Saturday 13 September 2014

TRIP PERCUMA SHAKLEE- PENGALAMAN MEMOHON VISA US


Assalamualaikum..
Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.
Sudah hampir sebulan mai dan suami pulang dari US iaitu trip yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee…Alhamdulillah mai Berjaya dapat 2 tiket dan pergi bersama suami mai.
Sebenarnya Shaklee bagi pilihan sama ada ingin memilih trip ke US atau mengerjakan Umrah oleh kerana Mai dan suami baru sahaja pergi Umrah pada Mei yang lepas jadi kami memilih untuk US.
Rumit juga  persedian untuk pergi ke US terlebih dahulu kami perlu mendapatkan VISA yang mana kami perlu mengisi boring secara online di sini dan seterusnya membuat bayaran  RM514 di standart charted selepas membuat bayaran kita akan diberikan no pin dan perlu login semula dan melengkapkan semua borang dan butiran yang dikemukakan dan membuat temujanji untuk temuduga sebelum mendapat kelulusan visa.Temuduga aka di adakan di kedutaan Amerika Syarikat di jalan Ampang iaitu berhadapan dengan menara tabung haji.Sebelum pergi temuduga ada juga dengar khabar angin yang ramai tidak lulus temuduga dan bermacam soalan yang ditanya sedikit sebanyak membuatkan mai rasa berdebar tapi bila difikirka balik tiada alasan untuk kita takut.Interview  kami pada 10 julai jam 8.30pagi kami perlu berada di sana 10 minit awal.Terlebih dahulu kami perlu beratur di luar kawasan kedutaan sebelum dibenarkan masuk.Kami perlu menunjukkan surat temujanji temuduga dan selepas pemeriksaan keselamatan baru kami dibenarkan masuk. Dan kami perlu lagi menunggu diruang menunggu sebelum dipanggil untuk mengesahkan semua dokumen yang diperlukan lengkap dan menunggu lagi untuk sesi temuduga. Lebih kurang 2 jam juga kami berada di sana dan semasa temuduga kita perlu masuk di bilik yg disediakan dan kita hanya perlu berdiri seperti kaunter pertayaan dan pegawai penemuduga berada di dalam hanya seorang pegawai dan jika kita memohon visa berdua atau bersama ahli keluarga kita boleh masuk serentak dan jika kita memohon visa untuk anak-anak berumur 7 tahun ke bawah anak-anak tak perlu hadir ibu bapa hanya perlu membawa semua dokumen dan surat beranak anak-anak sahaja.Soalan yang di ajukan kepada kami ialah
1)Pergi US untuk urusan apa?
2) Berapa orang downline
3) Berapa orang anak?Kenapa anak tidak ikut sama?
Hanya itu soalan yang diajukan kepada kami dan Alhamduillah semuanya berjalan lancar dan selepas 2 hari kami sudah mendapatkan Visa kami.Semasa mengisi borang kita boleh memilih samada Visa kita nak collect sendiri atau pihak kedutaan pos, dan kami memilih untuk Pos kerana kalau ingin collect sendiri kami perlu collect di petaling jaya.
Tips yang mai ingin berikan sediakan semua dokumen yang perlu macam kami tunjukkan semua surat-surat yang diberikan oleh Shaklee terutamanya buku program dan tentative serta butiran berkaitan penginapan di sana. Dari segi pakaian untuk lelaki digalakkan pakai pakaian biasa tidak perlu formal dan suami mai hanya berbaju t-shirt dan berseluar track ini kerana peraturan untuk masuk agak ketat seperti melalui pemeriksaan untuk menaiki kapal terbang…hehe.
Kami mendapat Visa lebih kurang 1 bulan sebelum berangkat jadi dalam tempoh itu kami hanya perlu membuat persediaan yang perlu untuk berangkat.


Ok nanti mai sambung cerita lagi..terima kasih sebab sudi menjadi pembaca setia bersama VitaminCinta

Kedutaan US di Jalan Tun razak

1 comment: