Friday, 19 September 2014

VITAMIN UNTUK ANAK ECZEMA


Banyak sekarang kita dengar kanak2 yang ada Eczema lagi sejak baby berumur 3bln dah ada Eczema. Kakma nak share Vitamin untuk anak eczema tetapi terlebih dahulu kakma nk ceritakan tentang Eczema.
Eczema adalah istilah umum untuk berbagai jenis keradangan kulit, juga dikenali sebagai dermatitis. Bentuk yang paling umum eczema adalah dermatitis atopik. Namun, ada berbagai bentuk eczema.




Eczema boleh berlaku kepada pelbagai lapisan usia, walaupun keadaan ini paling umum pada bayi, dan sekitar 85% orang memiliki onset sebelum usia 5 tahun. Eczema kekal akan mula hilang ketika usia 3 tahun mengikut purata separuh dari bayi yang terkena kesan. Ada juga yang menghidap eczema seumur hidup.


10 cara menjaga dan merawat kulit eczema

Pesakit eczema sering mempunyai sejarah keluarga atau daripada keluarga yang mempunyai alergi lain, seperti asma atau hay fever. Eczema lebih cenderung berlaku kepada anak perempuan daripada anak laki-laki. Ini terjadi pada orang dari semua bangsa.

Antara cara bagi mengelakkan anak daripada mendapat ekzema dari mula adalah :
  • Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan.
  • Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi. Jika anak kita  mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan kita mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.
  • Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa kita menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika kita menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan doktor  terlebih dahulu.

Antara langkah lain yang kita boleh cuba
  • Bagus kita menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak dan membincang ini dengan doktor.
  • Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi kita secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.
  • Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Kita boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.
  • Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.
  • Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan kita mengubahsuai suhu bayi dengan lebih mudah. Baca lagi tentang bagaimana memastikan bayi anda nyaman dalam cuaca hangat.
  • Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.

Bagaimana Vitamin boleh membantu?

4 vitamin wajib untuk anak yang mengalami eczema iaitu :

Meal Shakes : Berperisa Vanilla yang sangat lazat. Multivitamin dalam bentuk serbuk sangat disukai anak2 kerana senang dibancuh dengan minuman kegemaran anak2.Mealshake ini juga dapat melengkapkan nutrisi dalam badan anak2 lagi2 anak2 yang memilih makan dan tidak suka makan sayur.

Vitamin C : penting untuk tingkatkan imun badan anak2 dan juga penting untuk pertumbuhan gigi.

Omega Guard - minyak ikan terbaik yang Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

Herbal Blend Cream : super-moist cream yang mengikat kelembapan kulit dan diperkaya dengan sari tumbuhan yang sangat bagus untuk kulit.Krim ini sangat semulajadi dan selamat digunakan sejak dari bayi kerana bebas steroid dan juga bebas paraben.

Kisah ibu yang sedih melihat anaknya ada masalah kulit yang serius


Kalau anda berada sekitar kampung padang balang sentul atau gombak anda boleh dapatkan vitamin antipksidan ini secara COD dan kakma akan konsult anda secara direct.

Kakma adalah pengedar shaklee kawasan kampung padang balang sentul dan gombak dan bagi yang jauh kakma boleh pos..kakma menggunakan perkhidmatan poslaju selalu pos pagi ni esok dah sampai.

untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji
Call/ Whatsapp : 019 3624134
Email : Kmshop143@gmail.com
FB : Mai Md saupi

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Thursday, 18 September 2014

ESP SHAKLEE PROTEIN TERBAIK


Assalamualaikum..
Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.
Hari ini Mai nak cerita mengenai ESP yang mana merupakan suplemen Protein terbaik, Mai mengatakan ESP adalah suplement protein terbaik kerana cara penghasilannya.

