Sunday 16 October 2016

FAKTOR FAKTOR YANG MENYEBABKAN KULIT MUKA CEPAT BERKEDUT



KEDUT!!! mmg ngeri bila difikirkan lagi2 bila kedut mula nampak kat bahagian muka,terutama apabila melihat wajah di cermin. Pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkan kedut yang menandakan usia kita semakin meningkat sama ada melalui pengambilan suplemen, vitamin, melakukan rawatan khusus di spa-spa serta tidak kurang juga yang menggunakan pendekatan mudah dan cepat dengan suntikan antipenuaan seperti suntikan botoks.

Kakma nak kongsikan faktor- faktor yang menyebabkan kedutan muka boleh berlaku dengan cepat dan tips bagaimana nak melambatkan proses kedutan daripasa berlaku.

Faktor yang paling besar adalah terdedah secara langsung dan lama kepada cahaya matahari terutama dari jam 10 pagi hingga 4 petang kerana cahaya ultraungu matahari boleh menyebabkan kerosakan lapisan luar kulit muka dan mengakibatkan kedutan, pecah, kasar dan kering pada kulit muka.

Keadaan sekitar yang terdedah dengan tadikal bebas juga memberi kesan kepada kerosakkan kulit ini kerana radikal bebas akan merosakkan sel2 kulit kita.
Perbanyakkan makanan yang tinggi antioksidan bagi melawan radikal2 bebas.
Dapatkan vitamin ANTIOKSIDAN untuk atasi RADIKAL BEBAS di sini

Tabiat merokok juga boleh mengurangkan pengaliran darah bernutrien dan beroksigen ke muka serta merosakkan fiber kolagen dan elastin yang memberikan kekuatan pada kulit muka.

Di samping itu, penggunaan air panas yang lama semasa mandi boleh menghilangkan sifat berminyak yang semulajadi pada kulit.Bagi memastikan kulit cantik, rawat atau jaga muka anda dengan lembut.

Penggunakan sabun yang menghakis dan tidak sesuai pada muka, guna bahan pelincir muka semasa bercukur dan mengesat muka dengan kuat selepas mandi juga akan menghilangkan kelembapan kulit muka.Amat penting anda sentiasa mengamalkan penggunaan pelembap muka yang sesuai mengikut jenis kulit muka anda.
Stres turut menyebabkan kulit muka menjadi lebih sensitif dan penyebab kepada berlakunya jangkitan kulit muka atau jerawat.Stress juga akan membuatkan hormon jadi tak stabil dan boleh menyebabkan terjadinya jeragat.

Amalan pemakanan yang tidak seimbang seperti kerap mengambil makanan berlemak dan berkanji juga menyumbang kepada proses penuaan berlaku dengan cepat.perbanyakkan minum air, buah-buahan, sayuran, bijirin, protein ringkas di samping pengambilan diet mengandungi vitamin C.

Jika anda ingin kelihatan sentiasa muda dan mendapat kulit yg sentiasa cantik dan sihat elakkan terdedah dengan faktor2 di atas.Di samping itu anda boleh amalkan supplement sebagai usaha untuk memastikan kulit muka sentiasa sihat dan cantik.

Dapatkan vitamin untuk kulit cantik di sini

No comments:

Post a Comment