Tuesday 21 October 2014

TIPS PENGJAGAAN BUAH PINGGANG BAGI MENGELAKKAN DARI MENDAPAT PENYAKIT KEGAGALAN BUAH PINGGANG


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.
Hari ni saya nak share tentang penjagaan buah pinggang.Tahukah kita bahawa 5 dari setiap 100 orang akan menghadapi masalah buah pinggang di dalam kehidupan mereka. Keadaan ini akan menyebabkan kemungkinan mereka untuk mendapat penyakit buah pinggang kronik.Kesihatan buah pinggang adalah amat penting kepada kesihatan kita secara menyeluruh dan mempengaruhi kadar hayat  dan  umur kehidupan kita.Buah pinggang adalah satu organ berbentuk seperti kacang yang terletak di salah satu sisi belakang sebelah bawah, betul-betul di bawah tulang rusuk. Fungsi buah pinggang di dalam badan adalah untuk mengeluarkan bahan buangan daripada darah dan juga mengawal jumlah cecair di dalam badan.

Apabila buah pinggang kita mempunyai terlalu banyak toksin, penyakit buah pinggang dan pundi kencing boleh berlaku kerana kita tidak mampu untuk mengeluarkan bahan buangan dan juga urin dari badan anda. Mereka yang paling berisiko mempunyai penyakit buah pinggang kronik ialah mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi atau sejarah keluarga yang pernah mempunyai penyakit buah pinggang. Berbanding perempuan, lelaki biasanya lebih berisiko mempunyai penyakit buah pinggang. Namun ini tidak bermakna yang kaum perempuan boleh mengabaikan penjagaan buah pinggang yang betul. Di bawah ini adalah tanda-tanda dan gejala menunjukkan buah pinggang kita mungkin bermasalah:
  • lebih kerap membuang air kencing atau bermasalah untuk mengawal pembuangan air kencing.
  • Rasa sakit di bahagian bawah belakang.
  • Rasa sakit atau rasa seperti terbakar ketika membuang air kencing.
  • Edema (bengkak air) di dalam paru-paru, kaki, abdomen dan lain-lain.
  • Bengkak di seluruh muka, mata, kaki, dan buku lali.
  • Darah di dalam air kencing
  • Protin di dalam air kencing
TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG
** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.
** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)
** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.
** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam organik.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua.Buah pinggang kita sangat berharga dn tidak ternilai bila rosak kos untuk merawat sangat mahal.

No comments:

Post a Comment