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY
Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN
Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

KELEBIHAN ENERGIZING SOY PROTEIN
Membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Jadi... Apa yang kita akan dapat setelah minum ESP ni?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum setiap pagi terasa energetic dan tak rasa lapar sangat jadi ia juga bonus untuk pengurusan berat badan)
Lelaki : melindungi dari sebarang penyakit berbahaya Kanser, kencing manis dan jantung
Ibu mengandung  untuk menguatkan rahim dan perkembangan janin, ramai yang memberi maklum balas kulit baby cantik dan bersih setelah mengamalkan ESP semasa hamil.
Wanita : keanjalan kulit protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).


Jom dapatkan ESP  secara COD jika anda berada di area gombak atau sentul.Ini kerana Mai adalah pengedar shaklee area gombak dan sentul.
untuk matlumat lanjut hubungi mai di talian 0193624134 

Wednesday, 17 September 2014

SET HAMIL SHAKLEE


Assalamualaikum..
Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.
Hari ini mai nak cerita kan mengenai set hamil shaklee, Alhamdulillah setakat ini ramai yang berpuasa hati dengan set hamil shaklee dan ramai yang berjaya hamil dengan set hami shaklee ini.
Set hamil shaklee ini ada 3 produk iaitu GLA Complek, B complek dan COQ Health.


SET KESUBURAN SHAKLEE
SET HAMIL SHAKLEE
Jom kita tengok bagaimana produk ini berfungsi.

 BAGAIMANA GLA COMPLEX SHAKLEE MEMBANTU WANITA YANG INGIN HAMIL CEPAT? 

✔ GLA COMPLEX SHAKLEE membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. 


✔ Di sinilah fungsi GLA COMPLEX SHAKLEE untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada peluang sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.

 BAGAIMANA COQHEALTH SHAKLEE BOLEH MENAMBAH KESUBURAN SUAMI ISTERI?

✔ COQHEALTH dapat membantu meningkatkan pergerakan sperma di kalangan lelaki. Ini sekaligus dapat meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan meningkatkan kebarangkalian isteri untuk hamil.

✔ Kajian menunjukkan bahawa CoQ10 aktif di dalam testis dan merupakan antioksidan yang memainkan peranan penting dalam membentuk membrane dan struktur lain di dalam sel bagi tujuan untuk memerangi kesan oxidative stress. Kandungan antioksidan nya menggalakkan pergerakan sperma menjadi aktif dan meningkatkan kualiti sperma itu sendiri.

✔ Pergerakan sperma yang aktif akan meningkatkan keberangkalian isteri untuk hamil. Oleh itu, pengambilan supplement yang kaya dengan CoQ10 adalah amat digalakkan sebagai salah satu usaha untuk membantu pasangan suami isteri memperoleh zuriat.

 KENAPA B COMPLEX PENTING SEWAKTU MERANCANG KEHAMILAN?

✔ Vitamin B Complex penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida



Jom dapatkan Set hamil Shaklee secara COD jika anda berada di area gombak atau sentul.Ini kerana Mai adalah pengedar shaklee area gombak dan sentul.Untuk anda yang berada diseluruh malaysia kami akanterus hantar kepada anda melalui pos laju
untuk matlumat lanjut hubungi mai di talian 0193624134 

RAHSIA BANYAKKAN SUSU IBU


Assalamualaikum..
Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.Ada kawan-kawan kakma yang bertanya macam mana kakma masih boleh menyusukan anak yang sudah berumur hampir 4 tahun. Masa kakma masih bekerja anak hanya akan menyusu badan bila bersama kakma dan jika berada di rumah pengasuh anak akan minum susu  formula sejak umur 2 tahun lebih tapi sejak berhenti kerja bulan mac yang lepas anak tak nak minum susu formula dan hanya nak menyusu badan secara direct, oleh kerana kakma pun dah berhenti kerja bergelar WAHM maka kakma pun layankan saja.Rasa rindu pulak saat-saat menyusukan Marissa masa kecil.Alhamdulillah Marissa menyusu susu ibu sepenuhnya sehingga 2 tahun walaupun masih bekerja masa itu dan sampai sekarang masih menyusu badan.Apa yang Kakma nak kongsikan bukanlah rahsia tapi ini adalah amalan yang perlu ibu menyusu tahu.




