Saturday, 19 September 2015

RESEPI DURIAN CREPE YANG SENANG DAN SEDAP


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.

 Hari ni Mai nak share resepi durian crepe yang senang dan sedap.Mesti semua tahu berapa harga durian crepe selalu Mai beli 4-5 bj rm10 kadang-kadang dapat yang elok ada juga beli yg duriannya dah rasa macam tempoyak so oleh sebab Mai n anak Mai suka sangat durian crepe ni baik Mai belajar n buat sendiri boleh makan puas-puas.
Resepi ni senang tak perlu guna penimbang lagipun tak semua org ada penimbang nk timbang tepung segala bagai tu kan.

Mai belanja gambar durian crepe yang Mai buat



Ini antara bahan-bahan yang diperlukan;

Untuk kulit campur semua dan kacau sebati bahan2 di bawah.
2 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan tepung kastad
1 1/2 sudu makan tepung ubi kayu
1 1/2 sudu makan tepung ubi kentang
2 1/3 makan gula icing
4bj telur ayam
1 sudu makan minyak masak
1 sudu kecil esen Vanila
1 sudu kecil pewarna kuning
2 cawan air masak

Untuk inti
4 biji durian buang biji ambil isi sahaja
2 cawan whipping cream pukul sehingga kembang dan tak jatuh bila kita angkat.
Mai guna whipping cream jenama Value Pride



Bila dah sebati campuran bahan2 untuk buat kulit boleh lah mula masak kulit..seeloknya guna Pan yang tidak melekat bersaiz 12cm.lagi nipis lagi cantik kulitnya dan semasa masak kulit tak perlu balikkan kulit untuk dapatkan 1 bahagian kulit yg licin dan cantik.Selalunya Mai buat untuk sukatan di atas akan dapat dalam 30 keping kulit.

Bila dah siap masak semua adunan kulit bolehlah mula balut inti.Letakkan kulit yang bahagian bawah semasa masak di bahagian atas iaitu bahagian dalam supaya bahagian atas semasa masak akan jadi bahagian luar durian crepe. Letakkan whipping cream dahulu dan kemudian baru letakkan isi durian.Lagi banyak whipping creme n isi durian lagu sedap.Lepas tu boleh lah mula lipat bentuk empat segi dan siap.Sebelum makan letak dulu dalam peti sejuk makan sejuk2 lagi sedap.

Ok selamat mencuba..nanti kalau dah cuba sudi2 share hasil kawan2 kat komen yer.

Mai share gambar masa Mai buat durian crepe sendiri kali pertama bulan lepas.