Selalu dengar org mengeluh bila ditanya..bila
nak berubah ke arah lebih baik,ramai yang menjawap belum dapat
Hidayah...saya selalu cakap dgn diri sendiri "maisarah Hidayah tidak akan
datang sendiri,tak kan dtg bergolek dan org lain tak akan datang bawa
hidayah,kalau bukan kerana kita cari sendiri dan pasti ALLAH akan bagi
kita petunjuk dan hidayah"..sebagai orang islam kita yg harus cari
Hidayah apa
yg kita boleh buat untuk
menjemput Hidayah ialah tukar cara atau minat kita...kalau biasa dengar radio yang
banyak lagu2 lara bertukarlah ke radio yg boleh beri ilmu contohnya saya
suka dengar IKIM, kalau sebelum ni suka tgk TV yang byk gelak tukarlah ke
channel TV ALHIJRAH, kalau sebelum ini suka LIKE page artis,cuba lah LIKE
page yg boleh memberi kita ilmu agama...kita juga perlu berdoa kepada ALLAH supaya sentiasa diberikan Hidayah.bila kita istiqamah InsyALLAH, ALLAH akan hadirkan Hidayah buat kita. (pesanan buat diri sendiri yg
sentiasa alpa..saya bukan baik tp saya sedang berusaha utk jd baik).
No comments:
Post a Comment