Showing posts with label KISAHKU. Show all posts
Showing posts with label KISAHKU. Show all posts

Tuesday, 18 October 2016

9 AKTIVITI BUAT BAYI BAHAGIA


Bayi bahagia??ada ke bayi yang tak bahagia?kakma harap tak ada bayi yang tak bahagia didunia ini.Bayi ibarat kain putih,kita ibu bapa lah yang corakkan bayi (anak2) kita.Kakma nak kongsikan 9 cara nak buat bayi bahagia.Kakma sendiri dah amalkan cara ni memang menjadi..seronokkan bila tengok bayi kita gembira dan ketawa..kalau balik kerja walau letih tapi bila tengok anak kita senyum ketawa rasa hilang semua penat.
Mujahid yang suka senyum
9 cara yang boleh dilakukan untuk buat bayi bahagia ialah :

1. Panggil Namanya
Walaupun masih bayi jika kita selalu panggil nama mereka lama2 mereka akan beri respon.Lagipun bila kita panggil nama sama kita mendoakan bayi kita, sebab tu penting kita bagi nama yang elok buat bayi kita.
Ketika berusia 7 bulan bayi begitu gembira apabila ada seseorang berbual dengan mereka dan selalunya bayi akan beri respons dengan gumaman.

Memang dah kenal nama sendiri bila kita panggil Mujahid terus berpaling dan senyum

2. Bermain
Selalunya bayi 7 bulan ke atas dah pandai bermain.Cuba ajak bayi anda bermain ba-ba-cak dengan gaya menutup muka dengan tangan dan buka, pasti bayi kita akan tersenyum.Bayi kakma Mujahid suka sangat sampai dia yang ajak kita bermain.Kakma selalu buat kat dinding bilik, sampaikan kakma tengah solat pun dia ajak bermain ba-ba-cak..seronok dengar Mujahid gelak.Bahagia sangat.Kita juga boleh guna kain2 nipis tutup muka bayi dan tarik sambil sebut ba-ba-cak...mesti bayi akan gelak dan tersenyum.
Suka sangat kalau dapat main ba-ba-cak

3. Bercerita
Selalu bercerita semasa buat apa2 aktiviti bersama bayi kita, contohnya semasa salin lampin bayi, mandikan atau memakaikan pakaian.
Semasa tukar lampin kakma selalu cakap "jom sayang pakai pampers dulu, nanti kita pakai baju cantik, nanti kita boleh pergi jalan2."
Semasa pakaikan baju kakma selalu cakap "kita pakai tangan kanan dulu baru kiri nanti dapat pahala".
Jika kita selalu bercerita bayi pun boleh belajar kosa kata, sebolehnya elak daripada menggunakan bahasa pelat (bahasa bayi) gunakan bahasa sempurna.

4. Keluar Rumah
Selalulah bawa bayi keluar dari rumah untuk melihay dan merasakan indahnya persekitaran di luar rumah.Kakma selalu perhatikan setiap kali keluar rumah walau keluar untuk ambil anak2 dari sekolah Mujahid seronok sangat.Jika bayi kita belum boleh berjalan, kenalkan bayi dengan angin, bau udara sekitar atau aroma seusai hujan.Boleh juga kenalkan bayi dengan bentuk kenderaan dan bunyi.Bagi bayi yang dah boleh berjalan boleh bawa berjalan atas rumput, pasir dan air.Menapak di lantai mereka dah biasa,tapi kalau dirumput atau pasir menjadi luar biasa baginya.
Seronok sungguh Mujahid dapat bermain kata luar rumah
5. Bebas Menjelajah
Bermain mainan bersifat pembelajaran memang bagus untuk menjadikan bayi pintar tapi bukan beerti hanya mainan yang boleh buat bayi pintar.Kita perlu biarkan bayi bebas eksporasi apa pun yang ada sekeliling bayi kecuali barang2 yang membahayakannya.Biarkan bayi bermain dengan cara mereka sendiri.

Suka sangat dia dapat sepahkan kain baju yang ummi dah lipat

6. Matikan Televisyen
Jika kita matikan televisyen masa bermain, berkomunikasi dan beraktivi dengan bayi akan lebih banyak.Pilihlah aktiviti yang boleh dilakukan bersama bagi merangsang perkembangan otak bayi.