TIPS 1 #
Jaga makan mesti mengambil makanan seimbang dan lengkap semasa sarapan, makan tengahhari dan makan malam.Makanan yang seimbang dan lengkap tidak semestinya banyak tapi mesti mengikut keperluan badan kita.Apa yang kita makan akan menentukan penghasilkan susu.Ada sesetengah ibu sangat menjaga makan kerana takut gemuk tanpa menghiraukan keperluan zat dan nutrisi badan ini memang akan mengganggu penghasilan susu kerana mana mungkin badan yang tidak cukup nutrisi akan menghasilkan susu yang banyak.

Tips 2 #
Mesti minum air kosong dengan banyak yang mana air sangat penting untuk badan kita, seperti yang kita tahu seeloknya kita minum air mengikut berat badan kita iaitu setiap 25kg mesti minum 1 liter air kalau berat badan 50kg mesti minun tidak kurang 2 liter air sehari itu bagi orang biasa tapi kalau kita ibu menyusu perlu minum lebih bagi membantu penghasilan susu yang berkualiti.Air juga membantu kita untuk membuang segala toksik dalam badan kita melalui perkumuhan dan peluh kalau badan kita tak cukup air proses perkumuhan pun terganggu.Bila proses pembuangan toksik lancar badan ibu pun sihat dan susu yang dihasilkan pun berkualiti.

Tips 3 #
Mengambil makanan tambahan,Kakma memilih pengambil supplement ini kerana kita tidak jamin makanan seharian kita cukup untuk keperluan badan kita seperti yang kita tahu banyak makanan sekarang yang segera.Contohnya ayam yang kita makan selalunya di suntik untuk mempercepatkan pembesaran melainkan kita makan ayam organic atau ayam kampung.Sayur pun sekarang ini banyak menggunakan racun sebab tu kita tengok sayur cantik elok tiada yang rosak. Kakma teringat Mak selalu pesan kalau nak beli sayur pilih yang ada kesan dimakan ulat kerana sayur itu tidak diracun.Supplement yang kakma ambil adalah B complek bagi kakma ia sangat penting kerana B complek membantu dalam menukarkan makanan kepada tenaga dan mencegah makanan kita bertukar menjadi gula yang boleh membawa kepada kencing manis.B complek juga mengelakkan kita daripada stress,kalau kita stress ia boleh mengganggu pengeluaran susu ibu.Kakma juga mengambil Ostemarik iaitu pil kalsium, kalsium sangat penting  ini kerana salah satu nutrisi penting dalam susu ibu.Ostematrik juga sangat membantu mengelakkan sembelit.Selain itu kakma mengambil Omega bagi membantu meningkatkan kandungan DHA dalam susu ibu yang sangat penting bagi perkembangan otak baby dan dalam masa yang sama membantu memecahkan lemak dalam badan.Alfalfa juga sangat penting bagi meransang pengeluaran susu yang mana dikenali juga sebagai MILKBOSSTER.Baca lanjut Di sini

Buat ibu-ibu yang menyusu jangan risau kerana jika ibu-ibu menjaga makan dan makan makanan seimbang dan memastikan pengambilan air yang secukupnya serta di bantu dengan pengambilan supplement badan ibu-ibu tidak akan gemuk malah akan mendapat berat badan ideal secara semulajadi.

Nak dapatkan matlumat lanjut tentang supplement yang sesuai dengan ibu-ibu boleh hubungi kakma 0193624134.

Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana Kakma adalah Pengedar Sah Shaklee area Gombak , Batu Caves , kg padang Balang, Sentul serta kawasan sekitar Kuala Lumpur.
untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji  
 Call/ Whatsapp : 019 3624134 
 Email : kmshop143@gmail.com 
 FB : Mai Md saupi 


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Tuesday, 16 September 2014

GLA COMPLEK MENINGKATKAN KESUBURAN WANITA


Assalamualaikum..
Selamat datang didoakan semua pembaca dan  pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.
Hari ini Mai nak ceritakan bagaimana GLA complek berfungsi bagi membantu meningkatkan kesuburan wanita.
GLA (gamma linolenic acid) membantu menurunkan kadar kolesterol dan ia membantu
melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu
meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga
membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan
kepada prostagdalin E1.

Bagaimana GLA Complex membantu wanita yang ingin hamil cepat?
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti
untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak
sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Maka Disinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang mana membantu sperma untuk berenang keuterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu
saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada peluang sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5. Jadi, kepada puan-puan yang sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan dan kering itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.Jadi Mai sangat syorkan anda mencuba GLA complek Shaklee ini.

GLA COMPLEK

Mai kongsikan terstimoni mereka yang berjaya hamil setalah ambil Gla Complek


TESTIMONI SET KESUBURAN SHAKLEE
TESTIMONI HAMIL DENGAN SHAKLEE


Jom dapatkan GLA complek secara COD jika anda berada di area gombak atau sentul.Ini kerana Mai adalah pengedar shaklee area gombak dan sentul.Untuk anda yang berada diseluruh malaysia kami akanterus hantar kepada anda melalui pos laju
untuk matlumat lanjut hubungi mai di talian 0193624134 

Monday, 15 September 2014

CARA RINGKAS SOLAT SUNAT DHUHA


jemput rezeki dengan solat sunat dhuha
JEMPUT REZEKI DENGAN SOLAT DHUHA


Assalamualaikum..
Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.
Ada yang baru nak mula solat sunatdhuha  tapi tak tahu,tak apa mai dulu pun 3 bulan kot setiap kali nk solat bawa buku n kertas yg diprint...setiap kali lepas solat pegang kertas baca doa melalui kertas. ..itu cerita 7 tahun lepas mai buat tapi tak istiqamah,tapi mula buat balik masa 5 tahun lepas, selepas mai di sahkan hamil anak ke,.masa tu mai minta doa supaya dipermudahkan bersalin n murah rezeki utk menyusukan anak mai dengan hanya susu ibu sehingga berumur 2 tahun dan doa semoga Allah murahkan rezeki lepas.Alhamdulillah mai dipermudahkan bersalin dan Berjaya menyusukan anak mai sepenuhnya sehingga berumur 2 tahun.
Mungkin keajaiban solat sunat dhuha selepas 2 tahun lebih baru Allah temukan mai dengan Shaklee dan berjaya menjadi surirumah berpandapatan 5k angka sebulan.

Mai kongsikan Cara Solat Sunat Dhuha Yang Ringkas.
Solat Dhuha merupakan amalan sunat yang di galakkan kita amalkan nya. Ia dikatakan sebagai "pembuka rezeki" sebagaimana yang di nyatakan dalam hadis Rasulullah tercinta kita SAW. 
Solat ini boleh dilakukan 2, 4, 6, hingga 12 rakaat.

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi atau antara 7am - 1pm sebelum waktu Zohor.

"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).

1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" Niat dalam hati :
- "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
- Baca Alfatihah hingga akhir
- Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua 
-  Baca Alfatihah hingga akhir
-  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
-  Bacaan semasa sujud yang terakhir (tak baca pun tak apa..tapi kalau baca lagi elok)
Bacaan sujud akhir (3x)
Bacaan semasa sujud akhir





 Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa 
-  Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
-  Doa apa sahaja, minta dan mengadulah pada Allah.

