Perut buncit???aduh memang menjadi mimpi ngeri buat kaum wanita kan.Lain pulak bagi kaum lelaki sehinggakan ada yg menyatakan lelaki yg mempunyai perut ke depan (buncit) ni lebih penyayang...hehe..tak tahu lah betul ke tak atau sekadar nak sedapkan hati kaum lelaki.
Tapi bagi kaum wanita lagi2 mereka yang dah bergelar ibu memang agak sukar untuk kembali langsing dan mengempiskan perut seperti sebelum kawin.Masalah perut buncit ini juga turut dihadapi oleh ramai juga wanita bujang.
Hari ni kakma nak kongsikan petua tradisi yang boleh di lakukan untuk kempiskan perut, selain senaman secara konsisten, diet seimbang , produk kurus dan rawatan perlangsingan.Petua tradisi ini jika diamalkan secara konsisten bukan saja dapat kempiskan perut malah dapat mencantikkan kulit.
Ada 8 petua tradisi kempiskan perut yang ingin kakma kongsikan.
1. Kapur dan Limau Nipis
Petua ini kakma memang amalkan selepas bersalin iaitu semasa berpantang.Bancuh kapur makan bersama perahan limau nipis dan sapukan ke seluruh perut,biarkan seketikan dan apabila dan agak2 kering balut perut dengan kain atau seeloknya bengkung.Selalunya kakma pakai malam hari esoknya baru buka balutan semasa mandi pagi.Jika dilakukan setiap hari bukan perut je kempis tetapi kesan rekahan pun akan beransur hilang.
2. Madu dan Halia
Ambil 1 sudu madu sapu ke perut dan sapukan juga halia yang dan di tumbuk.Balut perut dengan bengkung atau plastik wrap yang selalu kita guna utk wrap makanan.Cara ini perlu dibuat tak lebih dari 30min..cukup 30min mesti buka balutan dan cuci.2 bahan ini akan bantu untuk buang angin dan bakar lemak di perut.Amalkan 3-4 kali seminggu untuk kesan yang memuaskan.
3. Lemon dan Pudina
Amalkan minum air perahan lemon dan pudina setiap pagi.Caranya, potong lemon nipis2 bersama kulit dan rendaman dalan air semalaman bersama daun pudina.Minum air ini sebaik sahaja bangun pagi.Kombinasi lemon dan pudina ni memberi rasa yang enak dan paling bagus ia adalah detoks semulajadi yang bagus untuk membuang toksin dan lemak dalam badan tubuh.Ia juga bagus untuk melancarkan sistem pencernaan.
4.Teh Halia
Rendamkan teh lalu masukkan hirisan halia letakkan gula perang secukup rasa.Tutup seketika sehingga kombinasi bahan2 ini sebati.Amalkan setiap hari, badan akan terasa ringan ini kerana halia sangat bagus untuk buang angin dan bakar lemak seterusnya kempiskan perut.Cara ini juga sangat bagus untuk mereka yang ada masalah sembelit.
5. Air Asam Jawa
Didihkan air asam jawa bersama lidah buaya dengan api kecil dan masak sehingga pekat.Biarkan ramuan ini sejuk, selepas itu sapukan pada bahagian perut.Lakukan 3 kali seminggu,anda pasti tersenyum melihat perut anda beransur kempis.
6. Minyak Kelapa
Masak pati santan sehingga menjadi minyak.Setelah sejuk, isikan di dalam botol dan simpan.Sapukan minyak kelapa ini biarkan selama 10-15 minit kemudain bilas dengan air bersih.Sapukan sekerap mungkin untuk perubahan yang lebih positif.
7. Jangan Tidur Selepas Makan
Memang tidak dinafikan selepas makan memang mengantuk dan memang senang untuk tidurkan.Kita perlu lawan rasa mengantuk ini dan anda perlu bergerak aktif selepas makan.Ini akan membantu membajar kalori.Jangan sesekali tidur selepas makan, tabiat buruk ini bukan sahaja boleh menggemukkan badan malah membuatkan wajah kusam dan tubuh menjadi lesu.Elakkan juga makan sebelum tidur malam.
8.Elak Minuman dan Makanan Manis
Tahukan anda makanan manis boleh membuatkan kesihatan kita merosot dan boleh merosakkan tubuh.Jika anda tidak kawal makanan manis anda akan berisiko untuk mendapat kencing manis.Berat badan anda juga akan naik mendadak.Seeloknya amalkan buah buahan tanpa gula dan minum air putih.
Jika anda betul2 amalkan 8 petua di atas hidup anda pasti akan berubah ke arah lebih sihat dan anda juga akan dapat berat badan ideal dan perut yang kempis.
Harap perkongsian ini bermanfaat..dan kongsilah dengan ahli keluarga dan kawan2.
No comments:
Post a Comment