Monday 27 March 2017

CIRI-CIRI PRODUK YG MENGANDUNGI MERKURI?


Sebagai seorang pengguna yang bijak anda haruslah membaca & memeriksa label terlebih dahulu setiap bahan yg terkandung di dalam setiap produk kosmetik anda. Anda perlu memastikan bahawa tiada sebarang bahan yg melibatkan alkohol, merkuri serta bahan kimia lain yg terkandung di dalam kosmetik anda. Sebaiknya, pilihlah produk yg benar-benar berasaskan bahan semulajadi. Walaupun sedikit mahal, namun ia takkan mendatangkan risiko buruk kepada anda di kemudian hari.

Selain dari membaca & mengkaji bahan-bahan yg disenaraikan, anda juga boleh memeriksa sendiri 9 perkara ini ke atas produk anda gunakan:

》Melekit-lekit. Krim/produk tersebut sukar untuk diratakan pada kulit.
》Tidak homogen. Bila ia dibiarkan lama sedikit, terdapat lapisan minyak terpisah daripada lapisan yg padat.
》Kulit anda menjadi putih/cerah segera selepas menggunakannya. Putih/cerah yg lain macam - seakan pucat.
》Tiada langsung jerawat tumbuh walaupun kecil. Ini petanda menunjukkan bahawa lapisan epidermis anda telah rosak. Bakteria/kuman pun tak sudi nak hidup di kawasan yg telah rosak!
》Bau logam yg kuat. Ataupun terlalu wangi akibat penambahan pewangi berlebihan bagi melindungi bau logam.
》Biasanya krim/produk berwarna putih kekuningan.
》Berkilau/'bling-bling' bila disapukan pada kulit. Sebab ia adalah logam!
》Bila berhenti menggunakan produk tersebut, kulit menjadi gatal, bintik-bintik atau menjadi kusam kehitaman seperti lebam.
》Kulit menjadi sensitif dengan cahaya matahari. Akan menjadi kemerahan & pedih seperti rasa terbakar/melecur.

Kesimpulannya, berhati-hatilah dalam memilih produk kecantikan. Jangan terpengaruh dengan 'janji-janji manis' yg diberikan oleh para peniaga semata-mata. Kaji betul-betul bahan yg ada di dalam setiap produk yg ingin dibeli. Kecantikan itu penting. Tapi muka kita lebih berharga. Sebab kita hanya ada 1 MUKA SAHAJA sampai bila-bila dan setiap apa yang ada di badan kita adalah amanah yang perlu di jaga dan akan dipersoalkan kelak.

Nak dapatakan produk penjagaan wajah yang di jamin selamat dan semulajadi Klik sini

No comments:

Post a Comment