Showing posts with label OMEGA GUARD. Show all posts
Showing posts with label OMEGA GUARD. Show all posts

Thursday, 7 September 2017

BAGAIMANA OMEGA-3 MENCAIRKAN LEMAK BADAN KITA?



Omega-3 memang famous sebagai salah satu bahan pembakar/cairkan lemak. Mesti ramai nak tahu bagaimana ia mencairkan lemak kita kan?Adakah macam panaskan mentega, lemak kita akan cair macam tu ke?
Ok jom kita tengok bagaimana caranya

Daripada beberapa kajian tentang cara Omega-3, ada beberapa mekanisma bagaimana Omega-3 boleh membantu kita untuk kurus.

(1) Omega-3 meningkatkan sensitiviti insulin. Insulin yang kurang sensitif membuatkan badan kita sukar untuj membakar lemak.
(2) Omega-3 mengurangkan keradangan sekaligus membantu memecahkan lemak.
(3) Omega-3 membantu memulihkan kesakitan otot sekaligus menjadikan program senama kita jadi lebih berkesan.
(4) Omega-3 menghalang perkembangan gen lipogenic yg bertanggungjawab mengumpul lemak dalam badan.
(5) Omega-3 membantu badan mensintesis protin dgn baik dan membina otot. Bila otot sihat, pembakaran lemak berlaku dengan lebih cepat.

Ok kita dah tahu betapa bagusnya Omega 3 dan bagaimana ia berfungsi dalam proses mencairkan lemak so macam mana kita nak dapatkan omega 3 dan cara memilih omega 3 yang terbaik? Pastikan anda memilih Omega 3 yang terbaik dan kakma sangat syorkan anda memilih Omega Guard shaklee ini kerana Omega Guard shaklee adalah minyak ikan terbaik dunia dan minyak ikan paling tulen yang mana diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan jepun bukannya dari hati ikan.


Omega Guard shaklee juga mempunyai kandungan asid lemak yang lengkap iaitu membekalkan 905mg asid lemak omega 3 serta rangkaian sepkyrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA dan banyak lagi.

Selain mengamalkan Omega 3 ni untuk mencairkan lemak anda juga harus melalukan senaman dan akriviti fizikal agar proses itu lancar, pemakanan juga harus di jaga pastikan anda mengamalkan pemakanan sihat dan diet yang seimbang.

Jika anda ingin dapatkan produk ini boleh hubungi kakma , klik sini utk whatsapp http://kakmashaklee.wasap.my/  

SHAKLEE Independent Distributor
Maisarah (ID 887111)
No Tel: 019-3624134
Email: kmshop143@gmail.com
COD area: kg padang balang, sentul , bandar baru sentul ,dato senu , jalan gombak , setapak ,gombak setia.

Saturday, 25 March 2017

APA ITU OSTEOARTHRITIS DAN PESAKIT OSTEOARTHRITIS SELAMA 16 TAHUN KIAN SEMBUH


Apa itu Osteoarthritis?
Osteo bermaksud tulang dan Arthiritis bermaksud keradangan atau inflamasi pada sendi yang mengandungi cecair synovial (synovial fluid), jadi bila disambungkan perkataan Osteo-Arthritis bermaksud keradangan sendi yang terjadi pada hujung tulang yang berartikulasi iaitu di kawasan sendi terutamanya sendi synovial.

Penyakit Osteoarthritis

Nampak tak perbezaan gambar di atas? Ini lah bezanya sendi normal yang sihat dengan sendi yang mengalami Osteoarthritis.
Keadaan ini menyebabkan sendi-sendi terasa sakit dan kaku. Pembengkakan juga dapat terjadi pada sendi-sendi tersebut. Sendi yang selalu mengalami kerosakan artritis ini ialah tangan, lutut, pinggul, dan tulang punggung.

OSTEOARTHRITIS

Kakma nak kongsikan kisah pesakit Osteoarthritis yang menderita selama 16 tahun tetapi kini kian sembuh.
Jom baca kisah beliau yang dikongsi sendiri oleh anak beliau.

Apa korang rasa bila ayah korang yang dah 16 tahun menghidap Osteoathrithis, dulu siap kena usung nak ke klinik dan hospital. Dulu kalau gerakkan kaki bunyi berkeriuk macam engsel pintu berkarat, berjalan siap keluar bunyi macam tulang berlaga.

Ayah memang dah wajib operate masukkan besi dekat left hip joint, tapi sebab kerenah birokrasi, doktor batalkan balik operation. Dari boleh bawak motor, sekarang tak boleh langsung, dari bawak kereta manual kena tukar kereta auto. Dulu nak angkat kaki pun susah. Guna tongkat pun jalan slow-slow je. Dalam rumah guna kerusi roda.

