Saturday 12 November 2016

KENALI PENGASAS SHAKLEE DR. FORREST C. SHAKLEE


Makin baca kisah pengasas shaklee ni kakma makin jatuh cinta ngan produk shaklee ni..
Kenapa kakma rasa begitu? Coz kakma makin yakin produk shaklee yang dihasilkan memang dihasilkan untuk memberi kesihatan kepada semua orang bukan atas dasar nak dapat keuntungan semata mata.
Pengasas Shaklee Dr. FORREST C SHAKLEE

Dr Forrest ni dilahirkan di kawasan lombong mungkin kesan kehidupan di lombong di Carlisle, Iowa.Keadaan lombong yang tidak sihat membuatkan semasa beliau dilahirkan, beliau disahkan mengidam penyakit tuberculosis (batuk kering). Doktor kemudian meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berumur 8 tahun.

Sebagai ibu bila kita dengar macam ni mesti kita akan berusaha untuk lihat anak kita sihat kan. Oleh kerana ibunya percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar keluarga beliau buat keputusan untuk berpindah ke kawasan tanah pamah yang subur.Ibunya juga berusaha untuk sembuhkan beliau dengan tumbuhan semulajadi dan herba.

Hasil tidak putus asa seorang ibu akhirnya  pada umur 4 tahun Dr. Forrest boleh duduk yang mana selama ini beliau hanya mampu baring.Dan sejak itu beliau terus sihat dari penyakitnya.Akhirnya beliau dapat hidup lebih dari 8 tahun seperti yang dijangka oleh doktor semasa beliau di lahirkan.

Bila remaja Dr Forrest sangat minat terhadap pengubatan, beliau mula mengkaji keperluan & merawat penyakit melalui ilmu nutrisi.Lalu beliau belajar ilmu perubatan dan akhirnya menjadi pakar tulang.Pada tahun 1915 Dr Forrest telah membuka kliniknya sendiri.
Multivitamin pertama di dunia
Pada umur 21 tahun Dr Forrest telah mencipta    satu produk nutrisi berasaskan tumbuh-tumbuhan.Produk tersebut ialah "Vitalizer Mineral" yang mana merupakan multivitamin pertama di dunia.

Dr. Forrest Shaklee mengasaskan Shaklee Corporation pada tahun 1956 dengan kesedaran bahawa sains dan alam semulajadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia. Antara falsafah penting yang beliau pegang ialah Living in Harmony with Nature®.
Dr Forrest C. Shaklee
Berpegang kepada prinsip di atas, Dr. Shaklee telah mengasaskan produk suplemen semulajadi dan pencuci terbaik yang mesra alam sekitar. Produk-produk ini menjadi asas pembentukan syarikat Shaklee dengan konsep “Mencipta Kehidupan Yang Lebih Baik”.
Dr Forrest C. Shaklee


No comments:

Post a Comment