![]() |
Cara Salah dan Betul Mengendong Bayi |
Ramai ibu sekarang memilih untuk mengendong bayi dengan menggunakan pengendong atau lebih dikenali babywearing , sekarang ini banyak jenis pengendong yang ada di pasaran sebagai ibu kita harus pandai memilih pengendong yang sesuai, selesa dan selamat buat bayi kita.Terutamanya dari segi pemilihan jenis material yang mana ibu perlu pandai memilih jenis kain agar memberi keselesaan buat bayi dan ibu.Banyak pengendong dipasaran bila digunakan membuatkan kaki bayi tergantung jika keadaan ini dibiarkan lama kelamaan akan membuatkan bayi tidak selesa dan boleh mendatangkan mudarat kepada bayi.Dengan ini ibu perlu memilih pengendong yang boleh membuatkan paha bayi berada di dalam keadaan yang betul agar menjamin keselesaan bayi da tidak mendatang kecederaan pada tulang bayi.
Apa yang perlu di ambil berat juga adalah posisi bayi semasa
mengendong , mengendong bayi dalam keaadaan posisi mengadap muka ke hadapan
sangat tidak di galakkan dan merbahaya serta memberi kesan yang tidak baik buat
bayi.
7 sebab tidak boleh mengendong bayi menghadap kehadapan
adalah.
- Mendatangkan risiko buat bayi itu sendiri bila berlaku sesuatu contohnya bila ibu tersadung dan jatuh, sudah tentu muka bayi yang akan jatuh dan tersungkur.
- Meluaskan pandangan bayi yang mana bayi akan melihat semua benda yang mana akan membuatkan bayi mudah meragam serta akan menggganggu emosi bayi.
- Posisi ini tidak akan menyokong kaki bayi terutamanya bahagian paha
- Kepala bayi dan tulang belakang bayi tidak mendapat sokongan yang sepatutnya
- Posisi ini juga membuatkan tulang bayi tertekan kerana mendapat tekanan dari badan ibu
- Memberikan tekanan berlebihan kepada tuang pelvik bayi
- Kaedah ini juga sukar untuk dipakai serta boleh mendatang sakit belakang kepada ibu
Tips yang bagus utk ibu-ibu yang baru nak cuba babycarrier nih...
ReplyDeleteTips yang bagus utk ibu-ibu yang baru nak cuba babycarrier nih...
ReplyDeleteBagusnya, boleh jadi panduan kepada ibu-ibu yg newbie
ReplyDelete