mana kita handle situasi tu adalah lebih penting.

1. Cuci tangan sebelum & selepas mengendalikan pad. Cuci pad sebelum dibuang adalah digalakkan. Walaupun ada orang kata darah haid tu hukumnya sama je dengan darah2 lain. Tapi untuk kebersihan, lebih baik cuci dulu.

2. Pilih pad yang belum koyak plastiknya. Mana tau kalau plastik dah terbukak, ada tumbuh kulat ka, ada kuman ke.

3. Kerap tukar pad. Walaupun mungkin darah tak banyak, tapi janganla 1 hari pakai yang sama. Setiap 2-3 jam, tukar lah yang baru.

4. Pakai seluar longgar kerana boleh beri keselesaan & pengudaraan yang baik.

Semoga sharing ini boleh bantu kaum wanita untuk berjaga-jaga & elakkan diri dari terdedah kepada kanser serviks.

#CervicalCancerbyDocFyda
Perkongsian dari FB Doktor Fyda Noh

Wednesday, 13 September 2017

AMALAN PEMAKANAN YANG TIDAK SIHAT PUNCA KECACATAN JANIM DALAM KANDUNGAN


Setiap ibu bapa mengharapkan bayi yang bakal dilahirkan sihat, selalu kita bertanya atau di tanya bayi dalam kandungan lelaki ke perempuan mesti kita jawap tak kisah lelaki ke perempuan yang penting selamat dan dipermudahkan bersalin dan bayi sihat serta sempurna. Memang kita akui dan sentiasa percaya cacat atau tidak janin yang dikandung sememangnya ketentuan Tuhan.


Walaubagaimana pun sebagai ibu bapa kita haruslah berusaha untuk mengelakkannya.Tahu kah kita amalan pemakanan yang tidak sihat boleh menyebabkan janin cacat. Amalan pemakanan yang sihat sebaiknya diambil sebelum atau semasa kita sedang merancang untuk hamil lagi.

Apa yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan dari kecacatan janim adalah:

Makan Makanan Sihat
Kita perlu makan makanan yan sihat ini kerana kita adalah apa yang kita makan.Makanlah menu makanan yang mengandungi lima jenis makanan utama yang amat diperlukan oleh tubuh. Setiap hari kita perlu mengambil makanan berupa karbohidrat, sayuran, susu, protin.

Ambil Asid Folik
Ia penting diambil oleh wanita yang merancang untuk hamil dan teruskan sehingga bersalin. Kajian yang dilakukan menunjukkan pengambilan asid folik sebelum kehamilan dan semasa kehamilan mampu menurunkan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan otak dan sum-sum tulang belakang hingga 80 peratus.Info lanjut tentang risiko kekurangan asid folik boleh baca di sini

Berhenti Merokok
Ramai wanita sekarang yang merokok. Sekiranya kita berhasrat untuk mendapat bayi yang sihat dan sempurna sebaiknya hentikan amalan ini. Merokok ketika hamil akan mengakibatkan bayi yang kita kandung lahir dengan berat badan yang kurang dan berisiko besar untuk cacat.




Elakkan Alkohol
Alkohol dan kafein adalah dua perkara yang perlu dijaga oleh wanita yang hamil. Tidak ada kadar alkohol  yang selamat untuk diambil oleh wanita ketika hamil. Kafein yang terdapat dalam minuman seperti teh, kopi, soda dan coklat juga harus dikurangkan.Lagipun sebagai Islam agama kita sangat melarang kita mengambil alkohol dan hukumnya haram.

Ikut Nasihat Doktor
Jika kita perlu mengambil apa-apa ubatan kita harus mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jangan mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa cadangan doktor. Mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor dengan dos yang tidak tepat akan membahayakan bayi dalam kandungan.

Apapun sebagai muslim kita perlu sentiasa bersangka baik dan berdoa kepada ALLAH agar semuanya dipemudahkan dan bayi yang kita kandung sihat dan sempurna.Jika anda mencari makanan tambahan semasa hamil bagi melengkapkan nutrisi harian anda bleh baca.

Tuesday, 18 October 2016

9 AKTIVITI BUAT BAYI BAHAGIA


Bayi bahagia??ada ke bayi yang tak bahagia?kakma harap tak ada bayi yang tak bahagia didunia ini.Bayi ibarat kain putih,kita ibu bapa lah yang corakkan bayi (anak2) kita.Kakma nak kongsikan 9 cara nak buat bayi bahagia.Kakma sendiri dah amalkan cara ni memang menjadi..seronokkan bila tengok bayi kita gembira dan ketawa..kalau balik kerja walau letih tapi bila tengok anak kita senyum ketawa rasa hilang semua penat.
Mujahid yang suka senyum
9 cara yang boleh dilakukan untuk buat bayi bahagia ialah :

1. Panggil Namanya
Walaupun masih bayi jika kita selalu panggil nama mereka lama2 mereka akan beri respon.Lagipun bila kita panggil nama sama kita mendoakan bayi kita, sebab tu penting kita bagi nama yang elok buat bayi kita.
Ketika berusia 7 bulan bayi begitu gembira apabila ada seseorang berbual dengan mereka dan selalunya bayi akan beri respons dengan gumaman.

Memang dah kenal nama sendiri bila kita panggil Mujahid terus berpaling dan senyum

2. Bermain
Selalunya bayi 7 bulan ke atas dah pandai bermain.Cuba ajak bayi anda bermain ba-ba-cak dengan gaya menutup muka dengan tangan dan buka, pasti bayi kita akan tersenyum.Bayi kakma Mujahid suka sangat sampai dia yang ajak kita bermain.Kakma selalu buat kat dinding bilik, sampaikan kakma tengah solat pun dia ajak bermain ba-ba-cak..seronok dengar Mujahid gelak.Bahagia sangat.Kita juga boleh guna kain2 nipis tutup muka bayi dan tarik sambil sebut ba-ba-cak...mesti bayi akan gelak dan tersenyum.
Suka sangat kalau dapat main ba-ba-cak

3. Bercerita
Selalu bercerita semasa buat apa2 aktiviti bersama bayi kita, contohnya semasa salin lampin bayi, mandikan atau memakaikan pakaian.
Semasa tukar lampin kakma selalu cakap "jom sayang pakai pampers dulu, nanti kita pakai baju cantik, nanti kita boleh pergi jalan2."
Semasa pakaikan baju kakma selalu cakap "kita pakai tangan kanan dulu baru kiri nanti dapat pahala".
Jika kita selalu bercerita bayi pun boleh belajar kosa kata, sebolehnya elak daripada menggunakan bahasa pelat (bahasa bayi) gunakan bahasa sempurna.

4. Keluar Rumah
Selalulah bawa bayi keluar dari rumah untuk melihay dan merasakan indahnya persekitaran di luar rumah.Kakma selalu perhatikan setiap kali keluar rumah walau keluar untuk ambil anak2 dari sekolah Mujahid seronok sangat.Jika bayi kita belum boleh berjalan, kenalkan bayi dengan angin, bau udara sekitar atau aroma seusai hujan.Boleh juga kenalkan bayi dengan bentuk kenderaan dan bunyi.Bagi bayi yang dah boleh berjalan boleh bawa berjalan atas rumput, pasir dan air.Menapak di lantai mereka dah biasa,tapi kalau dirumput atau pasir menjadi luar biasa baginya.
Seronok sungguh Mujahid dapat bermain kata luar rumah
5. Bebas Menjelajah
Bermain mainan bersifat pembelajaran memang bagus untuk menjadikan bayi pintar tapi bukan beerti hanya mainan yang boleh buat bayi pintar.Kita perlu biarkan bayi bebas eksporasi apa pun yang ada sekeliling bayi kecuali barang2 yang membahayakannya.Biarkan bayi bermain dengan cara mereka sendiri.

Suka sangat dia dapat sepahkan kain baju yang ummi dah lipat

6. Matikan Televisyen
Jika kita matikan televisyen masa bermain, berkomunikasi dan beraktivi dengan bayi akan lebih banyak.Pilihlah aktiviti yang boleh dilakukan bersama bagi merangsang perkembangan otak bayi.

7. Berikan Sokongan
Jika bayi anda dapat buat apa2 puji mereka, bayi akan rasa di hargai oleh ibu bapa.Contohnya kakma selalu beri 1 bekas dan minta Mujahid kutip lego masukkan dalam bekas tersebut dan bila mujahid berjaya masukkan kakma akan tepuk tangan lama2 Mujahid pun dah pandai tepuk tangan sendiri.Cara ini akan buatkan bayi kita membesar menjadi anak yang berani dan yakin diri.Selain bagi sokongan kita juga perlu bagi cadangan dan bagi contoh yang betul. 
Hari2 tangok ummi tulis slip pos dia pun sibuk nak tulis  

8. Bacakan Buku
Bila kita selalu bacakan buku ia bagus untuk buat bayi kita membesar nanti cintakan buku.Bacakan buku dengan nada yang sesuai dengan bayi kita.Ia akan membuatkan bayi kita belajar bunyi asas, pola dan ritma suara daripada cara kita membaca dan belajar mendengar aneka suara untuk pelbagai karakter.Aktiviti ini juga mampu mengasah anak mendengar dan mengigat.
Mujahid belajar bersama sama abang dan kakak
Kakak ajar Mujahid huruf hijaiyah

