Sunday, 11 September 2016

10 CARA MENJAGA DAN MERAWAT KULIT ECZEMA


Kakma nak kongsikan 10 cara bagi menjaga dan merawat kulit eczema terutamanya baby.Memang tak di nafikan memang rumit untuk menjaga baby atau anak2 yang kena eczema ni, banyak pantang larang yang perlu kita ikut.Kalau kita tak jaga memang boleh jadi teruk...memang sedih tengok lagi2 kalau baby..



10 cara menjaga dan merawat kulit eczema

1) Jangan menggaru, menggosok dan mengopek kulit. Kulit akan semakin teruk dan lambat sembuh.

2) Elakkan penggunaan sabun mandi, bahan kimia atau sabun pencuci pakaian yang terlalu kuat atau boleh menghakis kulit. seperti " bubble bath" , garam mandian ( bathing salts ) atau minyak wangi boleh menyebabkan inflamasi lebih teruk.
3) Rajin-rajinlah menyapu krim dan pelembap.

4) Pakaian-pakaian yang diperbuat daripada bulu (wool) dan linen boleh menyebabkan kulit lebih gatal. pakaian yang diperbuat daripada kapas adalah terbaik.

5) Ketika berada di persekitaran yang kering atau sejuk, adalah amat penting untuk menggunakan pelembab untuk mencegah inflamasi kulit dari menjadi lebih teruk.

6) Jangan simpan mainan - mainan yang berbulu (soft toys).

7) Elakkan penggunaan penyapu atau feather duster. Penyapu sebegini akan menyebabkan habuk berterbangan. Gunakan kain lap yang lembab untuk membersihkan permukaan yang berdebu.

8) Elakkan daripada menggunakan karpet di rumah.

9) Elakkan daripada memelihara binatang.

10) upkan atau kuatkan sistem imun badan, kalau baby usahakan bagi hanya susu ibu dan jika kanak2 boleh lah bagi vitamin untuk upkan imun badan mereka.