Monday 15 September 2014

TRIP PERCUMA SHAKLEE- PERJALANAN HARI PERTAMA KE US


Assalamualaikum..
Selamat datang didoakan semua pembaca dan  pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.
Alhamdulillah semasa Kami mendapat surat butiran untuk perjalanan Trip percuma kami ke US hati sangat berbunga-bunga apa taknya bagi Mai sendiri ia umpama hadiah ulangtahun perkhawinan mai yang ke 7.Kami akan berangkat ke US pada 13 ogos dan sampai semula ke tanah air pada 23 ogos kira-kira 10 hari kami berada di US. Mai menganggap percutian ini sebagai hadiah ulangtahun kerana tarikh ulangtahun perkahwinan kami ialah 17 ogos tak pernah kami mimpi sebenarnya dapat pergi ke bumi US tapi dengan Shaklee ia menjadi kenyataan. Trip percuma ini memang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee duit makan pun Shaklee bagi kami hanya perlu menyedikan duit poket untuk membeli belah sahaja.



Mengikut tentative program kami di Sana sangat padat kami akan berangkat pada 13 ogos dan oleh kerana trip ini ramai yang layak iaitu lebih kurang 300 orang kami di bahagikan kepada 3 kumpulan dan kami adalah kumpulan ke 1 dan akan menaiki Singapore airline.
Jom Mai ceritakan perjalanan kami.Mengikut jadual penerbangan kami adalah yang paling awal antara 3 kumpulan yang telah ditetapkan.Kumpulan kami perlu berkumpul seawall jam 4.30pagi kerana kami akan berangkat pada jam 7.30pagi dari KLIA menuju ke Singapore terlebih dahulu.Kami berangkat dari rumah pada jam 3.30pagi dan sampai di balai perlepasan GATE 5 pada jam 4.25pagi.Masa kami sampai dah ramai yang dah sampai lebih awal dan kami semua  perlu beratur untuk proses “Chek in” bagasi terlebih dahulu dan pada masa ini juga pihak Shaklee sedang mengagihkan wang saku dan kami diberikan 400USD setiap orang.Wag banyakkan alau di darabkan dengan nilai matawang kita lebih kurang RM1300 seorang.Kaunter untuk Chek in dibuka sekitar jam 6pagi dan sementara menunggu mai dan suami bergilir-gilir untuk solat subuh.Mai nak ambil peluang ingin menceritakan rasa sedih mai mengenai surau yang disediakan terlalu jauh.Masa kami berjalan menuju ke Surau kami lihat ramai pakcik dan makcik yang tidak larat berjalan terpaksa berjalan jauh untuk ke surau bayangkan lebih 1km agaknya jarak Surau dengan kawasan menunggu di balai pelepasan ada antara sanak saudara yang datang untuk menghantar ahli keluarga terpaksa berjalan jauh jika ingin menunaikan solat.Kami berharap sangat pihak pengurusan KLIA dapat menyediakan surau dengan jarak yang lebih dekat bagi keselesaan dan kemudahan para penumpag dan ahli keluarga yang datang menghantar.
Ok mai sambung cerita penerbangan Mai ke US.jam 7.30pg kami bertolak ke Singapore dan Alhamdulillah selamat mendarat di change Singapore pada jam 8.15am.Kami tidak berada lama di sana dan kami perlu menukar pesawat ke US dan waktu berangat adalah 9.30pagi kali ini kami harus menempuhi perjalanan selama 17 jam di dalam pesawat tapi Alhamdulillah selepas 7 jam kami perlu berhenti di Tokyo Jepun kerana pesawat yang kami naiki erlu mengisi minyak.Wah seronok sangat kerana kami dapar menjejakan kaki di bumi Jepun walau hanya berada di sekitar lapangan terbang.


Lupa Mai nak cerita oleh kerana kami bertolak pagi dan singgah di Singapore jadi kami perlu mengikut waktu solat Singapore jadi kami telah menunaikan solat zohor dan asar secara jamak takdim di dalam pesawat lebih kurang jam 2 petang waktu Singapore.Semasa singgah di Jepun waktu magrib telah masuk di jepun lalu kami telah menunaikan solat magrib dan isyak secara jamak taqdim  dan kami solat subuh mengikut waktu Jepun.Alhamdulillah kami bersyukur kerana dipermudahkan urusan solat walau dalam perjalanan yang jauh.Mengenai makanan di dalam Pesawat kami tidak perlu risau kerana pihak Shaklee telah uruskan dengan baik sekali.Kami telah disediakn makanan halal di dalam pesawat.Kami telah diberi pesanan yang kami tidak boleh menukar tempat duduk dengan non muslim kerana makanan disediakn mengikut tempat duduk  dan nak di jadikan cerita mai dan suami  menukar tempat duduk dengan SID Non muslim kerana mereka tidak mahu duduk di tepi tingkap dan minta untuk menukar tempat dengan kami, wah masa tu kami seronok snagat kerana mai dan suami memang ingin duduk di tepi tingkap dan kami telah memaklumkan kepada peramugari tentang pertukaran tempat duduk bagi urusan penyediaan makanan mengikut menu Muslim.Ini merupakan mengalaman buat kami berdua kerana ini adalah perjalanan ke 2 kami menggunakan pesawat.Kali pertama kami menaiki pesawat Saudi Air iaitu semasa menunaikan umrah pada bulan 5 lepas dan masa itu tiada isu makanan halal kerana semua yang menaiki pesawat semuanya muslim dan hanya makanan halal yang disediakan. Boleh baca kisah perjalanan Umrah mai di sini ..
Semasa dalam pesawat memang terasa agak lama apa yang kami buat iailah membaca al-quran,menonton cerita dan tidur.Alhamdulillah kami telah selamat mendarat di lapangan terbang Los Angelos pada jam kira 2 petang.
Sekarang bermulalah sesi yang mendebarkan bagi kami kerana sebelum berangkat kami telah diberitahu bahawa proses untuk melepasi nak c urusan Kastam di US sangat ketat.Oh mai terlupa nak cerita kita perlu “declair” sema bentuk makanan yang kita bawa dan kita perlu mengisi boring yang telah diberikan semasa di dalam pesawat.
Semasa proses untuk melepasi Kastam kami perlu beratur lebih kurang 45 jam ini kerana terdapat pesawat lain yang sama-sama mendarat.Tapi  semuanya berjalan lancar ini kerana banyak kaunter yang disediakan.Semasa tiba giliran kami  (jika kita pergi dengan keluarga kita boleh melalui kasta bersama-sama ahli keluarga).Semasa melalui pengawai kastam kami di Tanya tujuan datang ke US dan Mai terus menunjukkan buku program yang telah diberikan oleh pihak Shaklee.Pegawai itu juga bertanya tentang makanan apa yang kami bawa.Alhamdulillah hanya itu yang ditanya dan dilepaskan.Syukur pada ALLAH dipermudahkan segala urusan kami tetapi ada juga ahli kumpulan kami yang di tahan dan dilakukan soal selidik mengikut cerita pihak travel agent itu adalah perkara biasa dan selalunya pihak kastam memilih secara rambang.Selepas semua selesai kami telah di bawa menaiki Bas menuju ke Long beach iaitu ke hotel Hilton.Setibanya di Hotel kami telah disambut oleh Manager Shaklee Malaysia Mr Victor dan jamuan selamat datang.Selepas selesai makan dan kami diberikan kunci bilik kami terus masuk ke bilik masing-masing untuk berehat dan aktiviti hanya akan bermula esok.



Ok cukup cerita mai untuk hari ini, nanti mai sambung lagi cerita hari seterusnya di US.


No comments:

Post a Comment