9. Tidur Siang
Bayi yang baru lahir sehingga usia y bln tidur sekitar 75% atau 18 - 20 jam sehari. Bayi perlu waktu tidur yang secukupnya bagi proses perkembangan fizikalnya.Ketika bayi berusia 6 bln waktu tidurnya berkurang sekitar 12- 15 jam sehari ini terjadi akibat perasaan ingin tahu untuk eksplorasi.Tapi kita perlu pastikan waktu rehat dan tidur siang secukupnya.Kakma memang perhatikan jika ada ramai berkumpul memang mujahid tahan mata tak nak tidur kerana seronok bermain.
Seeloknya jangan ganggu bayi saat sedang tidur siang ini kerana bayi yang kurang tidur siang akan lebih mudah meragam. 
Lena tidur

Masuk je kereta tidur

Harap perkongsian ini dapat membantu ibu2 muda terutamanya yang baru saja mendapat cahaya mata pertama.


Sunday, 16 October 2016

FAKTOR FAKTOR YANG MENYEBABKAN KULIT MUKA CEPAT BERKEDUT



KEDUT!!! mmg ngeri bila difikirkan lagi2 bila kedut mula nampak kat bahagian muka,terutama apabila melihat wajah di cermin. Pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkan kedut yang menandakan usia kita semakin meningkat sama ada melalui pengambilan suplemen, vitamin, melakukan rawatan khusus di spa-spa serta tidak kurang juga yang menggunakan pendekatan mudah dan cepat dengan suntikan antipenuaan seperti suntikan botoks.

Kakma nak kongsikan faktor- faktor yang menyebabkan kedutan muka boleh berlaku dengan cepat dan tips bagaimana nak melambatkan proses kedutan daripasa berlaku.

Faktor yang paling besar adalah terdedah secara langsung dan lama kepada cahaya matahari terutama dari jam 10 pagi hingga 4 petang kerana cahaya ultraungu matahari boleh menyebabkan kerosakan lapisan luar kulit muka dan mengakibatkan kedutan, pecah, kasar dan kering pada kulit muka.

Keadaan sekitar yang terdedah dengan tadikal bebas juga memberi kesan kepada kerosakkan kulit ini kerana radikal bebas akan merosakkan sel2 kulit kita.
Perbanyakkan makanan yang tinggi antioksidan bagi melawan radikal2 bebas.
Dapatkan vitamin ANTIOKSIDAN untuk atasi RADIKAL BEBAS di sini

Tabiat merokok juga boleh mengurangkan pengaliran darah bernutrien dan beroksigen ke muka serta merosakkan fiber kolagen dan elastin yang memberikan kekuatan pada kulit muka.

Di samping itu, penggunaan air panas yang lama semasa mandi boleh menghilangkan sifat berminyak yang semulajadi pada kulit.Bagi memastikan kulit cantik, rawat atau jaga muka anda dengan lembut.

Penggunakan sabun yang menghakis dan tidak sesuai pada muka, guna bahan pelincir muka semasa bercukur dan mengesat muka dengan kuat selepas mandi juga akan menghilangkan kelembapan kulit muka.Amat penting anda sentiasa mengamalkan penggunaan pelembap muka yang sesuai mengikut jenis kulit muka anda.
Stres turut menyebabkan kulit muka menjadi lebih sensitif dan penyebab kepada berlakunya jangkitan kulit muka atau jerawat.Stress juga akan membuatkan hormon jadi tak stabil dan boleh menyebabkan terjadinya jeragat.

Amalan pemakanan yang tidak seimbang seperti kerap mengambil makanan berlemak dan berkanji juga menyumbang kepada proses penuaan berlaku dengan cepat.perbanyakkan minum air, buah-buahan, sayuran, bijirin, protein ringkas di samping pengambilan diet mengandungi vitamin C.

Jika anda ingin kelihatan sentiasa muda dan mendapat kulit yg sentiasa cantik dan sihat elakkan terdedah dengan faktor2 di atas.Di samping itu anda boleh amalkan supplement sebagai usaha untuk memastikan kulit muka sentiasa sihat dan cantik.

Dapatkan vitamin untuk kulit cantik di sini

Saturday, 15 October 2016

8 PETUA TRADISI KEMPISKAN PERUT BUNCIT


Perut buncit???aduh memang menjadi mimpi ngeri buat kaum wanita kan.Lain pulak bagi kaum lelaki sehinggakan ada yg menyatakan lelaki yg mempunyai perut ke depan (buncit) ni lebih penyayang...hehe..tak tahu lah betul ke tak atau sekadar nak sedapkan hati kaum lelaki.

Tapi bagi kaum wanita lagi2 mereka yang dah bergelar ibu memang agak sukar untuk kembali langsing dan mengempiskan perut seperti sebelum kawin.Masalah perut buncit ini juga turut dihadapi oleh ramai juga wanita bujang.

