Assalamualaikum.
Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan
sentiasa di dalam rahmat ALLAH.
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat,
sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman,
bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya:
“Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka
sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah
mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Anjuran bertaubat ini terkandung di dalam sepotong ayat
al-Quran, di dalam surah Al-Imran ayat 135:
"Maksudnya:"Dan orang-orang yang apabila mereka
telah melakukan perbuatan keji atau menganiyai diri mereka sendiri, lantas
mereka ingat kepada Allah, kemudian mereka memohon ampun atas dosa-dosa mereka
itu."
Cara melaksanakan Solat Sunat Taubat :
Cara melaksanakan Solat Sunat Taubat ini sama dengan solat
biasa iaitu 2 rakaat, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di
tempat yang suci dengan menghadap kiblat;
Waktu melakukan Solat Sunat Taubat – Pada bila-bila masa
sahaja (sama ada malam atau pun di
siang hari) sebaik-baik sahaja merasakan diri telah mengingkari suruhan Allah SWT atau telah membuat
kesalahan kepada Allah SWT (sebagai contoh ialah tidak menutup aurat, melakukan
dosa-dosa kecil lain mahu pun dosa besar), kecuali pada waktu makruh tahrim
untuk melakukan solat *. Sebaik-baiknya ialah pada 2/3 malam (kira-kira jam
2.00 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.
Lafaz NIAT
أصَلِّي
سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Ushalli sunnatat taubati rak'ataini lillahi ta'ala”
Ertinya "Sahaja Aku Solat Sunat Taubat 2 rakaat kerana
Allah Ta'ala"
Rakaat PERTAMA - Dengan membaca (disunatkan membaca doa
Iftitah) kemudian Surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Kafirun:
Kalau tidak hafal surah Al-kafirun boleh baca mana-mana ayat
atau surah dalam Al-Quran.
Rakaat KEDUA- Membaca
surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.
Kalau tidak hafal surah Al-Ikhlas boleh baca mana-mana ayat atau surah dalam
Al-Quran.
(Terdapat juga para guru dan orang-orang 'alim mengajarkan
di Rakaat Pertama selepas membaca Surah Al-Fatihah maka baca ayat Al-Kursi
sebanyak 11 kali, manakala di Rakaat Kedua selepas membaca Surah Al-Fatihah
maka bacalah ayat Surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali).
Semasa sujud akhir rakaat kedua, jika mampu, ucapkanlah Doa
Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan
dari Allah Ta’ala):
لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ
سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ
الظَّالِمِينَ
“Lailaahaillaa anta subhaa naka inni kuntu minaz zhoolimiin”
Ertinya:
Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya
Allah)! Maha Suci Engkau (daripada
melakukan aniaya, tolongkanlah daku)!
Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri
Selepas salam, perbanyakkan Istighfar sebanyak 100 kali, atau yang semampunya,
أسْتَغْفِرُ
اللّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لا إلَهَ
إلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأتُوبُ
إلَيْه
“Asstaghfirulla hala'azim .Allazii laa ilaahaiillaa huwal
hayyul qayyuumu wa-atuubu ilaihi taubata 'abdizzoolimiin laa yamliku linafsihii
dharrau walaa naf'au walaa mautau walaa hayaatau walaa nusyuuraa.”
Ertinya:
Aku mohon keampunan ya Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia
Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus, Aku bertaubat kepada-Nya.
Selepas itu, jika mampu lagi bacalah tasbih memuji Allah SWT
100 kali, atau yang semampunya,
الْعَظِيمَ سبحان
الله
“Asstaghfirulla hala'azim”
Ertinya:
Maha Suci Allah Yang Maha Agong.
mampu lagi ucapkanlah (seberapa yang mampu):
Akhir sekali berdoalah dengan cara yang mudah mengikut
kemampuan dengan bahasa yang paling mudah atau dengan Penghulu Istighfar
sebagaimana berikut:
اللَّهُمَّ
أَنْتَ رَبِّي لّا إِلَهَ
إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا
عَبْدُكَ،
وَأَنَا
عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتَ،
أَعُوذُ
بِكَ مِنْ شَرِّ مَا
صَنَعْتَ،
أَبُوءُ
لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ،
وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِر لِي فَإِنَّهُ لَا
يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Ertinya:
“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak
ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah
hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman
dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan
yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau
berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya
tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
kredit to : mukimsrimenanti.blogspot.com
No comments:
Post a Comment