-  Doa ini khas untuk waktu Dhuha

DOA SOLAT SUNAT DHUHA

TRIP PERCUMA SHAKLEE- PERJALANAN HARI PERTAMA KE US


Assalamualaikum..
Selamat datang didoakan semua pembaca dan  pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.
Alhamdulillah semasa Kami mendapat surat butiran untuk perjalanan Trip percuma kami ke US hati sangat berbunga-bunga apa taknya bagi Mai sendiri ia umpama hadiah ulangtahun perkhawinan mai yang ke 7.Kami akan berangkat ke US pada 13 ogos dan sampai semula ke tanah air pada 23 ogos kira-kira 10 hari kami berada di US. Mai menganggap percutian ini sebagai hadiah ulangtahun kerana tarikh ulangtahun perkahwinan kami ialah 17 ogos tak pernah kami mimpi sebenarnya dapat pergi ke bumi US tapi dengan Shaklee ia menjadi kenyataan. Trip percuma ini memang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee duit makan pun Shaklee bagi kami hanya perlu menyedikan duit poket untuk membeli belah sahaja.



Mengikut tentative program kami di Sana sangat padat kami akan berangkat pada 13 ogos dan oleh kerana trip ini ramai yang layak iaitu lebih kurang 300 orang kami di bahagikan kepada 3 kumpulan dan kami adalah kumpulan ke 1 dan akan menaiki Singapore airline.
Jom Mai ceritakan perjalanan kami.Mengikut jadual penerbangan kami adalah yang paling awal antara 3 kumpulan yang telah ditetapkan.Kumpulan kami perlu berkumpul seawall jam 4.30pagi kerana kami akan berangkat pada jam 7.30pagi dari KLIA menuju ke Singapore terlebih dahulu.Kami berangkat dari rumah pada jam 3.30pagi dan sampai di balai perlepasan GATE 5 pada jam 4.25pagi.Masa kami sampai dah ramai yang dah sampai lebih awal dan kami semua  perlu beratur untuk proses “Chek in” bagasi terlebih dahulu dan pada masa ini juga pihak Shaklee sedang mengagihkan wang saku dan kami diberikan 400USD setiap orang.Wag banyakkan alau di darabkan dengan nilai matawang kita lebih kurang RM1300 seorang.Kaunter untuk Chek in dibuka sekitar jam 6pagi dan sementara menunggu mai dan suami bergilir-gilir untuk solat subuh.Mai nak ambil peluang ingin menceritakan rasa sedih mai mengenai surau yang disediakan terlalu jauh.Masa kami berjalan menuju ke Surau kami lihat ramai pakcik dan makcik yang tidak larat berjalan terpaksa berjalan jauh untuk ke surau bayangkan lebih 1km agaknya jarak Surau dengan kawasan menunggu di balai pelepasan ada antara sanak saudara yang datang untuk menghantar ahli keluarga terpaksa berjalan jauh jika ingin menunaikan solat.Kami berharap sangat pihak pengurusan KLIA dapat menyediakan surau dengan jarak yang lebih dekat bagi keselesaan dan kemudahan para penumpag dan ahli keluarga yang datang menghantar.
Ok mai sambung cerita penerbangan Mai ke US.jam 7.30pg kami bertolak ke Singapore dan Alhamdulillah selamat mendarat di change Singapore pada jam 8.15am.Kami tidak berada lama di sana dan kami perlu menukar pesawat ke US dan waktu berangat adalah 9.30pagi kali ini kami harus menempuhi perjalanan selama 17 jam di dalam pesawat tapi Alhamdulillah selepas 7 jam kami perlu berhenti di Tokyo Jepun kerana pesawat yang kami naiki erlu mengisi minyak.Wah seronok sangat kerana kami dapar menjejakan kaki di bumi Jepun walau hanya berada di sekitar lapangan terbang.