Kempiskan perut selepas bersalin

Hari ni kakma nak kongsikan petua tradisi yang boleh di lakukan untuk kempiskan perut, selain senaman secara konsisten, diet seimbang , produk kurus dan rawatan perlangsingan.Petua tradisi ini jika diamalkan secara konsisten bukan saja dapat kempiskan perut malah dapat mencantikkan kulit.

Ada 8 petua tradisi kempiskan perut yang ingin kakma kongsikan.


1. Kapur dan Limau Nipis
Petua ini kakma memang amalkan selepas bersalin iaitu semasa berpantang.Bancuh kapur makan bersama perahan limau nipis dan sapukan ke seluruh perut,biarkan seketikan dan apabila dan agak2 kering balut perut dengan kain atau seeloknya bengkung.Selalunya kakma pakai malam hari esoknya baru buka balutan semasa mandi pagi.Jika dilakukan setiap hari bukan perut je kempis tetapi kesan rekahan pun akan beransur hilang.

2. Madu dan Halia
Ambil 1 sudu madu sapu ke perut dan sapukan juga  halia yang dan di tumbuk.Balut perut dengan bengkung atau plastik wrap yang selalu kita guna utk wrap makanan.Cara ini perlu dibuat tak lebih dari 30min..cukup 30min mesti buka balutan dan cuci.2 bahan ini akan bantu untuk buang angin dan bakar lemak di perut.Amalkan 3-4 kali seminggu untuk kesan yang memuaskan.

3. Lemon dan Pudina
Amalkan minum air perahan lemon dan pudina setiap pagi.Caranya, potong lemon nipis2 bersama kulit dan rendaman dalan air semalaman bersama daun pudina.Minum air ini sebaik sahaja bangun pagi.Kombinasi lemon dan pudina ni memberi rasa yang enak dan paling bagus ia adalah detoks semulajadi yang bagus untuk membuang toksin dan lemak dalam badan tubuh.Ia juga bagus untuk melancarkan sistem pencernaan.

4.Teh Halia
Rendamkan teh lalu masukkan hirisan halia letakkan gula perang secukup rasa.Tutup seketika sehingga kombinasi bahan2 ini sebati.Amalkan setiap hari, badan akan terasa ringan ini kerana halia sangat bagus untuk buang angin dan bakar lemak seterusnya kempiskan perut.Cara ini juga sangat bagus untuk mereka yang ada masalah sembelit.

5. Air Asam Jawa
Didihkan air asam jawa bersama lidah buaya dengan api kecil dan masak sehingga pekat.Biarkan ramuan ini sejuk, selepas itu sapukan pada bahagian perut.Lakukan 3 kali seminggu,anda pasti tersenyum melihat perut anda beransur kempis.

6. Minyak Kelapa
Masak pati santan sehingga menjadi minyak.Setelah sejuk, isikan di dalam botol dan simpan.Sapukan minyak kelapa ini biarkan selama 10-15 minit kemudain bilas dengan air bersih.Sapukan sekerap mungkin untuk perubahan yang lebih positif.
7. Jangan Tidur Selepas Makan
Memang tidak dinafikan selepas makan memang mengantuk dan memang senang untuk tidurkan.Kita perlu lawan rasa mengantuk ini dan anda perlu bergerak aktif selepas makan.Ini akan membantu membajar kalori.Jangan sesekali tidur selepas makan, tabiat buruk ini bukan sahaja boleh menggemukkan badan malah membuatkan wajah kusam dan tubuh menjadi lesu.Elakkan juga makan sebelum tidur malam.

8.Elak Minuman dan Makanan Manis
Tahukan anda makanan manis boleh membuatkan kesihatan kita merosot dan boleh merosakkan tubuh.Jika anda tidak kawal makanan manis anda akan berisiko untuk mendapat kencing manis.Berat badan anda juga akan naik mendadak.Seeloknya amalkan buah buahan tanpa gula dan minum air putih.

Jika anda betul2 amalkan 8 petua di atas hidup anda pasti akan berubah ke arah lebih sihat dan anda juga akan dapat berat badan ideal dan perut yang kempis.
Harap perkongsian ini bermanfaat..dan kongsilah dengan ahli keluarga dan kawan2.





