Wednesday 22 October 2014

KENAPA VITAMIN SHAKLEE TIDAK BERKESAN


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.
Mungkin ada diantara anda yang mengamalkan pengambilan vitamin tapi merasakan tiada apa-apa perubahan pada diri anda contohnya anda mengambil vitamin untuk banyakkan susu ibu tapi sama je hasilnya jom saya kongsikan kenapa vitamin yang anda ambil tidak berkesan mungkin salah satu sebab di bawah terjadi kepada anda


vitamin


1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Melihat gaya hidup masyarakat kita ramai yang ada masalah untuk mengamalkan minum air masa kosong berbanding air manis yang berperisa. Untuk pengetahuan anda air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik. Mengikut saranan setiap 25kg berat badan kita perlu ambil 1 liter air jadi jika berat badan anda 50kg anda perlu ambil sekurangnya 2 liter itu dalam keadaan normal jika anda mengamalkan vitamin seeloknya ambil lebih dari 2 liter iaitu 3 liter.

2. Elakkan makan vitamin secara serentak dalam kuantiti yang banyak
Jika kita makan vitamin secara serentak dalam kuantiti yang banyak ia akan meningkatkan kepekatan darah kita pada masa-masa tertentu. Ramai terlupa mengambil vitamin pada siang hari dan membuat keputusan untuk mengambil semua vitamin pada sebelum tidur sedangkan selepas kita tidur sudah tentu kita akan kurang minum air.Maka seeloknya anda mempunyai jadual makan vitamin yang teratur mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja. 
 
3. Jauhi pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik kerana mungkin ubat telah mengganggu proses penyerapan vitamin. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 2 jam pengambilan ubat doktor. 
4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minuman yang berkafien tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang anda amalkan selama ini. Dengan ini anda tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak kerana pengambilan kafien secara berterusan. 
5. Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.Dengan ini semasa membeli sebarang produk anda haruslah bertanya secara detail.
TIPS UNTUK IBU MENYUSU. 
Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli! 
Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk Shaklee secara COD ini kerana saya adalah Pengedar Sah Shaklee Gombak dan Sentul serta kawasan sekitar. 

 untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji 
 Call/ Whatsapp : 019 3624134 
 Email : Kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment