Saturday, 19 September 2015

TIPS PENJAGAAN RAMBUT SIHAT DAN CANTIK


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.
Mai ingin kongsikan tips penjagaan rambut supaya sihat dan cantik.Tips ini sesuai untuk wanita bertudung yang mana walau kita bertudung kita perlu menjaga rambut kita ini kerana rambut adalah mahkota setiap wanita.


Bertudung bukan bermakna boleh biarkan rambut kita begitu sahaja tanpa penjagaan yang rapi dan sempurna, ini kerana adakalanya kita berhadapan dengan mahram tanpa mengenakan tudung terutamanya suami kita.Pasti mahram kita lagu2 suami kita tak selesa jika rambut kita kusut masai dan tak terurus. Jadi, penjagaan rapi perlu walaupun bertudung litup.

1) Basuh Rambut Secara Teratur
Elakkan dari basuh rambut dengan kerap. Memadai dengan membasuh rambut setiap dua hari sekali. Langkah terbaik, pilih syampu yang mempunyai rumusan penjagaan rambut yang semula jadi. Aplikasikan juga pelembap rambut selepas selesai bersyampu.

2) Jangan Pakai Tudung Ketika Rambut Basah!
Ini satu kesalah besar. Elakkan daripada mengenakan tudung ketika rambut kamu masih dalam keadaan basah atau lembap. Ia boleh menyebabkan rambut kamu berbau dan kering. Jika perlu, gunakan sahaja pengering rambut dalam suhu yang rendah untuk mengeringkan rambut dengan lebih cepat.

3) Elak Pakai Tudung Gelap
Sama seperti baju yang kamu pakai, tudung yang berwarna gelap juga berpotensi untuk menyerap haba yang lebih besar. Jadi, elakkan daripada mengenakan tudung yang berwarna gelap kerana haba yang diserap juga boleh memberi efek yang tidak pada terhadap rambut.

4) Pilih Fabrik Tudung
Kalau boleh, gunakan tudung daripada fabrik yang lembut kerana ia boleh menyegarkan rambut kamu. Pada masa sama, rajin-rajinkan diri untuk bertukar tudung bagi mengelakkan pembiakan bakteria dan bau yang kurang menyenangkan pada rambut.

5) Tudung Praktikal
Sebagai seorang remaja, pastinya kamu mempunyai jadual harian yang padat. Jadi, pakailah tudung yang praktikal dan usah pakai tudung yang terlalu ketat atau sarat dengan aksesori manik kecuali jika kamu perlu menghadiri majlis makan malam bertema.

6) Rehatkan Rambut
Sama seperti badan, rambut juga perlukan rehat yang secukupnya. Rambut juga perlukan nafas untuk pengaliran darah yang baik pada kepala. Secara tidak langsung, ia juga akan membuatkan rambut kamu kekal sihat.

7) Makanan Sihat
Pilih dan banyakkan pengambilan makanan yang mempunyai rendah lemak dan kaya dengan protein, vitamin B-6, B-12, dan C, serta zat besi kerana khasiat tersebut mampu menutrisi rambut dengan semula jadi. Kacang-kacangan, bayam, pisang, juga dapat menguatkan akar rambut.

8) Rajin Sikat rambut
Pada masa sama, rajinkan diri untuk menyikat rambut kita empat kali sehari. Tetapi ingat, jangan sikat rambut dengan terlalu kasar kerana ia boleh menyebabkan rambut gugur atau putus. Memadai dengan sisir secara lembut. Pakai jari pun boleh!

9) Potong Rambut
Kita yang bertudung digalakkan untuk memotong rambut lebih pendek kerana memudahkan proses penjagaannya. Selain memudahkan penjagaan, cara ini juga boleh mengurangkan masalah rambut gugur. 

Jika kita nak rambut cantik dan tak banyak masalah memang patut bertudung.ini kerana rambut yang bertudung mudah dijaga dan rambut yang sering terdedah dengan sinaran UV, habuk, debu dan pencemaran alam lebih mudah rosak.
Lihatlah bagaimana Islam itu amat prihatin dengan penjagaan kecantikan dan kesihatan manusia kan. Hukum Allah tu banyak hikmahnya cuma kadangkala kita yang tak ketahuinya.

Kalau anda masih mencari-cari produk penjagaan rambut yang semulajadi bebas bahan kimia anda boleh baca Di sini