Tapi, sejak kebelakangan ini, ayah dah boleh berjalan tanpa tongkat, walaupun jarak tak berapa jauh. Boleh dukung cucu dari dalam rumah bawak ke kereta di luar rumah dan malam ini pergi makan kat Mydin Mall, ayah lupa nak bawak tongkat tapi Alhamdulillah ayah boleh jalan macam biasa dari parking ke tempat makan.


Vitamin untuk pesakot Ostearthritis



ALHAMDULILLAH. Rasa sangat-sangat bersyukur. Alhamdulillah, 3 tahun konsisten Vivix, ini hasilnya. Syukur sangat-sangat sebab tu kalau korang menyampah bila Cik Laa share pasal Shaklee, Cik Laa tak kisah sebab korang tak rasa apa yang Cik Laa rasa. Rasa syukur sangat-sangat. Allahuakhbar, sungguh besar nikmatMu ya Allah. Tak tahu nak cakap macam mana.

Korang doa lah semoga Cik Laa terus berjaya dgn Shaklee. Dapat supply Vivix untuk ayah dan mak setiap bulan. Doakan Cik Laa ye. Semoga Allah makbulkan doa-doa kalian. Amin...."

Sumber:
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 9 : SILAWATI IELA

Jika anda ada sakit Osteoarthritis kakma sangat syorkan anda ikhtiar dengan vitamin shaklee.
Jika ingin dapatkan matlumat lanjut boleh hubungi kakma http://kakmashaklee.wasap.my/


Thursday, 10 November 2016

UJIAN HEBAT PESAKIT ANXIETY DISORDER KEMBALI SEMBUH DENGAN VITAMIN SHAKLEE


Hari ni kakma nak kongsikan kisah cicit shaklee kakma En sofian nama beliau.Kisah bagaimana beliau di beri ujian oleh Allah hingga beliau jatuh sakit, Beliau telah di serang penyakit Gerd dan Anxiety disorder, dari kisah beliau kakma dapat rasa dan memang benar lah ujian hebat memang untuk insan hebat.

Jemput baca kisah beliau.


KENAPA SAYA PILIH SHAKLEE? GERD & ANXIETY.

As salam dan selamat pagi semua. Semalam dah intro pasal mengapa kesan vitamin antara lelaki dan wanita berbeza. Nak tunai kan janji semalam kenapa saya pilih Shaklee? Cerita agak panjang dan kalau ada cekodok ke cucur ke boleh standby. Sambil baca sambil makan 😂😂😂

Saya dah lama amalkan makan supplement ni sejak umur 20 an. Lebih kurang 18 tahun mcm tu. Dulu saya ambil spirulina, minyak ikan dan vitamin C setiap hari. Sebulan sekali saya detox badan untuk 3 hari. Kalau first time buat detox buat 7 hari ye...Masa tu tak kenal Shaklee so saya detox guna brand Y. Maybe tu muka dan badan awet muda kot. Kalau travelling gi mana2 memang org akan ingat budak baru nak masuk U walapun dah jadi bapak budak.

Maaflah bukan nak riak atau apa tapi nak bagitau kalau kita istiqamah buat sesuatu...end result die memang akan nampak. Istiqamah ye bukan makan hari ni esok dah nampak result. Saya kena amalkan makan supplement ni 18 tahun nak dapat result sekarang ni. 

Ok..yg ni mukadimah je...tak masuk lagi isi cerita 😀😀😀

Di awal 20 an saya dah dapat kerja yg baik (swasta) coz takde rezeki ngan gomen. Setiap tahun saya dapat kenaikan pangkat sehingga tahun 2008 saya mula dapat portfolio utk jaga 37 ofis di 12 negara. Saya handle Sales & Marketing Communications. Semua press release, launching new products and set new office saya kena handle tak kira kat mana pun benua nya. Bebanan kerja semakin berat. Yes...saya masih amalkan supplemen tapi dalam masa yang sama saya dah create new bad habits dalam kamus hidup saya. Saya menjadi perokok tegar dan selalu skip makan. Coz masa saya banyak terluang dalam kapal terbang traveling dan jumpa clients...saya always skip my meals. Hidup saya hanya bergantung kepada air putih. Nescafe jadi makanan harian saya. Dlm 1 hari saya boleh minum 12 gelas nescafe to keep me awake sebab masa kerja saya tak sama dgn org kat ofis. Org kat ofis cuma kerja jam 8 hingga 5. Saya kerja 24 jam dan tidur 2 jam sehari sebab saya terpaksa respond to colleagues and clients mengikut time zone mereka. I love and enjoy my works to the limits tapi dalam masa yg sama saya rosakkan sistem kekebalan tubuh badan saya secara perlahan2. 

Further...saya takde masa langsung utk spend masa with my family kat umah sampai 1 masa my eldest daughter tanya kat ofis tu Abi sorang je ke yg kerja? Takde staff lain ke? It knocks my head straight to my brain. Lepas berpikir panjang, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan balik ke kampung halaman. Niat saya 1 je..nak cari kerja yg boleh bagi saya masa spend time utk family dan jaga mak bapak saya. FYI, saya kluar rumah mula umur 12 tahun sampai lah saya buat keputusan balik ke rumah. Jgn pikiaq bukan2 ye...bukan lari dari rumah tapi parents hantar pergi boarding school. Habis belajar kerja pun tempat lain.

Alhamdulillah saya dapat kerja di tempat sendiri. Masih travelling to oversea tapi tak sekerap dulu. Sebulan sekali mcm tu. Kesihatan saya masa ni tengah merosot...supplemen saya makan on and off makan tak konsisten mcm dulu. Sehingga lah saya jatuh sakit pada Dec 2014. 

1st time kena attack tu jantung saya sakit bebenar...nafas tersekat...berpeluh...tangan kaki sejuk...muka pucat...masa tu ingat masa dah tiba...rasa menyesal tak spend banyak masa bersama 2 puteri saya dan org tua...menangis dlm hati minta Allah panjangkan umur agar dapat menebus kekurangan yg saya buat utk diri saya dan keluarga.Terus masuk emergency ward. Lepas masuk drip...baru badan kembali normal. Masa tu doktor syak kena gastrik coz ujian darah dan ecg normal. 

Sejak kejadian tu hidup saya berubah 360 darjah. Hampir setiap hari saya di serang benda yg sama. ER gomen dan swasta dah jadi rumah kedua saya. Nak bawa kreta pun saya tak mampu. Pergi tempat crowded atau solat jumaat memang saya kena serang. Doktor dah habis idea apa penyebab sakit ni. 1 hospital swasta ni terang2 tolak saya refer my case pergi gomen hospital. Mereka cuma cakap kena GERD. Tapi nape sampai nak pengsan atau rasa nak mati setiap kali kena serang? Org lain pun ada GERD tapi tak lah sampai pengsan2 gitu. 

Saya ketandusan petunjuk. Dalam masa yg sama ada juga yg cakap saya kena santau atau gangguan jin. 

Then...saya pun pergi rawatan alternatif...bab mandi dan minum air tu jgn sebut...naik kembung perut minum air....jgn pikir saya tak percaya benda ghaib atau sihir sebab Allah dah bagitau kita ni tak bersendirian...(bunyi OST X-files 😂😂😂). Tapi takde perubahan. 

Saya tahu memang ada penyakit GERD coz cara hidup saya di masa lampau memang berkaitan. PENGSAN DAN TAKUT 24 JAM...ini yg saya ingin cari jawabannya...kenapa???

Saya masih kerja tapi ambil cuti tapi since saya punya masa kerja fleksible dan boleh kerja kat rumah...saya mula menjadi pengikut Mr. GOOGLE secara berjemaah...saya spend berjam2 setiap hari utk cari petunjuk tentang penyakit saya. 

Kerana terlalu letih dgn pencarian yg sia2...saya sedar tiba2 bila puteri sulong cakap kenapa tak minta petunjuk dari Allah....tersentak sekali lagi...kenapa asyik dia yg sedarkan saya...tapi saya bersyukur Allah beri saya petunjuk melalui puteri sulong saya. Saya mula lebihkan masa utk berzikir utk ketenangan dan memperbaiki solat saya utk diberi petunjuk. Hehehe...mesti ada yg cakap selama ni tak solat ke??? Solat memang buat tapi kita sebagai manusia memang khilaf...kadang2 solat tu hanya utk cukupkan fardu kita sebagai Islam...tapi rukunnya...tertibnya...bacaannya...semua kena perbaiki...itulah yg saya tengah usahakan. 

Alhamdulillah Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani...sekali lagi saya diberi petunjuk tentang sakit saya...masa google2 info awal januari 2016 (masa ni saya dah setahun sakit dan berat badan turun dibawah paras underweight sebanyak 16 kg)...saya ditemukan 1 blog member shaklee pasal Anxiety disorder...punyalah syok saya baca mengalah kan ambik exam kat U dulu...semua tanda2 anxiety tu ada pada saya. Setelah baca blog tu saya buat review semua blog kat website pasal anxiety termasuk dari doktor professional spt Dr. Zubaidi. Majority mengesyorkan ambik vit B compleks, minyak ikan omega 3, magnesium...

Selepas saya buat percaturan sendiri...saya ambil keputusan ambil supplemen ni utk dicuba tapi which brand? 

Dalam masa setahun saya sakit memang saya dah cuba apa aja produk yg disyorkan termasuk cap ayam...kilang belakang rumah atau yg branded...you name it...memang saya dah cuba...setahun sakit tu saya dah spent almost 50K utk bil hospital dan beli produk2 alternatif. 

Lepas saya buat keputusan nak cuba produk Shaklee...saya google blog cari distributor Shaklee yg ada di kawasan saya dan dengan izin Nya saya jumpalah distributor ni (Nak mention nama juge ye 😂😂😂). 