Friday, 14 October 2016

RAHSIA KEKAL MUDA DAN JELITA DENGAN TEKNIK SENAMAN MUKA


Assalamualaikum semua..
Kakma nak kongsikan teknik senaman muka untuk terus kekal muda dan jelita.
SENYUM!!Dapat tak rasa keseluruh otot- otot muka kita digunakan semasa kita senyum?Ramai antara kita tak sedar regangan muka dengan senyuman adalah bentuk senaman muka yang paling mudah dilakukan.Ketawa juga boleh mencantikkan rahang muka kita.
SENYUMAN MANIS OPAH DAN KAKAK MARISSA
Ok, dah tahu kan so selalu2 lah senyum dan ketawa untuk kita sentiasa kelihatan muda dan jelita.Selain senyuman yang menawan, kita juga boleh melalukan beberapa teknik yang lebih intensif bagi mendapatkan kesan yang lebih menyerlahkan kecantikan wajah kita.

Kakma kongsikan 4 teknik senaman muka.

SENAMAN SATU
Rapatkan kedua belah jari- jari tangan, kemudian jari tengah diletakkan di bawah dagu, tekan jari anda keatas sambil mendongak dan lontarkan suara ke udara sebanyak 5 kali.Rengangkan jari sedikit ke kanan dan ke kiri dengan disertai lontaran suara yang sama sebanyak 5 kali lagi.Ulang langkah sama dengan pergerakkan yang belainan sehingga kebahagian bawah telinga

SENAMAN DUA
Teknik urutan juga boleh digunakan untuk mengurangkan kesan gelap bawah mata.Semasa urutan gunakan krim mata yang sesuai bagi memudahkan proses urutan dilakukan agat tidak menyakitkan.Letakkan krim mata secara dot pada kawsan sekeliling mata dan mulukan urutan dengan mata kanan.Tutup mata dengan rapat dan mulukan urutan dari dalam bawah mata,lakukan sebanyak 8 pusingan.Ulang langkah sama untuk mata sebelah kiri pula.

SENAMAN TIGA
Teknik urutan ini jika dilakukan secara konsisten bagus untuk hilangkan kesan dagu berlapis.
Tangan kanan akan membuat urutan dari bawah dagu menghala ke bawah telingan kanan.Gunakan losyen atau moisturizer untuk memudahkan urutan dilakukan, urut secara menarik-narik lemak yang berada di bawah dagu ke atas, gunakan jari tengah dengan jari manis sebagai tekanan dan jari telunjuk sebagai penahan.
Tarik dari bawah dagu hinggaj bawah telinga.Tekan dan tahan dengan kiraan 10,kemudian lepaskan perlahan-lahan.
Ulang dengan menggunakan tangan kiri pula dan ulang2 langkah tadi sebanyak 8 kali untik setiap bahagiab muka kiri dan kanan.

SENAMAN EMPAT
Nak dapatkan pipi yang montot?Teknik ini sangat berkesan.Teknik ini sesuai dilakukan semasa menggunakan pelembap sebanyak 2 kali sehari.
Gunakan urutan hujung jari iaitu jari telunjuk, manis dan kelingkir gunakan tangan kanan untuk mengurut pipi kanan.
Dari dagu, urutkan jari menghala ke telinga gunakan cari tengah sebagai penunjuk arah dan jari manis sebagai penahan tekanan.
Ulangi langkah2 ini untuk bahagian kiri muka.Lakukan secara konsisten 2kali sehari bagi mendapatkan pipi yang montot..


Kakma harap perkongsian ini dapat membantu anda mendapatkan bentuk wajah yang diidamkan.

Dapatkan set penjagaan wajah yang semulajadi di sini

Wednesday, 21 September 2016

TIPS UNTUK TINGKATKAN PERATUSAN UNTUK DAPATKAN ANAK KEMBAR


Ramai ibu bapa yang teringin nak anak kembar kan..kakma pun teringin sangat keluarga belah kakma memang ada keturunan kembar paling best makcik kakma pernah bersalin kembar 3 dan semuanya perempuan Alhamdulillah semuanya selamat sekarang dah berusia 10 tahun.Hari ni kakma nk share ilmu yang kakma baru dapat iaitu tips macam mana nak tingkatkan peratusan untuk dapatkan anak kembar.Jom lah kita cuba, tak salah mencubakan mana tahu rezeki kita untuk dapat anak kembar.


bayi kembar


Selama ni kakma hanya ambil tahu kembar seiras dan tak seiras tak tahu cerita selebihnya..Baru kakma tahu ada 2 jenis kehamilan kembar iaitu jenis Dichorionic / non identical dan identical / mono zygotic. 
Kembar jenis dichorionic/ dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telor/ovum yg telah disenyawakan olih benih suami secara berasingan.
Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing2 janin punya uri sendiri.

Kembar jenis  identical atau mono zygotic berasal dari satu telor dan selepas bercantum dgn benih lelaki , embryo yg dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, satu janin mati dan lain2 masalah.


1. Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan  ialah antara 1 hingga 4 %.
Orang afrika  punya kadar kembar tertinggi 4 %
Orang putih amerika dan eropah kadarnya 3 %.
Orang asia termasuk orang malaysia terendah 1 - 2 % sahaja.
2. Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar menungkat 4 kali ganda.
3. Mereka yg telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umor 40 tahun keatas.
4. Mereka yg tahap kesihatan terbaik dan makan yg berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplement vitamin dan folic asid lebih berpeluang hamil kembar.
5. Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Munkin 'insulin like growth factor' (IGF) yg dikeluarkan olih hati lembu jadi penyebab hamil kembar.
6. Orang2 asli africa yg makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.
7. Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar.
Wanita yg makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 - 10 %.
Manakala mereka yg disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam linkungan 30%. Malangnya kadang2 berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.
8. Mereka yg menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yg menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.

Sumber: http://www.jabalnur.net/376648671

Wednesday, 7 September 2016

APA ITU VIRUS ZIKA, TANDA DAN LANGKAH BAGI MENCEGAH VIRUS ZIKA DARI MEREBAK


Makin risau kakma dengar kes zika ni kan...Apa sebenarnya virus Zika ni?Seperti yang kita tahu virus zika ini disebarkan oleh nyamuk Aedes iaitu nyamuk yang sama yang menyebabkan denggi dan chikugunya.Kebiasaannya jangkitan virus zika ini dikesan 2-7 hari selepas gigitan nyamuk Aedes.Virus Zika ini juga tersebar melalui perpindahan darah dan hubungan seks yang mana bila salah seorang sudah dijangkiti virus zika.


Tanda - tanda dijangkiti Virus Zika
Bila seseorang dijangkiti virus Zika antara tanda2 nya adalah demam,kelesuan, mata kemerahan, sakit kepala dan sakit sendi dan terjadi ruam pada kulit.

Setakat ini tiada ubat dan virus bagi merawat Virus zika ini..walaubagaimanapun kita boleh berusaha menguatkan sistem imun kita bagi melawan virus ini.

Paling membimbangkan jika virus ini terkena kepada ibu hamil ini kerana risikonya pada baby dalam kandungan.Baby akan lahir dengan keadaan saiz kepala yang lebih kecil dan kerosakan saraf yang kekal.Ini lah yang amat membimbangkan.


Antara langkah bagi mencegah virus zika yang perlu kita ambil untuk mencegah virus zika dari merebak ialah ;
* mengawal tempat pembiakan nyamuk  llaedes
* mengunakan ubat nyamuk atau penyembur ubat nyamuk di rumah dan juga di dalam kereta.
*sentiasa memakai baju dan seluar panjang bila berada di luar rumah
*menggunakan krim penghalau nyamuk sekerap mungkin.

Kakma sangat syorkan krim serbaguan herbablen kakma sendiri memang gunakan krim ini..dalam krim ni adanya lemon balm yang mana nyamuk memang tak suka lemon balm ni.krim ni juga sangat selamat kerana ianya semulajadi dan bebas pareben.Krim ni murah je rm27.50.Memang berbaloi beli kita guna pun sikit je.


Kalau anda berasa sekitar kampung padang balang sentul atau gombak anda boleh dapatkan krim penghalau nyamuk ni secara COD dan kakma akan konsult anda secara direct.

Kakma adalah pengedar shaklee kawasan kampung padang balang sentul dan bagi yang jauh kakma boleh pos..kakma menggunakan perkhidmatan poslaju selalu pos pagi ni esom dah sampai.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*






Sunday, 4 September 2016

VIRUS ZIKA, SAMA2 KITA AMALKAN DOA INI AGAR TERHINDAR DARI PENYAKIT MENULAR INI


Takut sungguh kan bila dengar Virus.Zika dah masuk negara kita..Kes denggi pun mmg tk pernah habis..
Lagi sedih setakat ini tiada lagi ubat dan vaksin untuk merawat penyakit ni .Tapi kes zika ni lagi bahaya lagi2 kepada ibu hamil kerana kesan nya pada baby.. ini kerana virus ini akan memberi kesan seumur hidup kerencatan otak dan saraf kepada baby yang di kandung..
NAUZUBILLAH..
Sama2 kita amalkan doa ini agar kita semua terhidar dari penyakit yang menular ini.


Apa yang kita boleh buat adalah berusaha mencegah dengan : 

Jaga kebersihan rumah kita jangan biarkan nyamuk aedes membiak

Selalu pakai baju dan seluar panjang elak dari terdedah nanti nyamuk senang gigit

Pasang kelambu atau ubat nyamuk

Pakai krim untuk elak nyamuk gigit dan kakma pilih krim semulajadi ini..Dalam krim ni ada Lemon Balm yang mana berfungsi untuk halau nyamuk dengan kata lain nyamuk takkan datang dekat.
Kakma memang lumur je kat anak2..kakma sendiri pun lumur kat diri sendiri...Alhamdulillah mmg nyamuk tk dtg dekat..dan paling penting krim ni semulajadi dan tiada paraben sangat selamat untuk baby.


Baca kisah kakma sapukan krim semulajadi ini kat baby kakma yang kena ruam lampin dan ruam susu Di sini


Anda nak krim ni??murah sangat hanya rm27.50.. sangat berbaloi coz selalu kakma guna sikit2 je tkde lah lumur banyak2 kan..

Jika anda berada di sekitar sentul dan gombak anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee Sentul, Gombak , Batu Caves ,kg padang Balang serta kawasan sekitar Kuala Lumpur.
Kalau anda berada jauh kakma boleh poskan, jangan risau kakma gunakan perkhidmatan poslaju yang di jamin selamat dan selalunya pos hari ini esok dah sampai.

 untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
 Call/ Whatsapp : 019 3624134
 Email : kmshop143@gmail.com
 FB : Mai Md saupi


Wednesday, 10 August 2016

KESAN DAN TANDA TANDA BADAN KITA KEHILANGAN DAN KEKURANGAN KALSIUM DAN KENAPA KITA PERLU AMBIL KALSIUM SETIAP HARI


Ramai antara kita tidak tahu kita kaum wanita sentiasa kehilangan kalsium.
Ada 3 fasa hidup kita kaum wanita yang mana paling banyak kehilangan kalsium.
Lagi kerap keadaan ini terjadi lagi banyak badan kita kaum wanita kehilangan kalsium oleh itu kita perlu bekalkan atau ambil kalsium setiap hari.

Fasa kehilangan kalsium paling banyak berlaku ketika;
✏ haid
✏ hamil
✏ menyusukan anak

Antara kesan dan tanda tanda badan kita kehilangan kalsium ialah gusi berdarah, gigi rapuh, kejang kaki ,kebas tangan dan kaki, susah buang air besar dan sembelit, susah tidur , sakit sendi dan lutut, sakit kepala,sengugut yang teruk lenguh2 badan dan sakit pinggang dan sakit belakang sampaikan nak angkat barang ringan pun sakit.
Bagi ibu menyusu juga kekurangan susu ibu jgk mungkin salah satu sebab kesan dari kekurangan kalsium.

Oleh itu sangat penting kita kaun wanita apa lagi kaum ibu mengambil kalsium yang secukupnya setiap hari. Jika kita tidak membekalkan kalsium secukupnya kita akan berisiko untuk mendapat ostreopprosis.


Kakma sangat syorkan anda ambil 4 tablet Ostematrix setiap malam. Ia bersamaan 1000mg kalsium yang diperlukan setiap wanita biasa.Ostematrik ini bukan sekadar pil kalsium biasa ini kerana OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Kakma kongsikan testimoni dari mereka yang telah mengamalkan Ostematrik ini

Buasir sembuh dengan vitamin semulajadi
Buasir sembuh dengan ostematrik

Berita baik!!! Bulan ini anda boleh dapatkan Ostematrik dengan harga promo ini kerana bulan ini Ostematrik promo BUY 6 FREE 1 jika anda ingin sebotol pun boleh...tapi kalau beli 6 lagi jimat...hehe

Nak dapatkan Ostematrik Promo???
Hubungi kakma 0193624134

Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur. untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji 

 Call/ Whatsapp : 019 3624134 
 Email : kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi 


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit *

Saturday, 23 July 2016

SAKIT GOUT , KENALI TANDA - TANDA DAN CARA RAWATAN SAKIT GOUT


Gout? Aduh memang sakit kalau dah kena sakit gout ni...Ramai sekarang ni yang kena sakit gout, terutamanya lelaki yang berusia dalam lingkungan umur 30-60 tahun dan gout ini jarang dihidapi oleh wanita yang belum putus haid.Meh kakma nak kongsikan apa tu sakit gout.

Apa itu sakit Gout
Gout adalah sejenis penyakit yang mana terjadi akibat terdapatnya asid urik yang berlebihan dalan badan.Asid urik adalah bahan kumuhan yang berasal dari sejenis protein yang di panggil purin.Sepatutnya bahan kumuhan ini dibuang melalui air kencing (urin) tetapi bagi pesakit gout asid urin yang berlebihan ini tidak di buang tetapi telah berkumpul di dalam sendi.Ini lah yang menyebabkan pesakit gout akan merasa sakit2 sendi.
Terkenal sebagai penyakit yang diwarisi, gout juga boleh disebabkan pengamalan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan. Malahan ada sesetengah ubat-ubatan dan makanan merangsang peningkatan asid uric seperti makanan laut, kacang, roti manis dan ikan bilis

Tanda - Tanda Sakit Gout
- Gout biasanya menyerang ibu jari kaki yang mana Ibu jari menjadi merah, panas , bengkak dan tersangat sakit.
- Sendi yang di serang terasa sangat bisa hinggakan tersentuh dengan kain pun terasa amat menyeksakan
- Gout selalumya menyerang secara tiba2 dan sakit akan berlarutan sehingga 1- 2 minggu jika tidak mendapat rawatan.
- Sakit mungkin akan datang kembali selepas berminggu atau berbulan
- Gout mungkin akan menyerang sendi2 lain seperti buku lali, lutut , jari dan pergelangan tangan.

