Thursday, 14 January 2016

PERLUKAH SUPLEMEN SEMASA PENYUSUAN


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.Kakma ingin kongsikan perlukah suplemen semasa penyusuan,kalau kita perasan sekarang ni macam2 produk untuk tambah susu yang ada dipasaran.Ini menunjukkan ramai yang perlukan suplemen semasa proses penyusuan.
Sebelum itu kita perlu tahun apa itu Suplemen/Vitamin/Makanan Tambahan?
Sebenarnya ketiga-tiga suplemen/vitamin/Makanan Tambahan mempunyai maksud yang
sama.Sesetengah negara mentakrifkan makanan tambahan sebagai makanan,manakala di
kawasan lain, mereka takrifkan sebagai dadah atau produk kesihatan semula jadi.
Suplemen adalah tambahan kepada diet kita sehari-harian. Ia membekalkan nutrien seperti mineral,serat,asid lemak,protein dan pelbagai jenis lagi yang mungkin hilang atau tidak boleh didapati dalam kuantiti yang secukupnya dalam pemakanan seseorang.
Tahukah anda untuk mendapatkan nutrisi yang lengkap anda hendaklah mengikuti Piramid
Makanan ini?




Secara teorinya, jika anda mengamalkan pemakanan sihat dengan imbangan jadual
pemakanan yang betul, cukup protein, lemak dan karbohidrat, anda tidak memerlukan
makanan tambahan.Semua orang digalakkan mengambil suplemen . Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging.
Suplemen juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis
makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lamakelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien.
Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan suplemen . Pengambilan
suplemen akan membantu tubuh berfungsi secara normal.

Bagaimanapun, dengan kepantasan hidup pada zaman ini, bukan sesuatu yang
mustahil jika ramai daripada kita memilih mengambil makanan tambahan.
Apatah lagi memang anda seorang individu yang menjalani kehidupan serba pantas,
hambatan kerjaya selain faktor sekeliling yang tidak mendorong kepada gaya pemakanan
yang sihat, mungkin anda perlu memikirkan untuk mengambil makanan tambahan. Apatah
lagi jika anda berhadapan dengan satu daripada senario ini:

1. Kerap berada dalam keadaan tertekan sama ada kerana kerja, keluarga dan
perhubungan. Keadaan ini akan menyebabkan kelenjar adrenal anda berkerja ‘lebih masa’.Keadaan ini akan menyebabkan sakit kepala dan keletihan atau stress. Mungkin
pengambilan vitamin B komplek, E dan C boleh membantu.
2. Sejarah keluarga yang berhadapan dengan ostreoprosis. Membekalkan tubuh anda
dengan mineral yang tersimpan dalam tulang boleh menolong mencegah masalah ini.
Apatah lagi bagi wanita yang kerap melahirkan anak, bayi bergantung bekalan kalsiumnya
daripada ibu. Justeru pengambilan kalsium, magnesium dan vitamin D mungkin membantu
anda menangani osteoprosis.
3. Anda kerap diserang selesema. Sistem imun anda mungkin rendah berbanding orang
lain. Dalam keadaan ini tambahkan pengambilan vitamin C dan zink.
4. Jika anda merokok, anda memerlukan lebih vitamin C. Selain itu anda mungkin
memerlukan kalsium, magnesium dan vitamin D, kerana merokok juga dikaitkan dengan
osteoporosis, tetapi sebaik-baiknya berhentilah merokok.
5.Sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam di atas tanah yang tidak
subur.Penggunaan racun perosak dan bahan pencemar lain yang mempengaruhi kualiti
buah dah sayur.
6. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan
penyediaan.Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.
7. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan , alcohol, minuman keras dan
antibiotic mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak,
kolestrol, gula dan garam mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.
8. Pengambilan makanan seharian yang tidak mengikut pyramid makanan yang
dicadangkan.
9. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya diluar dan malam memasak seringkas
yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikbertatkan. Maggi pun
jadilah..


 Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk shaklee secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur. 
untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji 
 Call/ Whatsapp : 019 3624134 
 Email : kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi 


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*