Saya amik set gastrik dan set anxiety. Lepas 3 bulan pertama amalkan kedua2 set ni, saya dah tak makan ubat hospital lagi dan Alhamdulillah tahap kesihatan saya bertambah baik. Saya teruskan pengambilan produk Shaklee sampai la ni...

Anxiety disorder saya tetap ada coz penyakit ni ambik masa juga nak kasi sembuh tapi sekurang2nya saya bersyukur saya dah boleh nikmati balik kehidupan saya yang lalu dan sujud syukur Allah beri saya peluang untuk jaga kedua puteri saya dan ibubapa saya.

Tanggungjawab menjadi ibu, bapa dan pencari rezeki untuk membesarkan kedua puteri saya memang 1 tanggungjawab yg berat especially bab2 wanita ni.Kadang2 kena tanya org lain mcm mane nak explain bab2 sensitif wanita 😂😂😂

Kan saya dah cakap entry ni panjang lebar...tu lah suruh standby cucur tadi... 😆😆😆

Moral of the story ni

1. Nak dapatkan sesuatu tu kita kena buat istiqmah...nak sel2 dalam badan kita sihat dan awet muda...amalkan makan supplemen hari2.  Ada yg cakap ala...org dulu2 takde makan supplemen pun jarang je sakit...boleh juga awet muda. 

Jgnlah nak samakan dulu dan sekarang. Dulu makanan takde banyak pengawet malah udaranya airnya tanahnya tak tercemar macam sekarang. Kalau masak sayur rebus buat ulam...awak boleh konfirm ke sayur tu takde racun serangga?

2. Jangan abaikan kesihatan dan keluarga bila kita sibuk mengejar cita2 atau kerjaya. Dalam kesibukan kita mengejar duniawi kadang2 kita khilaf menzalimi diri sendiri dan org lain tanpa kita sedar. Kena saya cakap zalim? Ye lah dah dok sibuk memanjang buat kerja sampai perut lapar pun tak di isi. Bila badan kurang nutrien kan dah merosakan badan. Badan kita ni cuma pinjaman utk roh kita menambah amalan sebelum di panggil kembali.

3. Kalau ada kawan2 yg ada simptom mcm saya...buatlah rawatan hospital...kalau hospital cakap takde ape2...boleh cuba set Shaklee...jgn takut mencuba sebab produk Shaklee ni organik, selamat, dan diuji secara klinikal. Bukan diuji in vitro je tau.

3. Paling penting sentiasa minta petunjuk dari Allah. Saya buat keputusan untuk berhenti kerja walaupun ekonomi sekarang ni agak teruk sebab saya percaya rezeki tu milik Allah. Bukan milik manusia. Saya dah decide nak buat Shaklee fulltime. Dalam masa yg sama saya boleh menunaikan tanggungjawab saya sebagai ibu, ayah dan pencari rezeki untuk menggantikan masa lalu saya yg banyak terluang untuk kerjaya dari keluarga.

Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.
Wassalam

Bagi anda yang ada masalah sama seperti En Sofian kakma sangat syorkan anda mencuba produk shaklee iaitu
B Complek
Omega Guard
Ostermatrik

Ingin dapatkan vitamin  ini secara COD jika anda berada di area gombak atau sentul.Ini kerana kakma adalah pengedar shaklee area gombak dan sentul.
untuk matlumat lanjut hubungi mai di talian 0193624134

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saturday, 23 July 2016

SAKIT GOUT , KENALI TANDA - TANDA DAN CARA RAWATAN SAKIT GOUT


Gout? Aduh memang sakit kalau dah kena sakit gout ni...Ramai sekarang ni yang kena sakit gout, terutamanya lelaki yang berusia dalam lingkungan umur 30-60 tahun dan gout ini jarang dihidapi oleh wanita yang belum putus haid.Meh kakma nak kongsikan apa tu sakit gout.

Apa itu sakit Gout
Gout adalah sejenis penyakit yang mana terjadi akibat terdapatnya asid urik yang berlebihan dalan badan.Asid urik adalah bahan kumuhan yang berasal dari sejenis protein yang di panggil purin.Sepatutnya bahan kumuhan ini dibuang melalui air kencing (urin) tetapi bagi pesakit gout asid urin yang berlebihan ini tidak di buang tetapi telah berkumpul di dalam sendi.Ini lah yang menyebabkan pesakit gout akan merasa sakit2 sendi.
Terkenal sebagai penyakit yang diwarisi, gout juga boleh disebabkan pengamalan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan. Malahan ada sesetengah ubat-ubatan dan makanan merangsang peningkatan asid uric seperti makanan laut, kacang, roti manis dan ikan bilis

Tanda - Tanda Sakit Gout
- Gout biasanya menyerang ibu jari kaki yang mana Ibu jari menjadi merah, panas , bengkak dan tersangat sakit.
- Sendi yang di serang terasa sangat bisa hinggakan tersentuh dengan kain pun terasa amat menyeksakan
- Gout selalumya menyerang secara tiba2 dan sakit akan berlarutan sehingga 1- 2 minggu jika tidak mendapat rawatan.
- Sakit mungkin akan datang kembali selepas berminggu atau berbulan
- Gout mungkin akan menyerang sendi2 lain seperti buku lali, lutut , jari dan pergelangan tangan.