Lupa Mai nak cerita oleh kerana kami bertolak pagi dan singgah di Singapore jadi kami perlu mengikut waktu solat Singapore jadi kami telah menunaikan solat zohor dan asar secara jamak takdim di dalam pesawat lebih kurang jam 2 petang waktu Singapore.Semasa singgah di Jepun waktu magrib telah masuk di jepun lalu kami telah menunaikan solat magrib dan isyak secara jamak taqdim  dan kami solat subuh mengikut waktu Jepun.Alhamdulillah kami bersyukur kerana dipermudahkan urusan solat walau dalam perjalanan yang jauh.Mengenai makanan di dalam Pesawat kami tidak perlu risau kerana pihak Shaklee telah uruskan dengan baik sekali.Kami telah disediakn makanan halal di dalam pesawat.Kami telah diberi pesanan yang kami tidak boleh menukar tempat duduk dengan non muslim kerana makanan disediakn mengikut tempat duduk  dan nak di jadikan cerita mai dan suami  menukar tempat duduk dengan SID Non muslim kerana mereka tidak mahu duduk di tepi tingkap dan minta untuk menukar tempat dengan kami, wah masa tu kami seronok snagat kerana mai dan suami memang ingin duduk di tepi tingkap dan kami telah memaklumkan kepada peramugari tentang pertukaran tempat duduk bagi urusan penyediaan makanan mengikut menu Muslim.Ini merupakan mengalaman buat kami berdua kerana ini adalah perjalanan ke 2 kami menggunakan pesawat.Kali pertama kami menaiki pesawat Saudi Air iaitu semasa menunaikan umrah pada bulan 5 lepas dan masa itu tiada isu makanan halal kerana semua yang menaiki pesawat semuanya muslim dan hanya makanan halal yang disediakan. Boleh baca kisah perjalanan Umrah mai di sini ..
Semasa dalam pesawat memang terasa agak lama apa yang kami buat iailah membaca al-quran,menonton cerita dan tidur.Alhamdulillah kami telah selamat mendarat di lapangan terbang Los Angelos pada jam kira 2 petang.
Sekarang bermulalah sesi yang mendebarkan bagi kami kerana sebelum berangkat kami telah diberitahu bahawa proses untuk melepasi nak c urusan Kastam di US sangat ketat.Oh mai terlupa nak cerita kita perlu “declair” sema bentuk makanan yang kita bawa dan kita perlu mengisi boring yang telah diberikan semasa di dalam pesawat.
Semasa proses untuk melepasi Kastam kami perlu beratur lebih kurang 45 jam ini kerana terdapat pesawat lain yang sama-sama mendarat.Tapi  semuanya berjalan lancar ini kerana banyak kaunter yang disediakan.Semasa tiba giliran kami  (jika kita pergi dengan keluarga kita boleh melalui kasta bersama-sama ahli keluarga).Semasa melalui pengawai kastam kami di Tanya tujuan datang ke US dan Mai terus menunjukkan buku program yang telah diberikan oleh pihak Shaklee.Pegawai itu juga bertanya tentang makanan apa yang kami bawa.Alhamdulillah hanya itu yang ditanya dan dilepaskan.Syukur pada ALLAH dipermudahkan segala urusan kami tetapi ada juga ahli kumpulan kami yang di tahan dan dilakukan soal selidik mengikut cerita pihak travel agent itu adalah perkara biasa dan selalunya pihak kastam memilih secara rambang.Selepas semua selesai kami telah di bawa menaiki Bas menuju ke Long beach iaitu ke hotel Hilton.Setibanya di Hotel kami telah disambut oleh Manager Shaklee Malaysia Mr Victor dan jamuan selamat datang.Selepas selesai makan dan kami diberikan kunci bilik kami terus masuk ke bilik masing-masing untuk berehat dan aktiviti hanya akan bermula esok.



Ok cukup cerita mai untuk hari ini, nanti mai sambung lagi cerita hari seterusnya di US.


