Assalamualaikum..
Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan
sentiasa di dalam rahmat ALLAH.
Sudah hampir sebulan mai dan suami pulang dari US iaitu trip
yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee…Alhamdulillah mai Berjaya dapat 2 tiket dan
pergi bersama suami mai.
Sebenarnya Shaklee bagi pilihan sama ada ingin memilih trip
ke US atau mengerjakan Umrah oleh kerana Mai dan suami baru sahaja pergi Umrah
pada Mei yang lepas jadi kami memilih untuk US.
Rumit juga persedian
untuk pergi ke US terlebih dahulu kami perlu mendapatkan VISA yang mana kami perlu
mengisi boring secara online di sini dan seterusnya membuat bayaran RM514 di standart charted selepas membuat bayaran
kita akan diberikan no pin dan perlu login semula dan melengkapkan semua borang
dan butiran yang dikemukakan dan membuat temujanji untuk temuduga sebelum
mendapat kelulusan visa.Temuduga aka di adakan di kedutaan Amerika Syarikat di
jalan Ampang iaitu berhadapan dengan menara tabung haji.Sebelum pergi temuduga
ada juga dengar khabar angin yang ramai tidak lulus temuduga dan bermacam
soalan yang ditanya sedikit sebanyak membuatkan mai rasa berdebar tapi bila
difikirka balik tiada alasan untuk kita takut.Interview kami pada 10 julai jam 8.30pagi kami perlu
berada di sana 10 minit awal.Terlebih dahulu kami perlu beratur di luar kawasan
kedutaan sebelum dibenarkan masuk.Kami perlu menunjukkan surat temujanji
temuduga dan selepas pemeriksaan keselamatan baru kami dibenarkan masuk. Dan
kami perlu lagi menunggu diruang menunggu sebelum dipanggil untuk mengesahkan
semua dokumen yang diperlukan lengkap dan menunggu lagi untuk sesi temuduga.
Lebih kurang 2 jam juga kami berada di sana dan semasa temuduga kita perlu
masuk di bilik yg disediakan dan kita hanya perlu berdiri seperti kaunter
pertayaan dan pegawai penemuduga berada di dalam hanya seorang pegawai dan jika
kita memohon visa berdua atau bersama ahli keluarga kita boleh masuk serentak
dan jika kita memohon visa untuk anak-anak berumur 7 tahun ke bawah anak-anak
tak perlu hadir ibu bapa hanya perlu membawa semua dokumen dan surat beranak
anak-anak sahaja.Soalan yang di ajukan kepada kami ialah
1)Pergi US untuk urusan apa?
2) Berapa orang downline
3) Berapa orang anak?Kenapa anak tidak ikut sama?
Hanya itu soalan yang diajukan kepada kami dan Alhamduillah
semuanya berjalan lancar dan selepas 2 hari kami sudah mendapatkan Visa kami.Semasa
mengisi borang kita boleh memilih samada Visa kita nak collect sendiri atau
pihak kedutaan pos, dan kami memilih untuk Pos kerana kalau ingin collect
sendiri kami perlu collect di petaling jaya.
Tips yang mai ingin berikan sediakan semua dokumen yang
perlu macam kami tunjukkan semua surat-surat yang diberikan oleh Shaklee
terutamanya buku program dan tentative serta butiran berkaitan penginapan di
sana. Dari segi pakaian untuk lelaki digalakkan pakai pakaian biasa tidak perlu
formal dan suami mai hanya berbaju t-shirt dan berseluar track ini kerana
peraturan untuk masuk agak ketat seperti melalui pemeriksaan untuk menaiki
kapal terbang…hehe.
Kami mendapat Visa lebih kurang 1 bulan sebelum berangkat
jadi dalam tempoh itu kami hanya perlu membuat persediaan yang perlu untuk
berangkat.
Adakah perlu booking tiket dahulu
ReplyDelete