Wednesday 12 October 2016

12 TANDA ANAK KENA JANGKITAN CACING



Sebagai ibu kita harus peka tentang perubahan anak2 kita.Kakma nak kongsikan 12 tanda anak kena jangkitan cacing. Seperti yang kita tahu jika dibandingkan dengan orang dewasa, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti cacing kerana mereka lebih aktif dan suka bermain di kawasan luar rumah.

Jangkitan berlaku apabila kanak-kanak makan makanan atau minum air yang tercemar dengan telur cacing. Juga boleh berlaku apabila kanak-kanak masukkan jari ke dalam mulut selepas bermain tanah yang tercemar.Telur-telur cacing tersebut akan menetas di dalam usus besar kanak-kanak.

12 TANDA JANGKITAN CACING.

1. Cacing keluar dari dubur atau ada cacing pada najis.

2. Punggung terasa gatal terutama pada waktu malam.

3. Badan menjadi lemah dan hilang selera makan, serta sakit perut atau cirit birit dan kembung. Susut berat badan.

4. Pucat dan berat badan menjadi kurang walaupun selera makan ada.

5. Batuk-batuk yang berpanjangan.

6. Demam, ruam di badan, alahan, kaki gatal dan bengkak.

7. Mengetap gigi ketika tidur malam.

8. Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata.

9. Hiperaktif.

10. Sakit kepala.

11. Sensitif terhadap cahaya.

12. Gusi dan hidung berdarah.

Di Malaysia, jangkitan cacing yang paling kerap ialah jenis cacing cambuk, diikuti oleh cacing gelang, cacing kait, cacing kerawit dan cacing benang. Cacing cambuk merupakan salah satu jangkitan cacing yang sukar dihapuskan.

Gambar di bawah adalah keadaan mata yang telah di jangkiti cacing cambuk.

Cacing Cambuk


BAHAYA JANGKITAN CACING

Bagi kes jangkitan yang teruk, dehidrasi (kekurangan air) dan kekurangan darah dalam badan berlaku akibat cirit-birit berdarah.  Kadang-kala berlaku, hujung usus besar terkeluar.

BAGAIMANA MERAWAT JANGKITAN CACING?

Rawatan cacing berkesan dengan pengambilan ubat jenis Albendazole untuk sehari ataupun Mebendazole untuk 3 hari. Ubat perlu diambil semula jika masih terdapat tanda jangkitan selepas 2 minggu.

Disyorkan untuk mengambil ubat anti-cacing ini setiap 3 - 6 bulan sekali sahaja untuk mengelakkan jangkitan cacing.

Jenama ubat cacing yang boleh didapati dari Farmasi antaranya ZENTEL, Champ D-Worm, Nox Worm dan lain-lain.

Kakma biasa bagi anak2 Zentel jenis tablet. 


**Larangan: Wanita yang disahkan atau disyaki hamil dan bayi berusia 12 bulan ke bawah dilarang mengambil ubat cacing.


6 LANGKAH CEGAH JANGKITAN CACING

1. Elakkan anak anda dari bermain di tanah yang tercemar  dengan telur cacing. (Tanah pertanian, tanah subur)

2. Basuh makanan yang mungkin tercemar dengan telur cacing dengan bersih sebelum di makan.

3. Basuh tangan dengan sempurna sebelum makan atau menyediakan makanan.

4. Perbanyakkan bagi anak2 makan makanan di bawah, ini kerana ia mampu membunuh cacing.

5. Memberikan vitamin kepada anak anda.Vitamin yang kakma cadangkan adalah Nutriferon.Ini kerana Nutriferon mengandungi pumkin dan sunflower seeds yang boleh membantu membunuh cacing.

6. Kurangkan makanan manis dan makanan segera di dalam tin ini kerana cacing sangat suka makanan manis.





No comments:

Post a Comment