Jangan biarkan ia tidak dirawat kerana kemungkinan untuk terjadinya kerosakan sendi dan ketidakupayaan untuk bergerak boleh terjadi.

Gout boleh dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya doktor akan mengambil contoh cairan sendi dan cuba mengesan kehadiran kristal asid uric. Selain itu ujian darah juga dibuat untuk memastikan tahap asid uric dalam tubuh.

Bila anda di sahkan diserang sakit gout anda perlu elakkan makan 7 Jenis Makanan ini

Anda boleh mencuba beberapa makanan ini bagi menurunkan bacaan urik asid dan sembuhkan gout.

1. Alfalfa dan Daun Pasli
-Alfalfa mempunyai kandungan mineral  dan nutrien yang tinggi yang berfungsi mengurangkan serum asid urik dalam darah.
- Daun pasli adalah diuritek yang hebat yang mana membantu dalam meningkatkan jumlah air kencing yang seterusnya menggalakkan penyingkiran asid urik.

2. Cuka Epal dan Halia
- Cuka epal cider berupaya menghancurkan serta melarutkan kristal asid uric dengan menukar ph darah kepada keadaan lebih alkali.
- campurkan 1/3 cawan halia yang dikisar ke dalam tab mandi untuk mengalakkan badan berpeluh bagi membuang urik asid dari sistem badan

3.Kekacang atau Protin Tumbuhan
-Kekacang yang kaya dengan protein termasuklah kacang soya, lentil, kacang hitam, kacang dal, kacang kuda dan kacang navy, makanan berasaskan soya, seperti tauhu, susu soya dan tempe, kacang soya, edamame, tauhu bakar atau kukus, smoothie soya, kuah dal, sup lentil dan salad chilled bean, “vegetarian chili“, hummus dan lain-lain adalah sumber tumbuh-tumbuhan yang bernilai untuk menyediakan sejumlah besar keperluan protein.
Sebagai makanan yang kaya dengan serat, kekacang juga membantu anda menurunkan berat badan anda, mengurangkan risiko anda untuk gout dan batu karang.

4.Cecair

-Cecair/bendalir menggalakkan penghidratan dan membantu badan anda mengeluarkan asid urik melalui air kencing. Jika anda terdedah kepada batu karang asid urik, minum sekurang-kurangnya 10 gelas cecair setiap hari, sekurang-kurangnya separuh daripadanya dalam bentuk air kosong.
-Air kencing berwarna kuning cair atau jernih merupakan tanda positif penghidratan. Cecair lain yang boleh membantu mengurangkan tahap asid urik termasuklah susu atau susu non dairy, sup rendah garam, teh herba, susu soya, susu beras, gelatin dan buah-buahan & sayur-sayuran yang kaya dengan air seperti tembikai, buah-buahan sitrus, tomato, timun, saderi dan buah-buah jenis beri.

5. Buah Buahan dan Sayuran

-Bah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan antioksidan yang membantu badan anda mempertahankan dirinya daripada jangkitan dan penyakit, serat dan air. Diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, malah kacang yang kaya dengan purin, kobis bunga dan bayam tidak dikaitkan dengan peningkatan risiko gout meningkat, menurut Johns Hopkins, Medicine.
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan, seperti buah beri, ceri, tomato, bell pepper, tomato dan squash boleh membantu mengurangkan bacaan urik asid. 

Selain makanan di atas anda boleh mencuba vitamin shaklee yang lebih senang dan dijamin semulajadi dan selamat.

Ubat sakit gout

Alfalfa- berfungsi untuk menurunkan bacaan asid uric
Performance drink - mengelakkan badan dihidrat semasa proses penghidratan dan membantu badan anda mengeluarkan asid urik melalui air kencing.
Omega Guard - menyurutkan bengkak dan mengurangkan rasa sakit.

Anda juga boleh beriktiar dengan vivix dan setakat ini ramai dah berjaya sembuh dengam vivix 
Penawar semulajadi gout

TESTIMONI 1

TESTIMONI 2
Hubungi kakma 0193624134
Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur. untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji 

 Call/ Whatsapp : 019 3624134 
 Email : kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi 


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*