Jangan biarkan ia tidak dirawat kerana kemungkinan untuk terjadinya kerosakan sendi dan ketidakupayaan untuk bergerak boleh terjadi.

Gout boleh dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya doktor akan mengambil contoh cairan sendi dan cuba mengesan kehadiran kristal asid uric. Selain itu ujian darah juga dibuat untuk memastikan tahap asid uric dalam tubuh.

Bila anda di sahkan diserang sakit gout anda perlu elakkan makan 7 Jenis Makanan ini

Anda boleh mencuba beberapa makanan ini bagi menurunkan bacaan urik asid dan sembuhkan gout.

1. Alfalfa dan Daun Pasli
-Alfalfa mempunyai kandungan mineral  dan nutrien yang tinggi yang berfungsi mengurangkan serum asid urik dalam darah.
- Daun pasli adalah diuritek yang hebat yang mana membantu dalam meningkatkan jumlah air kencing yang seterusnya menggalakkan penyingkiran asid urik.

2. Cuka Epal dan Halia
- Cuka epal cider berupaya menghancurkan serta melarutkan kristal asid uric dengan menukar ph darah kepada keadaan lebih alkali.
- campurkan 1/3 cawan halia yang dikisar ke dalam tab mandi untuk mengalakkan badan berpeluh bagi membuang urik asid dari sistem badan

3.Kekacang atau Protin Tumbuhan
-Kekacang yang kaya dengan protein termasuklah kacang soya, lentil, kacang hitam, kacang dal, kacang kuda dan kacang navy, makanan berasaskan soya, seperti tauhu, susu soya dan tempe, kacang soya, edamame, tauhu bakar atau kukus, smoothie soya, kuah dal, sup lentil dan salad chilled bean, “vegetarian chili“, hummus dan lain-lain adalah sumber tumbuh-tumbuhan yang bernilai untuk menyediakan sejumlah besar keperluan protein.
Sebagai makanan yang kaya dengan serat, kekacang juga membantu anda menurunkan berat badan anda, mengurangkan risiko anda untuk gout dan batu karang.

4.Cecair

-Cecair/bendalir menggalakkan penghidratan dan membantu badan anda mengeluarkan asid urik melalui air kencing. Jika anda terdedah kepada batu karang asid urik, minum sekurang-kurangnya 10 gelas cecair setiap hari, sekurang-kurangnya separuh daripadanya dalam bentuk air kosong.
-Air kencing berwarna kuning cair atau jernih merupakan tanda positif penghidratan. Cecair lain yang boleh membantu mengurangkan tahap asid urik termasuklah susu atau susu non dairy, sup rendah garam, teh herba, susu soya, susu beras, gelatin dan buah-buahan & sayur-sayuran yang kaya dengan air seperti tembikai, buah-buahan sitrus, tomato, timun, saderi dan buah-buah jenis beri.

5. Buah Buahan dan Sayuran

-Bah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan antioksidan yang membantu badan anda mempertahankan dirinya daripada jangkitan dan penyakit, serat dan air. Diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, malah kacang yang kaya dengan purin, kobis bunga dan bayam tidak dikaitkan dengan peningkatan risiko gout meningkat, menurut Johns Hopkins, Medicine.
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan, seperti buah beri, ceri, tomato, bell pepper, tomato dan squash boleh membantu mengurangkan bacaan urik asid. 

Selain makanan di atas anda boleh mencuba vitamin shaklee yang lebih senang dan dijamin semulajadi dan selamat.

Ubat sakit gout

Alfalfa- berfungsi untuk menurunkan bacaan asid uric
Performance drink - mengelakkan badan dihidrat semasa proses penghidratan dan membantu badan anda mengeluarkan asid urik melalui air kencing.
Omega Guard - menyurutkan bengkak dan mengurangkan rasa sakit.

Anda juga boleh beriktiar dengan vivix dan setakat ini ramai dah berjaya sembuh dengam vivix 
Penawar semulajadi gout

TESTIMONI 1

TESTIMONI 2
Hubungi kakma 0193624134
Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur. untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji 

 Call/ Whatsapp : 019 3624134 
 Email : kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi 


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Thursday, 12 May 2016

KEBAIKAN OMEGA 3 MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG


Kakma nak kongsikan info mengenai omega 3..Ramai antara kita tidak tahu tentang kebaikan omega 3.Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.


Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Pada 8 September 2004, USFDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.


Amat penting kita jadikan omega 3 sebagai salah satu supplement yang harus kita ambil setiap hari.Sebelum itu pastikan anda memilih Omega 3 yang terbaik dan kakma sangat syorkan anda memilih Omega Guard shaklee ini kerana Omega Guard shaklee adalah minyak ikan terbaik dunia dan minyak ikan paling tulen yang mana diekstraj dari ikan laut air sejuk di perairan jepun bukannya dari hati ikan.

