Wednesday 21 September 2016

TIPS UNTUK TINGKATKAN PERATUSAN UNTUK DAPATKAN ANAK KEMBAR


Ramai ibu bapa yang teringin nak anak kembar kan..kakma pun teringin sangat keluarga belah kakma memang ada keturunan kembar paling best makcik kakma pernah bersalin kembar 3 dan semuanya perempuan Alhamdulillah semuanya selamat sekarang dah berusia 10 tahun.Hari ni kakma nk share ilmu yang kakma baru dapat iaitu tips macam mana nak tingkatkan peratusan untuk dapatkan anak kembar.Jom lah kita cuba, tak salah mencubakan mana tahu rezeki kita untuk dapat anak kembar.


bayi kembar


Selama ni kakma hanya ambil tahu kembar seiras dan tak seiras tak tahu cerita selebihnya..Baru kakma tahu ada 2 jenis kehamilan kembar iaitu jenis Dichorionic / non identical dan identical / mono zygotic. 
Kembar jenis dichorionic/ dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telor/ovum yg telah disenyawakan olih benih suami secara berasingan.
Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing2 janin punya uri sendiri.

Kembar jenis  identical atau mono zygotic berasal dari satu telor dan selepas bercantum dgn benih lelaki , embryo yg dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, satu janin mati dan lain2 masalah.


1. Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan  ialah antara 1 hingga 4 %.
Orang afrika  punya kadar kembar tertinggi 4 %
Orang putih amerika dan eropah kadarnya 3 %.
Orang asia termasuk orang malaysia terendah 1 - 2 % sahaja.
2. Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar menungkat 4 kali ganda.
3. Mereka yg telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umor 40 tahun keatas.
4. Mereka yg tahap kesihatan terbaik dan makan yg berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplement vitamin dan folic asid lebih berpeluang hamil kembar.
5. Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Munkin 'insulin like growth factor' (IGF) yg dikeluarkan olih hati lembu jadi penyebab hamil kembar.
6. Orang2 asli africa yg makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.
7. Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar.
Wanita yg makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 - 10 %.
Manakala mereka yg disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam linkungan 30%. Malangnya kadang2 berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.
8. Mereka yg menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yg menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.

Sumber: http://www.jabalnur.net/376648671

No comments:

Post a Comment