Saturday, 16 January 2016

KEBAIKKAN SUSU IBU


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH. Tidak dapat dinafikan lagi banyak kebaikkan susu ibu dan susu ibu adalah susu terbaik dibandingkan dengan dengan formula dan susu lain. Ia bukan sahaja baik untuk bayi, tetapi ia juga memberi manfaat kepada ibu yang menyusukan anak, malah susu ibu turut sama bermanfaat kepada keluarga dan masyarakat.




1. Bayi

Pada minggu pertama kelahiran, susu ibu mengandungi kolostrum yang sangat tinggi.
kolostrum adalah sumber imunisasi pertama bayi. Susuibu juga dikatakan boleh
mengurangkan masalah alahan dan masalah system penghadaman.Susu ibu juga
membekalkan zat untuk tumbersaran bayi secara optimum. Ia mengurangkan risiko obesity dan juga diabetes apabila dewasa kelas. Kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ yang lebih tinggi iaitu sebanyak lima mata berbanding dengan bayi yang minum susu formula).Bayi susu ibu juga kurang mendapat jangkitan seperti cirit birit dan gangguan pernafasan.

2. Ibu

Kebaikan kepada ibu pula ialah penyusuan susu ibu membantu pengecutan rahim selepas
bersalin dan mengurangkan pendarahan. Penyusuan susu ibu juga boleh menjarakkan
kehamilan secara semulajadi. selain daripada itu, ibu-ibu yang menyusukan bayi secara
ekseklusif berupaya mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari serta mengurangkan
risik penyakit osteoporosis. Tambahan, apabila ibu-ibu menyusukan bayi, hormon prolaktin dan oksitosin dirembeskan yang mana hormon oksitosin juga dikenali sebagai ‘LOVE HORMON’, sejenis hormon yang mencetuskan perasaan kasih antara ibu dan anak dan membuatkan ibu lebih tenang.Menyusui juga dapat membantu ibu mendapat bentuk badan ideal ini kerana setiap kali bayi menyusu lebih kurang 600 kalori ibu akan di bakar.Menyusui bayi juga boleh di anggap kaedah merancang keluarga secara semulajadi namun ia hanya berkesan dalam tempoh 6 bulan pertama sahaja.

3.Masyarakat

Penyusuan susu ibu juga penting kepada masyarakat sejagat. Penyusuan susu ibu
membantu keluarga & masyarakat dalam mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak
perlu membeli susu formula. ia juga mengurangkan kos perubatan kerana bayi menyusu
susu ibu  kurang diserang sakit. Penyusuan susu ibu juga adalah Mesra Alam di mana ia
mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan
sebarang pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran,secara tidak langsung, ia boleh
menjimatkan kos perbelanjaan negara. Disamping mengurangkan kos untuk mengimport
susu formula.

Kakma harap info di atas dapat memberi semangat buat ibu2 untuk terus menyusukan babi dengan susu ibu dan jika ingn tahu kelebihan menyusukan anak mengikut pandangan islam boleh klik di sini