Monday 18 January 2016

KEBAIKKAN BAWANG PUTIH


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.Kali ini Kakma ingin kongsikan kebaikkan bawang putih.
Ramai antara kita tahu mengenai kebaikkan dan khasiat bawang putih,  hampir semua orang menggunakan bawang putih di dalam masakan, ini kerana bawang putih mampu memperlazatkan masakan. Selain itu, bawang putih juga memberikan sumbangan yang sangat besar pada dunia kesihatan kerana merupakan salah satu ubat tradisional yang mampu merawat beberapa penyakit ringan hingga penyakit kronik.Namun ramai antara kita tidak sanggup mengambil dan makan bawang putih kerana efek bau yang kurang sedap pada mulut. 

Bawang putih menjadi jenis umbi yang sangat berkhasiat karana mengandungi diallysulfide, alilpropil-disulfida atau anti cacing, belerang, protein, lemak, fosfor, besi, vitamin A, B1, dan C, kalsium, saltivine, allicin dan aliin, serta minyak atsiri dimana semua zat tersebut sangat diperlukan oleh tubuh untuk menjaga kesihatan serta daya tubuh badan.Segala khasiat yang ada dalam bawang putih ini membuatkan manfaat bawang putih semakin dipercayai untuk mengatasi pelbagai penyakit.

Manfaat bawang putih yang selalu disebut antaranya adalah menurunkan bacaan kolesterol jahat kerana kandungan allicin dan aliin yang bersifat anti kolesterol sehingga menghindari diri dari penyakit yang lebih serius seperti jantung dan darah tinggi. Allicin yang terdapat di dalam bawang putih merupakan sebatian aktif daripada bawang putih yang menyumbang kepada pelbagai manfaat kesihatannya. Alisin tidak terdapat di dalam bawang putih“biasa” ,ia dihasilkan apabila bawang putih dihiris halus atau dihancurkan.Zat alicin pada bawang putih juga dipercayai dapat mengatasi masalah pada rambut ,caranya dengan menggoskan atau menyapukan bawang putih ke kulit kepala. Bahan Allicin juga bertindak sebagai antikulat, antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza, batuk dan sebagainya.


Terdapat kajian yang dibuat mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.Ia juga bertindak sebagai antibiotik semulajadi dan berfungsi sebagai penawar racun dan melindungi tubuh dari pelbagai penyakit.Bawang putih mengandung dialil sulfida yang berperanan bagi mencegah kanser. Bagi wanita, mengamalkan bawang outih secara konsisten secara tidak berlebihan mampu mencegah kanser payudara.

Banyak sungguhkan kebaikkan dan khasiat bawang putih bagi anda yang tak boleh nak makan bawang putih biasa Shaklee ada suplemen Garlic complek yang mudah di telan.


Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur.
Sebarang Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji 
Call/ Whatsapp : 019 3624134 
Email : kmshop143@gmail.com 
FB : Mai Md Saupi 


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

No comments:

Post a Comment