7. Berikan Sokongan
Jika bayi anda dapat buat apa2 puji mereka, bayi akan rasa di hargai oleh ibu bapa.Contohnya kakma selalu beri 1 bekas dan minta Mujahid kutip lego masukkan dalam bekas tersebut dan bila mujahid berjaya masukkan kakma akan tepuk tangan lama2 Mujahid pun dah pandai tepuk tangan sendiri.Cara ini akan buatkan bayi kita membesar menjadi anak yang berani dan yakin diri.Selain bagi sokongan kita juga perlu bagi cadangan dan bagi contoh yang betul. 
Hari2 tangok ummi tulis slip pos dia pun sibuk nak tulis  

8. Bacakan Buku
Bila kita selalu bacakan buku ia bagus untuk buat bayi kita membesar nanti cintakan buku.Bacakan buku dengan nada yang sesuai dengan bayi kita.Ia akan membuatkan bayi kita belajar bunyi asas, pola dan ritma suara daripada cara kita membaca dan belajar mendengar aneka suara untuk pelbagai karakter.Aktiviti ini juga mampu mengasah anak mendengar dan mengigat.
Mujahid belajar bersama sama abang dan kakak
Kakak ajar Mujahid huruf hijaiyah

9. Tidur Siang
Bayi yang baru lahir sehingga usia y bln tidur sekitar 75% atau 18 - 20 jam sehari. Bayi perlu waktu tidur yang secukupnya bagi proses perkembangan fizikalnya.Ketika bayi berusia 6 bln waktu tidurnya berkurang sekitar 12- 15 jam sehari ini terjadi akibat perasaan ingin tahu untuk eksplorasi.Tapi kita perlu pastikan waktu rehat dan tidur siang secukupnya.Kakma memang perhatikan jika ada ramai berkumpul memang mujahid tahan mata tak nak tidur kerana seronok bermain.
Seeloknya jangan ganggu bayi saat sedang tidur siang ini kerana bayi yang kurang tidur siang akan lebih mudah meragam. 
Lena tidur

Masuk je kereta tidur

Harap perkongsian ini dapat membantu ibu2 muda terutamanya yang baru saja mendapat cahaya mata pertama.


Monday, 12 September 2016

KISAH HEBAT ANAK (DOWNLINE) SHAKLEE KAKMA


Banyak kisah anak2 (Downline) shaklee kakma yg kakma admire..nanti kakma share sorang2 kisah hebat anak2 shaklee kakma.Ramai anak2 shaklee kakma yang hebat2.
Gambar kenangan semasa kami dapat trip percutian percuma ke California USA pada tahun 2014
Kakma pilih sorang dulu hari ni iaitu Dr. Najihah Abdul Mutalib ..lgpun kak jiah anak sulung shaklee kakma..
Kakma kenal kak jiah  online je melalui FB..kakma dulu jual brg baby n kak jiah ni customer tetap kakma lah..
Kak jiah mmg dah makan shaklee dari awal tp tk beli ngan kakma..tapi kakma suka tanya pasal pengalaman kak jiah abik set hamil coz kakma masa tu abik set menyusu..byk kali kakma pujuk kak jiah join ahli tapi kak jiah tak nak..
Tapi hr ni kakma nak share..kakma doa dlm solat dhuha moga kak jiah terbuka hati nk join shaklee ngan kakma...
Esknya kakma tanya lagi n kak jiah setuju..Allahukabar..happy sgt masa tu...kiki..rezeki kakma dpt anak sulung yg hebat..

Kami sama2 buat shaklee sama2....beza rank pun 1 tangga je.. dan kami dpt gi US sama2 2014

Kakma mmg cukup kagum ngan kak jiah ni..beliau ada baby mcm kakma anak ada 6 org seorang pensyarah dan juga byk aktiviti luar yg kak jiah join...tapi kak jiah sempat lg buat shaklee hingga dpt 5 angka bonus...lagi kakma kagum kak jiah masih sempat masak mcm2 aduh jeles sungguh...kak jiah mmg bukti yang mana jika kita ada masa utk Allah..Allah akan ada masa utk kita..
Group an najah pun makin besar dah hampir 1000 anak buah an najah..

Walaupun kak jiah anak sulung kakma dan group beliau dah besar kakma tetap jg kak jiah mcm anak3 lain.....coz bg kakma mereka semua amanah...

