Friday, 15 January 2016

PUNCA SUSU IBU KURANG DAN CARA ATASINYA


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.Kakma tahu setiap ibu memang berniat dan ingin menyusukan bayi dengan susu ibu,cuma ada sesetengah ibu yang cepat berputus asa bila susu ibu kurang.Ramai antara kita tidak tahu punca dan cara atasinya jadi kakma ingin kongsikan apa punca susu ibu kurang dan cara atasinya.



Antara punca susu ibu kurang ialah:
1. Kurang menyusukan / tidak menyusukan baby selepas kelahiran.Seperti yang kita tahu, setelah baby dilahirkan kita kena menyusukan dia selepas 1jam. Ini
bertujuan untuk meransang penghasilan susu, sebenarnya bayi yang baru lahir atau berusia sebulan ke bawah memang normal kalau kerap menyusu. Purata kekerapan baby yang baru lahir menyusu ialah 8 – 12 kali sehari. Dengan kata lain, lebih kurang setiap 1jam 30 minit hingga 2jam sekali baby nak susu.Kita harus tahu tentang konsep suppy & demand dalam proses menghasilkan susu. Jangan risau selagi baby menyusu, susu akan tetap terhasil.


2.Emosi ibu kurang stabil
Bila kita dalam pantang, kita akan rasa letih, stress dan macam-macam lagi. Pastikan ibu mendapat rehat dengan secukupnya, kalau boleh biarlah suami atau ahli keluarga yang buat kerja rumah. Bila anak tidur ibu pun tidurlah juga, ini kerana masa baby tidurlah ibu dapat berehat.Sekiranya ibu tidak dapat rehat dengan secukupnya ibu akan letih dan ia akan mengundang stress dan tekanan lantas mengganggu proses penghasilan susu. 

3. Kekeliruan puting dan hisapan tidak betul
Masalah kekeliruan puting juga menjadi punca kenapa susu ibu berkurang. Bila baby dah dibiasakan dengan puting botol susu, maka baby akan mengalami masalah kekeliruan.Tentunya bayi lebih gemar menghisap susu dengan menggunakan botol, ini kerana baby tidak perlu bersusah payah untuk menghisap kerana susu tu dengan sendirinya akan keluar.
Hisapan tidak betul juga boleh mengganggu pengeluaran susu. Bila baby hisap dengan cara salah, tentunya susu kurang keluar, dan nipple ibu akan berasa sakit. Ini akan menyebabkan ibu mula putus asa. Pastikan baby hisap di areola dan bukannya di puting.

4. Bayi beralih bulan (growth spurt)
Growth spurt ni, lain baby..lain kerenahnya. Ada baby bila growth spurt mereka kerap
menyusu, seperti tak cukup – cukup atau seperti kita dah “tak ada susu”. Ada pula tak mahu menyusu dan asyik menangis je. Biasa baby yang baru masuk 10 hari, 3 minggu, 1 bulan, 3bulan, 4 bulan, 6 bulan, 9 bulan (mengikut umur baby + – ) akan mengalami growth spurt.

5. Kurang menyusu waktu malam
Bagi baby awal 2bulan, mereka agak kerap menyusu. Malah pada waktu malam juga kita harus menyusukan mereka.Ini kerana susu lagi banyak terhasil pada waktu malam.Teruskan menyusu tidak kira siang atau malam.Jika baby tidak bangun menyusu seeloknya ibu pum atau marmet.

6. Ibu tidak mengosongkan breast (tidak pum)
Sekiranya baby tidak mahu menyusu, maka ibu perlulah pum. Ini kerana, susu mengandungi
FIL (feedback inhibitor of lactation) iaitu faktor menghalang penyusuan. Bila breast dipenuhi
susu, maka FIL akan memperlahankan pengeluaran susu. Bila breast kosong, FIL akan
berkurangan.

7. Ibu datang bulan (period)
Ini memang biasa dan sering terjadi kepada ibu 
yang menyusu.
Ibu boleh mengambil kalsium untuk hadapi masalah ini.Di Shaklee kami cadangkan
Ostematrik

8. Pengambilan ubat / kafin
Ada sesetengah antibiotic dan pil perancang menyebabkan gangguan kepada pengeluaran
susu, malah dengan pengambilan kafin yang terlalu banyak juga ia boleh mengurangkan
penghasilan susu.

9. Memperkenalkan terlalu awal Solid Food / FM / Pacifier
Jangan berikan sebarang nestum / food (untuk baby below 6 months) / formula milk / pacifier (puting getah tiruan) kerana ini definitely akan menghalang baby menyampaikan mesejnya kepada breast. Bila dah mula dengan solid food baby akan kenyang dan kurang menyusu.

Bagi mengatasi masalah ini,
1.Ibu perlu kerapkan menyusu bayi / pum (kosongkan breast)
2. Urut breast / tuam
3. Makan makanan seimbang / ambil suplemen (boleh cuba set menyusu shaklee)
4. Minum air secukupnya sekurangnya 3 liter
5. Berfikiran positif
6. Memilih pum susu yang sesuai
- hospital grade, teknik yang betul, cepat dan berkesan.
- strategi – power pumping, pum waktu malam, tandem nursing.
7. Skin to skin
8. Menyusu kedua dua belah breast secara bergilir gilir.

9. Ibu perlu banyak rehat dan tidak stress.

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu bagi meneruskan perjuangan menyusukan bayi dan bila kita dah tahu punca susu kita kurang kita akan dapat mengatasinya.Jika ingin mengetahui suplemen bagi membantu penyusuan boleh klik di sini


Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur.
untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji  
 Call/ Whatsapp : 019 3624134 
 Email : kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*