Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan
sentiasa di dalam rahmat ALLAH.
Ada yang baru nak mula solat sunatdhuha tapi tak tahu,tak apa mai dulu pun 3 bulan
kot setiap kali nk solat bawa buku n kertas yg diprint...setiap kali lepas
solat pegang kertas baca doa melalui kertas. ..itu cerita 7 tahun lepas mai
buat tapi tak istiqamah,tapi mula buat balik masa 5 tahun lepas, selepas mai di
sahkan hamil anak ke,.masa tu mai minta doa supaya dipermudahkan bersalin n
murah rezeki utk menyusukan anak mai dengan hanya susu ibu sehingga berumur 2
tahun dan doa semoga Allah murahkan rezeki lepas.Alhamdulillah mai
dipermudahkan bersalin dan Berjaya menyusukan anak mai sepenuhnya sehingga
berumur 2 tahun.
Mungkin keajaiban solat sunat dhuha selepas 2 tahun lebih baru Allah temukan mai dengan Shaklee dan berjaya
menjadi surirumah berpandapatan 5k angka sebulan.
Mai kongsikan Cara Solat Sunat Dhuha Yang Ringkas.
Solat Dhuha merupakan amalan sunat yang di galakkan kita
amalkan nya. Ia dikatakan sebagai "pembuka rezeki" sebagaimana yang
di nyatakan dalam hadis Rasulullah tercinta kita SAW.
Solat ini boleh dilakukan 2, 4, 6, hingga 12 rakaat.
Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi atau antara 7am - 1pm sebelum waktu Zohor.
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah
meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa
berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang
(Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).
1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" Niat dalam hati :
- "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana
Allah Ta'ala"
- Baca Alfatihah
hingga akhir
- Baca Surah, pendek
pun takpa. (paling elok surah As-Syams )
2. Rakaat Kedua
- Baca Alfatihah
hingga akhir
- Baca Surah, pendek
pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
- Bacaan semasa
sujud yang terakhir (tak baca pun tak apa..tapi kalau baca lagi elok)
Bacaan sujud akhir (3x)
![]() |
Bacaan semasa sujud akhir |
- Tahiyyat akhir & Beri Salam..
- Mohon Allah
murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
- Doa apa
sahaja, minta dan mengadulah pada Allah.
- Doa ini khas untuk waktu Dhuha
![]() |
DOA SOLAT SUNAT DHUHA |
just nak tambah, boleh jugak buat 4 rakaat 1 salam.
ReplyDeletekalau tak terkejar masa, tp lagi elok 2 rakaat 1 salam.
time kasih en zainul...lepas ni boleh buat 4 rakaat..selama ni buat 4 rakaat 2 salam.
ReplyDelete