Saturday, 13 September 2014

GARLIC COMPLEK ATASI MASALAH KEPUTIHAN


Assalamualaikum..
Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.
Hari ni mai nak ceritakan manfaat garlic dalam mengatasi masalah keputihan.Seprti yang kita tahu mungkin masalah keputihan agak biasa bagi kaum wanita namun jika kita biarkan ia mungkin akan mendatangkan masalah disini mai ingin kongsikan manfaat garlic complek dalam mengatasi masalah keputihan.

Manfaat Garlic Complek
1. Bahan Allicin yang terkandung di dalam Garlic Complex ini bertindak sebagai antikulat, antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza, batuk dan sebagainya.

2. Meningkatkan sistem imun badan yang mana Garlic boleh melumpuhkan radikal bebas yang menganggu sistem badan.
3. Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan Garlic sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
4. Bertindak sama seperti antibiotik semulajadi dan berfungsi sebagai penawar racun dan melindungi tubuh dari pelbagai penyakin
5. Sangat baik untuk mengatasi masalah keputihan akibat jangkitan viral yang boleh menyebabkan keguguran.
6. Mampu mengurangkan simptom-simptom HIV
7. Kajian saintifik membuktikan Garlic meningkatkan bilangan sperma. Boleh dijadikan salah satu suplemen kesuburan
8. Garlic akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok serta mengawal kolesterol dalam badan.
9. Garlic juga boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan kadar kolestrol jahat dan seterusnya boleh meredakan stress.
MANFAAT GARLIC


Bagi mereka yang mengalami masalah keputihan jangan biarkan jom dapatkan garlic complek bagi mengatasi masalah keputihan anda.Untuk kesan yang lebih menyeluruh mai cadangkan anda mengamil set di bawah bagi mengatasi masalah keputihan anda.


SET KEPUTIHAN

Jom dapatkan Garlic complek ini secara COD jika anda berada di area gombak atau sentul.Ini kerana Mai aalah pengedar shaklee area gombak dan sentul.
untuk matlumat lanjut hubungi mai di talian 0193624134 



TRIP PERCUMA SHAKLEE- PENGALAMAN MEMOHON VISA US


Assalamualaikum..
Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.
Sudah hampir sebulan mai dan suami pulang dari US iaitu trip yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee…Alhamdulillah mai Berjaya dapat 2 tiket dan pergi bersama suami mai.
Sebenarnya Shaklee bagi pilihan sama ada ingin memilih trip ke US atau mengerjakan Umrah oleh kerana Mai dan suami baru sahaja pergi Umrah pada Mei yang lepas jadi kami memilih untuk US.
Rumit juga  persedian untuk pergi ke US terlebih dahulu kami perlu mendapatkan VISA yang mana kami perlu mengisi boring secara online di sini dan seterusnya membuat bayaran  RM514 di standart charted selepas membuat bayaran kita akan diberikan no pin dan perlu login semula dan melengkapkan semua borang dan butiran yang dikemukakan dan membuat temujanji untuk temuduga sebelum mendapat kelulusan visa.Temuduga aka di adakan di kedutaan Amerika Syarikat di jalan Ampang iaitu berhadapan dengan menara tabung haji.Sebelum pergi temuduga ada juga dengar khabar angin yang ramai tidak lulus temuduga dan bermacam soalan yang ditanya sedikit sebanyak membuatkan mai rasa berdebar tapi bila difikirka balik tiada alasan untuk kita takut.Interview  kami pada 10 julai jam 8.30pagi kami perlu berada di sana 10 minit awal.Terlebih dahulu kami perlu beratur di luar kawasan kedutaan sebelum dibenarkan masuk.Kami perlu menunjukkan surat temujanji temuduga dan selepas pemeriksaan keselamatan baru kami dibenarkan masuk. Dan kami perlu lagi menunggu diruang menunggu sebelum dipanggil untuk mengesahkan semua dokumen yang diperlukan lengkap dan menunggu lagi untuk sesi temuduga. Lebih kurang 2 jam juga kami berada di sana dan semasa temuduga kita perlu masuk di bilik yg disediakan dan kita hanya perlu berdiri seperti kaunter pertayaan dan pegawai penemuduga berada di dalam hanya seorang pegawai dan jika kita memohon visa berdua atau bersama ahli keluarga kita boleh masuk serentak dan jika kita memohon visa untuk anak-anak berumur 7 tahun ke bawah anak-anak tak perlu hadir ibu bapa hanya perlu membawa semua dokumen dan surat beranak anak-anak sahaja.Soalan yang di ajukan kepada kami ialah
1)Pergi US untuk urusan apa?
2) Berapa orang downline
3) Berapa orang anak?Kenapa anak tidak ikut sama?
Hanya itu soalan yang diajukan kepada kami dan Alhamduillah semuanya berjalan lancar dan selepas 2 hari kami sudah mendapatkan Visa kami.Semasa mengisi borang kita boleh memilih samada Visa kita nak collect sendiri atau pihak kedutaan pos, dan kami memilih untuk Pos kerana kalau ingin collect sendiri kami perlu collect di petaling jaya.
Tips yang mai ingin berikan sediakan semua dokumen yang perlu macam kami tunjukkan semua surat-surat yang diberikan oleh Shaklee terutamanya buku program dan tentative serta butiran berkaitan penginapan di sana. Dari segi pakaian untuk lelaki digalakkan pakai pakaian biasa tidak perlu formal dan suami mai hanya berbaju t-shirt dan berseluar track ini kerana peraturan untuk masuk agak ketat seperti melalui pemeriksaan untuk menaiki kapal terbang…hehe.
Kami mendapat Visa lebih kurang 1 bulan sebelum berangkat jadi dalam tempoh itu kami hanya perlu membuat persediaan yang perlu untuk berangkat.


