Assalamualaikum semua, malam ni kakma nak kongsikan perjalanan trip percuma shaklee ke jepun yang kakma sertai mulai 13 Mei sehingga 20 Mei. Sejujurnya kakma masih tak boleh move dari bercerita tentang trip ini kerana ia sangat istimewa apa lagi dengan layanan istimewa yang shaklee berikan dan sediakan.
Aktiviti dan tempat yang kami pergi sepanjang trip shaklee ke Jepun |
Kakma ada kongsi ringkas kat Sini
Hari pertama jejak kaki di tanah Matahari Terbit pagi-pagi tu kami terus dibawa ke Toki Premium Outlet.Apa yang best beg kami semua dihantar terus ke bilik hotel iaitu di Gero; tempat Onsen paling best di Jepun, so kami tak perlu bawa beg2 besar kami bersama.Seharian kami dibenarkan shopping apa yang sgt terharu sesampai je di TOKI kami di tunjukkan tempat solat, ini lah yang kakma terharu setiap kali join trip shaklee kewajiban kami sebagai muslim sangat di titik beratkan.
Malamnya kami ada dinner iaitu kaiseki dinner merasa lah kakma diner dengan berpakaiam tradisional jepun iaitu Yukata mengikut cakap tour guide kakma diner ni selalunya orang jepun makan sekali atau dua kali je setahun, ye lah kos diner ni mencecah ribuan ringgit untuk 1 orang.
Kaiseki diner pakai Yukata |
Hidangan pertama |
Hari kedua, kami dibawa ke Takayama Morning Market & Old Town Sannomachi. Lepas tu, kami dibawa sejam perjalanan ke Shirakawa-Go; perkampungan Jepun yang dapat pengiktirafan UNESCO World Heritage Site. Apa yang best hari kedua ni kami telah memakai Yukata yang telah di berikan oleh shaklee.Harga yukata ni pun bukan murah lebih 10000yen siap dengan terompah lagi shaklee sediakan.
1 set Yukata yang diberikan oleh shaklee |
Sekitar morning market di Takayama |
Shirakawa-Go |
Dapatkan kami mendalami tradisi orang jepun, bila pakai yukata dan terompah jalan pun kena sopan2 kan..hehe. Bila sampai je kat morning market ramai orang2 jepun yang kagum tengok kami ramai2 pakai yukata siap ada yang nk bergambar dengan kami tak kurang juga pelancong luar dah rasa macam artis kami ni.
Malamnya kami ada diner lagi, makanan jepun ni unit.. kakma cuba untuk makan semua tapi ada juga yang tk blh nak telan.hehe
Hari ketiga, kami di bawa ke satu-satunya Snow Wall di dunia; Tateyama Kurobe Alpine Route. Secara peribadi kakma memang tak sabar nak pergi ke sini kerana impian kakma nak pegang dan main salji.Apa yang best sepamjang perjalanan pergi dan balik ke sini kami perlu melalui 6 jenis kenderaan.Memang sangat mengujakan dan paling kagum setakat ini hanya shaklee satu2nya MLM yang bawa delegasi ke Snow wall Alpine Route ini.
Masa sampai di puncak Alpine Route ni dah masuk zohor, lagi sekali kakma terharu bila shaklee sewa bilik di hotel puncak Alpine Route khas untuk kam solat jamak zohor dan Asar. Ini lah yang buat kakma seronok join trip shaklee yang mana tak perlu risau bab solat.Lepas solat kami dijamu bento lunch di hotel tersebut,boleh bayanglah kan harga makanan kat puncak sana tu mesti mahal kan.Makanan pun best sangat.
Sejujurnya masa sampai kat area snow wall tu kakma mengalirkan airmata,rasa macam tak percaya kakma dapat ke sana dan pegang salji. Sebelum ni kakma hanya mampu berangan tapi sejak kakma serius buat shaklee banyak angan2/ impian kakma tercapai.Lepas ni kakma kena kerja kuat supaya kakma dapat bawa suami dan anak sekali join trip shaklee.
Cukup dulu aktiviti 3 hari kakma kongsikan dalam entry ni, nak cerita semua memang panjang kalau nak cerita semua dalam satu entry.
Jika anda nak rasa trip best sebegini jom join shaklee dengan kakma nanti kakma tunjuk jalan macam mana nak dapatkan tiket untuk join trip2 mewah shaklee ini.
Whatsapp kakma http://kakmashaklee.wasap.my/
SHAKLEE Independent Distributor
Maisarah (ID 887111)
FB: Mai md saupi
No Tel:
Email: kmshop143@gmail.com
COD area: kg padang balang, sentul , bandar baru sentul ,dato senu , jalan gombak , setapak ,gombak setia.
No comments:
Post a Comment