Buat anda  yg tengah cari group best utk join shaklee kakma sgt2 alukan join group kami #OMS mesti tk menyesal..kakma akan bantu anda daru A-Z mcm mana nak berjaya dan dapatkan bonus 4 angka setiap bulan.

Jika anda ingat mendaftar sebagai ahli shaklee dan jadikan bisness shaklee sebagai side income anda boleh hubungi kakma..kakma akan bantu anda sehingga berjaya seperti kakma yang dah jadikan bisness shaklee sebagai kerja full time tetapi hanya dari rumah.


Anda berada di sekitar gombak dan sentul????
anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur. 

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji  Call/ Whatsapp : 019 3624134 
 Email : kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi 

Tuesday, 2 August 2016

PENGALAMAN MELAWAT HQ SHAKLEE DI PLEASANTON CALIFORNIA


Kakma nak kongsikan pengalaman kakma di bawa melawat HQ shaklee. Sebelum kakma pergi sendiri ke HQ shaklee pada tahun 2014 yg terletak di Pleasanton, California kakma tak tahu pun rupanya bangunan HQ pun bercirikan mesra alam iaitu 'Living in Harmony with Nature'.Baru kakma tahu..

Dalam bangunan tak ada econ just guna udara dari luar iaitu udara semulajadi dan pengudaraan dibuat oleh satu kipas gergasi & dari bawah lantai. Struktur bangunannya mmg ada ruang utk udara keluar masuk yang mana bangunan ni didesign oleh syarikat arkitek terkenal Gensler

Kebanyakan bahan untuk membina bangunan ini menggunakan sumber semulajadi, termasuklah bahan-bahannya, warnanya, udaranya termasuklah cahaya yang digunakan di dalam bangunan ni manakala Karpet & dindingnya daripada bahan-bahan 'recycle' (kita semula) nampak kan betapa shaklee menjaga alam sekitar.

Lampunya menggunakan teknologi 'motion sensors' yang mana ia akan hidup dan mati sendiri sekiranya ia dapat mengesan pergerakan (jimat tenaga elektrik)
Pada waktu siang, bangunan ini menggunakan cahaya semulajadi daripada luar, kalau perasan dalam gambar tu ada banyak tingkap kaca. Tingkap kaca ni sebenarnya menggunakan 'electronic sensor' - di mana cahaya boleh tembus masuk sehingga 80% tapi still tak panas

Di sekeliling HO ni memang menghijau ini kerana Shaklee sangat komited dengan kempen menanam semula pokok.

Ada 1 gong di HO yang mana ia akan dipalu setiap kali jualan Shaklee mencapai 1 juta di seluruh dunia dan bila gong ni berbunyi semua staff akan berdiri dan tepuk tangan.

Di dalam bangunan HQ Ini menempatkan bahagian pengurusan, kewangan, undang2, RND dan banyak lagi dan kalau nak tahu semua santisis shaklee ditempatkan di sini.Semasa kami pergi tempoh hari kami mmg di bawa berjumpa dgn semua saintis shaklee dan saintis2 shaklee bukan calang2 org semuanya ada title doktor dan pakar dlm bidang masing2 manakala yang menjadi penaung kpd mereka semua adalah Dr. Elizabeth Blackburn yang mana beliau adalah salah sorang penerima anugerah nobel.Hebatkan shaklee?Kakma harap semua customer kakma tidak lagi teragak2 dengan produk shaklee.

Di sana juga ada sudut dimana diletakkan semua gambar2 master coordinator shaklee diseluruh dunia.

Ada sudut mini library yang mana staff boleh berehat sambil membaca.

Best kan...rugi kalau kita SID tak dapat pergi sendiri ke sana dan tgk sendiri HQ shaklee... 

Apa yang kakma tak boleh lupa di mana semasa kami sampai dan turun dari bas kami di sambut dgn "red carpet" dan tepukan yg gemuruh..Rasa dihargai sangat2.seronok sangat di raikan sebegitu rupa.

In sya Allah 2018 kakma akan usaha jgk utk pergi sana lagi..Doakan kakma yer.
Jom kalau anda ada impian yang sama jom sertai kakma..dan kalau anda nk tahu semua perbelanjaan trip ini adalah percuma sehinggakan langguge pun shaklee sediakan..makan semua bg yg muslim mmg shaklee sediakan yang halal so mmg tak risau.

Jika anda juga ingin rasa apa yang kakma rasa jom sertai team kakma...hubungi kakma 0193624134...kakma adalah pengedar sah shaklee kawasan sentul, gombak,sri gombak, setapak dan kuala lumpur.

