Saturday 11 October 2014

10 TIPS CEPAT HAMIL


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.Buat anda yang sedang berusaha untuk hamil di sini kakma ingin kongsikan 10 tips untuk cepat hamil.
10 tips cepat hamil

Tips 1

Anda perlu ambil tahu proses kehamilan itu sendiri iaitu bagaimanna ia terjadi. Sekiranya Haid anda teratur dan datang pada awal bulan jadi setiap pertengahan bulan telur (ovum) akan dikeluarkan oleh ovari dan jika berlaku hubungan antara anda dan suami pada masa itu maka sperma dari faraj akan berenang ke dalam rahim dan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan.

Tips 2

Sebagai wanita anda perlu tahu waktu subur ini kerana hari subur cuma 4-5 hari sebulan dan jika anda tahu hari subur ini dengan tepat ia akan meninggikan peluang untuk hamil. Jika haid anda teratur ia akan membolehkan anda mengira hari subur anda dengan tepat. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

Tips 3

Anda perlu memastikan atau mendapatkan berat badan yang ideal. Seandainya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, berat badan boleh memberikan kesan dan faktor kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

Tips 4

Melakukan hubungan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Hubungan Seks disarankan dilakukan setiap hari terutanya waktu dan hari subur.Sesetengah posisi seks juga boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

Tips 5

Pihak suami juga harus memainkan peranan dengan memastikan kesihatan reproduksi suami pada tahap optimal dengan menjalani gaya hidup sihat iaitu makan makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. 

Tips 6

Anda juga disyorkan berjumpa dengan doktor sakit puan untuk memastikan anda bebas dari sebarang masalah cyst, endometriosis atau fibroid ini kerana penyakit ini kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang sepatitnya boleh diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.

Tips 7
Suami dan isteri perlu mengambil multivitamin bagi memastikan badan sihat dan berada di dalam keadaan bersedia untuk hamil. Semua wanita yang merancang untuk hamil sangat disarankan mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma dan memastikan sperma yang dihasilkan adalah dalam keadaan sihat.

Tips 8
Pemakanan yang seimbang harus dijaga kerana mengawal pengambilan makanan amat penting terutamanya semasa anda mengalami masalah ovulasi ini kerana masalah ovulasi berkait rapat dengan PCOS. PCOS adalah salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
-Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
-Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
-Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti sayuran dan whole grains seperti oats.

- Elakkan daripada makan makanan segera dan makanan yang tinggi bahan pengawet
-Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
-Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.


Tips 9
Mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjadikan senaman secara rutin. Bersenam akan memastikan anda sihat secara keseluruhan dan ia akan membuatkan badan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

Tips 10

Memastikan hidup anda cerita dan kurang tekanan.Sememangnya kehidupan banyak dugaan dan masalah tetapi kita harus pandai mengawal keadaan dan bagi yang beragama islam adalah lebih baik kita mendekatkan diri kepada ALLAH.Anda juga boleh mengurangkan tekanan anda dengan melakukan aktiviti-aktiviti di bawah :
* Membaca Al-quran dan berzikir
* Memasak
* Bersenam
* Mendengar muzik
* Membaca dan mendengar audiobooks
* Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
* Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
* Bermesra dan bercuti dengan suami


Semoga Tips yang kakma kongsikan di atas dapat menbantu anda yang sedang cuba untuk hamil dan jika anda ingin mengetahui lebih lanjut vitamin yang sesuai untuk merancang kesuburan anda boleh baca di sini

No comments:

Post a Comment