Wednesday, 13 September 2017

AMALAN PEMAKANAN YANG TIDAK SIHAT PUNCA KECACATAN JANIM DALAM KANDUNGAN


Setiap ibu bapa mengharapkan bayi yang bakal dilahirkan sihat, selalu kita bertanya atau di tanya bayi dalam kandungan lelaki ke perempuan mesti kita jawap tak kisah lelaki ke perempuan yang penting selamat dan dipermudahkan bersalin dan bayi sihat serta sempurna. Memang kita akui dan sentiasa percaya cacat atau tidak janin yang dikandung sememangnya ketentuan Tuhan.


Walaubagaimana pun sebagai ibu bapa kita haruslah berusaha untuk mengelakkannya.Tahu kah kita amalan pemakanan yang tidak sihat boleh menyebabkan janin cacat. Amalan pemakanan yang sihat sebaiknya diambil sebelum atau semasa kita sedang merancang untuk hamil lagi.

Apa yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan dari kecacatan janim adalah:

Makan Makanan Sihat
Kita perlu makan makanan yan sihat ini kerana kita adalah apa yang kita makan.Makanlah menu makanan yang mengandungi lima jenis makanan utama yang amat diperlukan oleh tubuh. Setiap hari kita perlu mengambil makanan berupa karbohidrat, sayuran, susu, protin.

Ambil Asid Folik
Ia penting diambil oleh wanita yang merancang untuk hamil dan teruskan sehingga bersalin. Kajian yang dilakukan menunjukkan pengambilan asid folik sebelum kehamilan dan semasa kehamilan mampu menurunkan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan otak dan sum-sum tulang belakang hingga 80 peratus.Info lanjut tentang risiko kekurangan asid folik boleh baca di sini

Berhenti Merokok
Ramai wanita sekarang yang merokok. Sekiranya kita berhasrat untuk mendapat bayi yang sihat dan sempurna sebaiknya hentikan amalan ini. Merokok ketika hamil akan mengakibatkan bayi yang kita kandung lahir dengan berat badan yang kurang dan berisiko besar untuk cacat.




Elakkan Alkohol
Alkohol dan kafein adalah dua perkara yang perlu dijaga oleh wanita yang hamil. Tidak ada kadar alkohol  yang selamat untuk diambil oleh wanita ketika hamil. Kafein yang terdapat dalam minuman seperti teh, kopi, soda dan coklat juga harus dikurangkan.Lagipun sebagai Islam agama kita sangat melarang kita mengambil alkohol dan hukumnya haram.

Ikut Nasihat Doktor
Jika kita perlu mengambil apa-apa ubatan kita harus mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jangan mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa cadangan doktor. Mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor dengan dos yang tidak tepat akan membahayakan bayi dalam kandungan.

Apapun sebagai muslim kita perlu sentiasa bersangka baik dan berdoa kepada ALLAH agar semuanya dipemudahkan dan bayi yang kita kandung sihat dan sempurna.Jika anda mencari makanan tambahan semasa hamil bagi melengkapkan nutrisi harian anda bleh baca.