Sunday, 21 May 2017

TRIP MEWAH SHAKLEE UNTUK LEADER YANG LAYAK


Alhamdulillah malam semalam sabtu 20 Mei kakma dan semua leader yang layak join trip mewah shaklee selama 7 hari ke Jepun telah selamat mendarat di KLIA.
Syukur pada Allah atas kesempatan dan nikmat menjelajah bumi Allah melalui Shaklee.

Dalam Flight Thai Airways

Transit Bangkok

Sabtu 12 mei, sebelum berangkat

Jujur sebelum kakma kenal shaklee kakma tk pernah bermimpi akan dapat jejak kaki ke Jepun.Sebenarnya kakma ni takut nak naik flight kakma fikir mungkin kakma akan naik flight kali pertama dan terakhir bila mengerjakan haji nanti.

13 Mei Selamat sampai di Nagoya Airport

Tetapi syukur dengan shaklee kakma dah di jemput menunaikan Umrah pada Mei 2014 dengan 100% menggunakan bonus shaklee.Masa ni kakma pergi dengan suami.

Ok kembali pada niat kakma..kakma nak kongsikan betapa mewahnya trip shaklee ke jepun ini.Bermula dengan tiket penerbangan, penginapan, makanan, hadiah2 yang shaklee buat kejutan dan juga tempat2 yang kami pergi yang mana perlu di bayar untuk masuk semuanya shaklee tanggung 100%. Kami hanya siapkan diri dan duit untul shopping sahaja.Dan betapa shaklee baik sangat ada 4 kali shaklee tk dapat sediakan makan kerana aktiviti dan tempat yang susah nak cari restauran untuk kami shaklee akan bagi Elaun Makan..contohnya semasa kami pergi ke Disneyland Tokyo oleh kerana masing2 ada aktiviti so shaklee bagi elaun makan. 1 kali makan kami diberi 3000yen dan kami ada 4 kali makan sendiri makan jumlahnya adalah 12000yen. Apa lagi boleh lah tambah duit shopping.
Elaun Makan untuk 4 kali makan sendiri

Mengikut apa yang di katakan oleh tour guide kami yang di kenali sebagai Jojo makanan yang disediakan untuk deligasi shaklee selama seminggu ni sama dengan kos makan dia di jepun selema 5 tahun, terkejut kami.

Tour Guide Jojo yang dah menetap di Jepun

Semasa kami sampai di tokyo kami telah menetap di Imperial Hotel tokyo Jepun..Keesokkan harinya semasa kami dalam perjalanan menuju untuk melawat Tokyo metropolitan dan Hq shaklee Jepun Jojo telah mengucapkan rasa terharu iaitu "Because of u, I have a chance to stay here (imperial hotel)" sambil melutut kat lantai tanda terima kasih terharu.
Beliau menyatakan saiz bilik di Imperial hotel sama besar dengan kebanyakkan rumah2 sewa di jepun.

Menginap di Imperial Hotel Tokyo Jepun
 selama 3hari 3 malam

Satu lagi yang kakma dapat tahu Shaklee satu2nya MLM yang bawa delegasinya pergi melawat snow Wall ni Alpine route di Tatayama.Lagi best kami disediakan bilik solat khas di atas sana yang mana shaklee sewa bilik hotel khas untuk delagasi muslim solat jamak zohor dan asar.Makan tengahhari juga di sedikan di hotel terbaik di atas Alpine Route boleh bayang lah kan kos makan mesti mahal kalau atas puncak sana.

Snow Wall Alpine route

Pemandangan semasa menaiki Bas menuju ke puncak

Terharu kali pertama dapat pegang salji

Dan lagi terharu dan bertuah sangat bila shaklee request khas tapak strawberry park untuk tanamkan khas untuk kami.Ini kerana musim strawberry telah habis jadi shaklee tempah khas 2 tapak strawberry park untuk kami sahaja.Kami dibenarkan makan sebanyak mana yang kami nak selama berada di strawberry park ini.Apa yang best kakma sebelum ni tak suka strawberry coz masam dan tak berapa sedap..tapi masa di sini kakma dapat habiskan lebih 30bj strawaberry itu pun masa singkat kalau lama lagi mahu kakma makan banyak lagi.Lain sungguh rasa strawberry jepun ni manis dan isinya lembut sangat. Aduh teringat2 lak kakma.
Strawberry Park

Semua excited dapat makan strawberry

Kalau nak tahu berapa kos perjalanan kami nanti boleh lah tengok pada CP58 tahun depan..hehe.
Nanti kakma akan kongsikan lagi satu2 tempat kami pergi selamat 7 hari di jepun pada entry2 lain.

Jika anda nak rasa trip best sebegini jom join shaklee dengan kakma nanti kakma tunjuk jalan macam mana nak dapatkan tiket untuk join trip2 mewah shaklee ini.
Whatsapp kakma  http://kakmashaklee.wasap.my/

SHAKLEE Independent Distributor
Maisarah (ID 887111)
No Tel: 019-3624134
Email: kmshop143@gmail.com
COD area: kg padang balang, sentul , bandar baru sentul ,dato senu , jalan gombak , setapak ,gombak setia.