Friday, 1 May 2015

ATASI MASALAH HB LOW SEMASA HAMIL


Assalamualaikum.. Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH. 
Mai ingin kongsikan pengalaman Mai semasa hamil anak pertama dan kedua yang mana Mai memang ada masalah Hb Low  sejak hamil kali pertama rasanya dalam buku pink memang merah je  tulisan nurse dekat ruangan bacaan HB. 
Mai masih ingat semasa Mai hamil kali kedua bacaan Hb Mai pernah turun sehingga 8.8, siapa tak risau kan,macam-macam vitamin yang nurse syorkan mai beli dan makan tetapi hasilnya tetap sama, bacaan Hb Mai tetap merah. Pada akhir kehamilan doktor meminta Mai membuat ujian Thalesimia dan hasil ujian Mai disahkan Pembawa thalesimia dan doktor menyatakan normal bagi pembawa thalesimia mempunyai bacaan Hb yang rendah.

Tetapi pengalaman mengadung kali ke 3 ini sangat berbeza Mai sangat bersyukur mengenali vitamin yang mai ambil sekarang ini,Mai memang 100% hanya mengambil vitamin shaklee sejak sebelum hamil sehingga sekarang.Hb mai sejak pertama kali pemeriksaan mendapat bacaan lebih dari 11 dan pada usia kandungan Mai 8 bacaan Hb Mai adalah 12.4 yang mana sebelum ini bacaan HB Mai tak pernah setinggi itu. Doktor ada bertanyakan vitamin apa yang di ambil sekarang dan bila Doktor tahu Mai mengamalkan Shaklee doktor hanya menyuruh Mai teruskan dengan vitamin yang Mai ambil sekarang.



Di sini Mai kongsikan Vitamin apa yang Mai ambil, gambar di bawah adalah 3 vitamin yang mai ambil semasa hamil.
Yang berwarna kuning adalah B complek , warna putih Vitamin C dan warna hijau itu adalah Vitalea.



Kenapa 3 vitamin ini sangat membantu menaikkan Hb mai ialah :
Vitalea with iron Formula - Multivitamin yang kaya dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA. Jadi kepada ibu- ibu yang mengalami tekanan darah atau hb rendah boleh mengambil 2 biji vitalea sehari
Sustained Release Vitamin C - Fungsi utama pengambilan vitamin c adalah untuk membantu penyerapan zat iron yang terdapat dalam vitalea. Jadi ia digalakkan telan sekaligus dengan vitalea demi untuk naikkan bacaan Hb. Selain itu ia melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
B Complex -  lengkap dengan folic asid yang mana sangat penting dalam penghasilan Hormon & sel- sel Darah merah dan penting untuk pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Anda boleh juga tonton video di bawa yang mana ia adalah perkongsian dari sahabat Mai yang juga mempunya masalah sama seperti Mai tetapi hamil kali ke 4 beliau tidak lagi ada masalah Hb Low






Buat yang tidak tahu apa itu Hb, Hb tu singkatan sukatan hemoglobin dalam darah yang akan diambil setiap kali checkup. Dari laman web medicinenet.com, Hemoglobin tu adalah molekul protein dalam sel darah merah yang bawa oksigen dari paru-paru ke sel-sel badan yang lain. Menurut web babycenter.com, semasa hamil, jumlah darah dalam badan akan meningkat sampai lebih 50 peratus. Ibu hamil perlukan ekstra iron untuk menampung lebihan darah itu. Lagipun, iron yang lebih sangat penting untuk bayi dalam kandungan dan plasenta bayi juga. Risiko anemia / Hb rendah akan menjadi lebih teruk apabila ibu hamil ada 'morning sickness' yang menyebabkan kurang selera makan dan muntah yang berlebihan. 


Kesan buruk Hb rendah kepada Ibu Hamil Kebanyakan ibu hamil yang mempunyai Hb rendah tidak perasan simptom seperti lemah, rasa pening, loya dan sebagainya kerana ia adalah simptom biasa untuk semua ibu hamil termasuk yang ada Hb normal. Tetapi, risiko paling besar adalah jika ia bertambah teruk dan menjejaskan kandungan. Antara kesan buruk yang pasti kita tak nak terjadi adalah:

[✗] Kelahiran bayi pra-matang atau tak cukup berat 
[✗] Tumpah darah ketika bersalin 
[✗] Kemurungan selepas bersalin 
[✗] Bayi mengalami anemia 
[✗] Perkembangan bayi yang terjejas / lambat 



Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana saya adalah Pengedar Sah Shaklee Gombak dan Sentul serta kawasan sekitar. u

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji 
Call/ Whatsapp : 019 3624134 
Email : Kmshop143@gmail.com 
FB : Mai Md saupi 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

2 comments:

  1. alhamdulillah..saya pun serasi dengan vitamin Shaklee waktu hamil ni..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah seronok rasanya dapat berkongsi vitamin semulajadi dengan kawan2.

    ReplyDelete