Omega Guard shaklee juga mempunyai kandungan asid lemak yang lengkap iaitu membekalkan 905mg asid lemak omega 3 serta rangkaian sepkyrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA dan banyak lagi.

Omega guard shaklee juga dihasilkan melalui proses pengekstrakan yang terbaik yang mana melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 paling tulen dan semulajadi serta menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum,merkuri,arsenik, karmium ,dioksida dan PCB (polychlorinated biphenyl).
Nak tahu lanjut mengenai Omega guard klik Sini


Semua proses ini menjadikan Omega Guard shaklee ada lah yang terbaik, semulajadi , selamat dan berkesan.Jadi buatlah pilihan bijak dengan memilih Omega Guard shaklee sebagai supplement Omega 3 anda.Hubungi kakma untuk dapatkan Omega Guard sekarang...0193624134



Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur. untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji 
 Call/ Whatsapp : 019 3624134 
 Email : kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Wednesday, 27 April 2016

KAEDAH KESAN PENYAKIT MELALUI JERAWAT


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.Ramai kita ada masalah jerawat dan ramai tak tahu masalah jerawat ini ada kaitan dengan masalah dalaman badan kita iaitu penyakit.Hari ni kakma ingin kongsikam kaedah kesan penyakit melalui jerawat.



Zon jerawat terbahagi kepada 14 zon.
Jika kita selalu tumbuh jerawat pada satu2 kawasan atau zon sahaja eloklah kita ambil tahu puncanya.
Zon 1 dan 3 berkaitan dengan masalah penghadaman ini terjadi kerana kesan diet seharian kita dengan memakan makanan yang tinggi lemak.Apa yang perlu kita buat adalah melakukan detox dengan memakan makanan tinggi antioksida seperti teh hijau atau vitamin ACE.Kita juga perlu tingkatan pengambilan air kosong seeloknya lebih 3L sehari.
Zon 2 berkaitan hati seperti kita tahu salah satu fungsi hati adalah detox iaitu memusnahkan bahan toksin yang tidak diperlukan oleh tubuh,jika jerawat tumbuh pada zon 2 mungkin menunjukkan hati kita tidak berfungsu dengan baik.Untuk menjaga hati seeloknya makan vitamin untuk detox hati kita maklum lah sudah lama hati kita bekerja untuk memastikan badan kita tidak ada toksin.Kita juga perlu elak dari memakan makanan yang alahan.
Zon 4, 6 , 8 &10 berkait rapat dengan buah pinggang ia berpunca daripada dehidrasi iaitu badan kita kekurangan air.Kita perlu minun air putih seeloknya 3L sehari atau setiap 25kg berat kita 1L air putih dan elakkan pengambilan kopi , teh, garam berlebihan dan MSG.
Zon 7 berkaitan jantung yang mana tekanan darah tinggi,ganti lemak jahat kepada lemak baik iaitu ambil makanan yang tinggi omega 3 seperti ikan buahan dan sayuran.
Zon 5 dan 9 menunjukkan masalah kepada sistem respiratori yang mana berpunca dari merokok(asap rokok) dan pencemaran udara,elakkan berada di kawasan berudara kotor berjerebu dan asap rokok.
Zon 11 dan 13 selalunya ramai kaum wanita ada masalah jerawat di kawasan ini yang mana ia berkaitan dengan hormon yang tidak stabil lebih-lebih lagi ketika datang bulan.Seeloknya kita perlu kawal stress dan jaga pemakanan.
Zon 12 banyak sangat terjadi tak kira wanita atau lelaki ini kerana ia menunjukkan masalah perut ini kerana di perut iaitu usus adalah tempat pengumpulan toksin daripada apa yang kita makan.Kita perlu lakukan detox dan pilih makanan yang tinggi serat dan makanan pelawas.
Zon 14 ini jarang berlaku dan jika ia berlaku itu tanda terjadinya jangkitan kuman dalam salur darah.Jika ini terjadi kita perlu kuatkan imuniti badna kita untuk hapuskan kuman dengan makan makanan yang tunggi vitamin C dan garlic.

Bila kita dah tahu punca jerawat kita seeloknya kita rawat dari dalam,ramai antara kita suka rawat dari luar sahaja selalunya kaedah ini tidak akan dpt rawat sepenuhnya dan hanya sementara sahaja.Untuk semua masalah di atas shaklee ada vitamin khas untuk rawat semua masalah di atas.
Untuk masalah hati shaklee ada  DTX complek.
Masalah hormon perlu ambik GLA complek
Masalah penghadaman dan perut ambil Herblax dan vitamin antioksida iaitu vitamin A ,C dan E.
Masalah jantung ambil omega Guard iaitu minyak ikan terbaik yang kaya dengan omega 3.
Masalah jankitan kuman ambil vitamin C dan Garlic Complek.
Jika anda ingin tahu lanjut mengenai vitamin yang sesuai dengan masalah anda boleh hubungi kakma 0193624134 kakma akan beri konsultansi percuma kepada anda dan vitamin yang paling sesuai untuk masalah anda.

 Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur. 

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
 Call/ Whatsapp : 019 3624134 
 Email : kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Monday, 25 January 2016

APA ITU PENYAKIT PENAPIS BUAH PINGGANG BOCOR DAN CARA RAWATANNYA.


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH. Ramai antara kita tidak tahu akan kewujudan penyakit penapis buah pinggang bocor atau lebih dikenali sebagai Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang melibatkan buah pinggang. Setiap buah pinggang yang normal terdapat glomeruli iaitu sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing. Kebiasaannya lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil Proteinuria dan keadaan ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.
Tanda-tanda yang terjadi kepada mereka yang mengidap penapis buah pinggan bocor ini ialah :
Air Kencing Berbuih

Air Kencing menjadi berbuih-buih kerana terdapat protein di dalam air kencing

Pengidapnya menjadi lemah dan tidak bermaya ini kerana kehilangan protein dalam badan
- Mata dan muka serta kaki menjadi bengkak.
- Perut kembung, sakit perut dan cirit-birit juga boleh berlaku. Ini terjadi kerana kekurangan protein di dalam salur darah lalu menyebabkan AIR keluar dari dalam salur darah ke dalam tisu badan.

Antara rawatan yang diberikan dan dinasihatkan kepada pesakit Penapis buah pinggang bocor iaitu Nephrotic Syndrome ini ialah :
 -Pesakit akan diberikan, ubat steroid iaitu prednisolone untuk memastikan tiada protein di dalam air kencing.
- Protein Albumin akan dimasukkan ke dalam salur darah untuk meningkatkan albumin di dalam darah dan hanya diberikan kecuali di dalam kes-kes tertentu dan serius
- Sekiranya terdapat jangkitan antibiotik akan diberikan
- Pengambilan garam perlu dikawal. Jangan mengambil garam berlebihan. 
- Pengambilan air juga hendaklah dikawal mengikut kes terutama mengalami bengkak air (Edema) yang teruk. Walaubagaimanapun air tidak perlu dikawal keterlaluan di dalam kes-kes biasa.
- Pengambilan kalori dan protein yang baik adalah penting untuk pengidap penyakit nephrotic Syndrome.

Di sini Kakma ingin kongsikan pengalaman kawan baik kakma sendiri di mana suaminya disahkan mengidap penyakit buah pinggan bocor ini pada oktober 2014 tetapi kini bebas selepas mengamalkan suplemen shaklee.Suaminya mengambil keputusan untuk tidak bergantung kepada ubat steroid.Anda boleh baca kisah beliau di sini 
Anda juga boleh tengok video ini yang mana beliau menceritakan sendiri pengalaman beliau. 






Ini lah 2 produk yang beliau amalkan sehingga sembuh dari penyakit buah pinggang bocor yang beliau hadapi.Jika anda mempunyai penyakit seperti beliau iaitu penapis buah pinggang bocor dan ingin berikhtiar dengan suplemen shaklee iaitu Vivix dan omega anda boleh hubungi Kakma dan jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana saya adalah Pengedar Sah Shaklee Gombak dan Sentul serta kawasan sekitar.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Friday, 8 January 2016

PENYAKIT BELL'S PALSY DAN CARA RAWATANNYA


Kakma ingin kongsikan info mengenai sakit Bell's Palsy, pernah dengar penyakit bell' palsy? Nama Bell’s palsy diberi sempena pakar anatomi Scotland Charles Bell yang pertama kali menggambarkan keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang melibatkan satu saraf).kakma pun baru tahu sebenarnya selama ni kakma ingat ni strok..rupanya bukan strok. 
BELL'S PALSY

Sebenarnya kakma sendiri baru tahu mengenai penyakit ini setelah kakma berkenalan dengan kawan SID yang di sahkan mendapat penyakit Bell's Palsy ini pada bulan Oktiber 2015.Sebelum ini kakma ingatkan ianya salah satu kesan strok.Ini kerana iainya nampak seperti strok yang mana ianya terjadi secara tiba-tiba kepada wajah. Bell's Palsy adalah kelumpuhan tiba-tiba pada saraf wajah yang mana menyebabkan wajah herot dan tidak simetri. 