Friday, 15 July 2016

BIG WHY, KENAPA SERIUS BUAT SHAKLEE


Assalamualaikum.
Kakma just nak kongsikan big why kenapa kakma serius buat shaklee...


Insan ini lah yg bergelar Mek...iaitu ibu kakma yang sentiasa bagi sokongan walau apa kakma buat...(yg baik2 lah kan)

Kakma ingat lagi masa kakma nak berhenti kerja...lepas minta izin suami dan suami izinkan,kakma terus call mek bagitahu kakma nak berhenti kerja kakma nak buat shaklee full time kakma nak jaga anak2 sendiri nak hantar dan ambil anak2 sekolah sendiri..
Mek tak kata tak boleh mek tanya kakma dah solat istikarah ke?..
Yer mek kakma dah buat solat istikarah dan Allah dan tunjuk jalan...kakma seronok buat shaklee...dan kakma tahu dengan shaklee kakma boleh pergi jauh lagipun kakma dah tengok ramai yang dah berjaya kalau mereka boleh kenapa tidak kakma.
Selama kakma kerja kakma tak mampu bagi mek duit setiap bulan 4 angka..tapi sejak kakma buat shaklee kakma boleh bagi mek n ayah 4 angka setiap bulan..kakma boleh balik kampung tanpa berkira2 duit gaji cukup ke tak...tak kisah tengah bulan ke hujung bulan ke..kalau ada masa kakma mesti balik kg.kalau dulu kalau ada emergency ayah or mek nk guna duit kakma terpaksa cakap tak ada duit coz mmg tak ada..sekarang Alhamdulillah kakma blh adakan dan cuba bantu selagi boleh.

Kalau kakma tak buat shaklee...belum tentu kakma dapat hantar mek pergi umrah dgn duit gaji kakma yg tak seberapa tu...
Kakma masih ingat masa kakma bg tahu mek kakma nk hadiahkan trip 5bintang ni ke mek dari air muka mek kakma tahu mek terharu sgt2...mek terus cerita kat arwah nenek dan adik beradik mek..kakma rasa masa tu kakma dah beri hadiah plg bernilai buat mek...
Yer lah setiap kita mmg nak sangat pergi tanah suci..

Ini lah #bigwhy kakma selain anak2 dan suami...

Kakma akan sentiasa bahagiakan mek dan ayah selagi kakma hidup...

Buat anda yang masih mencari bisness untuk jana pendapatan,kakma sangat syorkan anda buat shaklee dan jika anda register under kakma...kakma akan ajar anda dari awal sehingga berjaya apa yang penting yg anda perlu ada ada lah semangat ingin belajar dan tidak putus asa.

Whatsapp kakma 0193624134

#tsunamishaklee
#hunt2shaklee
#OMSgroup

Wednesday, 23 September 2015

RAWAT RUAM LAMPIN DAN RUAM SUSU DENGAN KRIM SEMULAJADI


Selalu kita dengar masalah yang sering terjadi pada bayi baru lahir ialah ruam susu dan ruam lampin.Ruam adalah masalah kulit yang menjadi kemerah- merahan atau kasar pada bahagian pipi, leher, dagu atau bahagian anggota badan yang lain.Bagi bayi selalu terjadi ruam lampin salah satu sebab mungkin penggunaan pampers yang tidak sesuai or memang kulit baby sangat sensitif.

Selalunya untuk atasi masalah ruam ini kita akan sapukan krim di tempat ruam tersebut.Ramai ibu2 tidak sedar banyak krim yang dijual di farmasi dan klinik mengandungi Steroid. Pembelian krim tersebut tidak memerlukan prescription dan antara steroid yg selalu digunakan adalah hydrocortisone, betamethasone, clobetasol, triamcinolone, momethasone, clobetasone etc. Contohnya, krim gatal jenama Daktacort yg dijual mengandungi hydrocortisone.
Tahukan kita pengambilan Steroid secara berterusan akan menyebabkan kulit akan menjadi semakin nipis dan boleh menyerap masuk dalam badan yang mana akhirnya mendatangkan masalah kesihatan yang lebih teruk.Jadi sebagai ibu buatlah pilihan yang terbaik untuk anak2 kita.

