Assalamualaikum..
Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan
sentiasa di dalam rahmat ALLAH.Ada kawan-kawan kakma yang bertanya macam mana kakma masih boleh
menyusukan anak yang sudah berumur hampir 4 tahun. Masa kakma masih bekerja anak hanya akan menyusu badan bila bersama kakma dan jika berada di rumah pengasuh anak akan minum susu formula sejak umur 2
tahun lebih tapi sejak berhenti kerja bulan mac yang lepas anak tak nak
minum susu formula dan hanya nak menyusu badan secara direct, oleh kerana kakma pun dah
berhenti kerja bergelar WAHM maka kakma pun layankan saja.Rasa rindu pulak saat-saat menyusukan
Marissa masa kecil.Alhamdulillah Marissa menyusu susu ibu sepenuhnya sehingga 2
tahun walaupun masih bekerja masa itu dan sampai sekarang masih menyusu
badan.Apa yang Kakma nak kongsikan bukanlah rahsia tapi ini adalah amalan yang
perlu ibu menyusu tahu.
TIPS 1 #
Jaga makan mesti mengambil makanan seimbang dan lengkap
semasa sarapan, makan tengahhari dan makan malam.Makanan yang seimbang dan
lengkap tidak semestinya banyak tapi mesti mengikut keperluan badan kita.Apa yang
kita makan akan menentukan penghasilkan susu.Ada sesetengah ibu sangat menjaga
makan kerana takut gemuk tanpa menghiraukan keperluan zat dan nutrisi badan ini
memang akan mengganggu penghasilan susu kerana mana mungkin badan yang tidak
cukup nutrisi akan menghasilkan susu yang banyak.
Tips 2 #
Mesti minum air kosong dengan banyak yang mana air sangat
penting untuk badan kita, seperti yang kita tahu seeloknya kita minum air
mengikut berat badan kita iaitu setiap 25kg mesti minum 1 liter air kalau berat
badan 50kg mesti minun tidak kurang 2 liter air sehari itu bagi orang biasa
tapi kalau kita ibu menyusu perlu minum lebih bagi membantu penghasilan susu
yang berkualiti.Air juga membantu kita untuk membuang segala toksik dalam badan
kita melalui perkumuhan dan peluh kalau badan kita tak cukup air proses
perkumuhan pun terganggu.Bila proses pembuangan toksik lancar badan ibu pun
sihat dan susu yang dihasilkan pun berkualiti.
Tips 3 #
Mengambil makanan tambahan,Kakma memilih pengambil supplement
ini kerana kita tidak jamin makanan seharian kita cukup untuk keperluan badan
kita seperti yang kita tahu banyak makanan sekarang yang segera.Contohnya ayam
yang kita makan selalunya di suntik untuk mempercepatkan pembesaran melainkan
kita makan ayam organic atau ayam kampung.Sayur pun sekarang ini banyak
menggunakan racun sebab tu kita tengok sayur cantik elok tiada yang rosak. Kakma teringat Mak selalu pesan kalau nak beli sayur pilih yang ada kesan dimakan
ulat kerana sayur itu tidak diracun.Supplement yang kakma ambil adalah B complek bagi kakma ia sangat penting kerana B complek membantu dalam menukarkan makanan kepada
tenaga dan mencegah makanan kita bertukar menjadi gula yang boleh membawa
kepada kencing manis.B complek juga mengelakkan kita daripada stress,kalau kita
stress ia boleh mengganggu pengeluaran susu ibu.Kakma juga mengambil Ostemarik
iaitu pil kalsium, kalsium sangat penting ini kerana salah satu nutrisi penting dalam
susu ibu.Ostematrik juga sangat membantu mengelakkan sembelit.Selain itu kakma mengambil Omega bagi membantu meningkatkan kandungan DHA dalam susu
ibu yang sangat penting bagi perkembangan otak baby dan dalam masa yang sama
membantu memecahkan lemak dalam badan.Alfalfa juga sangat penting bagi meransang pengeluaran susu yang
mana dikenali juga sebagai MILKBOSSTER.Baca lanjut Di sini
Buat ibu-ibu yang menyusu jangan risau kerana jika ibu-ibu
menjaga makan dan makan makanan seimbang dan memastikan pengambilan air yang
secukupnya serta di bantu dengan pengambilan supplement badan ibu-ibu tidak
akan gemuk malah akan mendapat berat badan ideal secara semulajadi.
Nak dapatkan matlumat lanjut tentang supplement yang sesuai
dengan ibu-ibu boleh hubungi kakma 0193624134.
Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur.
untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*
Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur.
untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*
No comments:
Post a Comment