Ok nanti mai sambung cerita lagi..terima kasih sebab sudi menjadi pembaca setia bersama VitaminCinta

Kedutaan US di Jalan Tun razak

Thursday, 4 April 2013

OSTEMATRIK - PIL KALSIUM YANG LENGKAP


ANDA MENGALAMI TANDA-TANDA DI BAWAH?

1 -Selalu kebas-kebas tangan dan kaki
2 - Selalu kekejangan kaki
3 - Badan lesu kerana sering tidur lewat
4 - Sukar tidur dan susah bangun pagi 

5 - Sedang Hamil
6 - Selalu sakit Gigi dan Gusi berdarah
7 - Masalah sembelit

8 - Sering sakit kepala (Migrain)
9 - Period pain yang teruk
10 - Sedang menyusukan anak

11 - Sakit pinggang serta lenguh badan
12 - Susah atau tidak suka minum susu

Jika anda ada salah satu Masalah di atas itu tandanya anda kekurangan Kalsium dan kalsium terbaik yang perlu anda ambil ialah Ostematrik dari shaklee.kenapa saya begitu yakin menyatakan anda pelu ambil ostematrik kerana Ostematrik Shaklee lengkap magnesium yang mana magnesium penting untuk membawa kalsium ke dalam rulang dan Vitamin D membantu penyerapan kalsium.
Anda perlu tahu kalsium yang tidak ada magnesium dan vitamin D tidak akan menyerap ke dalam tulang so sia-sia sahaja pil kalsium yang anda makan.Jadi semasa memilih pil kalsium pastikan pil kalsium tesebut ada magnesium dan vitamin D.

Matlumat lanjut tentang Ostematrik shaklee anda boleh baca di sini
OSTEMATRIK SHAKLEE
Ostematrik
Jom dapatkan Oatematrik Shaklee secara COD jika anda berada di area gombak atau sentul.Ini kerana Mai adalah pengedar shaklee area gombak dan sentul.Untuk anda yang berada diseluruh malaysia kami akanterus hantar kepada anda melalui pos laju
untuk matlumat lanjut hubungi mai di talian 0193624134