Tuesday 26 January 2016

CARA KENDONG BAYI YANG BETUL


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH. Kakma nak kongsi mengenai pengendong bayi. Sebelum hamil anak ke 3 kakma memang tak tahu mengenai pemilihan kendong yang betul.Dulu masa anak pertama dan kedua kakma main beli je,masa tu tak tahu pun kreatiria pengendong yang sepatutnya.Tapi masa mengandung anak ke 3 kakma buat survey tentang pengendong dan kakma menemui SSC (Soft Structed Carrier).Baru kakma tahu pengendong bayi yang kakma guna sebelum ini adalah tidak sesuai untuk bayi kerana tidak memberi keselesaan kepada bayi terutamanya bahagian paha.


cara mengendong bayi yang betul dan salah
Cara Salah dan Betul Mengendong Bayi
Ramai ibu sekarang memilih untuk mengendong  bayi dengan menggunakan pengendong atau lebih dikenali babywearing , sekarang ini banyak jenis pengendong yang ada di pasaran sebagai  ibu kita harus pandai memilih pengendong yang sesuai, selesa dan selamat buat bayi kita.Terutamanya dari segi pemilihan jenis material yang mana ibu  perlu pandai memilih jenis kain agar memberi keselesaan buat bayi dan ibu.Banyak pengendong dipasaran bila digunakan membuatkan kaki bayi tergantung jika keadaan ini dibiarkan lama kelamaan akan membuatkan bayi tidak selesa dan boleh mendatangkan mudarat kepada bayi.Dengan ini ibu perlu memilih pengendong yang boleh membuatkan paha bayi berada di dalam keadaan yang betul  agar menjamin keselesaan bayi da tidak mendatang kecederaan pada tulang bayi.

Apa yang perlu di ambil berat juga adalah posisi bayi semasa mengendong , mengendong bayi dalam keaadaan posisi mengadap muka ke hadapan sangat tidak di galakkan dan merbahaya serta memberi kesan yang tidak baik buat bayi.



7 sebab tidak boleh mengendong bayi menghadap kehadapan adalah.
  1. Mendatangkan risiko buat bayi itu sendiri bila berlaku sesuatu contohnya bila ibu tersadung dan jatuh, sudah tentu muka bayi yang akan jatuh dan tersungkur.
  2. Meluaskan pandangan bayi  yang mana bayi akan melihat semua benda yang mana akan membuatkan bayi mudah meragam serta akan menggganggu emosi bayi.
  3. Posisi ini tidak akan menyokong kaki bayi terutamanya bahagian paha
  4. Kepala bayi dan tulang belakang bayi tidak mendapat sokongan yang sepatutnya
  5. Posisi ini juga membuatkan tulang bayi tertekan kerana mendapat tekanan dari badan ibu
  6. Memberikan tekanan berlebihan kepada tuang pelvik bayi
  7. Kaedah ini juga sukar untuk dipakai serta boleh mendatang sakit belakang kepada ibu

Di bawah kakma sertakan gambar mengenai jenis pengendong yang ada dipasaran mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda memilih pengendong yang sesuai dan sepatutnya.




3 comments:

  1. Tips yang bagus utk ibu-ibu yang baru nak cuba babycarrier nih...

    ReplyDelete
  2. Tips yang bagus utk ibu-ibu yang baru nak cuba babycarrier nih...

    ReplyDelete
  3. Bagusnya, boleh jadi panduan kepada ibu-ibu yg newbie

    ReplyDelete