Friday, 3 October 2014

TIPS TINGKATKAN PENGELUARAN SUSU IBU


Assalamualaikum.
Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.Kakma ingin kongsikan pengalaman sendiri dan hasil pembacaan tentang tips tingkatkan susu ibu.Perkara yang paling penting buat ibu-ibu atau bakal ibu ialah mind set.Ibu-ibu harus sentiasa berfikiran positif yang susu ibu cukup untuk bayi kita.Niat juga sangat penting yang mana si ibu perlu menanamkan niat untuk menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya di saat bayi masih di dalam kandungan.


Kakma kongsikan tips untuk tingkatkan pengeluaran susu ibu secara ringkas :


Menyusu lebih kerap
- menyusu bayi dengan lebih kerap dan jangan sesekali menyusukan bayi mengikut jadual tetapi susukan bayi mengikut kehendak bayi.


Kerap kosongkan breast
- sentiasa memastikan breast sentiasa kosong yang mana biarkan bayi menyusu sehingga kenyang.Jika bayi sudah kenyang dan breast masih belum kosong ibu digalakkan untuk pum atau marmet susu bagi memastikan breast betul2 kosong. Menyusukan bayi dengan kedua-dua breast secara bergilir-gilir
- kosongkan breast sama ada mengunakan teknik marmet atau mengunakan kan pum manual atau elektrik.ini kerana jika breast kerap kosong maka kilang susu akan lebih aktif menghasilkan susu.

Kerap menyusu waktu malam
-banyakkan menyusu di waktu malam ini kerana waktu malam pengeluran susu lebih banyak dan aktif.

Skin to skin
-bogelkan bayi ketika menyusu ini kerana sentuhan kulit antara bayi dan ibu akan membuatkan bayi kekal sedar dan tidak lena serta menyusu dalam tempoh yang lama.

Jaga pemakanan
-ibu harus menjaga pemakanan perlu makanan yang berkhasiat dan si ibu tidak perlu memikir untuk diet ini kerana jika si ibu tidak makan dengan secukupnya dan berkhasiat akan menganggu penghasilan susu.
- ibu perlu minum air kosong sekurangnya 3 liter sehari.
- ibu perlu kurangkan minuman berkafein seeloknya elakkan terus dan jangan merokok ketika hamil dan menyusukan bayi
- banyakkan pengambilan protin,minum susu atau mengambil pil kalsium 
-makan ulam-ulaman hijau terutamanya ulam pegaga dan buah kurma.

Jangan stress dan positif
- semasa menyusu si ibu tidak boleh strees sebaiknya susukan bayi dalam keadaan tenang dan gembira ini kerana mood ibu sangat mempengaruhi penghasilan susu ibu.
- sentiasa berfikiran positif dan memohon doa semoga dumurahkan rezeki untuk menyusukan bayi.

Urutan dan cara tidur
- ibu jugak digalakkan melakukan urutan payudara sendiri atau berurut dengan bidang kampung yang mahir.
- jangan tidur meniarap ini kerana bila si ibu tidur meniarap breast akan mendapat tekanan dan ini boleh menganggu penghasilan susu.

- jangan gunakan puting tiruan

- elakkan mengambil pil perancang

Ini lah tips yang kakma amalkan sendiri di samping itu kakma juga makan makanan tambahan ini kerana kakma tak dapat jamin apa yang kakma makan seharian cukup untuk keperluan nutrisi badan kakma dan untuk hasilkan susu.

Semoga tips di atas dapat membantu ibu-ibu berjaya menyusukan bayi secara berterusan sehingga 2 tahun.
Jemput baca pengalaman kakma menyusukan anak ke 2 di sini


No comments:

Post a Comment