Kakma ingin berkongsi pengalaman kakma bersama anak ke 3.Alhamdulillah untuk anak ke 3 kakma hanya menggunakan krim semulajadi Herba blend sahaja sejak lahir hingga sekarang berumur 3 bulan.Alhamdulillah baby tiada masalah ruam lampin kalau ada pun ruam susu tetapi lepas sapu krim herba blend sekejap je dah hilang ruam susu tu.Selepas mandi baby Mujahid ( nama baby kakma) kakma akan sapu celah paha, ketiak, leher dan belakang telinga dengan krim Herba blend ini.Bau krim herba blend ni pun wangi.Kakma juga perhatikan kalau sapukan krim herba blend ni nyamuk pun tak nak datang dekat baby Mujahid setakat ni mmg jarang sgt lah Mujahid kena gigit nyamuk.Kakma memang tak pakaikan Mujahid bedak lagipun bedak tak elok sangat untuk baby, boleh menyebabkan baby kena penyakit asthma.


Krim untuk ruam susu

Krim semulajadi herba blend ni memang krim pelbagai guna kakma mmg sekali guna 3 tiub tapi tak de lah habis semua..1 letak dlm bakul baby kat rumah 1 dalam beg baby 1 lagi dalam kereta lagipun si kakak suka sangat krim herba blend ni pantang gatal sikit mesti cari krim ni sapu.Selain dari ruam susu dan ruam lampin krim semulajadi herba blend ni juga bagus untuk kulit sensitif, gigitan nyamuk, gatal dan masalah lain yang berkaitan kulit. Kakma ada kongsikan pengalaman anak ke 2 naik chiken pox tetapi Alhamdulillah tak ada parut yang tinggal lepas sapukan krim herba blend.Nak tahu lanjut kisah ni boleh baca Di Sini




Krim ini juga boleh halau nyamuk 


Di sini kakma kongsikan pengalaman ibu2 yang sangat berpuas hati dengan krim semulajadi herba blend ini.



Krim hilangkan ruam susu


Shaklee memang sentiasa memberi jaminan setiap produk ada SEMULAJADI SELAMAT dan BERKESAN.

Kalau anda berada sekitar kampung padang balang sentul atau gombak anda boleh dapatkan krim hilangka  ruam lampin dan ruam susu ini secara COD dan kakma akan konsult anda secara direct.

Kakma adalah pengedar shaklee kawasan kampung padang balang sentul dan bagi yang jauh kakma boleh pos..kakma menggunakan perkhidmatan poslaju selalu pos pagi ni esok dah sampai.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Monday, 21 September 2015

HILANGKAN PARUT CHIKEN POX DENGAN KRIM SEMULAJADI


Kakma nak kongsikan pengalaman sendiri menggunakan krim semulajadi iaitu Herba Blend Multi Purpose Cream dah hampir 4 tahun.Kesan ketara yang kakma nak kongsikan bila anak perempuan kakma naik chiken pox 3 tahun lepas.Lepas dah kering chiken pox kat muka dan badan anak, kakma terus sapukan krim semulajadi ini..krim ni memang bagus dapat kurangkan rasa gatal dan boleh hilangkan parut chiken pox dan Alhamdulillah memang tak ada kesan parut yang tinggal kat badan dan muka anak kakma.


Ni gambar anak kakma semasa naik chiken pox dan lepas seminggu memang takde langsung kesan parut.


1 tiub krim semulajadi HERBAL BLEND ini mengandungi 113g isi kandungan membuatkan ianya antara krim kulit yang sangat murah harganya berbanding dengan fungsi dan kegunaannya. Semua ahli keluarga boleh menggunakan cream ini tambahan cream ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia, selamat dan berkesan.Harganya hanya rm27.50 sangat murah berbanding kegunaannya yang serba guna..

Krim ini juga boleh halau nyamuk

Herbal Blend Multipurpose Cream ini diformulakan daripada ekstrak semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Cream ini bersifat dingin, bermentol dan tidak berminyak dan melekit. Herbal blend juga telah diuji secara klinikal di mana cream ini dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.

Krim semulajadi rawat ruam lampin dan ruam susu

Kakma kongsikan antara testimoni lain dari customer yang berpuas hati selepas menggunakan krim semulajadi herba blend ini.








Kalau anda berada sekitar kampung padang balang sentul atau gombak anda boleh dapatkan krim untik hilangkan parut chiken pox ni secara COD dan kakma akan konsult anda secara direct.

