Thursday 15 June 2017

APA ITU KANSER LYMPHOMA


Kakma baru saja mengetahui mengenai kanser Lymphoma itu pun setelah ada kawan kakma yang anaknya bekas pengidap kanser lymphoma tahap 4, nanti kakma akan kongsikan kisah anak beliau sebelum tu kakma kongsikan apa itu kanser Lymphoma.

Apa itu kanser lymphoma

Lymphoma adalah sejenis kanser darah yang bermula dari sel sistem imun dipanggil lymphocytes(limfosit). Seperti kanser lain, lymphoma berlaku apabila limfosit berada dalam keadaan pertumbuhan sel yang tidak terkawal dan berganda.Kanser lymphoma menjejaskan sistem limfa.Ia terbahagi kepada 2 iaitu
1) Lymphoma Non-Hodgkin yang kerap menyerang pesakit 55thn ke atas.
2) Lymphoma Hodgkin pula kerap menyerang org muda berusia 15 hungga 20thn dan mereka yang berusia 50thn ke atas.Tetapi apa yang membimbangkan banyak kes kanak2 mendapat kanser lymphoma jenis ini.

Tanda - tanda kanser lymphoma


Antara tanda2 atau gejala kanser Lymphoma ialah :

-sering keletihan
-merasa ketulan atau gumpalan pada leher, perut, bawah lengan atau pangkal paha
-gatal-gatal tanpa sebab diseluruh badan-hilang nafsu makan
-berpeluh-peluh diwaktu malam
-Kesan merah pada kulit-batuk-Sakit perut,pening dan muntah
-hilang berat badan tanpa sebab

Walaupun doktor belum dapat mengesahkan punca sebenar terjadikan kanser Lymphoma ini tetapi beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko mendapat kanser ini ialah pendedahan kepada ubat pembunuh serangga , merokok, bekerja di dalam industrik berkaitan kayu , sistem imun dan daya tahan penyakit yang rendah dan jangkitan kepada beberapa jenis virus.Bagi mengesahkan pesakit mengidap kanser lymphoma, penyakit ini akan didiagnos selepas membuat biopsi dibahagian tisu yang mungkin sakit. Jika keputusan biopsi dan ujian lain menunjukkan pesakit mengidap Kanser Hodgkin Lymphoma maka banyak lagi ujian yang akan dilakukan untuk mengenalpasti kanser berada ditahap mana dan sejauh mana ia merebak.

Dari segi rawatan, pakar perubatan akan menjalankan semua pemeriksaan dan ujian sebelum menentukan tahap penyakit dan jenis rawatan sesuai. Antara rawatan yang disediakan adalah terapi biologik atau imunoterapi, kemoterapi, terapi sasaran, terapi steroid, terapi radiasi, pemindahan sel stem dan pembedahan.


Bagi mengelakkan kita mendapat penyakit kanser kita perlu menjaga pengambilan makanan, bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat.Pemakanan kita memainkan peranan penting. Senaman pula membantu meningkatkan sistem imun atau daya tahan penyakit dalam diri kita, menguatkan tubuh serta membantu mengawal berat badan. Mengenai pemakanan, kita dinasihati supaya mengambil lima hidangan buah-buahan dan/atau sayur-sayuran dimakan setiap hari. Pengambilan daging merah seperti daging lembu atau kambing pula dikurangkan kepada 70 gram sehari, sementara pengambilan makanan dalam tin, makanan barbeku dan makanan yang diawet.Ini menunjukkan betapa penting kita mengambil makanan tambahan iaitu vitamin untuk memenuhi diet seharian kita.

No comments:

Post a Comment