Punca terjadinya Bell's palsy
Biasanya, ia berlaku secara tiba-tiba melibatkan sebelah muka namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka.
Mengikut pakar yang di jemput dalam rancangan Wanita hari ini pada 28 april 2011 Bell's palsy ialah satu jangkitan virus yang menyerang saraf di muka, saraf tersebut, bergerak melalui tengkorak dalam saluran tulang kecil di bawah telinga.Saraf tersebut membengkak dan mampat dalam saluran tulang yang sempit, dipercayai keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan atau perencatan pada saraf tersebut dan menyebabkan pesakit mengalami kekenduran pada otot muka. Antara akibatnya kelopak mata tidak boleh dibuka atau tutup, mulut senget dan deria rasa berkurangan.
“Namun itu hanya sebahagian daripada punca yang dikenalpasti kerana punca sebenar masih tidak diketahui,.
Beberapa punca lain yang mempunyai kaitan dengan serangan Bell’s palsy seperti trauma, faktor sekeliling, emosi dan metabolik tidak stabil.

Simptom dan Tanda
Bell’s palsy dikenalpasti melalui bentuk muka seakan jatuh sebelah. Kegagalan saraf VII berfungsi menyebabkan mata pesakit tidak boleh dikerdip dan tutup, senyuman dan pergerakan bibir terganggu, lidah mengeras, kening juga seperti berkerut dan terangkat, air liur meleleh dan hidung seakan terjatuh pada bahagian yang terjejas.Ssetengah pesakit boleh merasai kelainan pada wajahnya beberapa hari sebelum diserang Bell’s palsy seperti rasa kebas, sakit bahagian telinga dan rasa kelainan pada lidah.

Merawat Bell's Palsy
Hampir 50 peratus pesakit boleh pulih dalam masa dua hingga tiga minggu malah ada yang menunjukkan pemulihan dalam tempoh 10 hari tanpa sebarang rawatan khusus.
“Sementara itu, 35 hingga 40 peratus mengambil masa lebih kurang setahun untuk pulih dan hanya lima peratus yang tidak pulih sepenuhnya di mana wajah mereka kekal menunjukkan mengalami Bell’s palsy,” katanya.
Rawatan yang diberikan selalunya doktor biasanya akan memberi pesakit ubat makan steroid (kortikosteroid) dengan dos yang tinggi pada peringkat awal serangan selama dua minggu. Ia akan berkurangan sehinggalah pesakit menunjukkan peningkatan.
Sesetengah pesakit mungkin tidak memerlukan rawatan khusus bergantung kepada tahap yang dilalui oleh pesakit.

Di sini Kakma ingin kongsikan coretan sahabat yang kakma ceritakan di atas yang mengalami sakit Bell' s palsy pada oktober 2015,yang mana beliau meluahkan rasa syukur yang mana beliau telah sembuh sepenuhnya dari Bell's Palsy ini.Beliau telah kongsikan pengalaman beliau di FB dan ini adalah luahnya.

******************************

Alhamdullilah, 2 oct 2015, Saya bangun sebelah muka dah jatuh, Tak boleh senyum, Mata tak boleh tutup, Air mata mengalir macam menangis. Sakit. Rasa tegang je.

Doktor sahkan saya diserang Bell's Palsy. Bukan STROKE, tapi kelemahan sebelah otot muke

Saya diberikan steroid. Puncanya tidak diketahui.

Saya tidak mengambil sebarang steroid lagi selepas tu.. Saya cuma fokus dengan fisioterapi dan mengambil suplemen Shaklee pada SPECIAL DOSE iaitu Vivix, Omega Guard, B complex, Vitamin E. Saya juga menjalani fisioterapi.


Alhamdullilah selepas 90hari
Saya diberi kesempatan SENYUM kembali

Kalau ade ahli keluarga / sahabat handai yg mengalami berikan support. Ia bukan mudah seperti dijangka

Saya dan sahabat ‪#‎bellpalsy‬ sahaja yg tahu apa yg kami rasa.. Actually its more to self confidence / esteem. Tapi serius is MANIS untuk diingati dalam kalendar kehidupan. Hadiah dari Allah. Semoga ianya menjadi penghapus dosa-dosa 


Inilah sahabat kakma adik Faiza Suhada,
Alhamdulillah kakma tumpang gembira untuk sahabat kakma.Syukur pada Allag sesungguhnya setiap penyakit ada penawarnya,apa yang penting kita jangan putus asa dan berusaha.

Kakma ingin kongsikan info supplement yang beliau ambil iaitu Vivix,Omega Guard, B Complek dan Vitamin E

Vivix - tonik ajai yang merawat dari asas iaitu sel.



Omega Guard - minyak ikan terbaik yang membantu melancarkan darah dan menjaga kesihatan jantung dengan menurunkan bacaan kolestrol jahat.




B complek - Sangat penting bagi memastikan saraf yang sihat.Salah satu tanda kekurangan vitamin B ialah selalu kebas-kebas.Vitamin B juga membantu mengawal stress.



Vitamin E - vitamin yang tinggi antioksida melindungi sel dari radikal bebas.



Jika anda ingin mendapatkan info lanjut mengenai vitamin di atas anda boleh hubungi kakma.Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee Gombak,batu caves,kg padang balang dan Sentul serta kawasan sekitar kuala lumpur.

Hubungi kak ma di talian : 019 3624134 Email : Kmshop143@gmail.com 
Fb : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*