Kakma adalah pengedar shaklee kawasan kampung padang balang sentul dan bagi yang jauh kakma boleh pos..kakma menggunakan perkhidmatan poslaju selalu pos pagi ni esok dah sampai.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134

Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Monday, 6 July 2015

PENGALAMAN BERBEZA BERSALIN ANAK KE 3


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa..
Alhamdulillah hari ni genap mai berpantang hari ke 34...berbaki 10 hari lagi untuk habis pantang.Mai nak share pengalaman bersalin anak ke 3 yg berbeza dari anak pertama dan kedua...bersalin kali ni seolah2 bersalin di rumah.


BABY SHAKLEE KHALIF MUJAHID

Seperti anak pertama dan kedua Mai memang bersalin di hospital machang kelantan.Mai sangat selesa bersalin di hospital machang kerana dewan bersalinnya sangat selesa besar dan tenang sangat kalau di lihat di dinding dewan bersalin ada doa2 yang di tampal yang boleh di baca saat kita menanti untuk bersalin.Wadnya pun selesa dan tidak crowded memang sangat selesa lagu2 ibu2 hamil yang menunggu saat bersain sangat perlukan keadaan yang tenang bagi memastikan mood dan emosi ibu tenang.

Pengalaman Mai bersalin anak pertama n kedua Mai mmg hanya bersalin di bantu oleh stafnurse dan bidan sahaja tiada doktor dalam bilik bersalin.Semasa sakit kontraksi memang nurse siap2 pasang jarum kat tangan katanya untuk persediaan maybe kena masuk air nanti.Jujur cakap memang tak selesa bila menahan sakit sambil tangan ada berdrip walau sakit cucuk drip tu tak sesakit menahan kontraksi tapi sedikit sebanyak ia sangat menganggu.

Tetapi bersalin anak ke 3 sangat berbeza terlebuh dahulu bersyukur pada Allah kerana di makbulkan doa untuk Mai bersalin di kg dan hospital machang,bagi mai hospital machang sangat selesa dan kakitangan di sana pun baik2 belaka.Walau ada kawan2 yg cerita pengalaman mereka berlainan dengab Mai ada yang tak puas hati dengan layanan nurse kat sana.Tapi apa yg Mai buat semasa hamil Mai hanya berdoa dan RCA yang mana masa Mai bersalin nanti semuanya baik2 belaka dan Alhamdulillah pengalaman kali ke 3 ni pun sama semua nurse dari wad dan dewan bersalin semua baik2.

Mai mula sakit perut pada isnin malam iaitu 1 jun 2015 pada mulanya sakit main2 dan ada kuar lendir coklat jam 4 pagi sakit dah terasa kerap 5min sekali terus Mai minta ayah hantarkan ke hospital.Sampai di hospital terus masuk dewan bersalin dan bila bidan check baru 2cm bukaan jalan dan nurse masukkan ke wad dulu.Pada hari selasa 2 jun siang hari sakit yg rasa pada malamnya makin hilang,sehingga jam 1 pg 3 jun baru mula rasa sakit jam 4pg air ketumban pecah dan nurse periksa bukaan baru 4cm tapi sebab dah pecah ketumban Mai di bawa masuk dewan bersalin..lain kali ni mai tidak di pasang jarum utk drip.Lama juga layan sakit dari 4pg sehingga 8pagi Mai dah rasa sakit sangat2..ada 4 org nurse yang jaga Mai masa tu nurse pun mmg berpengalaman tgk ke usia baik sangat tak putus2 pesan Mai sabar dan berdoa selawat istigfar...memang pada masa tu Allah je tahu sakit sangat2 apa yang di rasa masa tu macam tulang pungguh kita ni orang pijak2 dan patahkan...berkali2 mai mengeluh sakit dan minta suami masuk teman selalunya dah 7 or 8 cm baru suami boleh masuk teman tapi mungkin nurse kesian tengok Mai dah 5cm tu nurse panggil suami teman.Mungkin sebab lama sangat sakit Mai penat sangat dan dahaga sangat minta air dengan nurse..nurse kata boleh minum air kosong je dan nurse bagi minum melalui straw...suami tolong lap2 bibir sebab bibir dah kering.

