Friday 14 October 2016

RAHSIA KEKAL MUDA DAN JELITA DENGAN TEKNIK SENAMAN MUKA


Assalamualaikum semua..
Kakma nak kongsikan teknik senaman muka untuk terus kekal muda dan jelita.
SENYUM!!Dapat tak rasa keseluruh otot- otot muka kita digunakan semasa kita senyum?Ramai antara kita tak sedar regangan muka dengan senyuman adalah bentuk senaman muka yang paling mudah dilakukan.Ketawa juga boleh mencantikkan rahang muka kita.
SENYUMAN MANIS OPAH DAN KAKAK MARISSA
Ok, dah tahu kan so selalu2 lah senyum dan ketawa untuk kita sentiasa kelihatan muda dan jelita.Selain senyuman yang menawan, kita juga boleh melalukan beberapa teknik yang lebih intensif bagi mendapatkan kesan yang lebih menyerlahkan kecantikan wajah kita.

Kakma kongsikan 4 teknik senaman muka.

SENAMAN SATU
Rapatkan kedua belah jari- jari tangan, kemudian jari tengah diletakkan di bawah dagu, tekan jari anda keatas sambil mendongak dan lontarkan suara ke udara sebanyak 5 kali.Rengangkan jari sedikit ke kanan dan ke kiri dengan disertai lontaran suara yang sama sebanyak 5 kali lagi.Ulang langkah sama dengan pergerakkan yang belainan sehingga kebahagian bawah telinga

SENAMAN DUA
Teknik urutan juga boleh digunakan untuk mengurangkan kesan gelap bawah mata.Semasa urutan gunakan krim mata yang sesuai bagi memudahkan proses urutan dilakukan agat tidak menyakitkan.Letakkan krim mata secara dot pada kawsan sekeliling mata dan mulukan urutan dengan mata kanan.Tutup mata dengan rapat dan mulukan urutan dari dalam bawah mata,lakukan sebanyak 8 pusingan.Ulang langkah sama untuk mata sebelah kiri pula.

SENAMAN TIGA
Teknik urutan ini jika dilakukan secara konsisten bagus untuk hilangkan kesan dagu berlapis.
Tangan kanan akan membuat urutan dari bawah dagu menghala ke bawah telingan kanan.Gunakan losyen atau moisturizer untuk memudahkan urutan dilakukan, urut secara menarik-narik lemak yang berada di bawah dagu ke atas, gunakan jari tengah dengan jari manis sebagai tekanan dan jari telunjuk sebagai penahan.
Tarik dari bawah dagu hinggaj bawah telinga.Tekan dan tahan dengan kiraan 10,kemudian lepaskan perlahan-lahan.
Ulang dengan menggunakan tangan kiri pula dan ulang2 langkah tadi sebanyak 8 kali untik setiap bahagiab muka kiri dan kanan.

SENAMAN EMPAT
Nak dapatkan pipi yang montot?Teknik ini sangat berkesan.Teknik ini sesuai dilakukan semasa menggunakan pelembap sebanyak 2 kali sehari.
Gunakan urutan hujung jari iaitu jari telunjuk, manis dan kelingkir gunakan tangan kanan untuk mengurut pipi kanan.
Dari dagu, urutkan jari menghala ke telinga gunakan cari tengah sebagai penunjuk arah dan jari manis sebagai penahan tekanan.
Ulangi langkah2 ini untuk bahagian kiri muka.Lakukan secara konsisten 2kali sehari bagi mendapatkan pipi yang montot..


Kakma harap perkongsian ini dapat membantu anda mendapatkan bentuk wajah yang diidamkan.

Dapatkan set penjagaan wajah yang semulajadi di sini

No comments:

Post a Comment