Bila sakit dah makin sakit Mai bagitahu nurse tak tahan sangat nurse minta push...jujur cakap mai macam dah lupa macam mana nk push yer lah dah 5 tahun tak bersalin..masa push kali pertama nurse cakap salah tu...huhu.Banyak kali mai push mmg susah kali ni coz kepala baby masih tinggi tapi sebab nurse yang membantu sangat berpengalaman Alhamdulillah lepas sejam Mai selamat bersalin, tepat jam 9.20pg 3 jun 2015 lahirlah seorang putera ke 2...Alhamdulillah..Ya Allah masa tu Allah je tahu betapa leganya...Nurse terus letak baby kat dada...harum sangat bau baby yg belum di cuci...hilang habis rasa sakit sebelum ni lepas dapat peluk baby..tetapi kaki dan tangan mai rasa lembik longlai macam tak rasa apa penat sangat2..rasa nak terus jatuhkan kaki lenguh sangat tapi Mai tahu mengikut pengalaman anak 1st n 2nd Mai mesti kena jahitan yang banyak tentu kali ni pun sama...tetapi mai dengar perbualan nurse tk perlu jahit ni luka sikit sangat boleh sembuh sendiri...masa mai dengar tu hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya...rasa menitip air mata...syukur sangat walaupun kali ni baby lagi besar dari abg n kakaknya tapi satu jahitan pun mai tak kena...lepas uri dah kuar dan semua selesai nurse bagi semula baby yg masih belum di mandikan tapi nurse dah balut dengan kain untuk menyusu..bila peluk n mai dekatkan baby ke breast terus baby menyusu, perasaan masa tu nikmat sangat rindu sangat nak susukan baby..Mai memang berniat nk susukan baby selama mungkin macam kakak Marissa bila hamilkan baby baru stop sampai 4 tahun kakak Marissa menyusu.

Pengalaman kali ni sangat berbeza walaupun sakit kali ni lebih lama n sakit dari anak 1st n 2nd tapi syukur sangat banyak kelebihan lain yang Allah bagi terutamanya bab tak perlu jahit lepas bersalin syukur sangat2.Nak jaga jahitan n sakit jahitan tu memang serik bila diingatkan lagi2 bab membuang air besar memang seminggu lah takut nak membuang.
Syukur juga baby tak de jaundis (deman kuning) macam abg n kakaknya...abg n kakaknya dulu lama jaundis berminggu2 berulang alik klinik kena ambil darah tapi adik baby kali ni memang takde kuning...berpantang kali ini sangat2 berbeza walaupun hanya 10 hari dapat berpantang kat kampung dan selebihnya terpaksa berpantang sendiri Alhamdulillah diberi kekuatan dan kesihatan oleh Allah.syukur ya Allah...in sya Allah 1 syawal nanti habislah tempoh berpantang 44 hari..memang raya sungguh lah tahun ni...

Set Hamil yang Mai amalkan
Jemput baca pengalaman kakma Naikkan HB semasa Hamil


Sunday, 10 May 2015

TIADA LAGI MASALAH HB LOW SEMASA HAMIL


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.
Mai ingin berkongsi perbezaan hamil kali ke 3 ni sangar berbeza dengan kehamilan sebelum ini.Apa yang paling ketara adalah bacaan Hb sangat berbeza kalau dulu setiap kali check up risau sangat bila dapat result HB selalu merah mesti bawah dari 10 paling rendah mai pernah dapat bacaan 8.8.
Memang nurse akan bising bila dapat bacaan macam tu dan macam2 nurse cakap bahaya HB low risiko baby meninggal dalam kandungan atau nanti masa bersalin akan tumpah darah..mai tak salahkan nurse tu bising memang tugas dia dan mai ikut je apa nurse cakap nurse minta mai beli vitamin kat farmasi mai ikutkan mai makan 2 jenis vitamin untuk naikkan darah beli kat farmasi dan yang klinik bekalkan pun mai makan tapi resultnya tetap sama...sedih sangat belum lagi cerita hari2 mai masak sayur bayam...huhu


Inilah bacaan Hb hamil anak ke 2 sentiasa merah.

Tapi sejak hamil anak ke 3 mai memanh dah amalkan sebelum mengandung vitamin shaklee berbeza sangat masa buat checkup untuk buat buku merah bacaan Hb dah tak.merah ..masa tu mai fikir kandungan masih kecil nurse cakap makin besar kandungan Hb akan turun kalau tak jaga.So mai sangat jaga setiap hari tak miss ambil vitamin dan check 2 minggu lepas semasa kandungan.mai 32 week bacaan HB mai 12.4 seronok sangat kerna mai tak pernah dapat bacaan setinggi itu dan lagi tak percaya minggu ni 6 mei mai checkup dan bacaan Hb semasa kandungan dah 34 minggu adalah 14.2 ya Allah mai seakan tak percaya 2,3 kali mai tanya nurse betul ke bacaan tu?syukur sangat2 hanya Allah yang tahu.


Bacaan Hb naik walau minggu akhir hamil

Jika kawan2 nak tahu apa yang mai makan untuk naikkan Hb mai boleh baca di sini Klik Sini


Moga perkongsian Mai ini dapat membantu ibu2 hamil yang ada masalah macam mai.


Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana saya adalah Pengedar Sah Shaklee Gombak dan Sentul serta kawasan sekitar kuala Lumpur.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134 
Email : kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sunday, 3 May 2015

GASTRIK SEMBUH SETELAH 16 TAHUN MENDERITA


Kakma ingin ceritakan pengalaman sendiri yang mana kakma menderita gastrik lebih 16 tahun dan dengan izin ALLAH gastrik sekarang sembuh.Kakma kena serangan gastrik yang pertama ketika berusia 14 tahun dan berlarutan sehingga usia 30 tahun.Bayangkan berapa lama kakma menderita menangung sakit gastrik ini anda yang ada gastrik mesti tahu betapa sakitnya menahan semasa gastrik datang menyerang.

Setiap kali bulan puasa selepas sahur mesti makan ubat gastrik.Sebelum puasa lagi dah jumpa doktor dan minta ubat gastrik untuk stok sebulan puasa kalau boleh nak mengelak dari kena gastrik tapi kalau dah kena Allah saja yg tahu, sakit sangat,kalau sakit kepala boleh lagi tidur tapi kalau kena gastrik tak boleh tidur pusing kanan,pusing kiri letak bantal kat perut dan tidur mesti selimut dan tutup kipas kalau tak lagi masuk angin kalau sejuk tidur pun merengkuk je badan.Masa bujang boleh lah tidur macam ni..tapi sejak kawin ada anak pastu anak pulak menyusu mana boleh tidur cara kita so terpaksa lah menyusukan anak sambil menahan kesakitan.

Begitu lama kakma bergantung dengan ubat tapi kakma dapati ubat hanya untuk tahan sakit bukan untuk merawat..Kenapa kakma mengatakan begitu? ini kerana 16 tahun kakma makan ubat gastrik tak sembuh pun hanya hilangkan sakit sahaja.

Tetapi dengan izin ALLAH tahun 2012 kakma berkenalan dengan shaklee dan pada mulanya mencuba set menyusu shaklee yang mana dalam set menyusu ada ESP (Energizing Soy Protein) dan Ostematrik. Bila kakma makan set menyusu ini dah mula perasan jarang kena gastrik kalau tak sebelum ini setiap minggu mesti kena gastrik tetapi sejak amalkan set menyusu ni sebulan sekali pun belum tentu mai kena gastrik.Selepas kakma ambil tahu kelebihan produk ini baru kakma sedar memang ESP dan Ostemarik sangat membantu untuk menyembuhkan sakit gastrik.Kakma juga makan peppermint ginger untuk buang angin dalam badan.Seperti kita tahu halia sangat bangus untuk buang angin dalam badan oleh kerana kakma memang tk boleh telan air halia jadi kakma pilih untuk ambil peppermint ginger.

Perkongsian kakma 


Ini lah set Gastrik yang kakma ambil.

 Energizing Soy Protein – ESP (850g) ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan. 

Peppermint Ginger Plus (90tablet) Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut serta membuang angin di dalam badan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.
Ostematrix (120 tablet) Ostematrix adalah suplemen kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid yang telah memasuki asofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sebab tu tak pernah kita lihat bayi dan kanak-kanak yang banyak minum susu tak de sakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat dari ubat kapur hospital yang sintetik tu. 

Tonton Video di bawah untuk mengetahui bagaimana beliau selama ini sakit gstrik kronik selama 10 tahun tiba sembuh



Jika anda ingin mendapatkan Set Gastrik di atas sekarang and boleh buat belian terus dengan klik ikon di bawah


Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana saya adalah Pengedar Sah Shaklee Gombak dan Sentul serta kawasan sekitar.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*